PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 3 JULAI 2025
DAH KENA CUKAI KE BELUM ?
TARIF TRUMP
Pada 9 Julai 2025 Tarif Trump akan berjalan. Ini hari akhir untuk perbincangan. Vietnam dengan Amerika dah selesai. Kita bagaimana ? Apa keputusan tarif antara Malaysia dengan Amerika. Kena berapa % ?
JENAYAH
Wow banyak berita menakutkan – ada tembak menembak di Brickfeilds. Ada tembak menembak di Cheras. Ada Ibu dan anak mati - mayat dah busuk. Wow !
Gempar. Kes pembunuhan pelajar wanita. Pelajar universiti swasta.
Tapi paling PELIK kes Datin Sri Pamela – dia masih hilang.
Kes ini macam tak masuk akal. Dia nak pergi ke Putrajaya di panggil oleh SPRM. Jalan di sana ada tol – pasti banyak rakaman cc tv.
Kemudian di lapor kereta di temui di sempadan. Jeng jeng jeng. Kereta ini sapa pemandunya ? Ini kereta GRAB pasti ada tuan pemilik.
Kes ini pelik lagi memelikkan – jeng jeng jeng.
CUKAI
Ha ha media sosial dah mula heboh barang dah naik. Jeng jeng jeng. Tapi gua belum rasa apa-apa – Nanti Sabtu bila gua ke Chow Kit baru gua tahu. Sekarang makanan gua semua harga lama. AMIN.
AMERIKA
Pentagon klim fasilitas nuklear Iran yang kena bom akan melambatkan keupayaan Iran membuat senjata nuklear selama dua ke 3 tahun.
VIETNAM
Negara ini di kenakan 20% tarif untuk eksport barang ke Amerika. Awal dulu Trump umum 46% tarif.
GAZA
Sebuah cafe di Gaza kena bom. Bom ini seberat 500 pound.
FRANCE
Presiden Macron buat panggilan talipon dengan Putin. Ini panggilan pertama semenjak 3 tahun. Mereka berbincang hal Iran.
GAZA
Hamas sedang menilai cadangan untuk gencatan senjata yang di hebohkan oleh Trump.
EROPAH
Gelombang panas yang luar biasa. Membawa kematian di Sepanyol dan Portugal. Ini tanda malapetaka iklim.
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk. Kemarin hujan. Langit pucat. Mata hari tidak kelihatan.
Tapi di hadapan gua melintas satu kumpulan Pipit – berpuluh ekor. Mereka terbang berpusing-pusing mencari wilayah rezeki.
Gua dengar suara Tekukur – dari kawasan yang amat jauh. Pagi ini Hokkien agak sunyi. Tapi TUK TUK TUK – non stop berlagu.
Gua harap matahari akan muncul. Tuhan Ra amat diperlukan. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI KHAMIS
BRO
Lu lebih mulia di tuduh jahat dari di cap sebagai bodoh.
BRO
Jadikan kebenaran payung hidup lu.
BRO
Pagari hidup lu dengan berani berkata apa yang lu pikir untuk orang ramai. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan