DI GAZA
DI IRAN PERANG
LAWAN ZIONIS
AMIN
KITA PERANG
LAWAN JEREBU
AMIN
KALI INI HUTAN
DIBAKAR OLEH
SYARIKAT INDON
AMIN
KITA WAJIB
PERANGI ENAM
SYARIKAT INI
KHALAS
Indonesia kenakan sekatan terhadap 6 syarikat susulan kebakaran hutan Kalimantan
JAKARTA: Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap enam pemegang konsesi perhutanan selepas siasatan mendapati kebakaran memusnahkan lebih 1,500 hektar tanah di bawah pengurusan mereka di seluruh Kalimantan, ketika pihak berkuasa mempergiat usaha menangani kebakaran hutan dan tanah di pulau itu.
Pengarah Pengawasan, Pengenaan Sekatan Pentadbiran dan Hal Ehwal Sivil Perhutanan Kementerian Kehutanan, Ardi Risman berkata tindakan itu melibatkan empat syarikat – PT WEL, PT FI, PT MPK dan PT WSP – yang beroperasi di Kalimantan Barat, sementara dua lagi ialah PT NES di Kalimantan Tengah dan PT PSR di Kalimantan Timur.
"Tindakan penguatkuasaan kerajaan dikenakan terhadap syarikat berkenaan bagi memastikan mereka memenuhi kewajipan yang ditetapkan, daripada menambah baik sistem kawalan kebakaran hingga memulihkan kawasan terjejas dalam tempoh yang ditetapkan," katanya menurut Agensi Berita Antara pada Selasa.
Beliau berkata lesen perniagaan sebuah syarikat di Kalimantan Barat turut digantung kerana kebakaran di kawasan konsesinya berlaku secara meluas dan berulang, manakala kegagalan mematuhi tindakan yang ditetapkan boleh menyebabkan sekatan lebih tegas dikenakan, termasuk pembatalan lesen.
Kementerian Kehutanan dalam hantaran terbaharu di media sosial memaklumkan pemantauan satelit setakat 9 malam Isnin mengesan 341 titik panas berkeyakinan tinggi di empat wilayah Kalimantan, terdiri daripada 129 di Kalimantan Barat, 107 di Kalimantan Timur, 85 di Kalimantan Tengah dan 20 di Kalimantan Selatan.
Kementerian itu memaklumkan 641 lagi titik panas berkeyakinan sederhana direkodkan di Kalimantan Barat, Tengah dan Selatan, dengan Kalimantan Barat mencatatkan 315, Kalimantan Tengah 219 dan Kalimantan Selatan 107.
Pihak berkuasa Indonesia turut membenarkan pengerahan 36 helikopter yang berdaftar di luar negara dan pengeluaran 35 permit khas kepada 11 pengendali udara domestik bagi operasi pemadaman kebakaran dari udara untuk mengawal kebakaran berkenaan.
Dalam perkembangan berasingan, agensi berita itu pada Isnin melaporkan Kementerian Alam Sekitar sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap kira-kira 30 syarikat di seluruh negara berhubung kebakaran hutan dan tanah tahun ini, dengan tuntutan hampir Rp15 trilion (kira-kira RM3.42 bilion) bagi kerugian negara dan kos pemulihan alam sekitar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan