Selasa, 28 Oktober 2025

TOLAK ANWAR DIRIKAN KERAJAAN BARU


HANYA SATU

CARA SELAMTAKAN

NEGARA KITA

AMIN

TOLAK ANWAR

TUBUHKAAN 

KERAJAAN BARU

KHALAS

ANWAR LEBIH JAHAT DARI FREEMASON !!!

 

‘Anwar 


and Trump: 


When Malaysia


 bows, not speak’

By Ghafar Mohamad – Spokesperson for Malaysia’s 21st Century Political Vision

INI bukan untuk mempertahankan Freemasonry, jauh sekali. Pemikiran Freemason menolak Tuhan dan memuliakan kuasa manusia.

Tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim lebih teruk. Dia bukan sahaja hilang arah dalam pemikiran, dia menyerahkan maruah dan kedaulatan negara kita untuk persetujuan Barat.

Apabila Anwar mengalu-alukan Donald Trump, ia bukan diplomasi, ia adalah terdesak.

Trump datang untuk membuat perjanjian dan mengambil keuntungan. Tetapi Anwar menganggapnya sebagai rahmat diraja, seolah-olah menjabat tangan Trump menjadikannya pemimpin dunia yang hebat.

Pemimpin sejati berdiri dengan hormat, bukan dengan senyuman mengemis.

Malaysia pernah menjadi sebuah negara kecil yang berani mengatakan "tidak" kepada keangkuhan.

Kami dihormati kerana kami bercakap dengan bangga, bukan ketakutan. Tetapi hari ini, suara itu semakin pudar.

Apa yang tinggal ialah imej seorang pemimpin yang tunduk rendah kepada kuasa yang telah lama memandang rendah dunia Islam.

Dalam Islam, kepimpinan adalah amanah, amanah suci, bukan persembahan untuk kamera. Diplomasi tanpa prinsip bukanlah diplomasi.

Ia adalah penyerahan.

Kami menolak idea Freemason, tetapi apabila seorang pemimpin Islam mencari persetujuan asing lebih daripada kebenaran dan keadilan, itu adalah pengkhianatan yang jauh lebih mendalam.

Ia menjadikan negara yang bangga kelihatan lemah, bebas pada nama, tetapi terikat dalam fikiran.

Malaysia layak pemimpin yang mempunyai tulang belakang, bukan pelakon yang mengejar tepukan. Dunia akan melupakan lawatan Trump, tetapi sejarah akan mengingati siapa yang menukar maruah kita dengan senyuman.

INI PANDANGAN

DARI KELAS 

MENENGAH MELAYU

YANG MENULIS

DALAM BAHASA

INGGERIS

AMIN

BAHAYA BESAR JIKA ANWAR TERUS BERKUASA !!!



𝐀𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 : 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐀𝐒 𝐂𝐞𝐭𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐛𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 ‘𝐊𝐞𝐝𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢’


KUALA LUMPUR, 29 Okt 25 — Rundingan perjanjian perdagangan baharu antara Malaysia dan Amerika Syarikat kini mencetuskan gelombang kebimbangan dalam kalangan penganalisis dan ahli Parlimen, yang melihat langkah itu berpotensi mengorbankan dasar ekonomi bebas negara demi kelegaan sementara daripada tekanan tarif Amerika.

Menurut laporan Reuters, Malaysia kini menyasarkan kadar tarif “serendah mungkin” dalam rundingan dua hala dengan Washington, namun masih berdepan tekanan masa dan syarat berat sebelah yang belum dimuktamadkan. 

Sumber diplomatik serantau pula menyifatkan pendekatan ini sebagai langkah “defensif” untuk mengelak sekatan perdagangan yang boleh menjejaskan eksport elektronik dan komoditi utama negara.

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS Malaysia) dalam satu analisis turut mengingatkan bahawa walaupun perjanjian itu kelihatan pragmatik, ia bersifat asimetri yakni memberi ruang lebih besar kepada syarikat dan piawaian Amerika untuk mempengaruhi dasar dalam negara.

“Konsesi yang dibuat bukan semestinya kelemahan, tetapi dalam jangka panjang boleh mengehadkan fleksibiliti Malaysia dalam menentukan peraturan pelaburan dan standard tenaga kerja,” menurut laporan analisis ISIS bertajuk The State of the Nation.

Di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan Blok Kerajaan, Hassan karim turut mendesak kerajaan mendedahkan butiran penuh perjanjian tersebut, termasuk mekanisme penyelesaian pertikaian dan peruntukan berkaitan data digital serta perolehan kerajaan. 

Mereka bimbang syarat yang terlalu terbuka akan menyebabkan Malaysia hilang ruang untuk melindungi industri strategik tempatan.

Dengan landskap global yang semakin terpecah antara blok ekonomi Barat dan Asia Timur, Malaysia kini berdepan dilema: sama ada mengekalkan keseimbangan diplomatik atau berisiko menjadi sekadar pemain pinggiran dalam percaturan kuasa besar.

Perjanjian Malaysia–AS ini bukan sekadar urusan tarif atau eksport, tetapi mencerminkan cabaran struktur yang lebih mendalam — bagaimana negara bersaiz sederhana seperti Malaysia mempertahankan dasar ekonomi berdaulat dalam sistem perdagangan global yang didominasi kuasa besar.

Tanpa ketelusan dan strategi serantau yang kukuh, Malaysia berisiko meletakkan kedaulatan ekonomi dan keselamatan negara diambang percaturan geo-politik antarabangsa. Politiko.my

LAGI LAMA

ANWAR JADI PM

LAGI BAHAYA

PADA NEGARA

KHALAS

WARGA DUNIA MULA MENGUTUK MADAFAKA ZIONIS TEMPATAN





Lidah tentera Iran kecam kerajaan Anwar raikan 'penyokong utama Israel'


Beberapa hantaran oleh sebuah saluran media sosial yang memainkan peranan sebagai jurucakap angkatan tentera Iran telah mengecam sambutan meriah yang diberikan kerajaan Malaysia kepada Donald Trump, tindakan yang mungkin mencetuskan pertikaian diplomatik antara kedua-dua negara Islam itu ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdepan kemarahan atas cara beliau meraikan presiden AS itu.

Ahad lalu, Facebook "Iran Military" yang dilihat berpengaruh dengan lebih dua juta pengikut dari seluruh dunia, memuat naik klip Anwar berjoget bersama Trump sejurus selepas pesawat Air Force One mendarat di KLIA.

"Kerajaan Islam (!) Malaysia meraikan Trump, penyokong utama Israel, dengan tarian dan muzik!" menurut kenyataan yang disertakan.

Ia mengundang ribuan reaksi "like" dan komen.

Sebuah lagi hantaran memuji rakyat Malaysia kerana membantah lawatan Trump.

"Setiap langkah salah oleh kerajaan Islam akan dibalas dengan semangat teguh rakyat mereka!" katanya.

"Saudara-saudara kita di Malaysia telah menjawab tindakan salah kerajaan mereka dengan penuh maruah dan keberanian. Umat Islam tidak pernah berdiam diri! Bukan di Malaysia, bukan di mana-mana!" menurut sebuah lagi catatan, yang turut mengundang ratusan komen sokongan termasuk daripada rakyat Malaysia.

MalaysiaNow tidak dapat mengesahkan sama ada akaun Facebook itu dikendalikan secara rasmi oleh angkatan tentera Iran atau kementerian pertahanan negara itu.

Semakan menunjukkan akaun tersebut juga dikaitkan dengan beberapa platform media sosial lain yang turut memiliki pengikut ramai di X, Instagram dan TikTok.

MalaysiaNow turut menghubungi pemilik akaun tersebut, dan cuba mendapatkan maklum balas pihak kedutaan Iran di Kuala Lumpur.

Pentadbir akaun menyifatkan laman tersebut "Media Bebas", dengan menyatakan ia menyampaikan "berita dan analisis ketenteraan terkini mengenai Iran dan lain-lain melalui pelbagai sumber".

Angkatan tentera Iran yang terkenal dengan peluru berpandu berteknologi tinggi serta dron canggih merupakan antara yang terkuat di dunia Islam, dan baru-baru ini menerima pujian penyokong Palestin di seluruh dunia apabila berjaya membalas pengeboman Israel dengan melancarkan serangan ke atas Tel Aviv.

Pada Julai, di kemuncak konflik ketenteraan dengan Israel dan AS, pentadbir akaun Facebook Iran Military memberi amaran wujudnya akaun palsu yang menggunakan nama sama.

"Tidak jelas sama ada semua itu dikendalikan oleh musuh atau penyokong! Gambar profil, foto muka depan dan bio kami dipalsukan! Kandungan yang mencurigakan telah dikesan di beberapa halaman ini!" katanya.

Platform Facebook dan X secara rasminya disekat di Iran, walaupun ia masih boleh diakses secara meluas dengan penggunaan VPN untuk memintas larangan kerajaan.

Sekatan tersebut menyebabkan pengguna Facebook di Iran tidak dapat mendapatkan tanda semak biru (blue checkmark) yang dibekalkan Meta untuk mengesahkan identiti pengguna.

Bagaimanapun, sekatan media sosial itu tidak menghalang agensi kerajaan Iran menggunakan pelbagai platform, dalam usaha menyampaikan mesej kepada masyarakat antarabangsa.

Anwar kini berdepan kecaman daripada ahli politik pembangkang, aktivis hak asasi dan penyokong Palestin atas tindakannya menjemput Trump ke Sidang Kemuncak Asean hujung minggu lalu.

Cara sambutan meriah meraikan Trump dilakukan di KLIA mencetuskan kemarahan orang ramai, di samping tindakan Anwar menandatangani sebuah perjanjian perdagangan yang dianggap berat sebelah dan menyerahkan kedaulatan negara.

Hanya beberapa minit selepas Air Force One mendarat, Anwar dilihat bergegas dari tempat sidang kemuncak di KLCC menuju ke KLIA, di mana beliau kemudiannya mengikut rentak tarian Trump yang disambut meriah dengan persembahan muzik dan tarian.


WARGA DUNIA

MULA MENGUTUK

MADAFAKA

ZIONIS TEMPATAN

AMIN

SEKARANG MAKIN

RAMAI SEDAR

SAPA MADAFAKA INI

SEBENARNYA

AMIN

KHALAS

SAH MADAFAKA JUAL TANAH MELAYU PADA ZIONIS



Di sebalik tarian dengan Trump, butiran mengejutkan muncul mengenai perjanjian ditandatangani Anwar


Di sebalik reaksi pelbagai pihak yang membidas aksi Anwar Ibrahim berjoget bersama Donald Trump sebagai tindakan "tidak bermaruah" dan "menghambakan diri", persoalan kini timbul mengenai kandungan perjanjian perdagangan yang ditandatangani perdana menteri beberapa jam selepas meraikan presiden Amerika Syarikat di KLIA semalam.

Perjanjian itu merangkumi beberapa syarat yang mewajibkan Malaysia berunding dengan Washington terlebih dahulu sebelum memeterai apa-apa perjanjian perdagangan lain dengan negara ketiga.

Beberapa petikan perjanjian itu, yang ditandatangani Trump bersama Anwar yang tampil teruja apabila berulang kali cuba berseloroh dengan pemimpin AS itu, mula dikongsi secara meluas di media sosial, mencetuskan kemarahan orang ramai yang mempersoalkan sama ada perdana menteri akhirnya telah menyerahkan kedaulatan Malaysia, kebimbangan yang sebelum ini kerap disuarakan Dr Mahathir Mohamad.

Lawatan Trump semalam menyaksikan Malaysia dan AS menandatangani perjanjian perdagangan timbal balik baharu, yang memberikan syarikat AS pelbagai keutamaan memasuki pasaran Malaysia.

Sebagai balasan, Washington akan mengekalkan tarif 19% yang baru-baru ini dikenakan oleh Trump.

Dalam satu kenyataan, Perikatan Nasional menganggap perjanjian itu sebagai "penyerahan diri".

"Malaysia menyerahkan terlalu banyak kawalan ke atas ekonominya, sementara AS kekal bebas memutuskan apa-apa yang memberikan manfaat kepada industrinya sendiri. Perjanjian ini membataskan hak Malaysia untuk membuat keputusan sendiri, memaksa kita mematuhi AS dalam perdagangan, pelaburan dan peraturan," kata gabungan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Azmin Ali.

Menurutnya, perjanjian yang digambarkan sebagai "perkongsian timbal balik" sebenarnya menandakan "kehilangan kedaulatan ekonomi dan ruang dasar kita".

Pemimpin veteran DAP, Teng Chang Khim, menggesa Putrajaya menjelaskan butiran perjanjian yang semakin mendapat kecaman itu.

"Jika ia benar, kerajaan perlu menjelaskan bagaimana klausa ini tidak menjejaskan kedaulatan Malaysia," katanya, yang turut berkongsi petikan beberapa klausa daripada perjanjian itu.

Ia termasuk klausa yang mewajibkan Malaysia berunding dengan AS sebelum memasuki sebarang perjanjian perdagangan digital baharu dengan negara lain yang disifatkan "menjejaskan kepentingan asas AS".

Manakala satu lagi klausa mengancam Malaysia akan dikenakan semula tarif 25% yang diumumkan pada bulan April lalu sekiranya memeterai sebarang perjanjian perdagangan dua hala dengan "negara yang menjejaskan kepentingan AS".

Syarat itu dilihat dihalakan terhadap China, lawan utama Washington dalam mencapai hegemoni perdagangan, di samping beberapa negara yang dikenakan sekatan AS seperti Iran dan Rusia – kesemuanya ahli pertubuhan BRICS, blok ekonomi yang dibentuk oleh Brazil, Rusia, India dan China, di mana Malaysia turut memohon menjadi anggota.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan Rumah Putih, Malaysia juga bersetuju tidak mengharamkan atau mengenakan kuota ke atas eksport mineral nadir bumi ke AS, langkah yang dilihat percubaan melemahkan China.

China, pengeluar nadir bumi terbesar di dunia, baru-baru ini menggunakan kekuatan itu dalam memaksa AS kembali ke meja rundingan.

AS bergantung kepada China untuk sebahagian besar bekalan nadir buminya.

Beijing sebelum ini mengenakan kawalan eksport ke atas mineral nadir bumi ke AS, yang menjejaskan industri pertahanan dan teknologi canggih Amerika.

Selanjutnya dalam perjanjian semalam, Malaysia juga dikehendaki bertindak seiring dengan apa-apa langkah AS untuk menghukum negara lain melalui pelaksanaan duti kastam, kuota, larangan, yuran, caj atau sekatan import lain.

- Iklan -
Menurut salah satu klausa, sebaik sahaja dimaklumkan tentang langkah sedemikian, "Malaysia hendaklah menerima pakai atau mengekalkan langkah yang memberikan kesan sekatan yang setara dengan yang dilakukan Amerika Syarikat, atau bersetuju dengan satu garis masa pelaksanaan".

Menurut PN, klausa itu memaksa Malaysia "memihak kepada konflik pihak lain dan menghumban dasar berkecuali yang telah lama menjadi kekuatan kita".

"Jika Washington memutuskan untuk menyekat import dari China atau Rusia, Malaysia mesti melakukan perkara yang sama, walaupun ia memudaratkan ekonomi kita.

"Dengan menyelaraskan dasar Malaysia dengan keputusan AS, perjanjian itu berisiko menghalau pelabur yang menganggap Malaysia sebagai rakan kongsi neutral dan stabil di bahagian dunia ini," tambahnya.

Pengkritik terkemuka Eric See-To berkata klausa tersebut pada asasnya mengikat Malaysia untuk akur dengan kepentingan keselamatan AS.

"Kesan langsungnya, Malaysia hilang kebebasan untuk menentukan dasar perdagangan dan diplomasi sendiri terhadap negara lain. Jika AS mengenakan sekatan terhadap mana-mana negara, Malaysia secara automatik dijangka ikut serta - walaupun negara tersebut mungkin rakan dagang penting Malaysia," katanya.

Beliau memberi amaran, perjanjian itu menjadikan dasar perdagangan dan keselamatan Malaysia terikat kepada agenda geopolitik AS.

Jika Washington kenakan sekatan, Malaysia tidak lagi bebas berkecuali, sebaliknya terpaksa ikut rentak Amerika."

SAH TERBUKTI

ANWAR IBRAHIM

DARI DULU

HINGGA HARI INI

ADALAH BUDAK

SURUHAN AMERIKA

KHALAS

MARWAN BARGHOUTI - MANDELA PALESTIN !!!

 



Marwan Barghouti boleh bantu satukan rakyat Palestin, konflik di Gaza - Anak

RAMALLAH: Anak kepada tokoh politik Palestin yang dipenjarakan tentera Israel, Marwan Barghouti, menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump supaya mengambil peluang daripada gencatan senjata di Gaza untuk membebaskan bapanya dan menghidupkan semula penyelesaian dua negara bagi konflik Timur Tengah.

Marwan Barghouti, 66, yang sering digelar penyokongnya sebagai 'Mandela Palestin' adalah antara pemimpin utama intifada kedua bagi kebangkitan rakyat Palestin pada awal 2000 serta sering disebut sebagai pengganti berpotensi kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Pemimpin pergerakan Fatah itu dihukum penjara seumur hidup dan tambahan 40 tahun penjara pada 2004 selepas mahkamah Israel mendapati beliau bersalah merancang serangan hendap dan serangan berani mati terhadap warga Israel ketika Intifada Palestin Kedua.

Barghouti menafikan semua tuduhan itu.

Namun, hukuman berat itu tidak menjejaskan popularitinya dalam kalangan rakyat Palestin.

"Beliau berkemampuan dan mempunyai rekod kepimpinan yang membuktikan keupayaannya untuk menyatukan rakyat Palestin.

"Individu seperti beliau adalah peluang besar bagi masyarakat antarabangsa untuk membuktikan kesungguhan mereka menyokong penyelesaian dua negara," kata anaknya, Arab Barghouti, dalam temu bual bersama AFP di Ramallah, Tebing Barat yang diduduki Israel, pada Ahad lalu.

Kenyataan Arab Barghouti itu dibuat selepas beberapa negara termasuk Perancis, Britain dan Kanada secara rasmi mengiktiraf negara Palestin bulan lalu.

Beliau adalah ahli keluarga kedua yang membuat rayuan kepada Presiden AS bagi membebaskan Marwan Barghouti. Awal bulan ini, isterinya, Fadwa, turut menggesa Trump supaya campur tangan.

Dalam wawancara bersama majalah Time pada 15 Oktober lalu, Trump berkata, beliau akan membuat keputusan berhubung perkara itu, namun tidak menyatakan tempoh masa.

Walaupun tidak dibenarkan berhubung secara langsung sejak tiga tahun lalu, Arab Barghouti menegaskan bapanya mewakili perpaduan Palestin serta harapan terbaik bagi mencapai penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel.

Sebagai ahli lama parti Fatah pimpinan Abbas, Marwan Barghouti terus dipilih semula ke dalam jawatankuasa pusat parti itu, termasuk dua kali ketika beliau berada di dalam penjara.

Pada 12 Oktober lalu, Trump mengisytiharkan bahawa perang Gaza sudah berakhir selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Palestin mula berkuat kuasa sekaligus menandakan titik perubahan dalam konflik yang meragut puluhan ribu nyawa sehingga menyebabkan kemusnahan besar di wilayah Palestin.

Trump turut merangka 20 perkara pelan damai termasuk pembebasan tebusan Israel, penarikan tentera Israel dari Gaza dan penghantaran bantuan kemanusiaan berskala besar ke wilayah yang terjejas. - AFP

ZONIS ISRAEL

TIDAK AKAN

BEBASKAN 

MARWAN 

AMIN

MARWAN AKAN

MENGANCAM

AJEN ISRAEL

MAHMOUD ABBAS

AMIN

MARWAN DARI

FATAH PEJUANGAN

MAHMOUD DARI

FATAH PEMBELOT

KHALAS

HAMAS PEJUANG PEMBEBASAN !!!


PENGGANAS

ISTILAH ZIONIS

AMIN

PERJUANG

PEMBEBASAN

ISTILAH TEPAT

KHALAS



Unknown commented on 
"HAMAS MUNCUL 
KEMBALI MENGAWAL GAZA"

Kumpulan ini bukan dikategorikan sebagai pengganas? Saja tanya dahulu mana tahu Google cakap Hamas ini geng terroris dan mana-mana yang sokong mereka juga terroris kah kah kah

DARI LUBANG NIKMAT KE LUBANG LAHAD



DARI LUBANG

NIKMAT KE

LUBANG LAHAD

TENGAH TENGAH

LAWAN MADAFAKA

KHALAS

Unknown commented on
 "RASUAH CIUM BATU HITAM"

TT selalu cakap, pekerjaan kuno ialah jual burit dan jual agama, ianya masih laku sehingga kini, semuanya bermula dengan lubang nikmat berakhir di lubang kubur, sementara bermula dari lubang nikmat sehingga sampai lubang kubur pelbagai karenah manusia akan dipentaskan termasuk alim ulama, sifat terpuji cemerlang bagi mendapatkan ganjaran dunia, selain itu semuanya mementingkan diri sendiri dahulu kah kah kah, 

kumpul sebanyak mana harta dunia kumpul lubang nikmat secantik mungkin akhir sekali tidak bawa apa-apa ke lubang kubur, hanya sekeping kain kapan kah kah kah terbaik orang kita yang berlakon sandiwara alim ulama tahap mufti Perlis kah kah kah

LAWAN ZIONIS TEMPATAAN



LAWAN ZIONIS

TEMPATAAN

AMIN

Unknown commented on 
"TOLAK MADAFAKA"

Satu saja hangpa hasad dengki memang keturunan memang sifat asal usul, sejak zaman kesultanan dahulu kala sehingga sekarang semuanya sama, susah tengok orang berjaya, meluap hati busuk kerana orang lain lebih baik, lebih cerdik lebih menonjol padahal diri sendiri pun serba kekurangan amin kah kah kah tak ada apa-apa pelik semuanya dijangka kah kah kah setiakawan orang jahat akan bersama

ARAHAN ZIONIS TEMPATAN


Tindakan polis tangkap dan lepas penyokong Palestin bermotif politik, kata peguam

Tindakan polis menahan dua peserta konvoi motosikal membantah lawatan Presiden Donald Trump ke Kuala Lumpur disifatkan sebagai bermotifkan politik dan tidak mempunyai asas undang-undang, menurut peguam Zaid Malek.

Zaid berkata Syed Mohsein Syed Hassan Al-Attas dan Murtadha Norman ditahan sejak Sabtu malam, dan pada awalnya dimaklumkan akan didakwa hari ini.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam menunggu, mereka akhirnya dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.

"Penahanan ini jelas tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh dan kelihatan bermotif politik semata-mata bagi menjaga imej kerajaan," kata Zaid yang juga sebahagian daripada kumpulan Lawyers for Liberty.

Syed Mohsein dan Murtadha ditahan selepas menyertai konvoi motosikal sehari sebelum Trump mendarat di KLIA dengan diberikan sambutan permaidani merah yang menyaksikan beliau dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sama-sama berjoget.

Mereka antara kira-kira 60 penunggang motosikal yang ditahan berhampiran Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, ketika mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan mengecam Washington kerana menyokong Israel dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Zaid menuntut penjelasan daripada polis mengenai sebab sebenar pertuduhan terhadap dua individu itu ditarik balik serta mengapa keluarga dan peguam tidak dibenarkan bertemu mereka sepanjang tempoh penahanan.

"Polis bukan sahaja menghalang hak rakyat untuk berhimpun, tetapi turut menafikan hak anak guam saya untuk berunding dengan peguam. Itu juga hak yang dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Pihak polis jelas tidak mengikut prosedur. Kenapa penahanan ini tidak dimaklumkan kepada keluarga, kenapa peguam tidak dibenarkan berjumpa dengan anak guam, dan kenapa membazirkan masa semua yang terlibat?” soal beliau.

POLIS IKUT

ARAHAN

AMIN

INI PASTI

ARAHAN DARI

ZIONIS

TEMPATAN 

AMIN

JANGAN GANGGU

KEPALA ZIONIS 

BERNAMA TRUMP

KHALAS

BAHASA DUNIA



Indonesia wajibkan bahasa Inggeris untuk murid sekolah rendah mulai 2027

JAKARTA: Indonesia akan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib bagi murid sekolah rendah mulai 2027, sebagai sebahagian daripada pembaharuan pendidikan yang bertujuan meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris dan memperluas pembabitan global.

Selain itu, bahasa Portugis akan diperkenalkan sebagai mata pelajaran keutamaan dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik dan kebudayaan dengan Brazil.

Dasar baharu yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Rendah dan Menengah itu mewajibkan pelajaran bahasa Inggeris bermula dari Tahun Tiga sekolah rendah di bawah peraturan 2025.

Menterinya, Abdul Mu'ti menyatakan harapan bahawa langkah itu akan menandakan satu pencapaian penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan asas di Indonesia.
'
"Mulai 2027, bahasa Inggeris akan diajar sebagai mata pelajaran wajib," katanya yang dipetik oleh Metro TV News sambil menambah bahawa penyediaan guru berkelayakan untuk menyampaikan pelajaran itu adalah keutamaan utama.

Dalam usaha mengukuhkan hubungan diplomatik dan kebudayaan dengan Brazil, Presiden Prabowo Subianto mengumumkan bahawa bahasa Portugis telah dimasukkan ke dalam kurikulum kebangsaan Indonesia.

Beliau membuat pengumuman itu bersama Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva semasa pertemuan mereka di Istana Merdeka minggu lalu.

"Sebagai tanda penghargaan tinggi kami terhadap Brazil, bahasa Portugis akan menjadi antara bahasa keutamaan dalam kurikulum pendidikan Indonesia," kata Prabowo.

Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi bersama Kementerian Pendidikan Rendah dan Menengah telah ditugaskan membangunkan bahan pengajaran bagi bahasa Portugis, bahasa rasmi Brazil.

INI PROJEK

MEMBINA 

INDONESIA BARU

AMIN

SATU 

BAHASA BARU

AKAN  MEMBUKA

SATU DUNIA BARU

KHALAS