Khamis, 13 November 2025

BERBANGGALAH JADI MELAYU


BERBANGGALAH

JADI MELAYU 

AMIN

ANWAR BIN IBRAHIM KENCINGKAN SIAM


KAMBOJA- SIAM

KENA KENCING

AMIN

SIAM KINI WAJIB

JUAL NADIR BUMI

PADA AMERIKA

KAH KAH KAH

KHALAS

PENEMUAN BAHAN SEJARAH


PENEMUAN

BAHAN SEJARAH

AMIN

AKHIRNYA TERBONGGENG !!!



PUTAR & LEBONG

AKHIRNYA

 TERBONGGENG

KAH KAH KAH

KHALAS

HUMBANKAN PENGKHIANAT NEGARA !!!


3 MP kerajaan desak k'jaan kaji semula 'kelompongan' Perjanjian Anwar - Trump 2025

Tiga ahli parlimen kerajaan hari ini menggariskan beberapa cadangan untuk mengimbangi Perjanjian Perdagangan  Anwar - Trump 2025 yang ditandatagani negara ini dengan AS dan dianggap mereka sebagai “berat sebelah”.

Bercakap pada sidang media di parlimen hari ini, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, membacakan kenyataan yang turut disokong oleh Rafizi Ramli (Pandan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa).

Mereka berpendapat walaupun Perjanjian Anwar-Trump 2025 ini  boleh memberikan beberapa impak positif – terutamanya dalam hal berkaitan perdagangan digital, semikonduktor dan farmaseutikal – ia tetap dibimbang tidak dimeterai mengikut proses yang sewajarnya.

"Kami yakin, berdasarkan respons rasmi dan teks yang kurang jelas, pemeteraian perjanjian itu dilakukan tanpa analisis kos-faedah yang komprehensif dan perundingan awam yang mencukupi.

“Kami juga menyatakan dengan penuh kebimbangan bahawa terdapat kesan negatif langsung dan tidak langsung daripada perjanjian itu kepada Malaysia, termasuk – tetapi tidak terhad kepada – imbangan perdagangan, implikasi fiskal dan aliran keluar pelaburan.

“Kami khuatir ia boleh memberi kesan kepada perjanjian perdagangan bebas sedia ada dan perjanjian komersial sedia ada dengan negara pihak ketiga,” kata Wong.

Menegaskan bahawa Malaysia mempunyai dua pilihan undang-undang untuk “mempertahankan kepentingan kedaulatannya,” Wong berkata kerajaan mesti “bertindak seperti yang diperkatakan” sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti.

Kata Wong, pilihan yang ada kepada Malaysia ketika ini ialah sama ada meminta agar perjanjian tersebut dipinda, atau menamatkan perjanjian berkenaan.

Bentuk pasukan khas

Mengulangi seruan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua perkara berkaitan dengan pemeteraian Perjanjian Anwar-Trump 2025 , Wong berkata suruhanjaya berkenaan mesti menyiasat dakwaan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong baru-baru ini bahawa Malaysia “dipaksa” berbincang dengan AS.

Pada 3 Nov lalu Liew dilaporkan berkata Putrajaya tidak mempunyai pilihan selain menyertai rundingan berhubung Perjanjian Anwar-Trump 2025 kerana didorong oleh langkah sepihak Washington, dengan kedua-dua negara tidak berada pada kedudukan yang setara.

“Jika anda tanya saya, sudah tentu saya tak mahu berunding. Tak ada sesiapa antara kita AS, juga bukan dengan China, dengan Jepun, dengan Korea Selatan.

“Tetapi, apabila AS berkata ‘sama ada anda ikut peraturan saya atau saya akan mengenakan tarif yang tinggi’, setiap negara perlu memutuskan untuk berunding dengan AS,” kata Liew yang dipetik The Edge.

Dia juga didakwa mengesahkan bahawa walaupun Malaysia tidak mempunyai keinginan untuk memasuki rundingan sedemikian dengan AS, ia perlu berbuat demikian untuk melindungi pasaran eksportnya.

Wong hari ini juga menggesa kerajaan melantik peguam dan pakar perdagangan antarabangsa luar yang bereputasi untuk berbincang, termasuk tentang cara memulakan proses meminta butiran Perjaanjian Anwar-Trump 2025 terkait isu kedaulatan yang “lebih membebankan”.

Profesional sedemikian, tambah Wong, juga harus menjelaskan dan menasihati semua perkara berkaitan definisi, skop, obligasi dan penguatkuasaan perjanjian tersebut, sambil menjalankan “kajian matriks perundangan” mengenai potensi impak akses pasaran perjanjian tersebut terhadap pengaturan sedia ada yang lain.

Dia juga menggesa kerajaan untuk mewujudkan pasukan penasihat peringkat tinggi mengenai dasar luar untuk menangani impak dan akibat geopolitik daripada perjanjian mengenai dasar perdagangan luar dan antarabangsa Malaysia, dengan penemuan pasukan itu akan dilaporkan kepada parlimen.

Mereka juga mencadangkan pasukan petugas khas dibentuk dengan menampilkan pakar perdagangan antarabangsa, termasuk ahli ekonomi, yang ditugaskan untuk menjalankan analisis kos-faedah yang komprehensif terhadap Perjanjian Anwa-Trump 2025.

Analisis tersebut, kata mereka, harus merangkumi kajian dan unjuran mengenai potensi impak kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia, akses pasaran, imbangan perdagangan, kebimbangan pelarian mata wang, dan aliran pelaburan antara AS dan Malaysia.

Mereka juga mencadangkan agar kementerian pelaburan, perdagangan dan industri menubuhkan bahagian khas bagi menyelaras urusan dengan kementerian lain untuk mengemas kini, menjawab dan melibatkan pelabur dan peneraju industri secara berkala.

Perbincangan sedemikian, katanya mereka, boleh tertumpu pada topik seperti akses pasaran, reaktor nuklear, mineral kritikal, biokeselamatan, peranti perubatan, farmaseutikal, buruh, alam sekitar dan perdagangan digital yang berkaitan dengan perjanjian tersebut, tambah mereka.

JELAS 

ANWAR 

BIN IBRAHIM

TELAH GADAI

NEGARA

AMIN

AHLI PARTI PRK

DAN DAP JUGA

TAK SETUJU

AMIN

INI KERJA JAHAT

ANWAR & ZAFRUL

AMIN

HUMBANKAN

MEREKA

SELAMATKAN

MALAYSIA

KHALAS

DEMO HUMBANKAN ZIONIS TEMPATAN



𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐀𝐧𝐰𝐚𝐫 𝟐.𝟎
KUALA LUMPUR, 13 NOV 25 – Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil, menyifatkan tindakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berhasrat menganjurkan himpunan “Himpunan Turun Anwar 2.0” sebagai manifestasi politik sempit yang membawa kepada polarisasi masyarakat.
Menurut Faiz, PAS seolah-olah menggunakan isu perjanjian perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (ART) sebagai platform politik, walaupun rundingan tersebut dijalankan oleh pegawai awam yang berkemahiran tinggi.
Faiz turut menegaskan bahawa penganjuran demonstrasi tanpa asas kukuh hanya mencerminkan pendekatan yang mengikis perpaduan rakyat.
“Politik kebencian ini adalah tidak Islamik dan boleh menggugat kestabilan dan perpaduan rakyat Malaysia.”
Beliau turut membangkitkan persoalan samada PAS mempunyai pelan ekonomi yang mantap jika benar-benar mengambil alih pemerintahan
“Adakah Pas mempunyai pelan ekonomi lain apabila pekerjaan dan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang melibatkan ramai orang Melayu dirisikokan?” soalnya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, PAS akan menggerakkan Himpunan Mega “Turun Anwar 2.0” sebagai suara rakyat mempertahankan kedaulatan negara susulan perjanjian ART. Politiko.my

WOIT

JENG JENG JENG

SATU LAGI DEMO

AMIN

INI TERBAIK

UNTUK HUMBANKAN

ZIONIS TEMPATAN

KHALAS


SATU LAGI KES BODOH DAN NAK CEPAT KAYA



Lelaki rugi lebih RM330,000 terpedaya pelaburan tidak wujud


KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun kerugian lebih RM330,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud menerusi satu laman sesawang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata kejadian berlaku pada 16 September lalu ketika mangsa sedang bekerja dan terlihat satu iklan tawaran pelaburan di laman Facebook yang mempromosikan pelaburan itu.

"Mangsa mendaftar satu akaun pelaburan dalam laman sesawang berkenaan, seterusnya membuat pembayaran ke enam akaun bank syarikat secara berperingkat membabitkan 26 transaksi secara dalam talian.

"Mangsa menyedari tertipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan yang dipaparkan dalam akaun pelaburan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata, mangsa kerugian keseluruhan RM333,576 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata siasatan mendapati modus operandi seumpama itu semakin berleluasa dengan 101 kes dilaporkan di daerah Kuching dari 1 Januari hingga 12 November membabitkan jumlah kerugian keseluruhan RM23.31 juta.

MASIH RAMAI

TAMAK NAK CEPAT

KAYA

KAH KAH AH

INI KES BODOH

LAGI TAMAK

AMIN

TIAP HARI AKAN

LAHIR MAT NGOK

BAKAL KENA TIPU

KAH KAH KAH

KHALAS

MANA ANWAR BIN IBRAHIM?



Insiden tembakan di sempadan Kemboja-Thailand, seorang maut, 3 cedera


PHNOM PENH: Ketegangan di sempadan Thailand–Kemboja kembali memuncak selepas kedua-dua negara berjiran saling menuding jari berhubung insiden tembakan terbaru semalam, yang dilapor mengorbankan nyawa penduduk.

Kementerian Pertahanan Kemboja mendakwa seorang penduduk maut dan tiga lagi cedera selepas berlaku tembakan dari arah Thailand berhampiran sempadan wilayah Banteay Meanchey.

"Tindakan ini bercanggah dengan semangat kemanusiaan dan perjanjian damai yang dicapai baru-baru ini," kata Perdana Menteri Hun Manet dalam kenyataan di Facebook.

Insiden itu berlaku hanya dua hari selepas Bangkok menangguhkan pelaksanaan perjanjian damai yang disokong Amerika Syarikat, yang bertujuan menamatkan siri pertempuran antara kedua-dua negara.

Thailand sebelum ini mendakwa empat anggotanya cedera akibat letupan periuk api baharu di kawasan sempadan, dan menegaskan siasatan masih dijalankan.

Sebelum ini, lima hari pertempuran besar menyebabkan 43 orang terbunuh dan lebih 300,000 penduduk terpaksa berpindah sebelum satu gencatan senjata yang disokong Presiden AS, Donald Trump, berkuat kuasa.

Ketegangan terbaru itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan konflik sempadan antara dua jiran ASEAN itu kembali tercetus, meskipun rundingan damai sedang digerakkan oleh pihak antarabangsa.

Thailand dan Kemboja berkongsi sempadan darat sepanjang lebih 800 kilometer, yang sebahagiannya masih belum dimuktamadkan dan sering menjadi punca pertikaian sejak sekian lama.

Sementara itu, Tentera Diraja Thailand mengesahkan berlaku insiden tembak-menembak di sempadan Thailand-Kemboja, selepas mendakwa askar Kemboja melepaskan tembakan ke arah wilayah Thailand berhampiran Kampung Nong Ya Kaew, wilayah Sa Kaeo, petang semalam.

Jurucakap Tentera Diraja Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, berkata insiden itu memaksa pasukan Thailand melepaskan tembakan amaran sebagai tindak balas segera.

Beliau berkata, pusat operasi tentera telah menerima laporan dari pasukan petugas Burapha pada jam 4 petang semalam yang mengesahkan tentera Kemboja telah melepaskan tembakan ke wilayah Thai berhampiran Ban Nong Ya Kaew, daerah Khok Sung, wilayah Sa Kaeo.

"Anggota tentera Thai segera berlindung dan melepaskan tembakan amaran ke arah punca tembakan Kemboja, mematuhi sepenuhnya Peraturan Penglibatan (Rules of Engagement)," katanya.

Kejadian tembakan itu dilaporkan berlarutan kira-kira 10 minit sebelum keadaan kembali pulih seperti biasa. Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan di pihak Thailand. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mendapatkan perincian insiden tersebut.

Mengulas mengenai laporan media berkenaan insiden itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) Thailand, Nikorndej Balankura, mengesahkan menurut maklumat Tentera Diraja Thailand, pasukan Kemboja adalah pihak yang memulakan tembakan rentas sempadan di Ban Nong Ya Kaew.

Beliau menegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh tentera Thai adalah semata-mata untuk pertahanan diri dan selaras dengan undang-undang antarabangsa.

"Thailand mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini oleh pihak Kemboja, terutamanya penggunaan orang awam sebagai perisai manusia," katanya.

Beliau menambah, tindakan yang diambil oleh pihak Thai adalah bertujuan untuk menjaga kedaulatan dan melindungi rakyat Thailand. - AGENSI

WOIT

KAH KAH KAH

MANA DIA

ANWAR 

BIN IBRAHIM

KAH KAH KAH

SUDAH KAH DIA

TALIPON MENGADU 

PADA LEBAI TRUMP

KAH KAH KAH

PUTAR PUTAR

LEBONG LEBONG

KAH KAH KAH

KHALAS

NAMEWEE BEBAS DENGAN JAMIN POLIS

 


NAMEWEE BEBAS

DENGAN JAMIN POLIS

KHALAS

KENALI SIAPA SEBENARNYA ANWAR IBRAHIM


KENALI SIAPA

SEBENARNYA

ANWAR IBRAHIM

AMIN



PEMBERI RASUAH WAJIB JUGA DI DAKWA


PEMBERI RASUAH

WAJIB JUGA

DI DAKWA

KHALAS

Unknown commented on
 "PROJEK HOSPITAL 
UNTUK SAM KETOT ?"

Terlalu ramai, terlalu banyak jabatan, terlalu banyak orang kita, itulah punca rasuah, bukan saya cakap tetapi pakar kriminologi USM, negara terlebih tadbir ayat dia pakai, apa sebabnya? Penjawat awam terpaling tinggi dalam dunia negara kita satu sahaja, 1.6 juta bagi 32 juta penduduk wow, tetapi apa pun tak jalan, pergi hospital sangkut barisan panjang, pergi JPJ kaunter buka satu, pergi polis semuanya berlakon sibuk, sibuk melayan bos bos mereka,

ada program sini ada program sana tetapi kerja utama tidak dibuat juga kah kah kah, apa lagi pergi Kastam adoi masuk sampul baru lulus cop, pergi Imigresen ambil tunggu kalau bernasib baik, jadi kesimpulannya mudah too many cook spoiled the soup, soup sini sebuah negara, 

ini saja pandangan untuk dikongsikan, bawa masuk orang-orang yang tidak layak ke dalam perkhidmatan kerajaan tetap tidak berfungsi woit kah kah kah ubat pahit lebih mujarab dari ubat manis zaman sekarang Madani amin subsidi tetap diteruskan supaya undi

DIRI SENDIRI BEBAS DARI RASUAH


NAK LAWAN

RASUAH PASTIKAN

DIRI SENDIRI

BEBAS

 DARI RASUAH

KHALAS

Unknown commented on 
"SATU LAGI DEMO 
LAWAN AZAM BAKI"

Yang lawan ini semua ada kes rasuah tak? Saja tanya dahulu sebelum turun? Kerana semuanya tidak boleh dipercayai lagi, lagi banyak rasuah lagi banyak topeng agama dipakai orang kita, pakai jubah terpaling tinggi rasuah kah kah kah

MENGENALI KELUARGA KATAK


AYAH KATAK

ANAK BERUDU

RASUAH TETAP

RASUAH

KHALAS




HITLER BUKAN KANG KONG



HITLER BUKAN

KANG KONG

AMIN

BUKU & FALSAFAH

HITLER MASIH

DIGUNAPAKAI

KHALAS

Unknown commented on 
"ORANG GEMOK
 TIDAK DI YAKINI"

hitler tidak pula gemuk. so macam mana?