Khamis, 6 Jun 2024
KES SERANGAN SEKSUAL ANWAR IBRAHIM MULA 16 HINGGA 25 JUN 2025
Bicara penuh saman serangan seksual terhadap Anwar pada Jun 2025
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tujuh hari pada Jun tahun depan untuk perbicaraan penuh berhubung saman Muhammad Yusoff Rawther yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Menurut peguam Navpreet Singh yang mewakili ahli parlimen Tambun itu, mahkamah sivil menetapkan perbicaraan akan dijalankan oleh hakim John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee, pada 16 hingga 19 Jun dan 23 hingga 25 Jun tahun depan.
Katanya, timbalan pendaftar mahkamah telah memaklumkan pihak-pihak melalui e-mel hari ini mengenai tarikh perbicaraan bagi saman sivil itu, sambil menambah bahawa mereka sedang pada peringkat pra-perbicaraan dalam menyediakan dokumen.
Pada 2021, Yusoff memfailkan tindakan sivil berhubung dakwaan bahawa Anwar telah melakukan serangan seksual terhadapnya di pejabat presiden PKR pada Oktober 2018.
Sebelum itu, plaintif menjadi tumpuan apabila pada 4 Dis 2019
dia mengadakan sidang media dan mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengandungi dakwaan serangan seksual oleh Anwar.
Jabatan Peguam Negara mengumumkan pada 14 Jan 2020, bahawa terdapat kekurangan bukti untuk mendakwa Anwar di mahkamah jenayah.
Dalam pernyataan tuntutannya untuk saman itu, Yusoff memohon perintah bahawa Anwar telah melakukan serangan seksual dan/atau pencerobohan terhadapnya.
Dia juga menuntut RM180 setiap sesi terapi, ganti rugi teladan, kos mahkamah, faedah lima peratus setahun ke atas sebarang jumlah ganti rugi yang diberikan, serta pelbagai kos atau ganti rugi lain.
Dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan pada September 2021, Anwar menolak dakwaan serangan seksual itu sebagai "palsu dan rekaan" serta didorong oleh niat untuk "mencemarkan imej politiknya dan untuk memastikan dirinya tidak menjadi perdana menteri".
Pada 7 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Yusoff untuk memaksa polis mendedahkan keputusan ujian poligraf yang diambilnya pada Disember 2019.
WOIT
KAH KAH KAH
PM DIBAWA
KE MAHKAMAH
BUKAN KES RASUAH
AMIN
BUKAN KES SALAH
GUNA KUASA
AMIN
INI KES SERANGAN
SEKSUAL
KAH KAH KAH
INI BETUL
DI LUAR TABII
AMIN
KHALAS
TUKAR TUKAR AGAMA
Kumpulan hak asasi bidas pendakwah berhubung video tukar agama
PENDAKWAH Firdaus Wong dikecam berhubung klip video dia menjawab pertanyaan seorang guru sekolah menengah mengenai cara menangani isu pelajar yang ingin memeluk agama Islam.
Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global S. Shashi Kumar berkata video yang dimuat naik di akaun TikTok Firdaus tiga hari lalu telah mencetuskan kemarahan dan kritikan daripada pengguna media sosial.
Video berdurasi 4.12 minit itu memaparkan Wong dan guru sekolah itu bersoal jawab mengenai cara menangani isu pelajar yang ingin memeluk Islam.
“Guru dalam video itu dilihat membangkitkan soalan kepada pendakwah dan meminta nasihat tentang cara menangani perkara sebegitu.
“Pendakwah kemudiannya menasihatkan guru supaya mengislamkan kanak-kanak di bawah umur dengan mengucap kalimah syahadah tetapi tidak mengambil sebarang gambar, video atau mendaftarkan kanak-kanak di bawah umur ini kerana mereka berumur di bawah 18 tahun.
“Nasihat atau cadangan oleh pendakwah itu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan etika mengenai penukaran agama kanak-kanak di bawah umur secara diam-diam tanpa kebenaran ibu bapa tetapi juga sama ada nasihat atau cadangan itu akan bertentangan dengan undang-undang Malaysia,” kata Shashi dalam satu kenyataan hari ini. – 6 Jun, 2024.
TUKAR TUKAR
AGAMA NI
JADI MASAALAH
AMIN
BIAR MEREKA
DEWASA BUAT
PILIHAN
AMIN
MASA KANAK KANAK
IKUT SAJA AGAMA
EMAK AYAH
AMIN
DAH DEWASA
NAK JADI ATEIS
JADI AGNOSTIK
JADI PEMIKIR BEBAS
NAK JADI BUDDHA
PILIHAN SENDIRI
AMIN
ADA BERATUS
AGAMA DALAM
DUNIA INI
KHALAS
MALAYSIA LATIH TENTERA DENGAN AMERIKA
MALAYSIA LATIH
TENTERA DENGAN
AMERIKA
KHALAS
Unknown commented on
"RAKYAT NAK TAHU APA"
BRICS Games VS Olyampic Games... Malaysia duk celah mana..!?
Lebih Daripada 40 Negara Berusaha Menyertai BRICS pada 2024
Sebanyak 97 negara telah mengesahkan kehadiran mereka dalam Sukan BRICS 2024 pada Jun bulan ini. Acara itu akan dihoskan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin di wilayah Kazan antara 12 hingga 24 Jun. Link bawah ni bodo papangang...!!
https://vt.tiktok.com/ZSYk1yGGT/
Saya ulangggg....!! Sidang kemuncak BRICS ke-16 akan diadakan di wilayah Kazan Rusia pada Oktober tahun ini.
Pautan hanya untuk walaun Papangang berseronok ronok..!!
https://vt.tiktok.com/ZSYhJpNYW/
97 negara telah pun mengesahkan penyertaan mereka,” kata Perdana Menteri Rusia Dmitry Chernyshenko. Menteri itu menambah bahawa Sukan BRICS 2024 adalah sebahagian daripada pembangunan negara.
“Sukan BRICS 2024 antara yang dicadangkankan untuk dianjurkan berikutan dekri Presiden Rusia Vladimir Putin, merupakan bahagian penting dalam pengerusi negara kita dalam organisasi ini.
Akhirnya Trump akur...bwh Ni link bodo papangang wooi..!!!
https://vt.tiktok.com/ZSYhoEu96/
Semua mata akan tertumpu pada Sukan BRICS pada 2024. "Kejohanan yang akan datang mesti dianjurkan pada tahap yang paling tinggi," katanya. Acara sukan itu akan menganjurkan 20 sukan berbeza dengan 97 negara mengambil bahagian di Rusia.
Untuk pengetahuan papangang dan barua Bodo bangang DAP@LeeKwanYew tambatan PetroDollar Amerika Syarikat berakhir Jun 9 2024 ini... Link bawah ni siall..!!
https://vt.tiktok.com/ZSYkdN73a/
Malaysia masih lagi mahu jadi hamba abdi dan hanjing suruhan tuan besar Biden di USA, IMF dan World Bank dibawah pimpinan Anwar Ibrahim...
Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang bodoh..!!
KES MURID DI LUAR TABII
Ibu bapa murid dijemur tengah panas persoal siasatan polis
KELUARGA seorang murid sekolah rendah yang didakwa dinilai doktor sebagai orang kurang upaya (OKU) mahu pihak berkuasa tidak terpesong daripada isu utama yang menyebabkan anak mereka berdepan masalah kesihatan.
Jurucakap keluarga itu Dayalan Sreebalan berkata pihak berkuasa kini lebih tertumpu kepada kecacatan murid berkenaan berbanding kesalahan yang dilakukan guru berkenaan yang menghukum murid berusia 11 tahun itu dengan memaksanya berdiri di bawah terik matahari lebih daripada dua jam.
“Laporan awal polis yang dibuat oleh ibu adalah mengenai hukuman yang dikenakan oleh guru ke atas pelajar itu dan tidak mengenai status OKU kanak-kanak itu.
“Tetapi siasatan polis kini lebih tertumpu kepada status budak itu sebagai OKU yang kini cuba didakwa dia mengalami keadaan itu sebelum kejadian,” katanya pada sidang media hari ini.
Dayalan berkata laporan polis awal dibuat oleh ibunya Mogahana Selvi pada 30 April lalu.
Pada 25 Mei lalu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Azam Ismail berkata polis menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan ibu murid berkenaan dan kertas siasatan dirujuk ke pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Dayalan bagaimanapun berkata pegawai penyiasat (IO) baru-baru ini meminta Mogahana tampil memberi keterangan lanjut berhubung kes itu.
“Ketika memberi kenyataan, IO bertanya kepada ibu yang mengisytiharkan anak itu sebagai OKU.
“Kami juga mendapat maklumat daripada sumber mendakwa polis mengumpul rekod kurikulum sekolah budak itu dari darjah satu hingga empat.
“Mengapa polis mahu mengambil lebih banyak kenyataan sedangkan ketua polis berkata siasatan sudah selesai? Dan kenapa mesti ada dalam rekod sekolah budak lelaki itu?
“Adakah ini menunjukkan murid lelaki itu mempunyai kecacatan sebelum kejadian itu?” tanya Dayalan.
Dayalan sekali lagi menegaskan pihak berkuasa kini sedang berusaha untuk mengalihkan kes daripada objektif asal.
“Kes di sini ialah murid lelaki itu mengalami keletihan kerana dia diminta berdiri di bawah matahari terik selama lebih dua jam.
“Jadi siasatan harus dilakukan bagaimana hukuman sebegitu yang dilarang oleh kementerian masih dijalankan di sekolah awam,” katanya.
Dayalan yang memetik hantaran yang dibuat pegawai khas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Thiyagaraj Sankaranarayanan di Facebook mempersoalkan kekurangan tindakan terhadap guru tersebut walaupun beliau bersetuju guru itu melanggar ‘Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah 13. – 5 Jun, 2024.
PELIK PELIK
AMAT PELIK
AMIN
PELAJAR DI JEMUR
INI PELIK
AMIN
CARA POLIS
SIASAT
INI JUGA PELIK
AMIN
SEMUA PELIK
KITA SEDANG MASUK
ZAMAN PELIK
DI LUAR TABII
AMIN
KHALAS
BOM NUKLEAR - AMARAN PUTIN
Jangan andaikan Russia tidak akan guna senjata nuklear - Putin
ST PETERSBURG: Presiden Russia, Vladimir Putin, mengingatkan kuasa Barat supaya jangan mengandaikan ia tidak akan gunakan senjata nuklear jika diancam.
Malah, beliau mengakui sedang mempertimbangkan pelancaran peluru berpandu konvensional jarak dekat terhadap Syarikat Amerika (AS) dan sekutunya.
Katanya ia bertujuan menghantar mesej jelas kapada AS dan sekutunya yang semakin ghairah membantu Ukraine melancarkan serangan ke dalam wilayah Russia.
Pencerobohan besar-besaran Russia ke atas Ukraine sejak 2022 menyebabkan kerosakan terburuk dalam hubungan antara negara itu dan Barat sejak Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962 dengan Kremlin berulang kali memberi amaran risiko perang global semakin meningkat.
Putin, yang bercakap secara bersemuka dengan Pengarang Kanan agensi berita antarabangsa buat pertama kali sejak perang di Ukraine bermula, menolak dakwaan Barat mengatakan Russia boleh menyerang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai tindakan 'bodoh', memetik kekuatan tentera perikatan itu.
Namun apabila ditanya mengenai risiko perang nuklear, pemimpin Kremlin berusia 71 tahun itu berkata, doktrin nuklear Russia membenarkan penggunaan senjata.
"Lihat apa yang dikatakan, kami mempunyai doktrin nuklear. Jika tindakan seseorang mengancam kedaulatan dan integriti wilayah kami, kami mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan semua cara yang kami boleh gunakan.
"Jadi ia tidak boleh dipandang ringan atau sambil lewa. Atas sebab tertentu, Barat percaya Russia tidak akan menggunakannya," kata Putin ketika ditanya oleh Reuters mengenai risiko penggunaan senjata nuklear, dalam temubual selama lebih tiga jam.
Doktrin nuklear 2020 Russia yang diterbitkan menetapkan syarat presidennya boleh mempertimbangkan untuk menggunakan senjata nuklear.
Ini secara umum sebagai tindak balas terhadap serangan menggunakan nuklear atau senjata pemusnah besar-besaran lain atau kepada penggunaan senjata konvensional terhadap Russia 'apabila negaranya dalam keadaan terancam'.
Bagaimanapun, Putin menolak dakwaan Barat bahawa Russia akan menggunakan senjata nuklear dan mengingatkan bahawa AS adalah satu-satunya negara yang menggunakan senjata nuklear dalam peperangan selepas menyerang bandar Jepun, Hiroshima dan Nagasaki pada 1945.
Dalam pada itu, Putin memberi amaran keputusan Barat membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu Barat yang lebih berkuasa untuk menyerang wilayahnya berupaya mempertingkatkan krisis perang lebih serius dan berkata senjata sedemikian perlu dikendalikan sistem dan kakitangan Barat.
Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden, memberi kuasa kepada Kyiv untuk melancarkan senjata yang dibekalkan negaranya ke sasaran tentera di dalam Russia.
Bagaimanapun, Washington masih melarang Kyiv daripada menyerang Russia dengan ATACMS, yang mempunyai jarak sehingga 300 kilometer (km) serta senjata jarak jauh lain yang dibekalkan AS.
Ditanya mengenai keputusan Barat, Putin membezakan antara senjata berbeza tetapi berkata, penggunaan ATACMS atau peluru berpandu British Storm Shadow terhadap Russia boleh membawa kepada tindak balas lebih keras daripada Moscow.
Pemimpin Barat dan Ukraine mengenepikan amaran Russia mengenai risiko perang yang lebih luas membabitkan Russia, kuasa nuklear terbesar di dunia, namun berulang kali memberi amaran Putin mungkin menyerang ahli NATO, pakatan tentera paling berkuasa di dunia yang diketuai AS.
Kedua-dua pemimpin, Putin dan Biden berkata, konflik langsung antara Russia dan NATO akan menjadi langkah ke arah tercetusnya Perang Dunia Ketiga. - REUTERS
AMERIKA & NATO
SILA DENGAR
AMIN
RUSIA DAH
BERI AMARAN
AMIN
BOM NUKLEAR
AKAN MELEDAK
JIKA WUJUDIAH
RUSIA DIANCAM
AMIN
KHALAS
BILA SPRM NAK TANGKAP HANNAH YEOH ?
BILA SPRM NAK
TANGKAP
HANNAH YEOH ?
AMIN
Unknown commented on
"GURUH KILAT PETIR"
kami nak tahu bila sprm nak tangkap hannah yeoh
Unknown commented on
"WARTAWAN
BERTANYA ZAHID"
kami nak tahu macam mana suami hannah yeoh dapat projek ?
Unknown commented on
"RAFIZI HILANG KE MANA ?"
kami nak tengok hannah yeoh masuh penjara.. amin
NAK SOKONG PADU ATAU BUDI
NAK SOKONG
PADU ATAU BUDI
AMIN
Unknown commented on
"RAFIZI HILANG ?"
nak sokong padu ke.. nak sokong budi... tak sabar nak tengok penipuan yang seterusnya...
AZAM BAKI
AZAM BAKI
KHAMIS 6 JUN 2024
SPRM MASIH DI BAWAH AZAM BAKI
TAMBAH LAGI SETAHUN
AZAM YANG BERMASAALAH
ADA PETUGAS YANG SETIA
KINI SPRM AMAT AKTIF
KINI SPRM DAH JADI
SENJATA MADANI
TANGKAP MUSUH MADANI
KAH KAH KAH
KES OKU TENA PUKUL
MASIH BERJALAN
RAMAI DAH KENA PANGGIL POLIS
BANTU SIASATAN
INI KES LUAR TABII
AWAL POLIS KATA SELESAI
KEMUDIAN BILA RAKYAT BERSUARA
KAKI PUKUL KENA SIASAT
TAPI MUKA BELUM MUNCUL
AMIN
KES SUAMI HANNAH YEOH
MASIH HANGAT DI MEDIA SOSIAL
INI JUGA KES LUAR TABII
AWAL AZAM BAKI KATA
TAKDA KES
BILA RAKYAT BERSUARA
KES DISIASAT SPRM
INI TANDA KUASA RAKYAT
AMIN
ISRAEL
SETANYAHU NAK BALAS
SERANGAN HISBULLAH
LEBIH KUAT LAGI
DI LEBANON
INDIA
PARTI MODI BJP
GAGAL DAPAT MAJORITI
NAK TUBUH KERAJAAN
PERLU BUAT
KERAJAAN CAMPURAN
AFRIKA SELATAN
PARTI ANC GAGAL
DAPAT MAJORITI
PERLU BUAT
KERAJAAN CAMPURAN
RUSIA
PUTIN BERI AMARAN
RUSIA JUGA BOLEH
BEKAL SENJATA PADA
NEGARA LAIN
UNTUK SERANG NEGARA BARAT
HOKKIEN
PAGI INI SEJUK
LANGIT KELAM
MATAHARI TAK MUNCUL
KL & KL SENTRAL BERKABUS
HUJAN TAK JADI
PETANG KEMARIN
DI PINTU MASUK
GUA DENGAR TERKUKUR
KUAT SUARANYA
GUMBIRA DI PAGI HARI
KETIKA GUA BERSENAM
CHIAP CHIAP CHIAP
UNGGAS APA INI?
HARI INI AKAN PANAS
MATAHRI AKAN KELUAR
HUJAN TENGAH HARI?
HUJAN PETANG?
ATAU HUJAN MALAM ?
BRO
SENYUM
SAMBUT KHAMIS
DENGAN SENYUMAN
BRO
DALAM GELAP PASANG PELITA
LEBIH BAIK DARI MENYUMPAH
TNB
BRO
BILA AIR PUTUS
INGAT PADA SUNGAI
INGAT PADA PERIGI
BRO
BILA LU TALIPON
AWEK - MAMAT ITU 3 KALI
DIA TAK ANGKAT
TINGGLAKAN DIA
CARI YANG LAIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA