KUEH KLASIK MELAYU-TEPUNG BERAS-GULA KABONG-SANTAN KELAPA UNTUK MENJADI DODOL

HARI KE TIGA KITA BERPUASA
hari ini hujan turun tengah hari
bila hujan turun kuala lumput jadi kacau
kemudian hujan berhenti dan alam kering kembali
jam 6 lebih mula renyai datang sekali lagi
kini hampir jam tujuh
renyai semakin lebat
lebat semakin pesat air turun
petang ini penjaja kurang senang
hujan datang menggangu betul betul
di saat dan ketika yang paling stratejik
betul betul satu jam sebelum berbuka
apakah dewa di langit marah
apakah dewa sedang bergaduh
apakah tuan puteri menangis
melihat alam yang semakin kelam
hujan petang menyejukan rasa
hujan petang mengundahkan hati pak warong
hujan petang menyoronokan yang baru kahwin
hujan petang membuatkan kota kuala lumpur jam
PETANG INI:
untuk berbuka
aku beli 3 biji kueh melayu
kueh kouci
kueh gulung
kueh inti
air tebu
untuk makan malam
aku membeli :
ikan keli masak tempoyak
rendang ayam
sayur pucuk paku
pajri terong
dan nasi
kelmarin sahor
aku ada sayur jering masak pekat
ikan talapia berlado
air kelapa masam
sambal bilis petai belum di makan
aku simopan dalam peti air batu
bayangkan betapa indahnya menjadi manusia melayu
banyangkan betapa seronoknya berbuka puasa
bayangkan betapa seronoknya bumi ini
bayangkan di hujan petang ini kita masih lagi
berpesta merayakan kehidupan !
HADITH TUKAR TIUB :
jangan lah kamu berbuka seorang diri
kerana nasi bungkus tidak akan
menarik jika dilihat oleh satu kepala
berbukalah kamu berkawan kawan
kerana dengan beramai ramai itu
lebih banyak makanan terhampar di atas meja









