Ahad, 1 Disember 2024
MAMAT BERANI BERSUARA
MAMAT BERANI
BERSUARA
DUA PERKARA AKAN BERLAKU
PERTAMA DIA KENA TANGKAP
KEDUA AKAUN MEDIA SOSIAL
MAMAT INI AKAN DI PADAM
KAHALAS
BERCAKAP BENAR
Hassan bersyukur tiada tindakan PKR terhadapnya
PASIR GUDANG – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berterima kasih dan bersyukur kerana Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan tiada tindakan diambil terhadapnya.
Bekas Pengerusi PKR Johor itu menganggap keputusan tersebut sebagai satu penghormatan atas kesetiaannya kepada parti selama ini.
“Keputusan parti membawa saya ke Lembaga Disiplin, mendengar pembelaan saya dan akhirnya putuskan tindakan tindakan terhadap saya, adalah satu penghormatan kepada saya yang setia kepada parti.
“Jadi apabila orang hormatkan kita, saya amat hargainya. Sepanjang 50 tahun bergelumang dalam politik kepartian, ada hikmahnya juga.
“Selama ini, saya sudah cakap apa yang perlu dicakap namun pengalaman ini mengajar saya juga terhadap apa peranan sebagai anggota parti dan ahli Parlimen,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada 21 November lalu, Hassan dilaporkan mengesahkan dipanggil Lembaga Disiplin PKR berhubung kenyatannya itu dan turut dipanggil untuk memberi penjelasan.
Menurut sumber PKR, Hassan dilaporkan disiasat parti berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang memiliki saham kedua terbesar dalam U Mobile selain mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PKR dilaporkan beranggapan Hassan merosakkan imej parti apabila membuat kenyataan kritikal secara terbuka itu.
Ditanya sama ada akan meneruskan kelantangannya atau lebih berhati-hati mengkritik selepas ini, Hassan berkata, secara asasnya beliau dilahirkan sebagai seorang yang bebas.
“Walau saya bebas bersuara namun kena seimbangkan juga. Sekarang saya sudah tua, kena bijaksana.
“Kesimpulannya, apa yang saya lakukan adalah daripada niat ingin memastikan Anwar Ibrahim mentadbir bukan sahaja penggal ini malah jika mendapat sokongan sehingga penggal akan datang selagi beliau mampu,” katanya.-
DI ZAMAN
KERAJAAN ZALIM
BERCAKAP BENAR
ADALAH
TINDAKAN
REVOLUSINER
KHALAS
LAWAN PLASTIK
Lebih 100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik
BUSAN: Rundingan perjanjian antarabangsa bagi membendung pencemaran plastik dijangka berakhir dengan perdebatan sengit pada hari terakhir perbincangan, dengan lebih 100 negara menyokong usul mengehadkan pengeluaran plastik global.
Mereka kini berdepan dengan segelintir negara pengeluar minyak yang mahu perjanjian itu hanya ia hanya tertumpu kepada pengurusan sisa.
Mesyuarat kelima dan terakhir Jawatankuasa Rundingan Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau INC-5, bertujuan menghasilkan perjanjian antarabangsa yang mengikat secara sah dijadualkan berakhir di Busan pada hari ini.
Perjanjian yang diharapkan hasil daripada rundingan berkenaan berpotensi menjadi perjanjian paling penting berkaitan perlindungan alam sekitar serta pengurangan pelepasan karbon sejak Perjanjian Paris 2015.
Setakat ini, negara peserta masih berdepan dengan pendapat berbeza mengenai skop asas perjanjian.
Satu cadangan yang diusulkan Panama, disokong lebih 100 negara, menetapkan laluan untuk sasaran pengurangan pengeluaran plastik global, manakala cadangan lain tidak membenarkan sekatan pengeluaran secara langsung.
Sehingga semalam, beberapa perunding menyatakan terdapat negara tertentu yang masih tidak berganjak daripada tuntutan mereka.
Duta Khas Kesatuan Eropah (EU) untuk Iklim dan Alam Sekitar, Anthony Agotha, berkata lebih 100 negara menyatakan matlamat yang tinggi, namun hanya sekumpulan kecil negara sahaja yang pada dasarnya melengah-lengahkan masa dan tidak maju ke hadapan.
"Kita perlu menangani kitaran hayat plastik secara menyeluruh kerana kita tidak boleh menyelesaikan krisis terbabit hanya dengan kitar semula dan tidak boleh bergantung kepada satu cara sahaja," katanya.
Sebilangan kecil negara pengeluar petrokimia seperti Arab Saudi dengan tegas menentang usaha menyasarkan pengeluaran plastik dan cuba menggunakan taktik prosedur untuk melengahkan rundingan.
Arab Saudi bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen segera.
Mengikut data Eunomia, China, Amerika Syarikat (AS), India, Korea Selatan dan Arab Saudi adalah lima negara pengeluar utama polimer pada 2023.
Dengan hanya beberapa jam berbaki untuk rundingan yang dijadualkan dan keputusan dilihat sukar dicapai, beberapa perunding dan pemerhati bimbang rundingan berkenaan mungkin gagal atau dilanjutkan ke sesi lain.
Ketua Delegasi Panama, Juan Carlos Monterrey Gomez, berkata mereka kini berada 'di persimpangan jalan'.
"Menunda perkara ini ke mesyuarat lain akan menjadi tamparan besar bukan sahaja kepada kesihatan bumi, tetapi juga kesihatan manusia. Kita mesti menghasilkan keputusan yang meningkatkan perjuangan berkenaan," katanya.
Pengeluaran plastik dijangka meningkat tiga kali ganda menjelang 2050 dan mikroplastik telah ditemui di udara, hasil daripada tanaman, malah dalam susu ibu manusia.
Kumpulan alam sekitar yang memantau rundingan berkenaan mengkritik dokumen dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa, Luis Vayas Valdivieso, kelmarin yang boleh menjadi asas kepada perjanjian disebabkan isu terbabit seperti tidak cukup untuk menangani bahan kimia berbahaya atau kesihatan manusia.
Bahan kimia berbahaya dalam plastik termasuk lebih 3,200 jenis yang ditemui menurut laporan Program Alam Sekitar PBB 2023, yang menyatakan wanita dan kanak-kanak terutamanya mudah terdedah kepada hasil toksik bahan berkenaan.
Menurut Agotha, mereka percaya bahawa pemimpin utama rundingan berkenaan dengan sokongan majoriti yang begitu besar mampu untuk mencapai kejayaan dalam penutupan INC-5 kali ini. - REUTERS
LANGKAH TEPAT
UNTUK UMAT
MANUSIA
AMIN
LAKUKAN YANG
BAIK UNTUK
ALAM SEKITAR
AMIN
BERTINDAK
SEKARANG
SEBELUM BUMI
HANCUR
KHALAS
DULU PEJUANG BAHASA
DULU PEJUANG
BAHASA
SEKARANG
PENJUAL BANGSA
KHALAS
Unknown commented on
"TAHNIAH INDONESIA"
Ada tak kau orang dengar Anwar Ibrahim kata sesuatu...!?
Bab isu papantanda bahasa kebangsaan dan pemandu especially Type C mabuk dan pemandu Type M yang kemalangan korang perasan tak satu patah ulasan dan komen Dari Anwar Ibrahim keluar dari mulut hancing papa.
https://vt.tiktok.com/ZSjg7T7Hx/
Anak anak papa yang lain tungang tungging nak jawab isu ini.. itu pun jawapan ke laut dalam.
Papangang Anwar Ibrahim lansung tak terkata apa apa. Anak anak papa lansung senyap bisu.
https://vt.tiktok.com/ZSjV7kcx8/
Mudah nak faham sebab anak Papa Dan Papangang Anwar Ibrahim barua DAP.
Link bawah papan tanda tulisan Cina diturunkan dan kompaun dikenakan... Agak agak Anwar Ibrahim akan bersuara atau tidak...!? Anwar Ibahim akan bersuara pertahan tulisan Cina atau sokong PBT .!? Rakyat sedang tungguuuu dan lihat reaksi Anwar Ibahim..!
https://vt.tiktok.com/ZSjqLWuoV/
Helok wakil parlimen minta Anwar Ibrahim mengulas sikit silap Menteri Pelancongan ini.. tak kan senyap jadi setan bisu..!!!
Mudah nak fahamkan..
Ko org perasan tak... Anwar Ibrahim lansung tak bagi sebarang ulasan pasal penggunaan bahasa, kibar bendera, pemandu Type C mabuk sampai membunuh pengguna jalan raya.. Anwar Ibrahim lansung tak jawab...
Banganggg..!!
SOALAN CEPU EMAS UNTUK USTAD
USTAD CARI
MAKAN PAKAI
AYAT ARAB
AMIN
KENAPA TAK TANYA
BETULKE SEMUA
PEMIKIR ISLAM
BUKAN ARAB
BERMAHZAB
SHIAH
KHALAS
Unknown commented on
"MAKSIAT KONSEP ARAB"
Ostaz cari makan dengan ayat arab, lain tak ada modal, berjubah berjanggut buat lawak mencari makan setiap masa, kerana masih ramai tidak berani tanya soalan cepumas kah kah kah
setakat cukur bulu ketiak hukum halal saja kah kah kah apapun nikmati teh tarik sampai rumah amin
TUKAR NAMA - TUKAR PENGISIAN
TUKAR NAMA
TUKAR JUGA
PENGISIAN
AMIN
Unknown commented on
"LAPORAN BANJIR
DARI KEDAH"
Sabu nak tukar nama UPM? Bukan tukar nama, kena tukar orang orang sana, kah kah kah tukar nama tak jadi apa-apa, tukar orang mungkin ada perubahan, selama ini semuanya begitu juga, tukar nama sampai lingkup segala ilmu pengetahuan sumbangan silam, sejarah hilang, nama hilang, salah sah hilang, asal usul hilang, tukar nama, jambatan tukar nama, hospital tukar nama,
semuanya tukar nama sekalipun kalau manusia yang mengatur tetap sama tidak berguna, memang orang kita suka kosmetik, tengok saja muka tebal satu inchi kah kah kah, lip stick tak pernah kering kuyu sayu kuyup kah kah kah pelik, sampai tidak tahu tujuan orang barat pakai lipstik?
Orang barat pakai lipstik kerana cuaca, ribut salji cuaca sejuk bibir merekah pecah berdarah kah kah kah, sini pakai cuaca panas pakai semua macam sauna sepanjang masa kah kah kah
KES BODOH DAN TAMAK
RM2.65 juta lesap, kerani diperdaya skim pelaburan tak wujud
JOHOR BAHRU – Seorang kerani kedai emas rugi lebih RM2.65 juta selepas diperdaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 49 tahun semalam mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan tersebut.
Beliau berkata, semuanya bermula pada akhir Ogos lalu selepas melihat iklan pelaburan dalam laman sosial dan menekan pautan pada iklan itu untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Mangsa kemudiannya telah dihubungi oleh beberapa individu yang telah memberi penerangan atas pelaburan yang dianjurkan dengan pulangan sehingga sembilan peratus dari jumlah pelaburan.
“Pada pertengahan Oktober lalu, mangsa telah membuat pelaburan awal sebagai percubaan berjumlah RM100,000 dan menerima keuntungan berjumlah RM12,100,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kumar berkata, pulangan yang diterima menyebabkan mangsa merasa yakin pelaburan itu betul dan boleh menjana keuntungan.
Katanya, mangsa kemudian berhasrat untuk mendapat keuntungan yang lebih banyak dan antara Oktober hingga akhir bulan lalu, mangsa telah mengikut arahan suspek dengan memasukkan wang.
Menurut beliau, sebanyak RM2,656,600 dimasukkan daripada akaun bank miliknya sendiri dan milik pasangannya ke beberapa akaun bank yang berlainan.
“Mangsa tidak menerima sebarang pulangan atas pelaburan itu, sebaliknya mangsa diarahkan membuat pelbagai bayaran lain sebelum wang keuntungan dibayar dan wang pokok dikembalikan.
“Arahan itu membuatkan mangsa syak dia ditipu dan seterusnya membuat laporan polis di Batu Pahat, Johor,” katanya.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah kesalahan tipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pada masa sama, Kumar menyeru dan menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran pelaburan yang dilihat di media sosial dan secara dalam talian yang menjanjikan keuntungan mudah pada kadar yang tinggi.
“Orang ramai disaran untuk membuat semakan dengan agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut berkenaan pelaburan yang ditawarkan.
“Orang ramai juga dikehendaki lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa jenayah komersial bagi mengelakkan diri dari menjadi diri dari menjadi mangsa penipuan,” jelasnya.-
TAHNIAH INDONESIA
Lebih 100 pelarian Rohingya diselamatkan selepas bot karam dekat Indonesia
BANDA ACEH: Lebih 100 pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak diselamatkan selepas bot mereka karam di perairan Indonesia, kata Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), hari ini.
Etnik Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam didakwa dianiaya dengan teruk di Myanmar dan ribuan daripada etnik ini mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun dalam perjalanan laut yang panjang dan berbahaya untuk sampai ke Malaysia atau Indonesia.
"Kami menerima laporan daripada kerajaan Aceh Timur bahawa terdapat 116 pelarian secara keseluruhan," kata pegawai UNHCR, Faisal Rahman kepada AFP, hari ini.
"Buat masa ini, pelarian masih berada di pantai dan belum diputuskan ke mana mereka akan dihantar.
Rahman berkata, bot kayu yang membawa pelarian itu ditemui separuh karam tidak jauh dari pantai di pantai timur laut pulau Sumatera.
Seorang nelayan tempatan, Saifudin Taher berkata, bot itu ditemui memasuki perairan Aceh Timur pagi tadi, dan beberapa jam kemudian ia hampir karam.
"Semua penumpang terselamat, tetapi seorang daripada mereka sakit dan ... segera diberikan rawatan," kata Saifudin kepada AFP, sambil menambah bot itu hanya 100 meter dari pantai, dan pelarian boleh berjalan dengan mudah ke tempat yang selamat.
Bulan lalu, seramai 152 pelarian Rohingya akhirnya dibawa ke darat selepas berlabuh selama beberapa hari di perairan Aceh Selatan, sedang pegawai memutuskan sama ada untuk membenarkan mereka mendarat.
Indonesia tidak menandatangani konvensyen pelarian PBB dan berkata ia tidak boleh dipaksa untuk menerima pelarian dari Myanmar.
Sebaliknya, ia menyeru negara jiran untuk berkongsi beban dan mencari tempat baharu untuk pelarian Rohingya yang tiba di pantai negara itu.
Ramai penduduk Aceh yang mengalami konflik berdarah selama beberapa dekad, bersimpati dengan nasib saudara sesama Muslim mereka.
Namun, terdapat sebahagian yang berkata, kesabaran mereka diuji dan mendakwa Rohingya menggunakan sumber terhad dan kadangkala mencetuskan konflik dengan penduduk tempatan.
SYABAS
INDONESIA
AMIN
ROHINGYA JUGA
SAUDARA KITA
AMIN
KITA SELAMAT
MEREKA SELAMAT
AMIN
KHALAS
MAKSIAT KONSEP ARAB
MAKSIAT
KONSEP ARAB
MELAYU TAKDA
MAKSIAT
KHALAS
Unknown commented on
"SAWAH PADI ROSAK"
Mat Sagon Pasir Mas bagi fatwa banjir di KL, Penang kerana terlampau banyak konsert maksiat.
Kita kiro diKelantan lebih 10 konsert Rock Kapok campur belako anok tino.
Dok masuk konsert separuh bogel Siam diBachok bowok masuk tino seksi Siam.
TUTUP PUNGKOK DAPAT GANJA
TUTUP PUNGKOK
DAPAT GANJA
AMIN
Unknown commented on
"TUTUP JUBO DAPAT GANJA"
Kepada unknown yang awal komen tu;
Jika anak bujang awak yang kena, awak akan suruh anak bujang awak beri punggung dia untuk digodam?
Betul akan suruh begitu?
Masalah sekarang bukan pasal siapa nak godam punggung siapa.
Tapi jika bala tuhan turun ke bumi, bukan 2orang saja yang kena.
Sekali dengan awak pun kena kambus dengan tanah.
Yang tak masuk campur pun sama kena. Termasuk tt taktak jai dan dog kesayangan beliau.
Moga dijauhkan daripada semua bala. Amen.
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 1 NOVEMBER 2024
KITA DI LANDA BANJIR
SANA SINI BANJIR
9 NEGERI DI SEMENANJUNG
BANJIR
SABAH SARAWAK
BELUM DENGAR BERITA
KALI INI RIBU RIBU
KENA PINDAH
AIR NAIK SAMPAI
CUCUR ATAP
JALAN KOPAK
TEBING RUNTUH
KERETA TENGGLAM
SEKOLAH TUTUP
ADUH !
PALING MENARIK KALI INI
MAMAT DAN MINAH
KAWIN DALAM BANJIR
KENDURI DALAM BANJIR
AKAD NIKAH DALAM BANJIR
HA HA HA
TIAP MALAM
PASTI BANJIR ATAS KATIL
KURANG KURAN SEMINGGU
KAH KAH KAH
SYRIA
AJEN ZIONIS MASUK
MENYERANG ALEPPO
INI GERAKAN ISIS
YANG DI TAJA OLEH
AMERIKA DAN ZIONIS
KOREA SELATAN
LEBIH 100 NEGARA
BERUNDING UNTUK HAPUSKAN
PENGGUNAAN PLASTIK
INI DI BINCANG DI BUSAN
KOREA SELATAN
DI BAWAH PAYUNG PBB
JIKA BERSETUJU AKAN ADA
PERJANJIAN YANG MENGIKAT
NEGARA UNTUK HAPUS PLASTIK
UK
KES KE LIMA CACAR BERUK
SAMPAI KE UK
AFRIKA
CACAR BEROK
MASIH BELUM MENURUN
MALAH MELEBAR
HOKKIEN
PAGI INI GUA
BELUM KELUAR FLET
DAH DENGAR MURAI BERKICAU
DARI BELUKAR TEPI PAGAR
INDAH !
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
UJAN KEMARIN
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS
MATA HARI TERLINDING
AWAN PUTIH PUCAT
HA HA
CENGEKRIK BUKAN MAIN
GUMBIRA
RIANG RIA DI SANA SINI
HUJAN DAN BASAH
BAWA GUMBIRA
WARGA HOKKIEN
DATANG MENDEKATI TAK TAK
KACAU PAGI INI
EZI LARI PULANG
GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
KALAU PETANG HUJAN
MALAM SEJUK
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
IMPIAN AKAN TETAP IMPIAN
JIKA LU
TIDAK BERUSAHA
BRO
MULAKAN DIMANA PUN
LU BERADA
BUAT APA YANG LU NAK BUAT
BUAT DENGAN BAIK
BRO
LU JANGAN
NAK JADI DIA
LU JADI LU
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI