Jumaat, 13 Ogos 2010
SELAMAT BERBUKA PUASA
KUEH KLASIK MELAYU-TEPUNG BERAS-GULA KABONG-SANTAN KELAPA UNTUK MENJADI DODOL
HARI KE TIGA KITA BERPUASA
hari ini hujan turun tengah hari
bila hujan turun kuala lumput jadi kacau
kemudian hujan berhenti dan alam kering kembali
jam 6 lebih mula renyai datang sekali lagi
kini hampir jam tujuh
renyai semakin lebat
lebat semakin pesat air turun
petang ini penjaja kurang senang
hujan datang menggangu betul betul
di saat dan ketika yang paling stratejik
betul betul satu jam sebelum berbuka
apakah dewa di langit marah
apakah dewa sedang bergaduh
apakah tuan puteri menangis
melihat alam yang semakin kelam
hujan petang menyejukan rasa
hujan petang mengundahkan hati pak warong
hujan petang menyoronokan yang baru kahwin
hujan petang membuatkan kota kuala lumpur jam
PETANG INI:
untuk berbuka
aku beli 3 biji kueh melayu
kueh kouci
kueh gulung
kueh inti
air tebu
untuk makan malam
aku membeli :
ikan keli masak tempoyak
rendang ayam
sayur pucuk paku
pajri terong
dan nasi
kelmarin sahor
aku ada sayur jering masak pekat
ikan talapia berlado
air kelapa masam
sambal bilis petai belum di makan
aku simopan dalam peti air batu
bayangkan betapa indahnya menjadi manusia melayu
banyangkan betapa seronoknya berbuka puasa
bayangkan betapa seronoknya bumi ini
bayangkan di hujan petang ini kita masih lagi
berpesta merayakan kehidupan !
HADITH TUKAR TIUB :
jangan lah kamu berbuka seorang diri
kerana nasi bungkus tidak akan
menarik jika dilihat oleh satu kepala
berbukalah kamu berkawan kawan
kerana dengan beramai ramai itu
lebih banyak makanan terhampar di atas meja
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA
DARI DOKTOR GIGI MENJADI KAMBING HITAM
BERITA BERITA KURANG SAHEH
kelmarin para wartawan, juru gambar dan
pelbagai pekerja media telah berkumpul
di mahkamah.
ini kerana telah dikatakan ada seorang
malaon akan di hadapkan ke mahkamah.
ramalan tukar tiub malaoan ini ialah khir toyo.
ini bukan kerana khir ini kaki rasuah
kalau nak ditangkap kaki rasuah dalam kerajaan
najib rosmah - yang tinggi hanya penjaga talipon.
budak pejabat rembat pun jual kertas terpakai.
kenapa khir akan dihadapkan ke mahkamah?
1 - selagi khir tidak dihadapkan ke mahkamah selangor
akan terus dibawah pentabiran pakatan rakyat
2 - gerombolan selangor melihat khir toyo sebagai kaki rasuah
yang memudaratkan gerombolan di selangor
3 - isteri khir lari dengan 9 juta ringgit
4 - khir berpoya poya dengan duit rakyat di disneyland
5 - rumah khir 23 juta ringgit
6 - cabut sebatang gigi paling tinngi 200 ringgit - habis lopong gigi
orang selangor masih tak cukup untuk buat rumah 23 juta ringgit
GEROMBOLAN SELANGOR
gerombolan selangor sedang beramok
jagan silap faham taiko yang paling
berpengaruh di selangor bukan toyo
bukan noh omar tetapi mi spik no inglis
mat taison cukup jaki dengan toyo
noh omar cukup jaki dengan toyo
toyo hanya jaki dengan mat ezam yang baru masuk semangkok
TUJUAN:
bila khir ditangkap maka gerombolan akan
dilihat sebagi serious nak lawan rasuah
ianya juga diharap akan dilihat toadk bias
terhadap orang china -
orang china mca cukup marah dengan isteri rosmah
bila beklas ketua mereka di tahan. jadi bila toyo
ditahan akan dilihat ada imbangan.
KHIR DI SEMBELIH
khir toyo akan disembelih untuk membersihkan imej
gerombolan di selangor.
khir toyo akan dijadikan kambing rongak untuk
memastikan najib dan rosmah selamat
TINDAKAN KHIR TOYO
jangan ingat senang nak kambingkan wak botox ini
kelmarin isteri rosmah telah gelabah bila khir beri kata dua
khir akan bocorkan lagi banyak info kepada ajen ajen
bebas yang kini sedang membatu khir toyo
khir akan hura harakan lagi keadaan
kerana itu kelmarin dia berjaya untuk TIDAK
dibawa ke mahkamah - khir tahu isteri rosmah penakut
lagi kan ibrahim ali isteri rosmah taku inikan pula
jawa pencabut gigi karang kah kah kah
SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU
BANGUN LAWAN ! ASAH PARANG ASAH TOMBAK BANGUN MELAWAN !
PROJEK BAKUN:
SUBSIDI KORPORAT DITERUSKAN, SUBSIDI RAKYAT DIAMBIL
Saya memandang dengan serius laporan-laporan mutakhir yang menunjukkan kelewatan projek Empangan Bakun kerana begitu banyak wang rakyat telah disalurkan ke projek ini sejak sedekad yang lalu.
Berdasarkan laporan, jumlah kos keseluruhan dijangkakan akan meningkat akibat beberapa kelewatan projek. Kos setakat ini sudah pun mencecah RM7.3 billion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh wang rakyat melalui pinjaman berjumlah RM5.75 billion yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Kedua-dua pinjaman ini juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.
Sikap tidak peduli Perdana Menteri yang membiarkan wang rakyat terus digunakan di dalam projek Empangan Bakun adalah sangat bertentangan dengan pendapat beliau mengenai subsidi minyak dan gula. Beliau seolah-olah tidak kisah dengan kemungkinan wang rakyat terus dibazirkan untuk projek ini, tetapi bersungguh-sungguh mahu menarik balik subsidi minyak dan gula – sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek Empangan Bakun setakat ini.
Sasaran penjimatan RM750 juta dari potongan subsidi hanyalah 10% dari jumlah kos keseluruhan projek Empangan Bakun. Projek ini juga telah menyebabkan anggaran kerugian sejumlah RM450 juta yang dialami oleh Sime Darby bagi tahun kewangan 2010, di samping pampasan RM900 juta yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jumlah keseluruhan kerugian dan pampasan kepada Sime Darby sahaja boleh membiayai pelbagai program kebajikan rakyat yang sepatutnya dijalankan apabila subsidi ditarik balik, untuk meringankan bebanan rakyat.
Minggu ini, kita dikejutkan dengan berita projek ini akan mengalami kenaikan kos mendadak disebabkan oleh kelewatan (bukan perkara baru sejak projek dilaksanakan). Laporan-laporan juga memetik sumber dalaman yang menyebut perbezaan pendapat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion apabila projek diserahkan kelak.
Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? Adakah Perdana Menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?
Empangan Bakun adalah lambang layanan Barisan Nasional yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam menentukan subsidi. Di mata Barisan Nasional, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbillion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun.
Saya menyeru Perdana Menteri mengambil pertanggungjawaban dan berterus-terang dengan rakyat mengenai masalah kewangan projek Empangan Bakun dan kesannya kepada wang rakyat. Menteri yang dipertanggungjawabkan menyelia projek juga perlu berterus-terang dan menerangkan kepada rakyat kenapa anggaran kerugian RM2 billion itu perlu ditanggung oleh rakyat.
Rakyat berhak tahu terutamanya apabila rakyat diminta mengurangkan beban kewangan kerajaan, maka subsidi korporat juga perlu dihentikan.
YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
13 OGOS 2010
TANGIS SEORANG IBU
WAHAI KAU PEREMPUAN IBU KEPADA ARWAH KUGAN
AIR MATA SEORANG IBU
aku terlihat gambar kau petang ini
aku ternampak butir butir air mata kau
gugur satu demi satu dari kelopak mata mu
aku tahu betapa sedihnaya hati kau
aku tahu betapa remoknya jantung kau
anak kau mati dalam tahanan
anak kau di seksa dalam tahanan
anak kau di cederakan dalam tahanan
kini anak kau hanyalah statistik
untuk dipapar di parlimen
jika ada yb yang ingin bertanya
jika sang menteri sudi menjawab
untuk berlagak bijak di hadapan kamera
berapa ramai ibu yang kehilangan anak
berapa ratus isteri yang kehilangan suami
berapa ribu anak anak yang kehilangan ayah
namanya balai polis brickfield
namanya balai polis sentul
namanya balai polis damansara
nama nya abu gharib
nama evin
wahai kau
ibu kepada kugan
kita tidak pernah bertemu
wahai kau
ibu kepada kugan
aku hanya menyimpan doa
dalam bulan bulan ramadan ini
aku berharap hati zeus akan terbuka
aku berharap hati isa akan terbuka
aku berharap hati yahwe akan tebuka
aku berharap hari krishna akan terbuka
aku berharap hati yang maha esa akan terbuka
untuk mereda kesugulan kau
untuk mereda hati kau yang patah
untuk mereda jiwa mu yang resah
aku berharap tangisan kau di tengah malam
aku berharap deraian air mata kau
akan menajdi ombak dan taufan
akan menjadi punting beliong
akan menjadi tiupan sangka kala
yang akan meruntuhkan
segala yang batil
segala yang zalim
segala yang jahat
segala yang ganas
hendaknya derai ayer mata kau itu
akan menjadi hujan yang lebat
yang akan menenggelamkan
segala kejahatan
hendaknya ayer mata kau itu
akan menjadi siraman ke atas bumi ini
agar akan tumbuh
pokok pokok keadilan
hendaknya ayer mata kau itu
akan membuka tirai baru
tangisan dam mimpi seram akan berakhir
maka akan ketawa senyum zeus dan dewa dewa di kayangan
BILA RAKYAT BAGUN MELAWAN
BILA RAKYAT BANGUN - TIDAK ADA KUASA BOLEH MENGALAH KAN
PILIHANRAYA UMUM MYANMAR 7 NOVERMBER – berita hairan
Myanmar dijangka mengadakan pilihanraya umumnya pada 7 November depan, iaitu pilihanraya pertama seumpamanya dalam tempoh dua dekad.
Media negara itu mengesahkan tarikh bagi pilihanraya terbabit, yang mana barat bimbang akan berlaku penipuan bagi mengekalkan kuasa kerajaan tentera di negara itu.
KAH KAH KAH
Woit… LIHAT DAN SAKSIKAN…. NEGARA BURMA INI…kah kah kah..
kah kah kah... NEGARA INI DI BAWAH PEMERINTAHAN ASKAR... kah kah kah..
woit.. MASIH BERI TAHU AWAL BILA PILIHANRAYA...kah kah kah..
Kah kah kah… SEKARANG BARU BULAN SEMBILAN… SUDAH UMUM PILIHANRAYA BULAN SEBELAS… kah kah kah..
Woit… INI LAH NAMA NYA DEMOKRASI….kah kah kah..
Woit… BUKAN UMUM PILIHANRAYA... KEMPEN HANYA SATU MINGGU…. Kah kah kah…
Kah kah kah… KEMUDIAN BUAT PILIHANRAYA MASA UMAT ISLAM BUAT HAJI… kah kah kah..
Kah kah kah… INI LAH KERJA LAKNAT GEROMBOLAN UNTUK TERUS BERKUASA…. Kah kah kah…
Woit… UNTUK TERUS MENIPU MELAYU DAN MEROMPAK NEGARA… kah kah kah..
KENYATAAN RESMI
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)
13HB OGOS 2010
CAMPUR TANGAN POLITIK DI UNIVERSITI HARUS DIHENTIKAN SEGERA
Syarahan Perdana dan tayangan Student Power yang di langsungkan oleh seorang aktivis sosial, Fahmi Reza telah mendapat perhatian umum di kalangan anak muda dan mahasiswa di Malaysia.
Beberapa siri syarahan telah dijalankan secara terbuka di luar kampus khusus di Lembah Klang. Pihak penganjur juga telah menambah inisiatif untuk menjalankan syarahan perdana ini di dalam kampus. Namun, percubaan untuk menganjurkannya di dalam kampus itu telah digagalkan apabila program itu diarahkan batal serta merta. Minggu lepas di UiTM Kampus Puncak Perdana dan semalam ia diarahkan batal di kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) melahirkan rasa kecewa dengan pentadbiran universiti yang membatalkan program syarahan ini tanpa sebab yang munasabah. KAMI juga mengecam sekeras-kerasnya campur tangan politik yang tidak mahu program sebegini terus berlangsung. Bagi KAMI, pihak universiti seharusnya lebih bersikap terbuka dalam membuat keputusan dan mengabaikan sebarang tekanan politik yang diberikan khususnya daripada Kementerian Pengajian Tinggi sendiri.
KAMI menolak sebarang campur tangan politik di dalam universiti atas kesedaran bahawa autonomi universiti itu harus diserahkan kembali kepada mahasiswa. Masalah yang terbesar dengan sistem pengajian tinggi di Malaysia ialah apabila segala keputusan dan tindakan yang akan diambil itu adalah tindakan dan keputusan politik. Keputusan ini akhirnya adalah pada tangan Naib Canselor yang dilantik langsung oleh Menteri Pengajian Tinggi atas dasar lantikan politik.
Maka keputusan yang dibuat oleh Naib Canselor dan pentadbirannya juga adalah keputusan politik. Ini adalah masalah yang terbesar bagi IPTA di Malaysia.
Atas kesedaran itu Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen berpendirian bahawa;
1. Pihak Naib Canselor dan pentadbiran universiti harus lebih terbuka dan demokratik dalam membuat keputusan.
2. Mengecam keras sebarang campur tangan politik dalam keputusan yang diambil oleh universiti.
3. Mendesak agar universiti membenarkan penganjuran program syarahan perdana Student Power.
Hilman Idham,
Presiden,
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
KENYATAAN MEDIA
13 OGOS 2010
SEKATAN PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM POLITIK: PEMBENTUKAN KAUKUS RENTAS PARTI BAGI PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM POLITIK
Pengumuman YB Datuk Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi tentang keputusan Kabinet meneruskan sekatan terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik menggambarkan sebuah Kerajaan yang ketinggalan dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya.
Tindakan Kerajaan melayan tentangan daripada Tun Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya bermakna pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak lebih prihatin dengan pandangan lapuk berbanding keperluan mendengar dan berinteraksi dengan generasi masa depan.
Faedah membenarkan mahasiswa terlibat di dalam politik sudah diketahui umum dan telah dibahaskan berkali-kali di peringkat nasional. Lebih penting lagi, matlamat negara melahirkan modal insan yang berdaya saing mesti menekankan pendidikan menyeluruh yang melangkaui bilik kuliah dan kurikulum yang diajar.
Generasi yang kreatif dan inovatif lahir daripada minda yang bebas – yang diberikan sepenuhnya peluang berbahas, berbincang dan lebih penting lagi melakukan kesilapan agar mereka belajar daripada kesilapan mereka.
Kita cuma menunggu masa sebelum mahasiswa negara ini yang membentuk kelompok pengundi yang penting, menghantar mesej menolak Barisan Nasional; memandangkan petanda jelas daripada Pilihan Raya Umum 2008 telah diketepikan begitu sahaja.
Tindakan seterusnya untuk menyanggah keputusan Kabinet bahawa mahasiswa tidak bersedia terlibat di dalam politik ialah dengan menggambarkan kematangan dan pengaruh sebenar mahasiswa dan anak muda.
Kami dengan ini menggesa pembentukan kaukus rentas parti oleh ahli politik muda daripada semua parti bagi memperjuangkan penglibatan mahasiswa di dalam politik.
Sebelum ini kami menyambut baik bahawa ada rakan-rakan kami di dalam Barisan Nasional yang turut berkongsi keyakinan bahawa membenarkan mahasiswa terlibat di dalam politik dan proses politik bagi menggembleng potensi anak muda menyumbang kepada negara sepenuhnya.
Usaha Timbalan Menteri YB Datuk Saifuddin Abdullah untuk menarikh perhatian terhadap isu ini beserta tentangan daripada YB Khairy Jamaluddin terhadap pengumuman Kabinet tempoh hari menggambarkan kita boleh mewujudkan penyelesaian rentas parti terhadap isu ini.
Justeru, memandangkan komitmen mereka, kami ingin menjemput YB Datuk Saifuddin untuk mempimpin kaukus rentas parti dalam isu ini. Jika rakan-rakan kami daripada Barisan Nasional benar-benar ikhlas tentang masa depan generasi muda, peluangnya terbuka luas untuk mereka membuktikan keikhlasan mereka.
YB NURUL IZZAH ANWAR, Ahli Parlimen Lembah Pantai
YB YUSMADI YUSUF, Ahli Parlimen Balik Pulau
YB YUNUS JAMHARI, ADUN Kuala Kurau
YB KESAVAN, ADUN Hutan Melintang
YB NIK NAZMI AHMAD, ADUN Seri Setia
YB CHAN MING KAI, ADUN Simpang Pulai
YB CHANG LIH KANG, ADUN Teja
YB SIM TZE TZIN, ADUN Pantai Jerejak
YB AMIRUDDIN SHARI, ADUN Batu Caves
YB GAN PEI NEI, ADUN Rawang
SATU LAGI REKOD DUNIA - KAH KAH KAH
APA BENDA NYA INI ?
10 RIBU HELAI KERTAS SIASATAN POLIS HILANG, DIJUAL BAHAN KITAR SEMULA - minsider
KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Selepas negara dikejutkan dengan pendedahan enjin jet TUDM dicuri dan dijual sebagai barang lusuh, polis Gombak kehilangan kira-kira 10,000 keping kertas siasatan yang dijual kepada kilang kitar minggu lalu.
Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk empat buruh binaan warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kehilangan kertas siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Kertas siasatan itu dikatakan mengandungi rekod kes-kes jenayah IPD itu yang sudah selesai dan menunggu kelulusan untuk dilupuskan.
Ia disimpan di sebuah bilik di tingkat satu, salah satu daripada bangunan IPD itu yang sedang diubah suai.
Ekoran keadaan fail kertas siasatan itu yang sudah usang dan berhabuk menyebabkan pekerja binaan menyangkakan ia kertas lama yang sudah tidak digunakan lalu mengambilnya untuk dijual kepada kilang kitar semula.
Kertas siasatan seberat kira-kira 2,000kg itu dijual pada harga RM800 kepada beberapa kilang kitar semula di Kepong berdasarkan kadar antara 37 hingga 45 sen sekilogram.
KAH KAH KAH
Woit… INILAH CONTOH POLIS KITA… kah kah kah..
Kah kah kah… KOMPUTER DI PASANG OLEH AJEN ZIONIS ISREAL… kah kah kah..
Kah kah kah…HAKIM DI ATUR OLEH KELING LINGAM… kah kah kah..
Woit… KERTAS SIASATAN DI BAKAR…kah kah kah..
Kah kah kah… KEMUDIAN PUKUL YANG DI TUDUH… SURUH MENGAKU… kah kah kah..
Kah kah kah…SUSAH SUSAH... GUNA ISA…. Kah kah kah..
ota:
tak sedar lagi melayu
sudah dibodohkan selama 50 tahun
bilalaa agaknya melayu ini nak cleik mata
dan melihat tanah melayu ini semakin pupus kah kah kah
BEBASKAN NEGARA INI DARI ZIONIS TEMPATAN
KIBARKAN BENDERA INI - BUKAN CIPLAK BENDERA AMERIKA
1,000 PENIAGA DI KELANTAN TERIMA DINAR, DIRHAM - melayau
Kerajaan Pas Kelantan hari ini melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan yang digunakan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada.
Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mata wang syariah tersebut boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran di sekitar bandar ini untuk transaksi perniagaan.
PENGELUARAN DINAR EMAS BERCANGGAH PERATURAN PUSAT – berita hairan
Kerajaan Pas Kelantan semalam melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.
Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu.
Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan Kelantan melancarkan dinar dan dirham yang akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri itu, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah.
KAH KAH KAH..
Woit… ZIONIS TEMPATAN MULA MARAH… kah kah kah..
woit... ZIONIS TEMPATAN AKAN GAGALKAN PROJEK INI... AWAS!..kah kah kah
Woit… INI KELANTAN PUNYA PASAL… NAK PAKAI PASIR ATAU SABUN ITU ORANG KELANTAN PUNYA HAL…. Kah kah kah..
Woit… TAK BOLEH PAKSA SEMUA ORANG PAKAI KEPALA AGUNG… kah kah kah..
Kah kah kah… KALAU PAKSA INI BETUL BETUL CARA FEDERAL RESERVE… BANK ZINIST YANG MENGAWAL KEKAYAAN DUNIA… kah kah kah..
Woit… MALAON NI…. MASUK PROTOKOL FREE MASON YANG MANA?... kah kah kah..
Kah kah kah… CUBA SELIDIK… PASTI AKU DI TEMUI… KERANA MALAON INI JADI JURU BICARA UNTUK JAGA KEPENTINGAN PARA ZIONIS DAN KAUM PEMODAL…. Kah kah kah..
nota:
langkah kelantan n adalah tepat
jika semua negeri di bawah pakatan gunakan
mata wang cara ini – mati tegak kerajaan najib rosmah
mati tegak tak sempat selaras kah kah kah
MELAYU KENA TIPU LAGI
YANG INI AYAM DAGING DI PASAR
INI DAGING AYAM DI PASAR
HARGA AYAM KEKAL ANTARA RM6.40-RM6.90 - melayau
Walaupun sudah masuk hari kedua Ramadan dan permintaan terhadap daging ayam dijangka meningkat, namun harganya masih sama di bandar raya ini.
Tinjauan Utusan Malayau mendapati, harga ayam di pasar utama kekal antara RM6.40 hingga RM7 sekilogram dan di pasar raya RM6.30 hingga RM6.50 sekilogram
SATU KILOGRAM AYAM KINI RM7.30 - melayau
MELAKA 12 Ogos – Ketika beberapa negeri berlaku kenaikan harga ayam yang tidak munasabah, perkara itu juga tidak terkecuali berlaku di Pasar Besar Melaka Sentral di sini.
Tinjauan Utusan Malayau hari ini mendapati kebanyakan peniaga menaikkan harga ayam bersih sebanyak 10 sen kepada RM7.30 bagi satu kilogram berbanding harga asal RM6.90 hingga RM7.20.
KAH KAH KAH..
Woit.. TUNGGU DAN LIHAT… MENTERI TELO DAN TEPUNG PUNYA KOMEN… kah kah kah
nota:
nanti akan ada berita beberapa peniaga kena tangkap
nanti akan ada berita malaon menteri telo dan tepong melawat pasar
nanti akan ada gambar ayam bergantung dengan tanda harga 5 ringgit satu kilo
nanti akan keluar amaran agar peniaga jangan naikan harga
woit… ORANG MELAYU… TAK SEDAR SEDAR…. Kah kah ka..
woit… SUDAH 50 TAHUN KENA TIPU… kah kah kah..
BANGANG LAGI BODOH
MAIN KENCING KENCING DI LEBUH RAYA PLUS
TIDAK PERLU PANIK KERANA KENAIKAN HARGA AYAM SEMENTARA, KATA ROHANI - mstar
Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dengan harga ayam yang naik mendadak ketika ini kerana ia hanya bersifat sementara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Rohani Abdul Karim.
Katanya kenaikan harga ayam di sesetengah tempat bukan disebabkan faktor kekurangan bekalan tetapi sikap pembekal yang sengaja menaikkan harga sesuka hati berikutan permintaan tinggi terhadap barang itu ketika ini.
"Ini semua taktik mereka kerana daripada mesyuarat yang saya hadiri pagi tadi dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bekalan lebih daripada mencukupi iaitu 10.5 juta ekor ayam untuk seminggu walhal permintaan ayam sehari hanya satu juta ekor.
KAH KAH KAH..
Woit…. BANGANG BETUL MUNKEEE INI… kah kah kah..
Woit… MEMANG LAH UNTUK SEMENTARA…. Kah kah kah..
Woit… SEMENTARA BULAN PUASA INI LAH HARGA NAIK… BANGANG!...kah kah kah..
Woit.. LEPAS MUSIM INI DIA TURUN BALIK… kah kah kah..
Woit… KALAU BANGANG… JANGAN BAGI TAHU ORANG RAMAI… MALU ANKA BINI…. Kah kah kah..
Kah kah kah…KALAU TERUS NAK JADI BABNGANG… PERGI MAIN DI LEBUH RAYA PLUS…. MAIN KENCING BERLARI… kah kah kah
INDUSTRI RAJA GOPAL
BERBANGGA DAPAT PINGAT KHIDMAT CEMERLANG
JUAL PINGAT: SULTAN JOHOR TITAH BEKU ANUGERAH - mstar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan supaya membekukan penganugerahan darjah kebesaran negeri itu ekoran terdapat percubaan menjual pingat termasuk bagi gelaran 'Datuk'.
Sumber istana berkata, Sultan Ibrahim telah bertemu dengan pihak Jumaah Majlis Diraja Johor dan menyatakan bahawa tiada istiadat pengurnian pingat pada tahun ini.
"Sultan juga mengarahkan pihak Jumaah Majlis Diraja Johor supaya menyemak dengan teliti senarai pendek semua anugerah negeri pada mada hadapan sebelum dipertimbangkan.
KAH KAH KAH..
Woit… INI INDUSTRI… kah kah kah..
Kah kah kah.. TAK KAN NAK TUTUP INDUSTRI INI…. Kah kah kah..
Woit…. NANTI APA KATA RAJA GOPAL DARI PAHANG… kah kah kah..
Woit… APA PULAK KATA RAJA GOPAL DARI PERAK… kah kah kah..
woit.. INI NAK BAGI MALU RAJA RAJA GOPAL... kah kah kah..
Kah kah kah… KES KES MACAM INI KENA CARI PEGUAM… kah kah kah…
Kah kah kah… PEGUAM TERBAIK IALAH KAVITA SINGH…. Kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)