Jumaat, 10 Januari 2025

MALAPETAKA IKLIM




Perubahan iklim tingkat bencana alam, kerugian meningkat pada 2024 - Munich Re

MUNICH: Bencana alam termasuk taufan, ribut dan banjir menyebabkan kerugian dianggarkan sehingga AS$140 bilion pada 2024, ia mencatatkan peningkatan berbanding 2023 dan menjadikannya antara tahun yang merekodkan angka kerugian tertinggi, kata syarikat insurans terbesar dunia, Munich Re hari ini.

Jumlah kerugian akibat bencana alam yang dilindungi insurans bagi tahun ini berbanding dengan AS$106 bilion yang dicatatkan pada 2023 jauh melebihi purata jangka panjang.

Ia juga lebih tinggi daripada ramalan sama oleh Swiss Re yang diterbitkan pada Disember.

Munich Re berkata, perkembangan itu menunjukkan 'perubahan iklim meningkat secara mendadak'.

Ini berikutan, suhu global terus meningkat sekali gus menyumbang kepada bencana alam akibat perubahan cuaca berlaku secara lebih kerap dan melampau.

Katanya, kerugian yang diinsuranskan pada 2024 adalah ketiga tertinggi sejak 1980.

Jumlah kerugian akibat malapetaka semula jadi, termasuk yang tidak dilindungi oleh insurans, adalah AS$320 bilion pada 2024.

Ia merekodkan peningkatan daripada AS$268 bilion pada 2023 dan melebihi purata jangka panjang.

Bencana yang menelan kerugian tertinggi di Amerika Syarikat ialah taufan Helene dan Milton.

Laporan itu dikeluarkan ketika puluhan ribu penduduk mengosongkan rumah mereka susulan kebakaran hutan melanda kawasan kediaman mewah di Los Angeles.

"Tiada siapa yang benar-benar selamat akibat perubahan iklim," kata Ketua Saintis Iklim Munich Re, Tobias Grimm. - REUTERS


MALAPETKA

IKLIM DAH

SAMPAI

AMIN

SYARIKAT INSURAN

TAK SANGGUP

NAK BAYAR

AMIN

SEMUA KENA

TANGGUNG SENDIRI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan