Khamis, 2 Oktober 2025
KHAMIS JUMAAT SABTU - DEMO DEMO DEMO
Himpunan anti-Israel di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur sejak pagi tadi masih berterusan dan kini disertai ribuan hadirin.
Protes daripada kumpulan berbeza ini dimulakan dengan perarakan sekitar jam empat petang dari berdekatan bangunan Lembaga Tabung Haji sebelum berkumpul di depan bangunan kedutaan tersebut.
Di sana, beberapa tokoh menyampaikan ucapan mengecam kekejaman Israel serta menuntut pembebasan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF).
Ketua Pemuda PKR Kamil Munim mengetuai kumpulan demo bagi menghantar memorandum ke kedutaan AS.
Selain Kamil, antara ahli politik lain yang turut serta adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Maszlee Malik serta Ketua Umno Subang, Armand Azha Abu Hanifah.
KHAMIS DEMO
JUMAAT DEMO
SABTU DEMO
AMIN
DEMO & POLITIK
JALAN RAYA
BUDAYA KITA
AMIN
TAK TURUN JALAN
RAYA TAK MENANG
PILIHANRAYA
KHALAS
DEMO SABTU INI
INSAP Dan Gabungan NGO Desak URA Ditarik Balik, Dakwa Ancam Hak Pemilik Hartanah
DEMO
SABTU INI
JAM 2 PETANG
DI SOGO
AMIN
KITA LAWAN
KITA TIBAI URA
PROJEK CUKONG
NAK RAMPAS
TANAH MELAYU
KHALAS
ESOK KITA TURUN BERDEMO
Tiga lagi rakyat Malaysia ditahan tentera Israel, jumlah 15 setakat ini
Tiga lagi sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza semasa kapal dinaiki mereka dipintas pada 3.39 petang tadi.
Mereka ialah Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli, dan Taufiq Mohd Razif yang menaiki kapal Free Willy.

Perkara itu disahkan Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) di Sepang, menjadikan jumlah rakyat Malaysia yang ditahan sehingga kini sebanyak 15 orang.
Sebelum ini, 12 sukarelawan Malaysia dilaporkan ditahan selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa berhampiran zon merah R3.
Mereka ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Sementara itu, lima lagi rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan SNCC termasuk pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana dan PU Rahmat.
GSF disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara berlayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel.
Misi kemanusiaan itu mendapat perhatian dunia apabila turut disertai tokoh antarabangsa termasuk aktivis iklim Greta Thunberg, pelakon Hollywood Susan Sarandon serta cucu Nelson Mandela, Mandla Mandela. Bernama
ESOK
JUMMAT 3/10/25
KITA BERDEMO
AMIN
HIMPUN DATARAN
TABUNG HAJI
JAM 2 PETANG
AMIN
KITA TIBAI
ZIONIS BLACKROCK
KHALAS
INDONESIA IMPORT SAMPAH
Indonesia siasat import sisa elektronik toksik AS ke Batam
NEGARA MISKIN
JADI MANGSA
NEGARA KAYA
AMIN
HASIL BUMI
NEGARA SELATAN
DI JARAH
AMIN
BILA DAH JADI
SAMPAH DI HANTAR
KEMBALI KE NEGARA
ASAL
AMIN
BANGLADESH
INDONESIA
PILIPINA
DAN KITA
SEMUA JADI
NEGARA
SAMPAH
KHALAS
APAKAH NETANYAHU AKAN DIJEMPUT SAMA ?










