Selasa, 15 Februari 2022

BERITA BARU MASUK - ADA TENTERA RUSIA MULA PULANG KE BEREK

 

BERITA

ABRU MASUK

AMIN

ADA TENTERA RUSIA

MULA PULANG 

KE BEREK

AMIN

TAHNIAH KOMANDER DAN ANAK BUAH TUGAS BAIK

 



50 ‘laluan tikus’ seludup PATI dikenal pasti dari perairan Klang ke Perak

GEORGE TOWN – Pasukan Polis Marin Wilayah 1  (PPMW 1) mengenal pasti 50 laluan tikus yang digunakan sindiket bagi menyeludup masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bermula dari perairan Klang, Selangor hingga ke Hutan Melintang, Perak.

Komandernya, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, kesemua laluan itu dikenal pasti ketika pihaknya melakukan tangkapan membabitkan PATI ketika melakukan rondaan menerusi beberapa operasi termasuk Ops Khas sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.

Jelas beliau, sejak dari 1 Januari lalu hingga semalam seramai 201 warga Indonesia termasuk seorang warga tempatan diberkas di bawah Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Manusia (ATIPSOM).

“Kesemua mereka yang ditahan di perairan Sungai Buloh, Tanjong Karang dan Sungai Serdang, Selangor. Kesemua mereka terdiri daripada 158 lelaki dan 42 perempuan yang berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun.

“Selain itu, 13 individu daripada 201 orang yang ditahan itu berperanan sebagai tekong laut dan tekong darat

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas empat bot yang digunakan untuk menyeludup masuk PATI serta rampasan lain yang berjumlah RM900,000 secara keseluruhan,” katanya pada sidang media di Batu Uban di sini, hari ini.

Menurut Shamsol, kebanyakan laluan tikus yang dikenal pasti itu terletak di kawasan gelap serta bukan lokasi pangkalan utama sekali gus  menyukarkan pihak berkuasa mengesan pergerakan mereka.

Jelas beliau, sindiket aktif menyeludup masuk PATI bermula jam 9 malam hingga 2 pagi dan berdasarkan siasatan mereka hanya memerlukan masa empat hingga lima jam untuk membolos sempadan negara menerusi Selat Melaka.

“Hasil siasatan pihak kami mendapati setiap seorang PATI dikenakan bayaran RM1,500 hingga RM2,000 untuk masuk ke negara ini selain mereka sudah dijanjikan pekerjaan di sektor perladangan serta pembantu rumah.

“Kita juga dapati sindiket akan menggunakan bot nelayan untuk menyeludup masuk PATI dan setiap bot akan dimuatkan antara 100 hingga 200 PATI ini sekali gus punca berlakunya insiden bot karam hingga meragut nyawa mereka,” tegas Shamsol.

Tambah Shamsol, pihaknya sentiasa mengadakan rondaan agresif bagi mengelakkan sempadan negara dibolosi dengan mudah, sekali gus kedaulatan negara dapat dijaga


TAHNIAH

KOMANDER

TAHNIAH

ANAK BUAH

SALUT

AMIN

TUTUP LUBANG

TIKUS

DENGAN AGRESIF

AMIN

TAPI BILA

PIHAK BERWAJIB

HENDAK BERTINDAK

TUTUP LUBANG

LOPONG YG BESAR

AMIN

PENDATANG HARAM

CHINA MERAH 

MASUK  DENGAN

KAPAL TERBANG

AMIN

INI LUBANG BESAR

PENDATANG HARAM

MASUK

AMIN

PAKAI VISA PELAWAT

KEMUDIAN TAK

PULANG PULANG

AMIN

SILA AMBIL

TINDAKAN AGRESIF

TERHADAP  LUBANG

CHINA MERAH 

KHALAS

AMIN

BIK MAMA TANGGUH LAGI

 



BIK MAMA

TANGGUH LAGI

AMIN

Unknown commented on 

"BERITA BAIK 

UNTUK PAKATAN"

Kes tak jalan, Kes solar panel untuk sekolah yang Bike Mama sapu tu, asyik postponed sebab KOBID, alasan tuntas betul lah cakap TT, selama ini Kes Kes mereka tak jalan semua sangkut pakai alasan KOBID, justice delay is justice denied kah atau sebalik udang kah kah apa pun Malaysia Boleh Bossku kah kah




Bicara kes rasuah Rosmah tangguh, peguam positif Covid-19

MAHKAMAH Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan rasuah yang dihadapi Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak selepas peguamnya Akberdin Abdul Kader disahkan positif Covid-19.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram memaklumkan hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa, bukan Akberdin sahaja yang dijangkiti Covid-19, malah dua lagi anggota pasukan pembelaan iaitu Jagjit Singh dan Azrul Zulkifli Stork merupakan kontak rapat dengan Akberdin dan mereka perlu dikuarantin.

Hakim Mohamed Zaini memaklumkan bahawa mahkamah juga menerima surat daripada firma guaman Jagjit menyatakan Akberdin dijangkiti Covid-19.

“Saya difahamkan beliau (Akberdin) didiagnosis pada 12 Februari. Malang mendengar perkhabaran itu. Saya doakan beliau sihat,” katanya.

Hakim Mohamed Zaini kemudiannya menangguhkan prosiding hari ini dan perbicaraan akan disambung semula pada 23 Februari.

TAKPA 

KITA SABAR

DAN TUNGGU

23 FEBUARI 2022

AMIN

OMICROM MENGGANAS

 


Kes aktif Covid-19 menunjukkan trend menaik

JUMLAH kes aktif Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 168,447, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Semalam, 21,315 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 8,517 kes pulih, dengan 24 kematian dilaporkan.

Daripada jumlah itu, 21,228 kes kategori 1 dan 2.

Bagi kes aktif, 155,866 dikenakan kuarantin kendiri, 5,963 di pusat kuarantin dan 6,419 di hospital.

Sementara itu, 1,829 pesakit dimasukkan ke hospital semalam, menjadikan kadar pesakit Covid-19 di hospital kepada 58.6%, dengan kadar penuh ialah 66.1%.

Seramai 368 pesakit dimasukkan di hospital di Johor, diikuti 335 di Sabah dan 317 di Selangor.

Sebanyak 5,089 kes baharu dilaporkan di Lembah Klang, dengan Selangor (3,955), Kuala Lumpur (1,010) dan Putrajaya (124).

Sabah melaporkan 4,035 kes, diikuti Johor yang akan mengadakan pilihan raya negeri pada 12 Mac, dengan 2,800 kes.

Negeri lain melaporkan kes baharu ialah Kedah (2,733), Pulau Pinang (1,656), Kelantan (1,330), Pahang (938), Negeri Sembilan (707), Melaka (666), Perak (461, Terengganu (376), Sarawak (206), Labuan (189) dan Perlis (129).

Daripada 24 kes kematian, 11 kematian di luar hospital, menjadikan jumlah kes setakat ini 32,149. – 15 Februari, 2022.

OMICRON

MENGGANAS

AMIN

KITA WAJIB IKUT

C.U.H

CARA UNTUK HIDUP

KHALAS

PERANG NUKLEAR

 


PERANG NUKLEAR?

AMIN

ISLAM KAPIR

BAHAI HINDU

ATEIS SUNNI

SHIAH KOMUNIS

SEMUA AKAN 

MUSNAH

KHALAS

Unknown commented on 

"SEMUA MUSNAH"

Isham asyik sebar fitnah dan kebencian terhadap Cina merah dan komunis. Dalam minda Isham, kalau ada perang, samada nuklear atau bukan nuklear, yang musnah hanya komunis. Yang lain selamat kerana senjata orang putih boleh membeza siapa komunis, siapa bukan. Perang dianggap macam filem Hollywood.

INI KES APA ? AGAK PELIK

 


Mahkamah tangguh hantar pulang bekas pesuruhjaya tinggi Bangladesh 

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberikan perintah interim untuk menghentikan penghantaran pulang Mohamed Khairuzzaman, bekas pesuruhjaya tinggi Bangladesh ke Malaysia.

Hakim Mohd Zaini Mazlan membenarkan perintah sementara itu bagi menunggu perbicaraan permohonan habeas corpus yang mencabar kesahihan penahanan Mohamed oleh pihak berkuasa Malaysia.

Peguamnya Edmund Bon berhujah yang tanpa penangguhan, terdapat risiko anak guamnya boleh dihantar pulang pada bila-bila masa.

“Saya memberikan tempoh sementara, sementara menunggu pelupusan penangguhan dan permohonan habeas corpus,” kata Zaini.

Permohonan habeas corpus akan didengar pada 20 Mei. Ia menamakan menteri dalam negeri, ketua pengarah imigresen dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Mohamed berkhidmat sebagai pesuruhjaya tinggi di Malaysia dari Ogos 2007 hingga Januari 2009.

Beliau diambil dari kediamannya di Ampang dalam operasi bersama Jabatan Imigresen dan polis Bangladesh pada 9 Februari lalu.

Kerajaan Bangladesh membatalkan pasport Mohamed pada Januari 2009 dan memanggilnya pulang semula ke Dhaka untuk berdepan perbicaraan jenayah berhubung pembunuhan politik 1975.

Mejar tentera bersara berusia 70 tahun itu sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Menurut laporan media Bangladesh, Mohamed mendapatkan bantuan daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian di Kuala Lumpur, kerana bimbangkan keselamatannya selepas pasportnya ditarik balik.

Sejak itu, beliau hidup sebagai pelarian di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata penahanan Mohamad adalah mengikut undang-undang. – 15 Februari, 2022.

INI KES APA

AMAT PELIK

AMIN

DAH 10 TAHUN

MAMAT INI

TINGGAL SELAMAT

SEBAGAI PESUAKA

POLITIK

TUP TUP

JADI ORANG JAHAT

AMIN

DULU DITUDUH

JAHAT KEMUDIAN

BEBAS

JADI DUTA

AMIN

SEKARANG JADI

JAHAT BALIK ??

APA HAL

AMIN

ADA APA APA

HAL BURUH

BANGLA KE ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

SAJAT ORI LAGI CUN

 



SAJAT ORI

LAGI CUN

DARI PLASTIK

AMIN

Unknown commented on

 "BADAN SAJAT 

TIDAK PALSU"

Woit patung silicon pun orang jolok, apa kan pulak Sajat, dia memang cun steady getah baru, at least penampilan wow hebat, ramai lelaki menghidam Sajat sampai ustaz Senik pun teringin meratah tubuh Sajat lah kah kah kah siapa siapa yang tiada keinginan begitu tak payah panggil lelaki lah kah kah

BATU APAI TERHADP MUSUH TUGAS SUCI

 


JADI BATU API

PADA  MUSUH

SATU TUGAS

SUCI

KHALAS

Unknown commented on

 "KAWAHLI TIBAI KETATI"

Betul wajib sokong. Tapi itu perkara kecil anak. Perkara awal wahid ialah apabila 2ekor malaon tak berguna ini alkawahli alketati bergaduh, perkara utama kita kena buat ialah curah minyak jadi batu api dan gaduhkandua ekor malaon ini lagi dan lagi. Hang tt lupa banyak perkara semenjak 2menjak ni. Harga bahan memasak ikan daging sayormayur buah epal tapai petai sudah naik harga. Apa yang 2ekor malaon itu buat? 



Hari hari garu telor? Dibayar gaji elaun itu ini untuk bini menayang al audi q7 saja hadiah daripada en somi? Itu belum isu tol petrol kpdnkklmnopqrstuv yang kerja mengabiskan duit cukai. Bayar gaji ke diaorang harga barang tetap macam celaka. Belum lagi isu permit, lesen pemborong, pengilamg lesen itu ini yang menyusahkan orang sebab kerajaan penyamun. 2ekor alkawahli alketati altontowi altantuya budak pekan sial itu samalah juga.


KITA SAMA-SAMA BERSEDIH



AL-FATIHAH

Unknown commented on 

"MENUJU KE ARAH

 NEGARA GAGAL"

Sedih juga dua beradik mati makan sampah. Migran atau tidak apa beza kita anak manusia. Tapi bila tahu saja bapak dua budak itu penagih dadah, lagi sakit dihati. Itu dua budak kebuluran sudah sangat lama.


2 beradik maut selepas

 makan sisa makanan

 dalam tong sampah

Langkawi: Dua beradik warga Myanmar maut dipercayai selepas makan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di sini, hari ini.

Mangsa, Nizambudin, 4, dan adiknya, Ngei Jamaludin, 2, dilaporkan meninggal dunia pada 5.40 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada 6.15 petang.

"Siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu melihat keduanya berada berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum membawa kedua-duanya ke rumah jiran berhampiran.

"Beberapa minit selepas itu, dua kanak-kanak itu dapati tidak bernafas sebelum penduduk kampung menghubungi pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shariman berkata, bapa kanak-kanak terbabit bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan kerja kampung, selain mereka tiada kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai makan sisa makanan diperoleh dalam tong sampah di kawasan mereka ditemui.

"Pengesahan kematian mereka dibuat oleh petugas perubatan dan kedua-duanya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk ujian saringan Covid-19 dan proses bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

MANA BERAT HATI

MEMBACA

BERAT LAGI

BAHU MEMIKUL

AMIN

UKRAINE BIZI HARI RABU

 


UKRAINE BIZI

AHRI RABU

KAH KAH KAH

Unknown commented on

 "NATO HEBOH NAK PERANG"

NATO ada kol Ukraine nak buat appointment perang hari rabu ni tp Ukraine cakap hari rabu tak leh bizi.

BADAN SAJAT TIDAK PALSU

 



BADAN SAJAT

BUKAN PALSU

AMIN

CUN BERGETAH MENGANCAM

AMIN

Aji commented on

 "USTAD TAHFIZ JOLOK 

BONTOT MURID"

Isham, secara jujurnya kejantanan ko teransang tak bila menatap keseksian badan sajat yg palsu tu? Lepas aku tanya ko. Aku tanya mokhtar senik pulak


SEKARANG BARU DIBERITAHU - UKRAINE.

 


SEKARANG BARU

KITA DIBERITAHU

ADA 20% BANI RUSIA

DALAM UKRAINE

AMIN

MEREKA 

NAK BERSAMA

RUSIA

AMIN

MACAM

 ORANG MELAYU

DI SINGAPURA NAK

BERSAMA 

MALAYSIA

AMIN

KAWAHLI TIBAI KETATI

 



Hadi Al-Kawahli terlalu marah, kata sumber dedah punca Khairuddin Al-Ketati dipecat

ISU yang terkumpul melibatkan  Khairuddin Al-Ketati, termasuk hubungannya dengan seorang aktivis politik gerakan Islam, punca bekas menteri itu dipecat daripada dua jawatan dalam PAS dalam masa sebulan yang lepas, kata beberapa sumber.

Kemarahan Presiden PAS  Hadi Al-Kawahli memuncak selepas Khairuddin melibatkan aktivis politik itu semasa mewakili parti dalam satu persidangan mengenai Palestin di Istanbul, Turki pada Disember lalu, kata sumber.

Sumber memberitahu , kemarahan  Hadi Al-kawahli  tidak dapat dibendung sehingga pada satu peringkat mahu membuang Khairuddin dari parti.

“Namun ia dihalang oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat yang lain kerana bimbang keadaan akan lebih teruk dan tidak dapat dikawal hingga menjejaskan imej parti.

“Kerana itu akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengugurkan sahaja jawatan Khairuddin Al-Ketati sebagai ahli jawatankuasa parti dan setiausaha majlis syura ulama,” katanya.

Sikap Al-Kawahli terhadap aktivis politik itu diketahui umum dalam kalangan ahli dan pemimpin PAS. Beliau menganggapnya sebagai dalang yang memecah-belahkan kepimpinan tertinggi PAS.

Al-Kawahli  juga dilapor pernah memberi amaran kepada Al-Ketati  kononnya aktivis politik berkenaan “agen Umno”.

Aktivis politik berkenaan dikatakan antara sosok utama yang terlibat mengatur hubungan PAS dan Umno sejak 2009.

“Presiden minta berulang kali putuskan hubungan dengan dia tapi Khairuddin tetap berhubung, termasuk membawanya ke luar negara,” kata sumber.

Sumber menjelaskan kesabaran Abdul Hadi teruji apabila Hamas mengadu mengenai kehadiran aktivis politik berkenaan bersama rombongan pimpinan PAS pada persidangan mengenai Palestin.

“Mereka tidak selesa bila (aktivis itu) ada dalam pertemuan tersebut. Maka wakil Hamas telah membuat bantahan kepada presiden sendiri,” katanya.

Seorang lagi sumber menceritakan perkara sama kepada The Malaysia dan menambah kehadiran Al-Ketati  bersama aktivis politik berkenaan ke persidangan Palestin bukan satu-satunya penyebab beliau dipecat daripada dua jawatan parti baru-baru ini.

“Ia rentetan dari isu-isu lain sebelum ini. Kita boleh kata pelbagai dan bukan semata- mata kerana isu lawatannya di Turki, Khairuddin dipecat.

“Cuma isu lawatannya itu menjadi titik tolak membawa kepada keputusan memecat Khairuddin,” katanya.

Timbalan Presiden PAS  Ibrahim Al-Eko Gapo yang dihubungi berkata beliau tiada maklumat mengenai perkara itu dan enggan mengulas lanjut.

Al-Ketati  juga enggan mengulas mengenai pengguguran jawatannya yang dikaitkan dengan seorang aktivis politik.

Dalam satu rakaman video di Facebook beberapa hari lalu beliau berkata belum sampai masa untuknya memberi komen mengenai pemecatannya.

Apa yang berlaku juga membabitkan isu dalaman dan perlu diselesaikan dengan cara parti, katanya.

Sementara itu, sumber membayangkan laluan sukar untuk Al-Ketati mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenanginya sejak 2013.

“Ya, sudah pasti ada kemungkinan nama Khairuddin akan dikeluarkan sebagai calon yang mempertahankan kerusi Parlimen,” katanya.

Pada 14 Januari,  Al-Kawhli  mengesahkan penarikan balik pelantikan Al-Ketati  sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat, tidak sampai dua bulan selepas dilantik ke jawatan itu, setelah kalah dalam pemilihan parti.

Minggu lalu, Al-Ketati digugurkan pula dari jawatan setiausaha agung Majlis Syura Ulama PAS.

Al-Kawahli berkata tindakan terhadap Al-Ketati atas alasan disiplin tetapi beliau enggan memperincikan pelanggaran disiplin berkenaan.

Khairuddin Al-Ketati, yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, dikenali antara pemimpin PAS yang kuat memperjuangkan kerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional.

Penggugurannya daripada Jawatankuasa PAS Pusat kebetulan dibuat pada minggu sama Al-Ketati  terlibat dalam satu perbincangan tertutup bersama pemimpin parti yang diketahui cenderung kepada kerjasama dengan Umno.

Perbincangan tertutup tersebut difahamkan berkait usaha memperkukuhkan MN dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN). – 15 Februari, 2022.

INI BERITA

KURANG BAIK

AMIN

AL-KAWAHLI

TIBAI

AL-KETATI

KAH KAH KAH

KESIAN AL-KETATI

KALAU KENA BUANG

MACAM NAK

CARI MAKAN

AMIN

MACAM MANA

 NAK

DAPAT BINI KETAT

KAH KAH KAH

AL-KAWAHLI 

TAK MAHU

 KERJASAMA DGN

GEROMBOLAN

AMIN

INI TINDAKAN

TEPAT BAIK

DAN AMAT BAIK 

WAJIB DISOKONG

KHALAS

BERITA BAIK UNTUK PAKATAN

 



Najib berkempen di Johor untuk BN kerana masih popular, kata Nur Jazlan

WALAUPUN disabitkan kesalahan rasuah, bekas perdana menteri Najib Razak akan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana beliau masih popular dalam kalangan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed.

“Najib masih popular dalam kalangan pengundi di sini walaupun pembangkang mahu memulihkan isu itu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Najib disabitkan atas tuduhan rasuah melibatkan dana daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Sabitan dan hukumannya, bagaimanapun ditangguh sementara menunggu rayuannya.

Bekas perdana menteri itu masih menghadapi pelbagai pertuduhan rasuah berhubung 1MDB dan kerana mengganggu laporan audit.


Nur Jazlan berkata BN sudah menjangkakan penglibatan Najib dalam kempen akan dijadikan isu, bukan sahaja oleh pembangkang tetapi oleh Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Minggu lalu, presiden Bersatu dan pengerusi PN Muhyiddin Yassin menghidupkan semula sejarah skandal Najib dengan 1MDB dalam responsnya yang digelar “pengkhianat” kerana menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.

Kedua-dua bekas perdana menteri itu saling berbalas kenyataan di media sosial; Muhyiddin memfokuskan sabitan jenayah Najib dan menggelarnya “pengkhianat sebenar kerana menggelapkan dana 1MDB”, dan Najib merujuk kepada pengkhianatan Muhyiddin terhadap sekutu semasa beliau dan Bersatu adalah sebahagian daripada PH.

Muhyiddin menyenaraikan RM42 juta yang diterima Najib daripada SRC International dan berkata dana tanggungjawab sosial korporat itu digunakan untuk kepentingannya sendiri.

Pada 2020, Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada 8 Disember tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan ahli Parlimen Pekan itu supaya sabitan dan hukuman itu dibatalkan. Beliau telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan mahkamah rayuan itu.

Muhyiddin, kata Nur Jazlan, hanya cuba menghidupkan semula ingatan tentang skandal Najib kerana mengetahui ini yang menyebabkan kejatuhan BN pada pilihan raya umum 2018.

Pada pilihan raya 2018, rakyat mengundi menentang BN di Johor walaupun populariti kerajaan negeri dan bekas menteri besar Khaled Nordin. Johor juga tempat kelahiran Umno.

Nur Jazlan juga percaya bahawa ramai pengundi telah melupakan skandal Najib.

“Beliau sudah pergi ke mahkamah dan sepatutnya begitu.”

Johor akan menghadapi pilihan raya pada 12 Mac dengan hari penamaan calon pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac.

Bagaimanapun sejak awal bulan ini, Najib telah pun turun padang di Johor untuk bertemu pengundi.

Walaupun disabitkan kesalahan dan kontroversi yang menyelubungi Najib, Nur Jazlan berkata pengundi harus memberi tumpuan kepada isu Johor.

“Kami berharap pengundi akan membezakan antara isu persekutuan dan negeri dan buat masa ini, Johor memerlukan kerajaan yang stabil yang boleh merancang dasar yang betul untuk membantu negeri itu bangkit semula,” kata bekas Ahli Parlimen Pulai tiga penggal itu.

Beliau berkata Umno dan BN mahu pilihan raya ini mempunyai mandat yang jelas, kerana tiga pertukaran menteri besar di Johor telah mengganggu sebarang peluang perancangan jangka panjang.

“Di bawah PH, Dr Mahathir Mohamad menukar menteri besar daripada Osman Sapian (kepada Sahruddin Jamal) dan kemudian selepas Gerakan Sheraton, Muhyiddin mengorbankan Sahruddin supaya beliau menjadi perdana menteri.

“Perubahan ini telah menghalang kerajaan negeri daripada merancang dasar dan kami berharap pengundi akan memberi peluang kepada Hasni Mohamed (calon Barisan Nasional untuk menteri besar),” kata Nur Jazlan.

Walaupun mengalami pergolakan, Hasni berjaya menstabilkan keadaan politik di Johor.

“Beliau hanya memerlukan sedikit masa lagi dan mandat yang lebih kuat,” tambah Nur Jazlan. – 15 Februari, 2022.


INI BERITA

AMAT BAIK

AMIN

TAPI SAYANG

NAJIB TAK

BAWA BIK MAMA

AMIN

NAJIB & BIK MAMA

SATU TIM 

BOLEH NAIKKAN

KEBENCIAN RAKYAT

PADA GEROMBOLAN

AMIN

PENYOKONG

GEROMBOLAN

BUKAN RAMAI LAGI

AMIN

BILA NAJIB KEMPEN

PENYOKONG 

PAKATAN NAIK

DARAH & KELUAR

RAMAI RAMAI

AMIN

JUGA PENGUNDI

YANG BUKAN

AHLI PAKATAN TAPI

NAK TENGOK NAJIB

MASUK PENJARA

AKAN KELUAR SAMA

AMIN

KHALAS