Khamis, 19 Disember 2024

VAKSIN PERCUMA DI NEGARA SOSIALIS



Russia edar vaksin kanser percuma pada 2025

MOSCOW: Kementerian Kesihatan Russia mengumumkan akan menghasilkan vaksin yang didakwa boleh merawat penyakit kanser dan ia akan diedarkan kepada pesakit secara percuma mulai awal 2025.

Menurut agensi berita milik Russia, TASS, Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan Radiologi Kementerian Kesihatan, Andrey Kaprin mengumumkan perkembangan mengenai perkara itu di stesen radio nasional, baru-baru ini.

Vaksin itu akan digunakan untuk merawat pesakit yang menghidap kanser dan bukannya diberikan kepada orang awam untuk mencegah penyakit berkenaan.

Pengarah Pusat Penyelidikan Nasional untuk Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya di Moscow, Alexander Gintsburg, sebelum ini memberitahu TASS bahawa vaksin itu boleh menyekat pertumbuhan tumor dan menghentikan kanser daripada merebak.

Newsweek sudah menghantar e-mel kepada Kementerian Kesihatan Russia, Pusat Radiologi Penyelidikan Perubatan Kebangsaan dan Pusat Penyelidikan Nasional Gamaleya untuk mengesahkan pengumuman dan menjelaskan cara vaksin itu berfungsi.

Buat masa ini, tidak jelas jenis kanser yang sepatutnya dirawat oleh vaksin, sejauh mana keberkesanannya atau pun nama vaksin itu.

Setakat ini, beberapa negara dan syarikat sedang berusaha menghasilkan vaksin kanser.

Pada tahun lalu, kerajaan Britain menandatangani perjanjian dengan syarikat BioNTech yang berpangkalan di Jerman untuk membuat ujian klinikal terhadap rawatan kanser.

Syarikat farmaseutikal, Moderna dan Merck & Co juga sedang membangunkan vaksin kanser yang dalam peringkat kajian bagi mengurangkan risiko kematian akibat melanoma iaitu kanser kulit


HANYA NEGARA

SOSIALIS BERI

UBATAN PERCUMA

PADA PESAKIT

AMIN

BUKAN MAYAT

DI TAHAN KALU

TAK BAYAR

HARGA UBAT

KHALAS

1 ulasan:

  1. Kahkahkah kahkahkah teruskan lawak manusia 😇😡

    BalasPadam