Khamis, 16 Oktober 2025

PALSUKAN DOKUMEN KEWARGANEGARAAN


KES PALSUKAN

DOKUMEN WARGA

NEGARA !!!

APA PANDANGAN

 PDRM ?

KHALAS

TANDA IKLIM DUNIA SEDANG BERUBAH


SATU LAGI TANDA

IKLIM DUNIA 

SEDANG

BERUBAH

AMIN

MALAPETAKA  

AKAN

SAMPAI LEBIH

 KERAP

KHALAS

JENAYAH DALAM NEGARA MAKIN MENINGKAT NAIK


Jenayah Indeks Malaysia naik 11.1 peratus pada 2024 -DOSM


KUALA LUMPUR – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan Jenayah Indeks Malaysia meningkat sebanyak 11.1 peratus pada 2024 dengan 58,255 kes dilaporkan berbanding 52,444 kes pada tahun sebelumnya.

Peningkatan itu katanya didorong terutamanya oleh jenayah harta benda yang melonjak sebanyak 12.4 peratus kepada 47,188 kes.

Jenayah kekerasan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 5.9 peratus, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 11,067 kes, kata DOSM menerusi laporan Statistik Jenayah, Malaysia, 2025 yang diterbitkan hari ini.

Menurut DOSM, laporan tersebut merangkumi statistik jenayah bagi tempoh 2022 hingga 2024.

Katanya, buat pertama kali, DOSM telah menjajarkan sepenuhnya statistik jenayah mengikut International Classification of Crime for Statistical Purposes (ICCS) Versi 1.0 yang dibangunkan oleh United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).

“Penjajaran itu membolehkan perbandingan antarabangsa yang lebih jelas serta analisis yang lebih mendalam merentasi 11 seksyen utama jenayah.


“Tambahan pula, bab berkaitan statistik pemulihan turut dimuatkan untuk memperluas perspektif terhadap sistem keadilan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, DOSM mendapati kes penculikan juga menunjukkan sedikit penurunan kepada 17 kes dengan 11 kes bagi tempoh dalam kajian.

Kes bunuh pula menunjukkan penurunan yang ketara manakala kes bunuh dengan niat menurun sebanyak 9.5 peratus kepada 237 kes, manakala kes bunuh tanpa niat kekal sebanyak dua kes.

Jenayah  seksual  menunjukkan  corak  yang  tidak  konsiten yang mana kes  rogol  meningkat 12.1 peratus kepada 1,899 kes.

Kes rogol dengan rela meningkat 29.3 peratus, manakala kes rogol dengan paksaan menurun sebanyak 15.3 peratus, mencerminkan perubahan dalam corak pelaporan atau pelakuan.

Kes samun menurun sebanyak 6.8 peratus dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4,276 kes. Majoriti kes melibatkan samun terhadap individu (41.7 %), diikuti oleh jenis lain-lain (38.2%), samun terhadap premis atau institusi (13.5%) dan samun kenderaan (6.7%).

Kes pecah rumah & curi turut menurun sebanyak 1.8 peratus, dengan 77.6 peratus daripada kejadian berlaku pada waktu malam.

Kes jenayah berkaitan bekalan dan memiliki dadah terus meningkat dengan kenaikan sebanyak 10.6 peratus menjadikan jumlah keseluruhan 81,090 kes.

Kes bekalan dadah meningkat  sebanyak  4.6  peratus,  manakala  kes  pemilikan  melonjak  sebanyak 12.7 peratus, mencerminkan penguatkuasaan yang lebih intensif dan kemungkinan peningkatan penggunaan bahan terlarang.

Tangkapan bagi kes suapan meliputi kes memberi dan menerima suapan meningkat sebanyak 24.6 peratus dengan 764 individu ditangkap.

Kes memberi suapan meningkat dengan ketara sebanyak 51.2 peratus, manakala kes menerima suapan meningkat sebanyak 20.3 peratus, menunjukkan usaha berterusan dalam memerangi amalan rasuah.

Aktiviti penyelewengan barang kawalan turut menunjukkan peningkatan dengan 2,243 kes direkodkan, meningkat sebanyak 19.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Diesel merupakan barang paling banyak diseleweng (30.0%), diikuti petrol (26.7%), minyak  masak  (19.8%),  gula  (10.1%),  gas  petroleum  cecair  (9.1%)  dan tepung gandum (4.4%).

Kesalahan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mencatatkan peningkatan tertinggi, iaitu sebanyak 71.1 peratus kepada 296 kes. Sektor pembuatan menyumbang lebih separuh daripada jumlah ini (57.4%), diikuti sektor pembinaan (27.4%) dan perkhidmatan perniagaan (8.1%).

Kes berkaitan haiwan menurun kepada 12 kes, termasuk kekejaman terhadap haiwan dan haiwan peliharaan serta pelanggaran kebajikan. Jenayah rompakan laut jarang berlaku di Malaysia, dengan tiada kes dilaporkan pada tahun 2024.

Kes rompakan di laut jarang berlaku di Malaysia. Hanya satu kes rompakan di laut yang dilaporkan pada 2023, manakala tiada kes rompakan di laut direkodkan pada 2024.

Statistik pemulihan menunjukkan peningkatan ketara dalam bilangan banduan yang disabitkan kesalahan, meningkat sebanyak 28.4 peratus kepada 128,916 individu. Banduan lelaki merangkumi 90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan, manakala banduan wanita mencatatkan 9.1 peratus. -

APAKAH

INI BERMAKNA

KITA MAKIN JAHAT?

AMIN

TIDAK TIDAK

KITA BUKAN

MAKIN JAHAT

AMIN

KITA ADALAH

PRODUK  SISTEM

EKONOMI KAPITALIS

AMIN

SISTEM INI

 MEMBAWA

NILAI  KEHIDUPAN

YG MERUJUK PADA

HARTA DAN BENDA

AMIN

HIDUP KITA

DIKAWAL DAN

DI PERANGKAP

OLEH NILAI INI

AMIN

HASILNYA  JENAYAH

UNTUK MENGUMPUL

HARTA DAN BENDA

DALAM HIDUP

KHALAS

LUFFY DAH BERJAYA !!!


LUFFY DAH

BERJAYA

DI SRI LANGKA
DI BANGLADESH
DI NEPAL
DI MADAGSCAR
AMIN
SEDANG  BERTEMPUR
 DI INDONESIA
DI MOROKO
DI MALAYSIA
DI FILIPINA
AMIN
GERAKAN MEMAKIAI
SIMBOL LUFFY BERMULA 
DI INDONESIA
KHALAS
Unknown commented on
 "KIBARKAN BENDERA 
LANUN LUFFY"

Luffy my ass...flotilla gagal u ingat luffy akan berjaya? Kakakakak

ROTAN DI SEKOLAH




Lim: Kembalikan rotan pelajar, pasang CCTV di sekolah

PARLIMEN | Veteran DAP, Lim Guan Eng (PH–Bagan) menggesa supaya hukuman rotan dikembalikan sebagai langkah disiplin susulan krisis keselamatan sekolah yang sedang berlaku.

Ketika membahaskan Belanjawan 2026, bekas menteri kewangan itu berkata pelaksanaan hukuman rotan perlu dibuat segera di semua sekolah, termasuk sekolah swasta.

Dia turut mencadangkan agar kerajaan meluluskan peruntukan kecemasan bagi memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lebih 10,000 premis sekolah di seluruh negara.

Lim berkata beliau yakin rakyat Malaysia akan bersetuju dengan langkah tersebut walaupun ia melibatkan kos yang besar.

KEMBALIKAN

ROTAN & CCTV

BUKAN CADANGAN

SALAH

AMIN

ZAMAN ROTAN

TELAH BERLALU

AMIN

DUNIA INTERNET

 BAWA BUDAYA 

TERKINI TERBARU

AMIN

PEMIKIR TEKNOLOJI

PEMIKIR BUDAYA

SEMUA PEMIKIR 

MASYARAKAT

WAJIB SAMA

BERFIKIR

AMIN

JANGAN HANYA

KEMBALI PADA 

KAWAL

DAN DENDA

KHALAS

AMOK SUMBANGAN BUDAYA MELAYU PADA DUNIA !!!


AMOK 

SUMBANGAN

BUDAYA MELAYU 

PADA DUNIA

AMIN

KITA TAK PERLU
MENGAMOK
KITA HANYA PERLU 
TURUN KE JALAN 
BERAMAI- RAMAI
DAN KIBARKAN
BENDERA LUFFY

KHALAS

Unknown commented on 
"KIBARKAN BENDERA
 LANUN LUFFY"

Wooit tanah melayu dah x dak tentu tak boleh mengamuk yang mengamuk adalah kos hidup yang semakin tinggi seperti barang keperluan hidup,sewa rumah etc😎😪☠️ dan kos kota madani!!!

WAJIB DI BENARKAN UNDI POS


PRN Sabah : Penamaan Calon 15 Nov, Mengundi 29 Nov


KUALA LUMPUR, 16 Okt 25 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa 29 November dipilih sebagai tarikh hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, manakala penamaan calon ditetapkan pada 15 November. Tarikh pengundian awal pula adalah pada 25 November.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun, menyatakan bahawa seramai 1,784,843 pengundi layak akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRN kali ini.

Pada 6 Oktober lalu, Ketua Menteri Sabah,  Hajiji Noor, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk membuka laluan kepada pelaksanaan PRN ke-17.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, tetapi hanya 73 kerusi akan dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini; enam lagi adalah kerusi untuk ADUN yang dilantik. @politiko.my

HANYA SATU

TUNTUTAN

BERI WARGA

SABAH DI LUAR

SABAH UNDI POS

AMIN

LAKUKAN PRN

YANG ADIL

DAN BERSIH

KHALAS

BUANG SEKOLAH LANGKAH SILAP



Pelajar terlibat rogol, sebar video lucah di Kedah akan dibuang sekolah

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan mengambil tindakan tegas buang sekolah kepada pesalah-pesalah yang terlibat dalam kes rogol berkumpulan dan penyebaran video lucah di negeri itu, baru-baru ini.

Jabatan tersebut dalam kenyataan hari ini berkata, ia telah pun memulakan proses siasatan dalaman berhubung kes berkenaan.

“Kes ini kini sedang berada dalam siasatan pihak polis dan semua suspek telah ditahan reman. JPN Kedah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan,” katanya.

Tambahnya, tindakan segera juga telah diambil untuk memberi bantuan kepada mangsa dengan tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan dan sedang berusaha untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan.

Terdahulu media melaporkan empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Baling, Kedah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol secara berkumpulan serta menyebarkan rakaman lucah tersebar di media sosial.

Media melaporkan, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 53 tahun kira-kira jam 11 pagi, Ahad lalu selepas dimaklumkan guru disiplin sekolah berkenaan mengenai penularan video bogel melibatkan anaknya.

Bertindak atas maklumat itu, polis menahan empat remaja termasuk tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sekolah sama pukul 9.30 malam hari sama bagi membantu siasatan. 

BUANG SEKOLAH

LANGKAH SILAP

AMIN

LEPAS GERAM

CARA MUDAH

SELESAI

MASALAH

AMIN

YANG DIBUANG

MASIH MUDA

BOLEH DIDIDIK

AMIN

DIA MASIH LAGI

ANGGOTA

MASYARAKAT

AMIN

AJAR DAN DIDIK

AGAR DIA JADI

BAIK MACAM KITA

AMIN

BUANG SEKOLAH

SEOLAH-OLAH

INI TUGAS SUCI 

KEJAYAAN KITA

KHALAS

MAYAT MASIH DI CARI

 


Hamas tekad tunai janji pulangkan mayat tebusan, patuhi perjanjian gencatan senjata

WASHINGTON: Hamas tekad menunaikan janji untuk memulangkan mayat tebusan yang terbunuh di Gaza, selaras dengan usul gencatan senjata walaupun Israel mengancam untuk menyambung semula serangan kerana hanya beberapa mayat sahaja sudah dipulangkan.

Menurut penasihat kanan Amerika Syarikat (AS), usaha mengeluarkan mayat sukar kerana Gaza sudah musnah dan memerlukan peralatan khas.

"Kami terus mendengar daripada Hamas bahawa mereka berniat untuk menghormati perjanjian damai dan gencatan senjata.

"Mereka mahu melihat perjanjian berkenaan diselesaikan sepenuhnya dan tiada lagi serangan di Gaza," kata penasihat itu yang tidak mahu namanya disebut apabila ditanya sama ada Hamas akan terus mematuhi perjanjian tersebut.

Penasihat itu juga berkata, ramai yang kecewa dan marah apabila hanya empat mayat dikembalikan, namun Hamas tetap memulangkan mayat pada hari-hari berikutnya sebaik menerima maklumat risikan daripada pihaknya.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump, berkata bahawa Hamas sedang menggali untuk mencari mayat tebusan Israel.

"Mereka sedang menggali. Mereka menemui banyak mayat," kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih, ketika ditanya sama ada Hamas masih mematuhi perjanjian itu.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengancam akan menyambung semula serangan jika Hamas gagal mematuhi gencatan senjata yang disokong AS.

Ancaman itu dibuat selepas Hamas menyerahkan dua lagi mayat tebusan tetapi mendakwa tidak mampu mengambil baki mayat tanpa peralatan khas.

AS dan pihak perantara lain kini sedang mempertimbangkan ganjaran bagi individu yang membantu mengesan lokasi mayat tebusan.

Penasihat itu juga memaklumkan bahawa Turkiye, satu daripada perantara utama dalam perjanjian berkenaan sedang berbincang untuk menghantar pakar dalam bidang penggalian mayat ke Gaza.

Menurut penasihat itu, negara lain termasuk Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Qatar dan Azerbaijan juga dilaporkan sedang menimbangkan penyertaan dalam pasukan penstabilan antarabangsa bagi Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, Israel juga sudah memulangkan 45 mayat rakyat Palestin semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang diserahkan kini 90.

Di bawah perjanjian gencatan senjata itu, Israel bersetuju menyerahkan 15 mayat rakyat Palestin bagi setiap mayat warga Israel yang dipulangkan.

Pada Isnin lalu, Hamas menyerahkan tiga mayat warga Israel dan seorang warga Nepal, manakala kelmarin, tiga lagi mayat warga Israel dan satu mayat yang belum dikenal pasti diserahkan, tetapi tentera Israel berkata ia bukan dari senarai tebusan yang meninggal dunia. - AFP

MENCARI MAYAT

DALAM RUNTUHAN

BANGUNAN AMBIL

MASA LAMA

KHALAS

SETANYAHU GUNA INI

UNTUK SERANG

GAZA KEMBALI 

KHALAS

LAPORAN MEDIA DUNIA


LAPORAN MEDIA

DUNIA LIHAT

BENDERA LUFFY

AMIN


Unknown commented on 
"LAGI DEMO TOLAK TRUMP"

Buat perhimpunan di stadium, pakai mafla himpun ramai-ramai teriak jerit tapi pemimpin tidak dijemput tidak dipelawa tidak dipedulikan seperti anjing menyalak bukit kah kah kah kesian oh amat kesian apabila orang tidak peduli pun jeritan batinku berlagu riang kah kah kah

Unknown commented on
 "TETAP TURUN BERDEMO"

Kita tunggu karpet merah, dia turun tempat tak ada karpet di Singapura, lagi senang lagi selesa lagi selamat, yang menunggu untuk menjerit melaungkan agenda nak bagi memo nak bagi demo sorak seorang diri nanti kah kah kah baguslah tak payahlah datang kah kah kah

KENAPA PRABOWO DIJEMPUT KE DAMAI 2025


KENAPA 

PRABOWO DIJEMPUT

KE  DAMAI 2025

AMIN

KLIP ROGOL TANDA KEJAYAAN !!!



Di Kedah pula, lagi kes rogol berkumpulan di sekolah dilaporkan

Polis menahan seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah di Baling yang disyaki terlibat dalam kes rogol bawah umur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu daripada waris mangsa yang berusia 53 tahun pada 8.11 malam, Ahad lepas.

“Pada 11 pagi hari yang sama, pengadu telah dimaklumkan oleh guru disiplin sekolah berkenaan mengenai penularan satu rakaman bogel.

“Polis menahan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar bagi membantu siasatan. Hasil siasatan lanjut mendapati, kesemua suspek melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lepas di beberapa lokasi termasuk di dalam kelas sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular berkenaan dan polis telah merampas enam telefon bimbit suspek.

“Permohonan reman terhadap empat suspek telah dibenarkan selama lima hari dari tarikh ditangkap (12 Okt) bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen rogol berkumpulan dan menghantar pornogafi kanak-kanak.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai, terutamanya ibu bapa dan penjaga untuk memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak, khususnya dalam kalangan remaja,” katanya.

- Bernama

WOIT

KAMERA TALIPON

JADI ALAT

ROGOL

AMIN

KLIP VIDEO

 UNTUK TAYANG 

TANDA BERJAYA

PADA GENG

AMIN

TAPI AKAN TERUS

JADI BUKTI UTAMA

DI MAHKAMAH

KHALAS