Rabu, 11 Disember 2024

ZURAIDA MENANAG PRK KALAH


Tamparan kepada PKR selepas Zuraida menang rayuan batalkan saman RM10 juta

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu yang memerintahkan bekas menteri Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar perjanjian dengan bekas partinya, dalam apa yang dilihat sebagai tamparan kepada usaha PKR untuk menghukum bekas pemimpin yang melawan kepimpinan Anwar Ibrahim pada 2020.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebaliknya memutuskan PKR hanya berhak menerima RM100,000 - kurang RM40,000 kos guaman - mewakili perbelanjaan parti itu dalam kempen pilihan raya umum 2018 bagi kerusi Parlimen Ampang, yang dimenangi Zuraida di bawah tiket PKR.

Jumlah itu dikira berdasarkan had perbelanjaan kempen untuk calon ditetapkan kepada RM200,000 bagi setiap kawasan Parlimen.

"Memandangkan Zuraida memegang jawatan selama 22 bulan, mahkamah mengurangkan jumlah itu daripada RM200,000 kepada RM100,000 dan PKR juga harus membayar kos kepada Zuraida sebanyak RM40,000," peguam Zuraida, Azhar Azizan Harun memberitahu MalaysiaNow, merujuk kepada portfolio menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang dijawat Zuraida dalam pentadbiran Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Selain Azhar, Zuraida turut diwakili peguam Nizamuddin Hamid dan Firdaus Shaik.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR, dengan hakim menyifatkan perjanjiannya dengan parti itu sebagai kontrak yang sah dan mengikat.

Saman itu difailkan PKR pada September 2020, kira-kira enam bulan selepas kerajaan PH tumbang selepas Bersatu bertindak keluar daripada gabungan itu.

Susulan perpecahan dalaman PKR, lebih 10 ahli Parlimen yang menyokong timbalan presiden ketika itu Mohamad Azmin Ali dipecat daripada parti. Mereka kemudiannya menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran yang ditubuhkan pada Mac 2020, ketika pandemik Covid-19 di peringkat permulaan.

Azhar berkata mahkamah menganggap jumlah RM10 juta yang dituntut PKR sebagai "tidak munasabah" di bawah Seksyen 75 Akta Kontrak.

"Jumlah yang munasabah ialah jumlah perbelanjaan pilihan raya iaitu RM200,000 bagi setiap kawasan," katanya lagi.

Dalam samannya, PKR berkata Zuraida menandatangani kontrak dengan parti di mana beliau berjanji membayar RM10 juta sekiranya keluar parti, menyertai parti lain atau menjadi ahli Parlimen bebas.

Bagaimanapun, Zuraida berkata beliau dipaksa menandatangani perjanjian tersebut untuk melayakkan diri sebagai calon pada pilihan raya 2018.

WOIT

KES INI AKAN

JADI CONTOH

UNTUK YANG

LAIN

KAH KAH KAH

RAMAI AKANA

LARI KUT?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan