Khamis, 12 Disember 2024

AWAS !!! ADA TALIBAN LEBIH DARI TALIBAN



Menteri Pelarian Afghanistan Khalil Ur Rehman Haqqani maut dalam letupan di pejabatnya

KABUL: Menteri Pelarian Afghanistan, Khalil Ur-Rahman Haqqani dilaporlan terbunuh dalam satu letupan di pejabat kementerian itu di ibu negara Kabul, hari ini, kata sumber kerajaan kepada AFP.

"Malangnya satu letupan berlaku di Kementerian Pelarian dan menterinya, Khalil Ur-Rahman Haqqani syahid bersama beberapa rakannya," kata pegawai itu, yang enggan dinamakan.

Khalil ialah abang kepada Jalaluddin Haqqani, yang mengasaskan rangkaian Haqqani yang digeruni, yang bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ketika pemberontakan dua dekad Taliban.

Beliau juga ialah bapa saudara kepada Sirajuddin Haqqani, Menteri Dalam Negeri Afghanistan ketika ini.

Keganasan berkurangan di Afghanistan sejak tentera Taliban mengambil alih negara itu pada 2021, menamatkan perang mereka terhadap Amerika Syarikat (AS) dan tentera asing pimpinan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). - AFP

WOIT

HANG IGAT

TALIBAN INI

MENTAL & BERAT

KAH KAH KAH

RUPANYA ADA

TALIBAN YANG

LEBIH MENTAL

DARI TALIBAN

KAH KAH KAH

MEREKA INI

JADI TALIBARUT

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan