Khamis, 12 Disember 2024

SETPOL ANWAR BELOT


Bekas pemimpin reformasi, setpol Anwar gesa polis siasat PM ingkar titah tambahan pengampunan Najib


Salah seorang pemimpin yang menjadi penggerak utama gerakan reformasi tajaan Anwar Ibrahim hari ini menggesa polis menyiasat perdana menteri dan jemaah menteri atas dakwaan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong awal tahun ini berhubung tahanan rumah untuk Najib Razak. 

Ezam Mohd Nor berkata ia berdasarkan dokumen Lembaga Pengampunan yang diterimanya selain afidavit yang difailkan anak Najib, Nizar di mahkamah. 

Menurutnya, dokumen yang dikepilkan dalam laporan polis hari ini berkenaan titah Agong dengan cop mohor kerajaan, tetapi tidak dapat didedahkan kepada umum.

"Kesemua asas ini menjurus kepada keingkaran dan kegagalan pentadbiran kerajaan perdana menteri yang sengaja mengenepikan sebahagian daripada titah diraja atas kepentingan politik mereka," kata Ezam, antara individu yang rapat dengan Anwar dan pernah dipenjarakan atas pembabitannya dalam perhimpunan reformasi. 

Dalam laporan yang difailkan di Balai Polis Dang Wangi, Ezam merujuk kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa mutlak Agong memberi pengampunan dan pengurangan hukuman. 

Beliau turut menunjukkan sebahagian muka surat pertama dokumen perintah tersebut kepada media. 

Katanya, kegagalan melaksanakan titah tambahan itu merupakan jenayah dan melanggar sumpah jawatan Anwar dan jemaah menteri.

Awal tahun ini, Lembaga Pengampunan dipengerusikan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun, dan denda kepada RM50 juta, yang sekiranya dibayar akan membenarkan beliau keluar setahun lebih awal.

Bagaimanapun, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa kerajaan menyembunyikan titah adendum oleh Sultan Abdullah supaya Najib menjalankan baki hukuman penjara di rumah.
 
Semalam, Anwar dalam jawapan di Dewan Rakyat enggan mengesahkan atau menafikan kewujudan titah tambahan itu, sebaliknya berkata arahan itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan pertukaran Yang di-Pertuan Agong.

Tempoh takhta Sultan Abdullah tamat pada 30 Januari lalu, dan diambil alih oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun, beliau berkata pengampunan Najib telah dibawa ke perhatian Sultan Ibrahim selaku pengerusi Lembaga Pengampunan.

Ezam menyifatkan penjelasan di Parlimen itu helah "menutup jenayah" yang dilakukan Anwar dan jemaah menteri. 

Katanya Anwar tidak mahu melaksanakan titah tersebut atas kepentingan politik.

"Najib terpaksa membawa kes ke mahkamah hanya setelah beberapa bulan mereka menunggu dan tidak mendapat jawapan  daripada pihak kerajaan. Mengapa kerajaan membisu selama ini?

"Saya menggesa pihak polis membuka fail siasatan segera dan menyiasat perdana menteri yang pada hemat saya dengan jelas telah melanggar sumpah jawatan kepada Agong dan merupakan satu jenayah yang berat," katanya.


WOIT

INI SETPOL 

ANWAR

KAH KAH KAH

DIA DAH BELOT

LARI MASUK PAS

KAH KAH KAH

EZAM INI

BANYAK TAHU

HAL ANWAR

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

LU TANYA

AZMIN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan