Khamis, 3 Julai 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 3 JULAI 2025

DAH KENA CUKAI KE BELUM ?


TARIF TRUMP
Pada 9 Julai 2025  Tarif Trump akan berjalan. Ini hari akhir untuk perbincangan. Vietnam dengan Amerika dah selesai. Kita bagaimana ? Apa keputusan tarif antara Malaysia dengan Amerika. Kena berapa % ?

JENAYAH
Wow banyak berita menakutkan – ada tembak menembak di Brickfeilds. Ada tembak menembak di Cheras. Ada Ibu dan anak  mati  - mayat dah busuk. Wow !

Gempar. Kes pembunuhan  pelajar   wanita. Pelajar universiti swasta.

Tapi paling  PELIK kes Datin Sri Pamela – dia masih hilang. 

Kes ini macam tak masuk akal.  Dia nak pergi ke Putrajaya di panggil oleh SPRM. Jalan di sana ada tol – pasti banyak rakaman cc tv.

Kemudian di lapor kereta di temui di sempadan. Jeng jeng jeng. Kereta ini sapa pemandunya ? Ini kereta GRAB pasti ada  tuan pemilik.

Kes ini pelik lagi memelikkan – jeng jeng jeng.

CUKAI
Ha ha  media sosial dah mula heboh barang dah naik. Jeng jeng jeng. Tapi gua belum rasa apa-apa – Nanti Sabtu bila gua ke Chow Kit baru gua tahu. Sekarang makanan gua semua harga lama. AMIN.

AMERIKA
Pentagon klim fasilitas nuklear Iran yang kena bom akan melambatkan keupayaan Iran membuat senjata nuklear selama dua ke 3 tahun.

VIETNAM
Negara ini di kenakan 20% tarif untuk  eksport barang ke Amerika. Awal dulu Trump umum 46% tarif.

GAZA
Sebuah cafe di Gaza  kena bom. Bom ini seberat 500 pound.

FRANCE
Presiden Macron buat panggilan talipon dengan Putin. Ini panggilan pertama semenjak 3 tahun. Mereka berbincang hal Iran.

GAZA
Hamas sedang menilai cadangan untuk gencatan senjata yang di hebohkan oleh Trump.

EROPAH
Gelombang panas yang luar biasa.   Membawa kematian di Sepanyol dan Portugal. Ini tanda malapetaka iklim.

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk. Kemarin hujan. Langit pucat. Mata  hari tidak kelihatan. 

Tapi  di hadapan gua melintas satu kumpulan Pipit – berpuluh ekor. Mereka terbang berpusing-pusing mencari wilayah rezeki.  

Gua dengar suara Tekukur –  dari kawasan yang amat jauh. Pagi ini Hokkien agak sunyi. Tapi TUK TUK TUK – non stop berlagu.

Gua harap matahari akan muncul. Tuhan Ra amat diperlukan. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI KHAMIS

BRO
Lu lebih mulia di tuduh jahat dari di cap sebagai bodoh.

BRO
Jadikan kebenaran payung hidup lu.

BRO
Pagari hidup lu dengan berani berkata apa yang lu pikir untuk orang ramai. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan