KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT
8 Mac 2014
8 Mac 2014
Enam tahun selepas berlakunya gelombang 8 Mac 2008, UMNO-Barisan Nasional telah kehilangan sokongan rakyat. Pakatan Rakyat pula jelas muncul sebagai kuasa yang terus mengancam hegemoni UMNO-Barisan Nasional.
Walaupun UMNO-Barisan Nasional terus hilang sokongan, namun keangkuhan dan kedegilan mereka berterusan, yang ditunjukkan melalui keengganan melakukan reformasi tulen ke atas institusi-institusi penting negara termasuklah institusi kehakiman. Hal ini kerana ianya satu-satunya jalan yang menjamin kelangsungan UMNO-Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.
Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap sdr Karpal Singh di bawah Akta Hasutan merupakan bukti terang bagaimana UMNO-Barisan Nasional terus menyalah guna institusi kehakiman.
UMNO-Barisan Nasional tidak pernah belajar daripada hukuman rakyat bermula sejak peristiwa 1998, justeru mereka mengulangi kesilapan tersebut ke atas kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini.
Kami yakin pengorbanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak akan sia-sia. Pengorbanan ini akan membuka mata rakyat, menyemarakkan semangat dan melonjakkan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bersama Pakatan Rakyat demi melakukan perubahan.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini telah membuat ketetapan bahawa:
1) 1) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir untuk Pembukaan Parlimen dan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung pada 10hb Mac 2014;
2) 2) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen pada 11hb Mac 2014 sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman, solidariti untuk sdr Karpal Singh, dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihanraya Kecil DUN Kajang.
Dato’ Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN
Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS
Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi DAP
Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS
Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi DAP
-----------