DULU INGGERIS
MENJAJAH
AMIN
SEKARANG JEREBU
DATANG MENJAJAH
KHALAS
Jerebu di Melaka: Penduduk dinasihat tidak panik, ambil langkah berjaga-jaga sewajarnya
MELAKA: Dua stesen pemantauan kualiti udara di Melaka, iaitu di Alor Gajah dan Bukit Rambai merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat pagi tadi.
EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Rais Yasin, berkata bacaan di Stesen Alor Gajah mencapai 151 (PM2.5), manakala Stesen Bukit Rambai pula merekodkan 155 (PM2.5) setakat 10 pagi.
Sejajar dengan itu, katanya, kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan kualiti udara di negeri ini susulan peningkatan bacaan IPU di beberapa kawasan sejak semalam.
"Buat masa ini tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan atau dilaporkan di kawasan terbabit. Saya nasihatkan rakyat Melaka tidak panik, terus ambil langkah berjaga-jaga bersesuaian sementara keadaan kualiti udara dipantau secara berterusan oleh agensi berkaitan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rais berkata, golongan yang lebih sensitif terhadap perubahan kualiti udara, khususnya pesakit asma, kanak-kanak dan wanita mengandung disaran mengurangkan aktiviti fizikal yang lasak atau terlalu lama di kawasan terbuka sekiranya keadaan udara kurang baik.
Beliau turut menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan sekiranya mengalami ketidakselesaan seperti batuk berpanjangan, sesak nafas atau gejala berkaitan pernafasan.
Dalam pada itu, Rais mahu semua pihak supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, termasuk pembakaran sampah atau bahan lain yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.
"Kerajaan negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau bacaan kualiti udara dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya keadaan memerlukan.
"Saya juga menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan agar tidak menimbulkan kebimbangan atau panik dalam kalangan masyarakat," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan