Jumaat, 13 Disember 2024

SATU LAGI PROJEK PERANG AMERIKA



China dakwa Filipina 'cetuskan masalah' di Laut China Selatan dengan sokongan AS


BEIJING: China menuduh Filipina mencetuskan ketegangan di Laut China Selatan, dengan mendakwa tindakan itu dilakukan "dengan hasutan dan sokongan Amerika Syarikat.

"Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian, menyatakan melalui akaun rasmi kementerian itu di WeChat:

"Filipina sepenuhnya sedar bahawa skop wilayahnya ditentukan oleh beberapa siri perjanjian antarabangsa dan tidak pernah merangkumi Kepulauan Spratly dan Terumbu Scarborough milik China," katanya.

Bulan lalu, imej satelit menunjukkan banyak kapal awam China berlabuh berhampiran Pulau Thitu, lokasi pemantau utama Manila di Laut China Selatan, namun pegawai kanan tentera laut Filipina berkata ia 'bukan sesuatu yang perlu dikhuatirkan'.

Salah satu imej yang diambil oleh Maxar Technologies pada 25 November menunjukkan kira-kira 60 kapal, berada dalam jarak dua batu nautika dari Thitu, pulau strategik digunakan Manila untuk memantau kapal dan pesawat China di laluan maritim yang sibuk itu.

Keputusan pada 2016 oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap di Hague mendapati bahawa tuntutan meluas Beijing ke atas kawasan maritim Laut China Selatan tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa.

INI SATU LAGI

WILAYAH PERANG

YANG AKAN

DI BUKA

AMIN

SELESAI UKRAINE

SELESAI GAZA

PERANG AKAN

BERALIH KE IRAN

AMIN

SELESAI IRAN

PERANG AKAN

BERALIH KE ASIA

AMIN

SEMUA TELAH

DI RANCANG

KHALAS

1 ulasan:

  1. Turkiye sudah serang syria apa macam? Angkara zionis mana?

    BalasPadam