Khamis, 19 Disember 2024

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR



Polis terima dua tahanan Guantanamo dalam keadaan baik – KPN


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima dua orang warga Malaysia iaitu Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep yang pernah ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006, hari ini.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, mereka diterima dalam keadaan baik dan sihat serta bersyukur kembali tanah air untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan mereka menjalani proses penilaian dan seterusnya memasuki fasa pemulihan secara komprehensif sebelum direintegrasi ke dalam masyarakat.

“Kedua-duanya mempamerkan sikap positif dan terbuka untuk dinilai serta dipulihkan, selain menyatakan komitmen tinggi kembali menjadi masyarakat yang progresif,” katanya dala kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semua orang berhak mempunyai peluang kedua dan PDRM akan memastika kedua-duaya berjaya mencapai peluang itu.

Amerika Syarikat  telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.

Mohammed Farik, 48 dan Mohammed Nazir, 47, ditahan di Thailand pada 2003 berkaitan insiden pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002. – 

APA PUN MEREKA

KITA TERIMA

MEREKA DENGAN

HATI TERBUKA

AMIN

SELAMAT KEMBALI

KE TANAH AIR

AMIN

SELAMAT 

BERJUMPA

SANAK SAUDARA

AMIN

SAUDARA

TULISLAH

APA YANG PERLU

DI TULIS UNTUK

BAHAN SEJARAH

AMIN 

1 ulasan:

  1. orang perjuangan tak hilang akan pulang hakikat perjuangan!!

    BalasPadam