Selasa, 5 November 2024

IRAN AKAN SERANG ISRAEL


IRAN AKAN

SERANG ISREAL

AMIN

DUNIA MENUNGGU

KHALAS

HAMAS DAN HIZBULLAH TERUS SERANG ZIONIS ISRAEL


3H MASIH TIDAK

DAPAT DIKALAHKAN

AMIN

HAMAS HISBULLAH

DAN HOUTHI

TERUS SERANG

 ZIONIS ISRAEL

AMIN

SAMAN SAMAN JAGA JAGA


AWAS !!!

AMIN

SAMAN SAMAN

JAGA JAGA

NANTI ADA GANJA

ADA PISTOL 

DALAM KERETA

KAH KAH KAH

AMIN

NAK SEBAR KEBAIKKAN WAJIB ADA PERMIT



Jais dikecam tangkap ustaz terkenal kerana tiada tauliah

Sebuah pertubuhan Islam mengecam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menahan pendakwah terkenal Abdullah Yasin, dalam tindakan yang bakal meningkatkan lagi perdebatan mengenai rang undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 yang mengundang kritikan pelbagai pihak.

Islamic Renaissance Front (IRF) berkata tindakan menangkap Abdullah Yasin berlawanan dengan kebebasan intelektual yang menjadi teras sejarah Islam selain bertentangan dengan semangat perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara.

"Ini diburukkan apabila individu yang ditahan adalah seorang sarjana Muslim yang mempunyai semua kelayakan untuk mengajar. Bahkan, permohonan tauliah yang dilakukan berkali-kali oleh ustaz itu dinafikan oleh pihak berkuasa yang sama hanya kerana dia dianggap sebagai seorang salafi," kata pengarah IRF, Dr Ahmad Farouk Musa.

Abdullah ditangkap kerana mengajar tanpa tauliah Majlis Agama Islam Selangor sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada Sabtu.

Beliau kerap dikaitkan dengan fahaman Salafi, aliran dalam kalangan Sunnah Wal Jamaah yang kerap dipertikaikan pegawai Islam di Malaysia tetapi diterima baik di Perlis. 

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin antara yang lantang mempersoalkan RUU Mufti Wilayah Persekutuan, yang antara lain hanya mengiktiraf aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah dalam kalangan mazhab Syafi dalam soal pelantikan mufti.

Farouk menyifatkan penangkapan Abdullah sebagai tindakan "despotik" Jais selari dengan kehendak RUU untuk mengekang aliran lain dalam tamadun Islam.

Farouk turut membandingkan penangkapan itu dengan penahanan Asri pada 2009 oleh JAIS, juga atas alasan tidak mempunyai tauliah untuk mengajar di Selangor.

Menurutnya, pihak berkuasa Islam seharusnya menghormati hak umat Islam untuk mempraktikkan agama mengikut pilihan mereka.

"Jais tidak wajar bertindak ibarat pejuang agama. Jika tidak, mereka adalah sebahagian senarai institusi yang perlu dirombak semula untuk Islam mengembalikan kedudukan sebagai agama ilmu, akal, dan kemajuan untuk kemanusiaan."


WOIT

KERAJAAN MADANI

MAKIN BERAT

AMIN

NAK SEBAR

KEBAIKKAN KENA

ADA PERMIT

AMIN

NAK BUAT BAIK

PUN  WAJIB

ADA LESEN

AMIN

APA AKAN JADI

PADA USTAD UTUBE

KAH KAH KAH

KENA LESEN

JUGA KE?

KAH KAH KAH

KHALAS

KERAJAAN MADANI MAKIN ZALIM




Kumpulan OKU 

kecewa tiada 

ketelusan identiti polis

 dituduh serang 

pemandu pekak,

 mahu kes dikaji semula
Sebuah kumpulan advokasi untuk masyarakat pekak melahirkan rasa kecewa dengan kes melibatkan seorang pegawai polis yang menyerang pemandu e-hailing pekak Ong Ing Keong, dan menggesa pihak berkuasa menyemak semula kes tersebut di sebalik keraguan mengenai ketelusan dalam proses mahkamah.

Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia, atau DAWN, antara kumpulan yang lantang berkempen menuntut keadilan sejak insiden itu Mei lalu, berkata Ong tidak pernah dimaklumkan secara langsung mengenai identiti Taufik Ismail, pegawai polis berusia 32 tahun yang dinamakan sebagai orang tertuduh atas kertas pertuduhan.

Menurutnya, dengan menyorok identiti lelaki itu, yang dilihat sentiasa dilindungi beberapa pegawai sepanjang kehadirannya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam, ia menimbulkan persoalan serius mengenai kewibawaan perbicaraan tersebut.


"Mengapa identiti penyerang dilindungi? Mengapa kes itu diselesaikan dengan tergesa-gesa? Ketiadaan ketelusan ini mencetuskan kebimbangan bahawa segelintir pihak atau individu mungkin kebal daripada akauntabiliti kerana kedudukan mereka," kata kumpulan itu.

"Adakah Taufik Ismail sememangnya individu yang ditunjukkan dalam rakaman CCTV kejadian di Hotel St Regis itu?"

DAWN berkata tanpa pengesahan daripada Ong atau peguamnya, tidak dapat disahkan sama ada individu betul telah didakwa.

"Jika pihak berkuasa yakin dengan identiti ini, mengapa Ong tidak dimaklumkan secara langsung?"

"Keadilan mesti dilihat dilaksanakan, dan kami menyeru akauntabiliti yang lebih teguh, perlindungan yang sebenar, dan layanan yang saksama kepada semua rakyat, terutama mereka dari komuniti yang terdedah," tambahnya.

Semalam, Taufik, seorang pegawai polis yang merupakan sebahagian daripada rombongan pemangku sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atau TMJ, terlepas daripada hukuman penjara selepas mengaku bersalah menyerang Ong pada 28 Mei, dalam kes yang telah mencetuskan perdebatan mengenai kedaulatan undang-undang.

Sebaliknya, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan denda RM1,000 ke atas Taufik, keputusan yang mengundang kritikan peguam Ong, Zaid Malek.

Zaid membandingkannya dengan hukuman penjara terhadap Abdul Rahim Noor pada 2000, selepas bekas ketua polis negara itu mengaku bersalah menyerang Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau memetik alasan Mahkamah Rayuan memenjarakan Rahim walaupun dia mengaku bersalah, di mana ia menegaskan isyarat perlu dihantar bahawa undang-undang tidak membenarkan pegawai polis menyerang orang awam dan bahawa "hukuman pemenjaraan perlu dikenakan, walaupun pesalah kali pertama".

DAWN berkata "hukuman yang terlalu ringan" semalam menghantar mesej tolak ansur kepada keganasan oleh pihak yang ditugaskan melindungi orang awam.

"Selama lima bulan, Ong dan masyarakat pekak menunggu, mengharapkan sistem keadilan akan memberikan pertimbangan yang adil dan saksama. Bagaimanapun, keputusan itu menyebabkan mereka merasakan diabaikan, tidak dihormati, dan tidak mendapat pembelaan oleh mereka yang sepatutnya menegakkan keadilan."

Ia berkata Ong mengalami tekanan jiwa sepanjang lima bulan pihak berkuasa gagal membawa penyerang ke muka pengadilan walaupun wujud bukti video.

"Keputusan mahkamah gagal mengambil kira kesan jangka panjang ke atasnya dan daya tahan yang ditunjukkan oleh golongan pekak, orang kurang upaya dan masyarakat di luar sana yang menyokong Ong.

"Hukuman ringan ini membayangkan bahawa kemudaratan dilakukan pihak berkuasa terhadap rakyat boleh saja diabaikan dengan mudah, menetapkan duluan yang berbahaya yang membolehkan penyalahgunaan selanjutnya tanpa balasan."

Taufik didakwa menyerang Ong pada 28 Mei, kejadian yang dirakam oleh kamera dashcam Ong.

Video tersebut menunjukkan Ong menunggu penumpangnya di luar Hotel St Regis di Kuala Lumpur apabila didatangi seorang lelaki yang memarahinya dan mengarahkannya mengalihkan kereta bagi memberi laluan kepada rombongan TMJ.

Ong kemudian menurunkan cermin keretanya untuk bercakap dengan lelaki itu, yang tiba-tiba bertindak menumbuk mukanya.

Dia menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami lebam pada bibir menyebabkan kesukaran untuk makan.

Kemarahan awam meningkat selepas pendedahan bahawa seorang "wakil istana" telah cuba memujuk Ong menarik balik laporan polis yang dibuat di balai polis Brickfields.

Ong turut menolak dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, bahawa dia menarik balik laporan polisnya kerana menganggap insiden itu "salah faham".

Sebaliknya, dia mendedahkan seorang pegawai polis memberinya pilihan sama ada menerima sejumlah wang daripada wakil istana, atau telefonnya dirampas jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Kelewatan pihak berkuasa membawa pertuduhan turut dikecam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mempersoalkan sikap membisu Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

WOIT

INILAH NAMANYA

KERAJAAN

MADANI

KAH KAH KAH

MAKIN ZALIM

MAKIN GAGAL

AMIN

CAKAP BERDEGAR

BERAK ATAS PAGAR

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

FASHION VALET DI SERBU



SPRM serbu empat lokasi FashionValet

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat lokasi berkaitan FashionValet Sdn. Bhd. (FashionValet) di ibu negara, hari ini.

Ia bagi menyiasat kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Permodalan Nasional (PNB) berjumlah RM43.9 juta ke atas syarikat e-dagang tersebut.

Menerusi perkongsian video serbuan di laman TikTok SPRM Malaysia, kelihatan dua individu yang dipercayai usahawan fesyen yang juga pengasas bersama FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bersoal jawab dengan penyiasat SPRM.

“Siasatan ini penting kerana ia merupakan satu kes berkepentingan awam.

“Proses siasatan sedang berjalan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM dan empat lokasi telah diserbu,” kata SPRM.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengesahkan pihaknya menyiasat pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis Parlimen pada 28 Oktober lalu, menyatakan nilai saham Khazanah Nasional dan PNB dalam FashionValet menurun hampir RM44 juta apabila perniagaan itu dijual pada 2023 berbanding jumlah yang dibelanjakan pada 2018.

Ia juga menyatakan Khazanah melabur RM27 juta dan PNB RM20 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam jenama fesyen itu dalam rancangan untuk meningkatkan perniagaan Bumiputera dalam sektor e-dagang.

Bagaimanapun, MoF berkata FashionValet kemudiannya dilanda masalah kewangan ketika pandemik COVID-19, walaupun tempoh sama meningkatkan jualan banyak perniagaan e-dagang tempatan. -

WOIT

PASAI APA

DISERBU

KAH KAH KAH

BUKAN KAH

DAH MINTA

MAAAF

KAH KAH KAH

FASHION VALET

INI KRONI SAPA

KAH KAH KAH

KHALAS

MANDELA DI PENJARA KERANA SOKONG ANGKAT SENJATA LAWAN APARTHEID



MANDELA 

DIPENJARA KERANA

SOKONG ANGKAT

SENJATA LAWAN

APARTHEID

BUKAN  KERANA 

MAIN BONTOT

KHALAS

Unknown commented on 
"BUKAK MULUT MOHONG"

si nonbohong nie biasa claim yg dia nie mandela kan... masuk keluar penjara bertahun konon2 pejuang.. mandela telah la pejuang, tp apa jasa mandela, yg rakyat dia amik iktibar pun ak tak tau. yg kita nampak skang nie afrika dah out dah dgn pemimpin dia yg ala2 budayawan, sastrawan, peragawan, karyawan, katunwan...

rakyat dia jd huru hara, negara tergadai pada pelabur luar yg terpaling penjajah. Penjajahan ekonomi ke 50 lebih negara afrika dah kompom lama dah...

jadi dah nampak dah, negara nie nak di let-go oleh mangkuk budak sastera um nie nan sorang nie... apa nasib kita dgn imf nie entah la esok esok nie...

CARA TERBAIK LAWAN PAK LEBAI


CARA TERBAIK

UNTUK LAWAN

PAK LEBAI

AMIN

Unknown commented on 
"ANJING SAPA DALAM
 QUNUT NAZILAH"

Pelajar wanita Iran protes gangguan pemakaian ketat, tanggalkan baju kah kah kah kerjaya yang disukai oleh ramai orang kita yang syumul

BERSEDIA ! HURA HARA DI AMERIKA !


HURA HARA

DI AMERIKA !

AMIN

DUNIA 

 WAJIB AMBIL

KESEMPATAN

KACAU AMERIKA

KHALAS

APAKAH MADANI BERMAKNA MAKIN ZALIM

 



Peguam petik kes Rahim Noor selepas pegawai polis serang pemandu OKU elak penjara


Peguam kepada pemandu e-hailing pekak Ong Ing Keong berkata anak guamnya berasa lega selepas lelaki yang menyerangnya akhirnya dihadapkan ke mahkamah, tetapi berkata denda RM1,000 ke atasnya tidak menggambarkan keseriusan kesalahan itu kerana ia melibatkan seorang anggota polis.

Zaid Malek berkata mahkamah sepatutnya mengambil kira bahawa Taufik Ismail, 32, yang mengaku bersalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, merupakan seorang anggota polis, sambil menambah serangan terhadap Ong itu dilakukan tanpa sebarang provokasi.

Beliau merujuk kes serupa lebih dua dekad lalu, melibatkan bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor yang mengaku bersalah menyerang Perdana Menteri Anwar Ibrahim, beberapa jam selepas ditangkap pada 20 September 1998.

Dua tahun selepas kejadian itu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rahim terhadap hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas beliau.

"Mahkamah Rayuan telah menyatakan prinsip undang-undang bahawa di dalam kes 'anggota polis menyerang orang awam, mahkamah mesti menghantar suatu mesej kemarahan orang awam dengan menghukum dengan tegas dan hukuman pemenjaraan perlu dikenakan, walaupun pesalah kali pertama'," kata Zaid.

Zaid berkata denda RM1,000 ke atas Taufik "nampak tidak mencukupi" kerana pelaku adalah seorang pegawai polis "yang bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai dan bukan membawa kemudaratan". 

"Serangan itu dilakukan tanpa provokasi dan mangsa adalah OKU yang hanya menjalankan tugas sebagai pemandu e-hailing," tambahnya.

Bagaimanapun, Zaid berkata anak guamnya menghargai semua pihak yang bersama-sama dalam kempen memastikan keadilan untuknya.

"Ong  terhutang budi untuk kesemua sokongan dan keperihatinan orang awam yang beliau telah terima selama 5 bulan yang lepas ini," katanya.

Keadilan tertangguh

Rakaman dashcam kejadian pada 28 Mei lalu menunjukkan Ong menunggu penumpangnya di luar Hotel St Regis di Kuala Lumpur apabila didatangi seorang lelaki yang memarahinya dan mengarahkannya mengalihkan kereta bagi memberi laluan kepada rombongan  pemangku sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atau TMJ.
Ong kemudian menurunkan cermin keretanya untuk bercakap dengan lelaki itu, yang tiba-tiba bertindak menumbuk mukanya.

Dia menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami lebam pada bibir menyebabkan kesukaran untuk makan.

Kemarahan awam meningkat selepas pendedahan bahawa seorang "wakil istana" telah cuba memujuk Ong menarik balik laporan polis yang dibuat di balai polis Brickfields.

Ong turut menolak dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, bahawa dia menarik balik laporan polisnya kerana menganggap insiden itu "salah faham".

Sebaliknya, dia mendedahkan seorang pegawai polis memberinya pilihan sama ada menerima sejumlah wang daripada wakil istana, atau telefonnya dirampas jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Kelewatan pihak berkuasa membawa pertuduhan turut dikecam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mempersoalkan sikap membisu Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Pada masa sama, kenyataan Anwar Ibrahim yang cuba mempertahankan kelewatan itu dengan mendakwa mendakwa siasatan insiden itu "mengambil masa" dan "masih belum ditutup", dikecam pengguna media sosial yang turut mengingatkan perdana menteri bahawa beliau sendiri pernah diserang ketika dalam tahanan polis beberapa jam selepas ditangkap pada September 1998.

"Ini bukan kes pembunuhan yang rumit atau skandal kewangan besar yang memerlukan banyak masa. Anwar nampaknya tidak mempunyai jawapan, tetapi hanya mengelak," kata Lawyers for Liberty (LFL), kumpulan hak asasi yang paling ke depan berkempen menuntut keadilan buat Ong.

APAKAH MADANI

BERMAKNA

MAKIN ZALIM

JENG JENG JENG

AMIN

AMERIKA - DEEP STATE AKAN TENTUKAN SAPA KE RUMAH PUTIH






Pilihan Raya Presiden AS: 7 negeri dijangka penentu keputusan

WASHINGTON: Pemenang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 akan menerajui pentadbiran negara yang memiliki lebih 330 juta penduduk ini.

Begitupun, keputusan pilihan raya kali ini dilihat seolah-olah bakal 'ditentukan' puluhan ribu pengundi di beberapa negeri sahaja.

Ini kerana hanya tujuh daripada 50 negeri benar-benar kompetitif pada pilihan raya itu, manakala baki yang lain berada dalam genggaman selesa Demokrat ataupun Republikan, menurut tinjauan pendapat awam.

Dalam kalangan tujuh 'medan pertempuran' terbabit, Pennsylvania yang berpenduduk paling padat, dilihat sebagai negeri paling berkemungkinan menjadi penentu sama ada Kamala Harris (Demokrat) atau Donald Trump (Republikan) akan membolot mandat sebagai Presiden AS yang seterusnya.

Antara fakta menarik mengenai Pilihan Raya Presiden AS ialah pertandingan itu bukan semata-mata berdasarkan undi popular.

Sebaliknya bawah sistem Kolej Elektoral, calon yang menang di setiap negeri dan Washington DC akan memperoleh undi elektoral di negeri itu yang mana kebanyakannya adalah berdasarkan populasi.

Seseorang calon itu perlu memenangi majoriti daripada 538 undi elektoral (270). Jika berlaku seri 269-269, Dewan Perwakilan AS akan memilih pemenangnya dengan delegasi setiap negeri boleh membuat satu undian - senario di mana penganalisis meramalkan ia berkemungkinan memihak kepada Trump.

Sekiranya setiap negeri, tidak termasuk 'medan tempur', mencatatkan hasil pengundian seperti dijangkakan, Harris akan meraih 226 undi elektoral dan Trump pula 219, manakala baki 93 lagi menjadi rebutan.

Tujuh negeri 'medan tempur' ialah trio Rust Belt membabitkan Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin, serta quartet Sun Belt membabitkan Arizona, Georgia, Nevada dan Carolina Utara.

Setakat Ahad lalu, menurut penjejak tinjauan pendapat awam New York Times, kesemua tujuh negeri 'medan tempur' itu mencatat saingan amat sengit.

Pennsylvania mempunyai 19 undi elektoral, iaitu lebih banyak berbanding negeri 'medan tempur' yang lain. Justeru, ia dilihat berpotensi menjadi negeri penentu sama ada Kamala atau Trump yang akan melangkah ke Rumah Putih.

Bahkan, kempen kedua-dua pihak dilaporkan telah 'melayan' Pennsylvania sebagai negeri paling penting. - REUTERS

SISTEM UNDI

DI AMERIKA AGAK

PELIK

AMIN

YANG DAPAT UNDI

TERBANYAK PUN

TAK PASTI MENANG

JENG JENG JENG

AMIN

TRUMP MENANG

UNDI BANYAK

TAPI AKAN

DI NAFIKAN OLEH

DEEP STATE

KHALAS

DOA HANCURKAN BLACKROCK


 QUNUT NAZILAH

HANCURKAN

BLACKROCK

AMIN

KENAPA JUAL AIRPORT PADA BLACKROCK ?

 

KENAPA JUAL

AIRPORT PADA

BLACKROCK ?

AMIN

Unknown commented on

 "LAWAN ISRAEL TAPI 

BLACKROCK MASIH RAKAN SETIA"

Gesa maksud apa? Cuba bagi penerangan sedikit boleh tak? Gesa gesa ini bagi isyarat apa? Kah kah kah tengok lah you tube tengok bagaimana ketamadunan manusia bermula, masih wujud rupa muka bumi cantik dengan ukiran besar hanya boleh dilihat dari udara beribu tahun dahulu kah kah kah jangan lupa tengok tamadun kuno Inca,


tengok kebudayaan agung silam belajar lah bukan nak tahu artis seluar dalam warna apa, kahwin cerai menangis sebab kita susah maju, masih kira halal haram cukur bulu kah kah kah, otak masih dibekukan dengan sandiwara gesa tetapi airport jual juga,


pakai mafla tidak membawa apa-apa perubahan, boikot tidak juga sebabnya kamu hanya 32 juta pun bukan semua boikot, jadi buang masa kah kah kah, kalau tak pernah keluar negara maka bolehlah sembang takat kopi o kurang gula pagi sampai malam, paling penting kemutan kena padat jam kah kah kah