Rabu, 28 Mei 2025

MINUM AIR DUIT TAK AKAN KEBAL




PM patut undur sementara mahkamah tentukan isu kekebalan – Zaid
Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim hari ini menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar berundur sementara Mahkamah Persekutuan meneliti kelayakannya untuk mendapat kekebalan atau imuniti eksekutif daripada tindakan saman sivil.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Zaid berkata langkah tersebut adalah wajar dalam usaha menegakkan keadilan dan memastikan proses kehakiman bebas daripada sebarang tekanan politik.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Anwar telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi minggu lalu untuk merujuk lapan soalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan.

Permohonan itu bertujuan menentukan jika dia, sebagai perdana menteri, berhak mendapat kekebalan daripada saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantunya, Muhammad Yusoff Rawther.

Yusoff sebelum ini memfailkan saman berkaitan dakwaan serangan seksual yang didakwa berlaku di pejabat presiden PKR itu pada Oktober 2018.

"Apabila perdana menteri sendiri terpalit dengan dakwaan salah laku jenayah tidak bermoral, adalah wajar untuk beliau meletakkan jawatan buat sementara waktu manakala Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara ini," kata Zaid.

"Tindakan ini akan memberikan ruang kepada para hakim tertinggi untuk membuat keputusan tanpa sebarang tekanan atau pengaruh. Jawapan kepada persoalan ini mempunyai implikasi besar terhadap prinsip kedaulatan undang-undang di negara ini."

Samakan dengan kes Trump di AS

Zaid turut membandingkan kes ini dengan tindakan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dalam kes Trump lawan Amerika Syarikat (2024), yang mahkamah memutuskan bahawa imuniti presiden tidak meliputi tindakan tidak rasmi atau salah laku peribadi.

Dalam pada itu, Zaid juga mempersoalkan profesionalisme siasatan polis dalam kes tersebut, khususnya mengapa ujian poligraf ke atas Yusoff didakwa tidak diambil kira.

"Yusoff adalah pembantu peribadi Anwar. Sebagai seorang pemimpin yang mendakwa berintegriti, perdana menteri sepatutnya memastikan keadilan dapat ditegakkan – bukan kelihatan melindungi diri menggunakan kedudukannya," katanya.

"Apakah wajar kuasa seorang perdana menteri digunakan bagi memberi tekanan terhadap mereka yang perlu menentukan di mana letaknya keadilan dalam kes antara Anwar Ibrahim dan Yusoff Rawther?"

Apa yang dimohon oleh Anwar?

Portal Free Malaysia Today (FMT) semalam melaporkan bahawa Anwar kini sedang mendapatkan pengesahan muktamad daripada Mahkamah Persekutuan sama ada peruntukan Perkara 39, 40, dan 43 Perlembagaan Persekutuan memberikan dirinya imuniti bersyarat daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh Yusoff.

Tuntutan sivil tersebut berkaitan insiden yang didakwa berlaku sebelum Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 November 2022.

Menerusi firma guaman barunya, Zain Megat & Murad, Anwar dilaporkan memfailkan permohonan supaya mahkamah menentukan jika perbicaraan kes ini akan menjejaskan keupayaannya menjalankan tugas eksekutif dan mencabuli prinsip pengasingan kuasa antara cabang pentadbiran dan kehakiman.

Selain itu, Anwar juga memohon Mahkamah Persekutuan untuk menilai jika membenarkan saman itu diteruskan akan melanggar haknya untuk dilayan secara saksama mengikut Perkara 8(1) Perlembagaan, khususnya memandangkan dia mendakwa tindakan Yusoff sebagai satu penyalahgunaan proses undang-undang.

Anwar juga menegaskan bahawa saman itu bersifat fitnah politik dan direka bentuk untuk mencemarkan reputasinya.

Dalam permohonannya, Anwar turut meminta mahkamah menentukan sama ada Mahkamah Tinggi perlu terlebih dahulu menjalankan siasatan asas ("threshold inquiry") bagi menentukan sama ada tindakan sivil tersebut benar-benar satu penyalahgunaan proses atau ancaman kepada kepentingan awam.

Dia juga meminta penjelasan sama ada seseorang perdana menteri layak dilindungi di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan daripada tindakan saman oleh penggugat "yang menyalahgunakan proses kehakiman" dengan niat menggugat tadbir urus beliau.

Permohonan perlembagaan ini dibuat di bawah Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan patut ditangguh – peguam Anwar

Anwar juga memohon agar prosiding di hadapan hakim Roz Mawar Rozain ditangguhkan sementara Mahkamah Persekutuan menilai isu ini.

Peguamnya, Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie, berkata dalam afidavit sokongan bahawa permohonan ini bukan untuk melengahkan perbicaraan, tetapi bagi memastikan proses kehakiman berjalan adil dan menurut lunas perlembagaan.

Megat turut menyatakan bahawa semua persoalan yang dibawa memenuhi syarat rujukan seperti diperuntukkan dalam Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Sementara itu, peguam Yusoff, Rafique Rashid Ali, mengesahkan bahawa dia telah menerima dokumen guaman daripada pasukan Anwar dan pengurusan kes dalam talian dijadualkan pada jam 1 petang hari ini.

Hakim Roz Mawar akan menilai sama ada permohonan itu memenuhi syarat untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Latar belakang kes

Yusoff mula muncul di khalayak umum pada 4 Disember 2019 melalui satu sidang media, yang dia mendedahkan akuan bersumpahnya mendakwa bahawa Anwar melakukan serangan seksual terhadapnya.

Bagaimanapun, pada 14 Januari 2020, Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Anwar secara jenayah.

Dalam penyataan tuntutannya, Yusoff memohon pengisytiharan bahawa Anwar telah menyerangnya secara seksual dan/atau menceroboh dirinya.

Dia juga menuntut bayaran RM180 bagi setiap sesi terapi, ganti rugi teladan, kos guaman, faedah lima peratus setahun terhadap apa-apa jumlah yang diputuskan mahkamah, dan apa-apa pampasan lain yang difikirkan sesuai.

Dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas difailkan pada September 2021, Anwar menafikan dakwaan itu sebagai "palsu dan direka", serta bermotifkan politik untuk menggagalkan peluangnya menjadi perdana menteri.

BRO

LU MINUM A

AIR DUIT LU

TAK AKAN KEBAL

KAH KAH KAH

BADANG JADI

KEBAL KERANA

MINUM

MUNTAH HANTU

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. X X easy mau kebal yang mudah eezy bebal lagi beban pada negara wooit aitt mana vaksin kebal cepat cari kah Hu hu x dak kat kkm cari kat court!!?

    BalasPadam