Selasa, 12 Mei 2020

WARGA ASING LANGKAH BIJAK









JANGAN ADA

PILIH KASEH

SEMUA SAMA

1,211 warga asing positif Covid-19, kata Dr Noor Hisham

1,211 orang daripada 25,156 warga asing yang disaring Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 495 orang masih menerima rawatan di hospital.

“Buat masa sekarang ada tiga kes di unit rawatan rapi (ICU) dan empat kematian (warga asing).

“Daripada jumlah keseluruhan, 712 warga asing pulih daripada virus itu,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.


Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan kini sedang memantau 150 buah pasar di seluruh negara.

“Kami sudah mengenal pasti 29,850 orang dan menguji 25,260.

“Daripada jumlah itu, 247 diuji positif.”

Katanya, tidak ada kes baharu dikesan di utara Kuala Lumpur dan Pasar Borong KL di Selayang.

“Kawasan itu ada 197 kes positif dengan 83 kes berada di luar kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat.

“Di Selayang Baru juga tidak ada kes baharu di mana jumlah kes positif kekal 52 melibatkan 36 warga asing.”

Manakala di Pasar Jalan Othman pula, katanya, jumlah kes masih lagi 27. – 12 Mei, 2020.

KARONA 

TAK KENAL

WARGA ATAU

PENDATANG

KITA  WAJIB

IKUT KARONA

TAK PILIH PILIH
AMIN

MENTERI AKAN SAMAN C4






MENTERI SAMAN

 HARI SELASA
Dr.Adham akan saman mereka yg memfitnahnya. Dia bersih bak air suam, jadi kita tunggulah bila dia nak saman pertubuhan C4 yg memfitnahnya. Harap dia tak tunggu sampai hari Selasa.
 on 
PEMIMPIN JUJUR
 DIFITNAH LAGI
Publish | Delete | Spam
cikminah
at 17:48

30juta

PUASA SELESAI







BERBUKA KE 19

HARI INI 
KUALA LUMPUR PANAS
PETANG REDUP
DAH MASUK JAM 5
RENYAI SAMPAI
AKHIRNYA HUJAN TURUN
SEBELUM MASUK 
WAKTU BERBUKA

HUJAN MEMBAWA SEJUK
DIUDARA
BURUNG WALIT
MANDI AIR HUJAN
SAMBIL BERLAGU

GUA TAK KE KWANTUNG
KERANA HUJAN

BERBUKA PETANG INI
TAK ADA PERUBAHAN
BOBUR KOBID GUA
TELAH SEDIA

BAGAIMANA AGAKNYA
KELUARGA LAIN
BERBUKA KETIKA BERKHALWAT

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR
SELAMAT BERKHALWAT


PENYANGAK WUJUD






PEMIMPIN

PENYANGAK

 WUJUD

KERANA SISTEM



Melayu hancur sebab pemimpin penyangak, kata Dr Mahathir


MELAYU tidak akan hancur kerana DAP, kata Dr Mahathir Mohamad, tetapi akan hancur kerana mengangkat penyangak jadi pemimpin.

Dr Mahathir berkata beliau malu apabila ramai orang Melayu percaya mereka akan hancur kerana DAP sedangkan kaum itu bukannya terlalu lemah sehingga boleh rosak akibat sebuah parti politik.

Dalam satu tulisan di blognya, Dr Mahathir menyenaraikan pelbagai kejayaan orang Melayu dan kerajaan Malaysia yang ditunjangi pemimpin Melayu, sejak melawan Malayan Union sampailah kepada jalan sendiri menangani krisis ekonomi 1997.

“Banyak lagilah peristiwa yang menunjukkan orang Melayu tidak mudah dihancurkan.

“Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenarkan penyangak jadi pemimpin.

“Pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan hancurkan orang Melayu,” katanya.

Tulisan Dr Mahathir hari ini menghuraikan lagi kenyataannya semalam ketika menjelaskan sebab beliau letak jawatan pengerusi Bersatu dan perdana menteri pada 24 Februari lalu.

Katanya, beliau letak jawatan kerana partinya sendiri melawan nasihatnya supaya tidak keluar dari Pakatan Harapan.

Menurut Dr Mahathir, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang juga sekarang perdana menteri, menegaskan kepada Bersatu mesti keluar dari Pakatan kerana jika tidak keluar “pada hari itu juga”, orang Melayu akan dihancurkan oleh DAP.

“Saya malu. Amat malu.

“Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

“DAP tidak mungkin hancur Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin,” kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya.

Selepas keluar dari Pakatan, Muhyiddin bersama ahli Parlimen Bersatu dan bekas PKR yang diketuai Mohamed Azmin Ali membentuk kerajaan di Putrajaya melalui gabungan bersama Umno dan PAS, serta komponen Barisan Nasional dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Gabungan itu dinamakan Perikatan Nasional.

Sejak itu, tiga negeri – Johor, Melaka, dan Perak – beralih pentadbiran diterajui Perikatan. Hari ini, pentadbiran di Kedah juga tumbang selepas dua wakil rakyat PKR keluar parti.

Dr Mahathir tidak setuju dengan langkah politik itu kerana tidak dapat menerima kerjasama dengan pemimpin Umno yang dianggapnya tidak bersih.

Katanya, Umno pada suatu masa dahulu adalah sebuah parti yang yang berjaya memperjuangkan nasib orang Melayu, dengan mengalahkan British, mencapai kemerdekaan dan membangunkan negara.

“Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 Mei 2018, parti ini kalah,” katanya, merujuk pilihan raya umum ke-14.

“Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin.

“Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri,” katanya.

Umno yang kalah pilihan raya umum 9 Mei 2018 itu kini kembali menganggotai kerajaan dengan beberapa pemimpin kanannya kini dilantik sebagai menteri dalam kabinet Muhyiddin. – 12 Mei, 2020.


SISTEM EKONOMI

INI MELAHIRKAN

PENYANGAK

NAK KUASA

KENA ADA DUIT

NAK DUIT 

KENA ADA KUASA

MAKA TOWKAY

LENDIR

TOWKAY SYABU

DATANG BANTU

TOWKAY BUKAN

DARI PARTI DAP

AKHIRNYA

 MELAYU HANCUR

KHALAS

KEDAH RUNTUH





ADA KOBID KE

SEMUA TAK KIRA

YANG PENTING

KUASA

Mukhriz hilang kepercayaan sebagai MB, umum 23 Adun Kedah

DUA puluh tiga wakil rakyat negeri Kedah termasuk empat dari Bersatu sudah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz Mahathir untuk terus jadi menteri besar, kata Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS Kedah, bagaimanapun tanpa kehadiran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu berkenaan.

Sanusi berkata, 19 Adun yang hadir – iaitu 15 dari PAS, dua Umno, dan dua dari PKR, yang awal hari ini keluar parti – setuju untuk membentuk kerajaan bersama di Kedah menggantikan pentadbiran bersama Pakatan Harapan dan Bersatu.


INI BELUM

SELESAI

TAKDA APA

PASCA KOBID

LAGI KACAU

LAGI HURU

LAGI HARA

KAH KAH KAH

KES BARU DI WUHAN



SERANGAN 

KE DUA

DI WUHAN


'Now it starts again': new coronavirus outbreaks spark unease in China

Cases rise in Shulan, near the Russian border, and in Wuhan, where stringent lockdown measures had been eased in recent weeks

Wabak coronavirus yang tidak dapat dikenali di sebuah bandar China dekat perbatasan Rusia. Juga  sejumlah kes baru di Wuhan telah menimbulkan kebimbangan gelombang jangkitan baru di China.
Pada hari Ahad, pihak berkuasa China mengklasifikasikan semula Shulan, sebuah bandar di dekat perbatasan Rusia dan Korea Utara, sebagai risiko tinggi, setelah sekumpulan kes yang berkaitan dengan seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan atau terdedah kepada virus.
Itu berlaku hanya seminggu setelah China menetapkan semua wilayah di negara itu sebagai risiko rendah atau sederhana. Pada hari Ahad, suruhanjaya kesihatan negara melaporkan 17 kes baru, hari kedua meningkat dua digit dan jumlah tertinggi dalam hampir dua minggu.


KES PELIK

TAK TAHU

DARI MANA

WANITA INI

JUMPA KARONA


GAMBAR INI OK?








GAMBAR INI OK?
Oittt TTTT; 
Hang memang prfttttttt. 
gambar seksi macam ini tak sesuai ditonton semasa berpuasa. boleh susut pahala. 
lepas puasa takpa. eh! 
hehehe
 on 
ABAM 
DIAMPONGKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/05/20

P

BARU SEKARANG SEDAR








PERANAN 

POSITIF KOBID

MEMBAWA

KESEDARAN

Hanya pekerja asing sah boleh diupah, kata DBKL

SEMUA pelesen premis perniagaan, penjaja dan pasar-pasar awam di sekitar ibu kota mesti melantik atau menggaji pembantu atau pekerja warga asing yang mempunyai permit kerja yang sah. 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata arahan itu termaktub dalam Undang-Undang Kecil (UUK) 20 Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dan UUK 22 Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016. 

Arahan itu turut terpakai kepada pelesen pasar awam dan pasar borong di bawah UUK 14 Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016, UKK 38 Pasar (WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 dan UUK 16 Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2002.  

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan surat arahan itu kepada semua pelesen yang terlibat pada hari ini untuk mematuhi peraturan itu. 

“Pelesen diarah mula merancang untuk pelantikan atau penggajian sepenuhnya pekerja warga asing yang mempunyai permit kerja sah sahaja bagi memastikan operasi perniagaan mereka tidak terjejas. 

“Kegagalan untuk mematuhi arahan ini membolehkan tindakan lebih tegas dikenakan ke atas pelesen termasuk membatalkan lesen perniagaan, tindakan sita dan menamatkan kontrak perjanjian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Nor Hisham berkata pembukaan Pasar Raja Bot di Chow Kit, yang akan bermula esok (13 Mei) ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. 

Notis penutupan itu dikeluarkan DBKL sejak 29 April lalu bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan saringan Covid-19 terhadap peniaganya. – Bernama, 12 Mei, 2020.

NASIB BAIK

KOBID DATANG

MENYERANG

BARU SEDAR

NEGARA INI 

AKAN JATUH 

KETANGAN 

PENDATANG

KAH KAH KAH

SAPA GANTI MUKHRIZ






SAPA GANTI

MUKHRIZ

Mukhriz hilang kepercayaan sebagai MB, umum 23 Adun Kedah


BERITA MENYUSUL

PEMIMPIN JUJUR DIFITNAH LAGI









SAPA C4 INI

BUAT FITNAH

PADA PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

YANG JUJUR

YANG BERILMU

YANG WARAK

MUSTAHIL 

PEMIMPIN INI

RASUAH 

C4 gesa Adham perjelas skandal RM30 juta

MENTERI Kesihatan Adham Baba perlu memberi penjelasan sama ada beliau terlibat dalam skandal perolehan bernilai RM30 juta yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

SPRM sedang menyiasat lima syarikat yang dilantik secara langsung oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membekalkan peralatan ujian berkaitan Covid-19.

“Apakah Adham Baba menggunakan kawalan atau pengaruh bagi urusan berkaitan kementerian yang diterajuinya, khususnya pemilihan kontraktor?” kata C4 dalam satu kenyataan hari ini.

“Apakah Adham menyalahgunakan kedudukannya dengan membuat keputusan dengan cara yang akan memberikan keuntungan peribadi dan pilih kasih terhadap rakan perniagaannya?”

Dilaporkan pada 5 Mei, lima kontraktor dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan melibatkan kontrak yang dipercayai bernilai sekurang-kurangnya RM30 juta.

Kontrak tersebut merangkumi pembelian alat ujian Covid-19, peralatan pelindung diri dan topeng muka.

Siasatan itu dibuat selepas bekas ahli Parlimen Wee Choo Kiong mendakwa sebuah syarikat yang menerima kontrak membayar “wang pendahuluan yang banyak” dan tidak memenuhi syarat.

C4 berkata, carian di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan terdapat hubung kait antara pemegang saham dengan syarikat yang menawarkan kontrak dengan syarikat lain yang mempunyai saham di klinik swasta milik Adham, Klinik Adham.

“C4 menuntut Adham memberikan penjelasan penuh demi kepentingan umum mengenai kontrak perolehan dan juga pelantikan kontraktor.

“Memandangkan krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya, meletakkan sistem penjagaan kesihatan, keselamatan dan ekonomi di bawah tekanan yang sangat besar, sangat penting bahawa ketelusan dan kebertanggungjawapan terus menjadi intipati bagi tindak balas terhadap dasar negara,” katanya. – 11 Mei, 2020.


MENTERI INI

JIMAT CERMAT

JAGA BUJET

LAWAN KARONA

MINUM AIR SUAM

PASTI 

 SELAMATKAN

BERJUTA  DUIT

BELI UBAT

KAH KAH KAH

JANGAN PORAK PERANDAKAN RAKYAT







JANGAN PORAK

PERANDA RAKYAT
hidup seratus tahun buat ape? asyik porak peranda negara, pecah belah rakyat, dasar kroni, dasar swasta dasar kapitalis, anak beranak lagi rayo salam yahudi ? salah Amerika? kah kah kah cermin diri dulu bangang kah kah kah engkau kaki sapu curi rasuah sondol salah orang wat pe 
kah kah kah 
on 
JANGAN KENA PAU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/05/20

Y

BAHAYA AKAN SAMPAI







AWAS

KOBID MASIH

MENYERANG


Kes virus di Wuhan, Korea Selatan cetus kebimbangan gelombang ke-2


NEGARA di Eropah dan juga New York memulakan langkah pembukaan semula semalam selepas proses panjang pengurungan akibat koronavirus, tetapi kemunculan semula jangkitan di China dan Korea Selatan memberi amaran serius mengenai bahaya gelombang kedua.

Kesan yang pelbagai menggambarkan apa dihadapi kerajaan di seluruh dunia ketika berusaha menghidupkan kembali ekonomi yang hancur sambil terus mengawasi wabak yang kini membunuh lebih 283,000 orang dan menjangkiti lebih 4.1 juta penduduk dunia.

Ketika Perancis dan Sepanyol menikmati kebebasan baru dan Britain serta New York mengumumkan rancangan pembukaan semula sebahagian, bandar Wuhan di China tempat wabak muncul, melaporkan kes baru bagi hari kedua selepas sebulan tanpa sebarang tanda virus.

Korea Selatan pula mengumumkan jumlah jangkitan tertinggi selepas sebulan disebabkan kluster di daerah hiburan di Seoul.

Dengan juta orang hilang kerja dan ekonomi yang teruk, kerajaan terdesak untuk bermula tetapi kebanyakannya memilih pendekatan secara beransur-ansur kerana bimbang kebangkitan virus lebih besar.

Di beberapa tempat di Eropah, menunjukkan trend lebih baik dengan kematian harian di Sepanyol jatuh kepada 123 dan Itali - yang pernah menjadi pusat wabak di Eropah - melaporkan kurang 1,000 pesakit dalam rawatan intensif, paling rendah sejak 10 Mac sebelum kemuncak wabah.

Perancis menyaksikan kematian hariannya menurun selama beberapa hari tetapi melaporkan kenaikan semalam sebanyak 263 orang, ketika ia mulai menutup sebuah hospital padang tentera yang dibina untuk mengambil pesakit rawatan intensif ketika hospital sesak.

Kematian yang disahkan meningkat melebihi 80,000 di Amerika Syarikat, jauh lebih tinggi berbanding negara lain, menurut Universiti Johns Hopkins. – AFP, 12 Mei, 2020.


JANGAN CEPAT

NAK BERPESTA

MAUT ADA

BELAKANG PINTU

KHALAS

SIMPANG REMBAU




SIMPANG REMBAU

PERMATANG PAUH
persimpangan sungai buloh, lokap SPRM atau Putrajaya, give and take bro, apa pun puak sama saja, siapa masuk pun nak tarik sokong kena pakai duit, sama lah hangpa semua, sama spesis, Predator jugak bab duit semua kaut kaut kaut kah kah kah 
on 
UMNO
 DIPERSIMPANGAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/05/20

Kah

KEPALA BUTUH






KEPALA BUTUH
Kepala butoh Munkee Air Suam 
ni jujur dan bersih.. 
on
 MENTERI 
TAK SALAH
 GUNA KUASA
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 11/05/20

G

KERAJAAN LANGIT SURAT YASSIN








KERAJAAN LANGIT

SURAT YASSIN
ini menteri kesihatan dari parti keramat yang bersekongkol tubuhkan kerajaan langit dgn anak tok guru agama. perdana menteri yg melantik beliau pula adalah sangat alim dan dari keturunan yg mulia. mana mungkin perdana menteri silap pilih insan yg amanah untuk terajui kementerian.
 pemilihan insan ini juga direstui parti agama islam yg suci dan syumul. jgn lupa, insan terpilih ini dah di baptise oleh air yassin malam jumaat. 
langkah sheraton adalah tepat. ni semua fitnah lim guan eng dan bapak dia lim kit siang yg kafir harbi tu. dua beranak ni memang cemburu dgn kerajaan sheraton.. oops kerajaan langit. hidup kerajaan melayu islam, yg penting abam tak jadi perdana menteri. kahkahkahkah 
on 
MENTERI 
TAK SALAH 
GUNA KUASA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/05/20

hidup

AWAS GELOMBANG KE DUA







AWAS

Kes virus di Wuhan, Korea Selatan cetus kebimbangan gelombang ke-2


BERITA MENYUSUL

ABAM DIAMPONGKAN







ABAM 

DIAMPONGKAN

RAJA MOSKOO
Katonyo Abam di ampongkang untok lopeh chopek oleh Agong Moscow ..dan kosalahan jenayah MOMBUNTUT kokal. Ikot hokom kok kito ponah kono jil, kito dah tak blh jadi chalon ..apo lagi jadi pM. Jadi apo bijik yg Penjonayah Buntut ini dah lopeh jadi Ahlol Palimen ..skrg ni dah merachau nak jadi PM pulak. 
on 
BEBAS HUKUMAN 
BUKAN KESALAHAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 11/05/20

Ya

SIMPANG PERMATANG PAUH








SIMPANG

PERMATANG PAUH
Ini kes berat kalau dalam persimpangan dalam dilema hati berbelah bagi umpama cinta segi.. Kalau hati ada rasa simpang maknanya ada tanda² orang akan ke simpang renggam hurmmm.... 
on 
UMNO
 DIPERSIMPANGAN
Publish | Delete | Spam
Ayob Anak Tulakang
on 11/05/20

Ka

AMARAN RAKYAT BERSATU LINGKUP







AMARAN RAKYAT

TANPA MADEY

BERSATU

LINGKUP


Jangan pecat Dr Mahathir dan Mukhriz sesuka hati, kata akar umbi Bersatu


AKAR umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa pucuk pimpinan parti berlaku adil sekiranya mahu memecat keahlian Pengerusi parti Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Mukhriz Mahathir.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, tidak wajar parti memecat Dr Mahathir dan Mukhriz begitu saja, sedangkan dua pemimpin itu antara pengasas parti, melainkan jika mereka melanggar peraturan parti.

Adun Teluk Bahang Zolkifly Md Lazim berpendapat pemecatan itu pun hanya boleh boleh berlaku jika pelanggaran itu dibuktikan.

“Kalau ada pelanggaran peraturan, mesti ada proses lembaga disiplin dan bukti mereka langgar peraturan.

“Semua ahli mesti patuh kepada semua arahan parti. Sebarang pelanggaran atau apa-apa yang berlawanan dengan parti akan diambil tindakan oleh parti bagi mengukuhkan parti dan membawa parti kepada kesatuan kerja,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Adun Ayer Hangat, Langkawi, Juhari Bulat pula berkata pemecatan dua pemimpin utama Bersatu itu membayangkan sudah tiada lagi demokrasi dalam parti.

“Mereka berdua tidak patut dipecat… tiada sesiapa yang patut dipecat dalam Bersatu.

“Proses demokrasi mesti digunakan untuk mentadbir sebuah parti politik. Biar proses demokrasi hidup subur dan bermesyuarat adalah langkah yang terbaik untuk hadapi krisis ini,” katanya.

Bersatu berpecah

Isu pemecatan Dr Mahathir dan Mukhriz timbul selepas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sepatutnya bermesyuarat semalam (Isnin, 11 Mei) tanpa menjemput mereka hadir.

Mesyuarat itu dipanggil ketika Bersatu terpecah dua antara kelompok Dr Mahathir dan kem Presiden Muhyiddin Yassin susulan perselisihan pendirian mengenai kerjasama politik parti, sama ada dengan Pakatan Harapan atau Umno.

Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari PH pada hujung Februari lalu dan membentuk kerajaan baharu bersama Umno dan PAS, yang disokong oleh parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Muhyiddin juga memangku jawatan pengerusi parti selepas Dr Mahathir letak jawatan pada 24 Februari lalu, walaupun sebelum itu MPT menolak perletakan jawatan tersebut. Alasannya, tiada peruntukan dalam perlembagaan parti untuk Dr Mahathir dilantik semula.

Spekulasi pemecatan Dr Mahathir dan Mukhriz timbul selepas Ketua Penerangan Bersatu Mohd Radzi Md Jidin menyebut nama mereka dalam satu kenyataan pada Khamis lalu. Kenyataan itu memberi amaran parti boleh menggugurkan keahlian mana-mana ahli yang menyertai gabungan parti lain yang bercanggah dengan pendirian parti.

Radzi membuat kenyataan itu selepas beberapa pemimpin Bersatu termasuk Setiausaha Agung Marzuki Yahya yang dipecat pada Mac lalu menegaskan MPT Bersatu tidak pernah membuat keputusan untuk parti keluar dari PH.

Mesyuarat MPT Bersatu itu bagaimanapun ditangguhkan ke satu tarikh lain melalui satu notis yang dikeluarkan tiga jam selepas laporan media mengenainya.

“Orang No. 1”

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Ulya Aqamah Husamudin berkata, parti tidak wajar memecat Dr Mahathir kerana beliau “orang nombor satu” dalam parti.

“Keahlian Tun (Dr Mahathir) juga nombor satu dalam parti. 

“Saya dijemput untuk hadiri mesyuarat MPT (yang ditangguh semalam). Saya akan bantah jika ada agenda untuk pecat beliau,” katanya.

Ulya adalah antara pemimpin Bersatu yang bersuara mempersoalkan naratif bahawa tindakan Muhyiddin membawa parti keluar dari PH dipersetujui oleh MPT dan cadangan mengenainya sudah lama diketahui juga oleh Dr Mahathir.

Sementara itu, ahli Pemuda Bersatu Bukit Bendera, Razaliff Mohd Zain mempersoalkan perlembagaan mana yang dipakai oleh parti untuk memecat Dr Mahathir dan anaknya ketika pucuk pimpinan parti sekarang mentafsirkan perlembagaan untuk kepentingan mereka.

“Pelantikan setiausaha agung baharu pun tidak sah (ikut perlembagaan). Perlembagaan mana yang dipakai untuk pecat Dr Mahathir dan Mukriz?” tanyanya.

Razaliff merujuk pada pemecatan Marzuki Yahya sebagai setiausaha agung Bersatu pada 18 Mac lalu. Marzuki yang diketahui menyokong Dr Mahathir digantikan oleh Hamzah Zainuddin, yang juga menteri dalam kabinet Muhyiddin.

Kembalilah bersatu

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Bersatu Rasah Muhammad Farit Hamzah menyeru pucuk pimpinan tertinggi parti agar kembali ke meja rundingan, berbincang mencari jalan menyelesaikan krisis dalaman parti.

“MPT tidak boleh memecat dengan sesuka hati, mereka perlulah ikut saluran. Dr Mahathir, Mukhriz, dan Muhyiddin perlu duduk bersama untuk berbincang.

“Saya gesa ketiga-tiga mereka berdamai. Itulah yang terbaik untuk parti,” katanya.

Ketua Pemuda Bersatu Bukit Mertajam, Zikri Zulkifli juga berkata, tindakan memecat mereka bukan satu langkah tepat, walaupun ahli parti di akar umbi akan akur.

“Parti kena cari penyelesaian yang terbaik, secara aman. Dr Mahathir dan Mukhriz dua tokoh yang banyak berjasa untuk parti,” katanya. – 12 Mei, 2020.


PASCA KOBID

SATU PARTI  BARU

WAJIB MUNCUL

GARIS TAMAROD

GARIS  MUDA

LUPAKAN YANG

TUA TUA KOTAI

TINGGALKAN 

MADEY HADI

ANWAR  KIT SIANG

RAKYAT MUAK

MENYAMPAH

POLTIK LAMA

BUKA DUNIA BARU

CERAH COOL

MENJANJIKAN

AMIN