Rabu, 24 Jun 2026

BERITA BAIK UNTUK PETAI DAN JERING


UK DAN FRANCE

BAKAL PENGELUAR

PETAI & JERING

DAN DURIAN

AMIN


Menara Eiffel ditutup lebih awal akibat gelombang haba


PARIS: Eiffel Tower di Paris ditutup lebih awal pada Selasa berikutan ramalan suhu tinggi, menurut notis rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan mercu tanda terkenal itu, lapor Xinhua.

Monumen berkenaan ditutup lebih awal pada 4 petang waktu tempatan (1400 GMT), dengan kemasukan terakhir dibenarkan pada 12.15 tengah hari (1015 GMT), menurut maklumat yang disiarkan di laman sesawang rasminya.

UK berdepan gelombang haba luar biasa, ratusan sekolah ditutup awal


LONDON: Ratusan sekolah di United Kingdom (UK) menamatkan operasi lebih awal, selain perkhidmatan kereta api dikurangkan bagi tempoh dua hari akan datang sebagai persediaan berdepan gelombang haba luar biasa.

Mengikut kiraan BBC, sekurang-kurangnya 300 sekolah bercadang menutup operasi, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, mulai semalam dan beberapa hari berikutnya.

Semalam, sebuah sekolah rendah di barat laut London menamatkan sesi persekolahan lebih awal kerana suhu melebihi 30°C dengan pihak pentadbiran memaklumkan bimbang kebajikan murid dan kakitangan, terutama apabila suhu dijangka mencapai tahap tertinggi ketika petang.

Malah, Jabatan Meteorologi UK (Met Office) kali kedua mengeluarkan amaran merah cuaca panas melampau bagi hari ini dan esok, dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius (°C), paras yang belum pernah direkodkan dalam setahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan