Khamis, 2 Oktober 2025

ESOK KITA TURUN BERDEMO


ESOK

KITA TURUN

BERDEMO

AMIN



ANALISA DAN PENCERAHAN

 

ANALISA DAN

PENCERAHAN

AMIN

ZAHID HAMIDI AKAN DI DAKWA KEMBALI !!!


ZAHID HAMIDI

AKAN DI DAKWA

KEMBALI 

AMIN

GEN ZEE BANGUN MELAWAN


GEN ZEE BANGUN MELAWAN

AMIN

KHAMIS JUMAAT SABTU - DEMO DEMO DEMO


Ribuan demo depan kedutaan AS, pemimpin pelbagai parti turut serta

Himpunan anti-Israel di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur sejak pagi tadi masih berterusan dan kini disertai ribuan hadirin.

Protes daripada kumpulan berbeza ini dimulakan dengan perarakan sekitar jam empat petang dari berdekatan bangunan Lembaga Tabung Haji sebelum berkumpul di depan bangunan kedutaan tersebut.

Di sana, beberapa tokoh menyampaikan ucapan mengecam kekejaman Israel serta menuntut pembebasan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF).

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim mengetuai kumpulan demo bagi menghantar memorandum ke kedutaan AS.

Selain Kamil, antara ahli politik lain yang turut serta adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Maszlee Malik serta Ketua Umno Subang, Armand Azha Abu Hanifah.


KHAMIS DEMO

JUMAAT DEMO

SABTU DEMO

AMIN

DEMO & POLITIK

JALAN RAYA

BUDAYA KITA

AMIN

TAK TURUN JALAN

RAYA TAK MENANG

PILIHANRAYA

KHALAS

APA KATA BEKAS SETPOL ANWAR IBRAHIM


PANDANGAN 

BEKAS SETPOL

ANWAR IBRAHIM

KHALAS





DEMO SABTU INI



INSAP Dan Gabungan NGO Desak URA Ditarik Balik, Dakwa Ancam Hak Pemilik Hartanah

KUALA LUMPUR, 2 Okt 25 – Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP) bersama lebih 14 pertubuhan masyarakat sivil, badan profesional dan persatuan penduduk, serta kumpulan alam sekitar Klima Action Malaysia (KAMY), sebulat suara menolak Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pembaharuan Bandar (URA) dengan menyifatkannya sebagai “fundamentally flawed” dan berpotensi merampas hak rakyat ke atas harta mereka.

Gabungan itu, menerusi memorandum bersama yang lahir daripada INSAP Urban Affairs Policy Summit (UAPS) 2025, memberi amaran bahawa URA dalam bentuk semasa melemahkan perlindungan Perlembagaan, menghakis kepercayaan masyarakat dan memberi kelebihan tidak seimbang kepada pemaju.

“Dengan menurunkan ambang persetujuan daripada 100% kepada 80%, 75% malah 51%, URA membuka ruang pemilik minoriti dipaksa menyerah hak milik. Ini bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan,” tegas memorandum itu.

Selain isu hak milik, gabungan tersebut membangkitkan kebimbangan terhadap kuasa berlebihan yang diberikan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meluluskan projek serta melantik pemaju tanpa semak imbang yang mencukupi.

Mereka juga menegaskan, model URA yang terlalu “developer-driven” bakal menyingkirkan komuniti daripada membuat keputusan, selain bersifat bias kepada perobohan berbanding pendekatan regenerasi dan adaptasi semula.

Antara cadangan utama yang dikemukakan termasuklah mewajibkan Social dan Traffic Impact Assessment (SIA/TIA) dalam undang-undang, memastikan pampasan mencerminkan nilai sebenar pembangunan semula termasuk sokongan sewa dan mekanisme perkongsian keuntungan, serta memberi perlindungan khas kepada kumpulan rentan seperti warga emas, orang kurang upaya, penyewa dan keluarga berpendapatan rendah.

Gabungan itu turut mendesak kerajaan menarik balik URA dalam bentuk semasa dan melaksanakan moratorium terhadap semua usaha pemaju sehingga satu kerangka undang-undang yang lebih telus, berpaksikan rakyat, serta menghormati bidang kuasa kerajaan negeri diwujudkan.

“Pembaharuan bandar mesti berkhidmat untuk rakyat, bukan sebaliknya. Tanpa perubahan menyeluruh, URA hanya akan menjadi instrumen pengusiran, bukannya pembangunan,” menurut kenyataan bersama itu lagi.

Bantahan awam turut meluas di mana Perhimpunan Tolak URA pada 4 Oktober ini bagi menggesa kerajaan mendengar suara rakyat sebelum sebarang langkah pembaharuan bandar dilaksanakan. @politiko.my

DEMO 

SABTU INI

JAM 2 PETANG

DI SOGO

AMIN

KITA LAWAN

KITA TIBAI URA

PROJEK CUKONG

NAK RAMPAS

TANAH MELAYU

KHALAS

ESOK KITA TURUN BERDEMO

Tiga lagi rakyat Malaysia ditahan tentera Israel, jumlah 15 setakat ini

Tiga lagi sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza semasa kapal dinaiki mereka dipintas pada 3.39 petang tadi.

Mereka ialah Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli, dan Taufiq Mohd Razif yang menaiki kapal Free Willy.

Perkara itu disahkan Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) di Sepang, menjadikan jumlah rakyat Malaysia yang ditahan sehingga kini sebanyak 15 orang.

Sebelum ini, 12 sukarelawan Malaysia dilaporkan ditahan selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa berhampiran zon merah R3.

Mereka ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Sementara itu, lima lagi rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan SNCC termasuk pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana dan PU Rahmat.

GSF disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara berlayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel.

Misi kemanusiaan itu mendapat perhatian dunia apabila turut disertai tokoh antarabangsa termasuk aktivis iklim Greta Thunberg, pelakon Hollywood Susan Sarandon serta cucu Nelson Mandela, Mandla Mandela. Bernama

ESOK 

JUMMAT 3/10/25

KITA BERDEMO

AMIN

HIMPUN DATARAN

TABUNG HAJI

JAM 2 PETANG

AMIN

KITA TIBAI

ZIONIS BLACKROCK

KHALAS

INDONESIA IMPORT SAMPAH




Indonesia siasat import sisa elektronik toksik AS ke Batam

BATAM: Pihak berkuasa Indonesia melancarkan siasatan terhadap kes import haram sisa elektronik dari Amerika Syarikat (AS) , susulan ketibaan 19 kontena yang didakwa mengandungi bahan berbahaya di Pelabuhan Batu Ampar di Batam.

Ketua Pejabat Kastam Batam, Zaky Firmansyah, berkata pihaknya bersama Lembaga Kemajuan Batam (BP Batam) dan Kementerian Alam Sekitar, akan memeriksa penghantaran sisa terbabit lewat minggu ini.

"Kementerian Alam Sekitar akan menilai sama ada kandungan kontena memenuhi kriteria untuk bahan berbahaya dan toksik," katanya.

Kes itu timbul selepas Rangkaian Tindakan Basel (BAN), badan pemerhati alam sekitar global yang berpangkalan di AS, memaklumkan misi tetap Indonesia kepada pertubuhan antarabangsa di Geneva tentang penghantaran e-sisa yang berpotensi menyalahi undang-undang negara itu.

BAN terkenal kerana mengesan dan mendedahkan aliran sisa berbahaya, terutamanya e-sisa, dari negara maju ke negara membangun.

Salah satu syarikat yang didakwa terbabit mengimport e-sisa itu ialah PT Esun International Utama Indonesia, sebuah syarikat eksport-import dan kitar semula yang baru-baru ini menghantar enam kontena e-sisa dari AS ke Batam, menurut Kementerian Alam Sekitar.

Pemeriksaan awal mendapati kontena itu dipenuhi dengan pelbagai bahagian komputer yang rosak, termasuk pengecas komputer riba, cakera keras, papan litar bercetak (PCB) dan monitor.

Peraturan Indonesia mengklasifikasikan peralatan itu sebagai bahan berbahaya dan toksik (B3), yang memerlukan pengendalian dan pelupusan khas untuk mengelakkan kemudaratan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan awam.

Menteri Alam Sekitar, Hanif Faisol Nurofiq, berkata e-sisa itu didakwa diimport tanpa pemberitahuan terlebih dahulu antara negara pengeksport dengan pengimport.

"Indonesia komited sepenuhnya untuk menegakkan Konvensyen Basel. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan amalan haram yang membahayakan orang ramai," katanya merujuk kepada perjanjian antarabangsa yang mengawal selia pergerakan rentas sempadan sisa berbahaya dan pelupusannya.

Indonesia mengesahkan konvensyen itu pada 1993.

Hanif juga berkata import e-sisa itu melanggar artikel 69 dan 106 Undang-undang Alam Sekitar 2009, yang membawa hukuman penjara lima hingga 10 tahun dan denda antara 3 bilion rupiah (RM757,751) hingga 10 bilion rupiah (RM2.5 juta).

Kementerian itu pada asalnya menjadualkan penutupan Esun International pada 22 September, tetapi rancangan itu dibatalkan secara tiba-tiba selepas ratusan pekerja syarikat itu didakwa mengancam untuk menghalang langkah itu dengan mengadakan bantahan.

Walaupun meratifikasi Konvensyen Basel beberapa dekad lalu, Indonesia terus bergelut dengan pengimportan sisa toksik yang berleluasa.

Awal September lalu, pemerintah Indonesia mengumumkan rancangan mengeksport semula 14 kontena besi buruk yang diimport dari Filipina selepas didapati tercemar dengan cesium-137 (Cs-137), hasil sampingan radioaktif pemecahan nuklear.

Menteri Penyelaras Ekonomi, Zulkifli Hasan, berkata kes itu menekankan keperluan mendesak untuk mengukuhkan pengawasan dan kawalan ke atas sisa import bagi mengelakkan risiko serupa pada masa depan.

"Pasukan petugas khas telah dibentuk untuk mengendalikan kes ini. Kami juga sedang mengkaji dan mengukuhkan peraturan, terutamanya untuk bahan buangan," tambahnya. - AGENSI


NEGARA MISKIN

JADI MANGSA

NEGARA KAYA

AMIN

HASIL BUMI

NEGARA SELATAN

DI JARAH

AMIN

BILA DAH JADI

SAMPAH DI HANTAR

KEMBALI KE NEGARA

ASAL

AMIN

BANGLADESH

INDONESIA

PILIPINA

DAN KITA

SEMUA  JADI

NEGARA

SAMPAH

KHALAS

HIZBULLAH TIDAK AKAN LUCUT SENJATA


HIZBULLAH

TIDAK AKAN

LUCUT SENJATA

KHALAS

FAHMI YANG COMMENDABLE


FAHMI FADIL

YANG 

COMMENDABLE


SERENTAK

SERIRAMA

SEBANGANG

SEBODOH

KERJA BODEK

KAH KAH KAH

KHALAS

APAKAH NETANYAHU AKAN DIJEMPUT SAMA ?

 


Lebih 200 aktivis GSF mewakili 37 negara ditahan tentera Israel


TEL AVIV: Pasukan keselamatan Israel menahan lebih 200 aktivis yang menyertai konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam usaha menembusi sekatan maritim ke Gaza, menurut jurucakap rasmi tentera Israel.

Aktivis yang ditahan berasal dari sekurang-kurangnya 37 negara, termasuk Sweden, Brazil, Perancis, dan Malaysia.

Operasi pemintasan bermula lewat malam semalam apabila tentera laut Israel menyerbu beberapa kapal dalam flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Antara yang ditahan termasuk tokoh terkenal seperti aktivis alam sekitar, Greta Thunberg dan Ahli Parlimen Eropah, Emma Fourreau, yang berada di atas kapal Madleen dan Alma ketika diserbu.

"Kesemua individu yang ditahan akan dibawa ke pelabuhan Israel untuk proses pengusiran," kata jurucakap tentera laut Israel, sambil menegaskan bahawa flotila itu telah melanggar zon sekatan yang ditetapkan.

Pihak berkuasa turut mendakwa bahawa beberapa peserta mempunyai kaitan dengan kumpulan pelampau, dakwaan yang dinafikan oleh penganjur flotila.

GSF adalah misi maritim terbesar ke Gaza dalam beberapa tahun, membabitkan lebih 50 kapal dan lebih 500 aktivis dari seluruh dunia.

Misi ini bertujuan menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej solidariti kepada rakyat Palestin yang berdepan krisis kemanusiaan akibat konflik dan sekatan berpanjangan.

Penganjur flotila menyifatkan tindakan Israel sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa dan menyeru masyarakat antarabangsa global supaya bertindak balas.

Beberapa negara termasuk Colombia, Venezuela dan Turkiye telah menyuarakan kecaman terhadap tindakan Israel dan menuntut pembebasan segera semua aktivis yang ditahan. - AGENSI

APAKAH 

NETANYAHU

AKAN DIJEMPUT 

SAMA ?

KHALAS

SOLDADU BLACKROCK SEDANG MENGGANAS


SOLDADU

BLACKROCK

SEDANG

 MENGGANAS

AMIN



FLOTILLA DISERANG OLEH SOLDADU BLACKROCK


FLOTILLA DISERANG

OLEH SOLDADU

BLACKROCK

AMIN

AGAMA TOPENG KAUM PENINDAS


Sambut Donald Trump: Maqasid Syariah atau Maqasid Munafik?


Apa itu Maqasid Syariah? Maqasid Syariah ialah tujuan-tujuan utama syariat yang menjaga agama; nyawa; akal; keturunan dan harta.

Segala hukum dan tindakan mesti berpaksikan kepada lima tujuan besar ini.

Di mana pula kedudukan "jaga keamanan" dan "jaga tamadun"?

Dalam perbincangan klasik, keamanan dan tamadun termasuk dalam 5 asas sebelum ini. 

Adapun kini, kedua-duanya diiktiraf sebagai maqasid khusus untuk menghadapi cabaran baharu.

Adakah boleh guna maqasid untuk raikan Presiden Donald Trump?

Trump terkenal sebagai:

Presiden yang menyokong penuh Israel dan menindas Palestin.
Mengisytiharkan Baitulmaqdis ibu kota Israel.

Merangka "Deal of the Century" untuk menghapuskan hak rakyat Palestin.

Terang-terangan menghina umat Islam.

Kalau ada pemimpin Islam menyambut mesra kedatangannya dengan alasan "maqasid syariah", itu penyalahgunaan maqasid. Kenapa?

1. Jaga agama: Raikan musuh agama yang menghina Islam adalah penghinaan kepada agama.

2. Jaga nyawa: Trump bertanggungjawab atas darah ribuan umat Islam di Palestin dan Asia Barat.

3. Jaga aqal, keturunan dan harta: Dasar-dasarnya merosakkan maruah, menjarah kekayaan umat.

Maka, tindakan meraikan Trump bertentangan dengan maqasid, bukan selari dengannya.



Menyambut mesra, menghampar karpet merah, memberi legitimasi adalah bukan darurat, tapi penghinaan.

Kesimpulannya, tidak boleh menggunakan maqasid syariah untuk menyambut mesra kedatangan Trump. Itu adalah penyelewengan hujah syarak demi kepentingan politik.

Maqasid sepatutnya digunakan untuk melindungi umat Islam, bukan menghalalkan tunduk kepada musuh yang menjahanamkan Palestin.

Menyambut Syaitan Trump adalah Maqasid Munafik untuk melindungi kuasa dengan memperjudikan darah dan maruah umat Islam!

Artikel ini pertama kali dimuat naik di Facebook penulis, dan merupakan respons kepada gesaan Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil supaya umat Islam menerima kedatangan Donald Trump ke Malaysia.

AGAMA JADI

TOPENG

AMIN

AGAMA

INI IALAH ALAT

KEGUNAAN KAUM

PENINDAS

AMIN

AGAMA DIGUNA

UNTUK  

MENGHALALKAN

KEZALIMAN

KHALAS