Jumaat, 13 Disember 2024

YUSOFF RAWTHER INI DIANIAYA



Peguam bertegas Yusoff Rawther mangsa penganiayaan, akan mohon peguam negara buang kes


Peguam pembelaan dalam kes mengedar dadah membabitkan seorang pemuda yang mendakwa dirinya mangsa serangan seksual Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertegas bahawa Muhammed Yusoff Rawther merupakan mangsa penganiayaan pihak yang tidak senang dengannya, sambil berkata identiti mereka yang terlibat telah dikenal pasti.

"Kita boleh sahkan setakat ini siapa yang menganiayai dia," kata Rafique Rashid kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas menerima laporan rakaman percakapan Yusoff, gambar kenderaan dan gambar siasatan lain semasa sebutan kes hari ini. 

Rafique berkata pihaknya masih menunggu Borang Pol-31, iaitu borang polis mengenai penyerahan barang kes ke Jabatan Kimia.

"Tangkapan ini dibuat dengan tidak betul dan dia telah nyatakan dari awal bahawa dia adalah mangsa perangkap," katanya.

Rafique berkata berdasarkan dokumen yang diterima hari ini, pihaknya yakin Yusoff tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Menurutnya, representasi akan dibuat kepada Pejabat Peguam Negara untuk mempertimbangkan kes Yusoff. 

"Kita akan gunakan segala ruang yang ada. Representasi yang kita minta bukan pengurangan atau pengakuan, tetapi buang kes ini terus kerana peguam negara ada kuasa. Kita mahu (Yusoff) dilepaskan dan dibebaskan, dan bukan dilepas tanpa dibebaskan," tambahnya.

Yusoff, 31, ditahan pada 6 September selepas polis mendakwa menemui dua pistol dan 305g ganja di dalam keretanya, dalam apa yang disifatkan Yusoff sebahagian usaha musuh dan "orang berkuasa" yang mahu memerangkapnya.

Insiden itu berlaku seminggu selepas memfailkan senarai saksi dalam samannya terhadap Anwar. 

Dia berdepan tuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan  Seksyen 36 Akta Senjata Api.

Yusoff, yang juga cucu aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang, Allahyarham SM Idris, pernah bertugas sebagai bekas pembantu penyelidik Anwar di sebuah pejabat bungalow di Petaling Jaya pada 2018. Tidak lama selepas itu, dia membuat laporan polis mendakwa presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang menyaksikan Anwar kembali ke Dewan Rakyat empat tahun selepas disabitkan kesalahan liwat.

Pada Julai 2021, Yusoff memfailkan saman sivil terhadap Anwar.

Yusof turut memfailkan saman sivil terhadap bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas diserang secara fizikal. Dia juga menyaman setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah susulan kenyataan mengenai saman terhadap Farhash.

Tunku Nashrul diperintah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Yusoff oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Minggu lalu, Yusoff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar kanabis seberat 300.1 gram di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Dalam kenyataan kepada hakim, Yusoff yang kini direman di Penjara Sungai Buloh menggesa mahkamah mempercepatkan perbicaraan dan memberikan keadilan kepadanya. 

"Dinafikan hak saya, saya merana dalam penjara. Tekanannya tidak boleh dibayangkan.

"Saya berdepan serangan seksual oleh seseorang yang pernah saya kagumi, dipukul, dicedera, diugut, diancam untuk dianiayai dan dibunuh, difitnah, diikuti dan diganggu sejak dua tahun lalu," katanya.

WOIT

TUAN PEGUAM

LU CAKAP 

MAMAT INI KENA

DIANIAYAI 

AMIN

APAKAH DIA AKAN

SELAMAT DALAM

PENJARA

JENG JENG JENG

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan