Khamis, 13 November 2025
ANWAR BIN IBRAHIM KENCINGKAN SIAM
KAMBOJA- SIAM
KENA KENCING
AMIN
SIAM KINI WAJIB
JUAL NADIR BUMI
PADA AMERIKA
KAH KAH KAH
KHALAS
HUMBANKAN PENGKHIANAT NEGARA !!!
Bercakap pada sidang media di parlimen hari ini, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, membacakan kenyataan yang turut disokong oleh Rafizi Ramli (Pandan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa).
Mereka berpendapat walaupun Perjanjian Anwar-Trump 2025 ini boleh memberikan beberapa impak positif – terutamanya dalam hal berkaitan perdagangan digital, semikonduktor dan farmaseutikal – ia tetap dibimbang tidak dimeterai mengikut proses yang sewajarnya.
"Kami yakin, berdasarkan respons rasmi dan teks yang kurang jelas, pemeteraian perjanjian itu dilakukan tanpa analisis kos-faedah yang komprehensif dan perundingan awam yang mencukupi.
“Kami juga menyatakan dengan penuh kebimbangan bahawa terdapat kesan negatif langsung dan tidak langsung daripada perjanjian itu kepada Malaysia, termasuk – tetapi tidak terhad kepada – imbangan perdagangan, implikasi fiskal dan aliran keluar pelaburan.
“Kami khuatir ia boleh memberi kesan kepada perjanjian perdagangan bebas sedia ada dan perjanjian komersial sedia ada dengan negara pihak ketiga,” kata Wong.
Menegaskan bahawa Malaysia mempunyai dua pilihan undang-undang untuk “mempertahankan kepentingan kedaulatannya,” Wong berkata kerajaan mesti “bertindak seperti yang diperkatakan” sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti.
Kata Wong, pilihan yang ada kepada Malaysia ketika ini ialah sama ada meminta agar perjanjian tersebut dipinda, atau menamatkan perjanjian berkenaan.
Bentuk pasukan khas
Mengulangi seruan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua perkara berkaitan dengan pemeteraian Perjanjian Anwar-Trump 2025 , Wong berkata suruhanjaya berkenaan mesti menyiasat dakwaan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong baru-baru ini bahawa Malaysia “dipaksa” berbincang dengan AS.
Pada 3 Nov lalu Liew dilaporkan berkata Putrajaya tidak mempunyai pilihan selain menyertai rundingan berhubung Perjanjian Anwar-Trump 2025 kerana didorong oleh langkah sepihak Washington, dengan kedua-dua negara tidak berada pada kedudukan yang setara.
“Jika anda tanya saya, sudah tentu saya tak mahu berunding. Tak ada sesiapa antara kita AS, juga bukan dengan China, dengan Jepun, dengan Korea Selatan.
“Tetapi, apabila AS berkata ‘sama ada anda ikut peraturan saya atau saya akan mengenakan tarif yang tinggi’, setiap negara perlu memutuskan untuk berunding dengan AS,” kata Liew yang dipetik The Edge.
Dia juga didakwa mengesahkan bahawa walaupun Malaysia tidak mempunyai keinginan untuk memasuki rundingan sedemikian dengan AS, ia perlu berbuat demikian untuk melindungi pasaran eksportnya.
Profesional sedemikian, tambah Wong, juga harus menjelaskan dan menasihati semua perkara berkaitan definisi, skop, obligasi dan penguatkuasaan perjanjian tersebut, sambil menjalankan “kajian matriks perundangan” mengenai potensi impak akses pasaran perjanjian tersebut terhadap pengaturan sedia ada yang lain.
Dia juga menggesa kerajaan untuk mewujudkan pasukan penasihat peringkat tinggi mengenai dasar luar untuk menangani impak dan akibat geopolitik daripada perjanjian mengenai dasar perdagangan luar dan antarabangsa Malaysia, dengan penemuan pasukan itu akan dilaporkan kepada parlimen.
Mereka juga mencadangkan pasukan petugas khas dibentuk dengan menampilkan pakar perdagangan antarabangsa, termasuk ahli ekonomi, yang ditugaskan untuk menjalankan analisis kos-faedah yang komprehensif terhadap Perjanjian Anwa-Trump 2025.
Analisis tersebut, kata mereka, harus merangkumi kajian dan unjuran mengenai potensi impak kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia, akses pasaran, imbangan perdagangan, kebimbangan pelarian mata wang, dan aliran pelaburan antara AS dan Malaysia.
Mereka juga mencadangkan agar kementerian pelaburan, perdagangan dan industri menubuhkan bahagian khas bagi menyelaras urusan dengan kementerian lain untuk mengemas kini, menjawab dan melibatkan pelabur dan peneraju industri secara berkala.
Perbincangan sedemikian, katanya mereka, boleh tertumpu pada topik seperti akses pasaran, reaktor nuklear, mineral kritikal, biokeselamatan, peranti perubatan, farmaseutikal, buruh, alam sekitar dan perdagangan digital yang berkaitan dengan perjanjian tersebut, tambah mereka.








