MADAFAKA HALANG
MB JOHOR MASUK
FELDA
AMIN
MB DINAFIKAN
PUJIAN BERI
GERAN PADA
PENEROKA
KHALAS
Halang MB Masuk Felda, Akmal Tuntut Penjelasan PM
KUALA LUMPUR | 24 Jun 26 – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menuntut Anwar bin Ibrahim memberi penjelasan berhubung dakwaan menghalang Menteri Besar Johor daripada memasuki kawasan Felda, selain isu pembatalan Hari Peneroka Felda Negeri Johor yang didakwa berlaku secara mengejut.
Menurut beliau, perkembangan beberapa hari kebelakangan ini menimbulkan kekecohan dalam kalangan peneroka Felda, apabila program Hari Peneroka Felda Johor dilaporkan dibatalkan pada saat akhir, selain dakwaan bahawa Menteri Besar Johor dihalang memasuki kawasan Felda.
Akmal berkata, pelbagai pihak sebelum ini menyalahkan bekas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi Felda, Syabici berhubung insiden berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat kenyataan daripada Zahid yang menafikan beliau mengeluarkan arahan tersebut, meskipun Felda berada di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.
“Felda masih diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Itu kenyataannya,” katanya sambil merujuk kepada beberapa penjelasan sebelum ini bahawa agensi itu berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.
Akmal berkata, jika bukan atas arahan Menteri Penyelia Felda, maka timbul persoalan mengenai pihak yang lebih tinggi yang mungkin mengeluarkan arahan berhubung pembatalan program serta dakwaan menghalang kemasukan pemimpin negeri ke kawasan Felda.
“Kalau Menteri Penyelia kata bukan arahan beliau, mesti ada pihak lebih atas autoriti yang mengeluarkan arahan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri serta Ketua Pengarah Felda bagi menjelaskan keadaan sebenar di sebalik dakwaan berkenaan.
“Saya nak tanya Anwar bin Ibrahim dan Ketua Pengarah Felda, arahan siapa yang dikeluarkan untuk membatalkan Hari Peneroka Felda Johor dan menghalang Menteri Besar Johor daripada memasuki Felda?” katanya.
Beliau turut menggesa pihak terbabit tidak berdiam diri terhadap isu tersebut yang menurutnya sedang menjadi persoalan dalam kalangan rakyat.
“Rakyat nak tahu. Janganlah baling batu, lepas itu sorok tangan. Siapa sebenarnya yang keluarkan arahan ini?” katanya.
Baru-baru ini, Menteri Besar Johor, Hafiz Ghazi mendedahkan beliau dihalang memasuki kawasan FELDA bagi penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026, hujung minggu lalu.
Ini menyebabkan majlis yang sepatutnya dijadual berlangsung di FELDA Ulu Belitong, Kluang pada 20 dan 21 Jun lalu terpaksa ditukar ke Dewan Dato Onn, Taman Sri Lambak, Kluang. @politiko.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan