Selasa, 28 Julai 2026

TAMATKAN PERANG KITA BERPERANG


KITA TAMATKAN

PERANG

MELALUI PERANG

AMIN


Unknown commented on 
"YAMAN BERJAYA MENYERANG SAUDI"

Bakar bakar bakar. Dunia sedang terbakar. Benar benar, Perang Teluk ke-3. Secara rasmi. Tiada trompet, tiada gendang.


Unknown commented on 
"YAMAN BERJAYA MENYERANG SAUDI"

Sesama Arab serang menyerang pun, bukan orang Yahudi atau Amerika kah kah kah sesama buka pintu neraka kata Teram? Neraka ada di benua Arab? Lain-lain manusia hidup aman damai senang makan enjoy saja lah. 

Apapun semuanya khidmat bakti kaum agama sendiri, tak payahlah salahkan orang lain percaturan politik sendiri ajak Amerika masuk campur kah kah kah satu sahaja soalan OIC buat apa? Adakah masih wujud atau sudah dikuburkan? Kah kah kah kah

PENDATANG DAN PENDATANG HARAM



PENDATANG

DAN

PENDATANG HARAM



Perkataan pendatang ini jika ianya berdiri sendiri  tidak dianggap mengancam.  Awal wahid  perkataan pendatang ini  hanya memberi makna sosok  yang  baru sampai dari mukim, kariah dan daerah yang lain.  

Sosok baru ini berhijrah dan  mungkin menetap di wilayah baru ini kerana  mencari makan atau berkahwin. 

Tapi di Negeri Sembilan jangan tersilap dengan  konsep Orang  Semenda. Konsep ini membawa makna sosok lelaki dari daerah atau kampung luar yang datang bernikah dengan gadis wanita tempatan.  

Sosok Orang Semenda tidak pernah di anggap atau  di takrif sebagai pendatang walau dari ceruk mana pun asal usulnya.

Hakikatnya Si Pendatang  berhijrah  ke tempat yang  bukan tanah tumpah darah  asal usul atau tempat nenek moyang mereka.   

Kampung saya ialah Kampung Chenor  di Jelebu. Kampung ini di buka oleh Datuk saya ratusan tahun dahulu.  Bila  ada  pendatang  dari  Kampung Chennah atau Kampung Ulu Jelebu  duduk di kampung kami  -  mereka ini di tafsir sebagai pendatang walau pun dari daerah Jelebu yang sama.

Jika mereka dari Tampin atau Bahau atau Batu Kikir – datang tinggal di daerah Jelebu  mereka juga di anggap dianggap pendatang.

Hari ini kita terbaca berita yang memperlihatkan  wujudiah para pendatang ini sebagai mengancam.

Jika ada pendatang dari Pulau Jawa, dari Acheh, atau  dari   Medan  atau dari Jambi -  mereka  akan  di anggap pendatang. Tapi tidak dianggap mengancam. 

Mereka datang ke tempat daerah baru ini sebagai perantau  mencari rezeki. Lama kelamaan mereka menjadi sebati dan di anggap anak watan walau pun susur galur asal usul dari wilayah yang lain.

Apa yang menyebabkan  pendatang dari Tampin, Jawa , Medan atau Acheh ini tidak di anggap mengancam?

Ini  kerana  mereka  semua dari satu suku bangsa yang di panggil Melayu. Lama kelamaan mereka akan sebati dengan budaya tempatan. Malah asal usul mereka – keMelayuan mereka – memberi jaminan bahawa mereka  akan berasimilasi  dan menjadi  seperti anak watan.

Pendatang dari Pulau Jawa, dari Acheh  atau  dari Minang jelas di kenali Kejawaan, Keminangan atau Keachehan mereka. Mereka semuanya diterima dengan hati terbuka. Ini  kerana mereka  berasal  dari rumpun yang sama. Semua berasal usul dari Bani Melayu.

Mereka pada awalnya di kenali sebagai Pendatang  Orang  Luar  yang lama kelamaan menjadi Pendatang  Orang Kita.

Sebenarnya konsep sempadan, negara , pasport dan ke rakyataan warga negara ini  semuanya  perkara dan konsep baru. Konsep dan istilah ini  wujud pasca kolonial.   Definisi   kewarganegaraan  moden ini  di wujudkan oleh kuasa kolonial.

Penjajah mewujudkan semua konsep ini untuk menjarah  dan mentadbir. 

Bumi Melayu Nusantara ini di pecah perintah  demi  memudahkan pemunggahan  harta kekayaan untuk kuasa kolonial.  

Bumi Melayu Nusantara  - Jawa dan Sumatera terpisah pada tahun 1824 melalui Anglo-Dutch Treaty atau Treaty of London.  Kemudian  4 wilayah Melayu di Utara Semenanjung  - Yala, Patani, Satun dan Narathiwat di pisahkan  dari Semenanjung  Tanah Melayu melalui Anglo-Siamese Treaty 1909.

Hakikatnya Nusantara Melayu Raya – di pecah untuk mudah di perintah oleh kuasa kolonial.

Kuasa hegemon pada era kolonial ialah Inggeris yang bersaing dengan Belanda dan Perancis.  Justeru apa yang di kenali sebagai Indonesia jatuh ke bawah  kuasa Belanda. Manakala Laos. Vietnam dan Kemboja  di bawah takluk Peranchis. 

Siam menjadi negara  pemisah yang tidak menemukan Inggeris dengan Peranchis. Ini sama seperti peranan Belgium di Eropah tidak menemukan  German dengan Peranchis dalam  garis sempadan yang sama.
Untuk memastikan harta kekayaan Tanah Melayuu dapat di maksimumkan  kuasa kolonial Inggeris  telah membawa masuk buruh dan kuli dari  India dan China.


Jelas warga  India dan China ini adalah pendatang. Mereka tidak memiliki apa-apa pertalian dengan Melayu atau Nusantara.

Kuasa kolonial Inggeris yang membawa datang China  dan India  secara licik telah mengubah nama bumi ini dari Tanah Melayu menjadi Malaya. Ini untuk  memastikan bumi ini bukan lagi Tanah Melayu khusus milik Bani Melayu.

Bila projek Malaysia  menetas  dari dalam reban Inggeris maka  Malaya  diubah menjadi Malaysia.  Malaya dan Malaysia ini tidak memiliki apa apa makna hakiki seperti  Tanah Melayu.

Mengubah nama Tanah Melayu – tanah milik Melayu ini -  kepada Malaya atau Malaysia sama seperti mengubah nama Scotland – Tanah milik  Scot – kepada Wungland.  Atau mengubah  nama Finland – Tanah  milik Finn  kepada Dungland.  Nama baru yang tidak memiliki apa-apa makna  persejarahan. 

Maka dari persejarahan mengubah nama Tanah Melayu ini  muncul konsep Malaysian Malaysia yang diajukan bukan oleh anak  watan tetapi oleh Pendatang. 

Konsep Malaysian Malaysia ini  bertujuan jelas untuk mencairkan  semangat ,  darah dan kesedaran Melayu sebagai  pemilik asal Tanah Melayu.

Saya menimbulkan isu pendatang ini kerana di kebelakangan ini hampir setiap hari media kita ada membuat laporan tentang pendatang dan PATI . Ada serbuan dan  tangkapan terhadap pendatang dan PATI. Ada operasi menangkap dan memeriksa status pendatang. 

Dulu kita gunakan konsep Pendatang Haram untuk mereka yang menyeludup masuk ke Malaysia. Kini dilunakkan dengan perkataan PATI. Ini singkatan Pendatang Tanpa Izin. Hakikatnya sama – mereka adalah  pendatang haram  atau dalam bahasa Inggeris  di panggil illegal immigrants.

Akhir-akhir ini kita selalu membaca tentang  pendatang haram Rohingya. Mereka di buru di sana sini.   Kita juga terbaca bagaimana kapal Rohingya yang mahu mendarat di Acheh telah di halau keluar kembali  ke Lautan Hindi.  

Kita juga di beri tahu oleh media bahawa di Semenanjung ini telah ada lebih dari 300 ribu pendatang Rohingya.

Ketika PDRM  dan JIM  Jabatan Imigresen -  menjalan operasi kita terbaca juga ada  warga  Bangla, Myanmar, India dan  warga Indon yang termasuk ke dalam jala yang sama.

Kita di Malaysia ini masih belum reda dengan isu pendatang dari India da China walau pun mereka telah di baca dan di takrif sebagai rakyat Malaysia. 

Warga India dan China   telah datang berpuluh tahun dan berjenerasi  ke Tanah Melayu  masih dilihat oleh Bani Melayu sebagai pembawa  masalah. Isu China , Melayu dan India ini  belum di lihat mengenap dan reda. 

Mei 13 atau 13 Mei itu masih lagi tarikh keramat untuk Bani Melayu.  Kiyai Salleh dan Selempang  Merah di Muar terus menjadi rujukan Bani Melayu. Kini masuk pula pendatang Rohingya, Bangla Myanmar ke dalam badan politik Tanah Melayu.

Sebenarnya isu pendatang ini bukan...saya ulang.. bukan hanya melanda Malaysia. 

Di Amerika Presiden Trump sedang berhadapan dengan pendatang haram dari pelbagai pelusuk dunia. Di United Kingdom isu pendatang ini  sedang hangat di bincang. Malah masalah pendatang haram ini sedang menjadi agenda politik numero uno di Eropah.

Di German pendatang  dan pendatang haram kini menjadi isu perbualan nasional.  Hampir semua negara  Kesatuan Eropah – Peranchis, Itali, Ireland, Belgium dan Belanda sedang berhadapan dengan masalah pendatang dan pendatang haram.

Malah di Afrika Selatan  gerakan menghalau pendatang haram dari Ghana, Nigeria atau Kenya  sedang berjalan.  Rumah dan tempat kediaman pendatang  bakar. Pendatang – walau pun berkulit sama  hitam – masih di lihat sebagai pembawa masalah.

Jika di Berlin  atau di Rom  atau di   Paris  pendatang haram berkulit hitam. Jelas berbeza dari anak watan yang berkulit putih.  Kulit hitam  ini boleh di tafsir membawa  takut. Tetapi di   Pretoria , di Johannesburg  atau di Cape Town – yang di gasak juga berkulit hitam.

Hakikatnya  masalah pendatang dan pendatang haram ini  bukan hanya warga kulit.  Hakikatnya bukan kita di Malaysia  saja berhadapan dengan pendatang dan pendatang haram. Hampir seluruh dunia sedang berhadapan dengan masalah ini.

Apakah ada jalan  selesai? Sebelum kita mencari jalan penyelesaian  kita wajib memahami secara dalam dan tuntas tentang pendatang dan pendatang haram.   Sila tunggu minggu hadapan. Amin (TT)


TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/780537









YAMAN BERJAYA MENYERANG SAUDI


TIGA LOJI 

MINYAK SAUDI

SEDANG TERBAKR

DI SERANG YAMAN

AMIN

LAUT DI TUTUP

DARAT DI BEDIL

KHALAS


Trafik kapal di Laut Merah kurang selepas Houthi serang Arab Saudi


SINGAPURA: Jumlah kapal yang melalui Selat Bab el-Mandeb berkurangan semalam selepas kumpulan Houthi Yaman menyerang kemudahan minyak Arab Saudi di pesisir Laut Merah.

Data perkapalan Kpler yang dikeluarkan hari ini menunjukkan hanya 11 kapal komoditi melalui Selat Bab el-Mandeb semalam, jumlah terendah dalam tempoh beberapa bulan.

Daripada jumlah kapal yang melalui Bab el-Mandeb, tujuh daripadanya ialah kapal tangki minyak, dengan tiga daripadanya memasuki Laut Merah.

Dua kapal itu ialah kapal pengangkut minyak mentah bersaiz sangat besar (VLCC) yang menuju ke pelabuhan Yanbu untuk memuatkan minyak mentah Arab Saudi, manakala sebuah lagi kapal mempunyai kaitan dengan Russia, menurut data berkenaan.

Empat kapal yang meninggalkan Laut Merah semalam termasuk VLCC berbendera Hong Kong, New Explorer, yang membawa dua juta tong minyak mentah Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Ningbo di timur China.

Turut meninggalkan kawasan itu ialah sebuah kapal tangki membawa sejuta tong minyak mentah Russia untuk China serta sebuah lagi kapal tangki yang membawa kira-kira 750,000 tong minyak mentah Arab Saudi ke Pakistan.

Satu lagi VLCC berbendera Hong Kong, New Pearl, yang membawa dua juta tong minyak mentah Arab Saudi kini meninggalkan Laut Merah melalui Selat Bab el-Mandeb menuju ke pelabuhan Zhoushan di timur China.

Ia menjadi kapal tangki besar keempat milik China yang meninggalkan laluan berkenaan sejak Houthi mengisytiharkan sekatan laut.

Gangguan laluan perkapalan di Laut Merah berhampiran pesisir Yaman berlaku sejak minggu lalu selepas Houthi yang disokong Iran berusaha menyekat eksport Arab Saudi.

Tindakan itu meluaskan lagi konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sebelum ini sudah menjejaskan bekalan minyak melalui Selat Hormuz.

Gangguan perkapalan berkenaan menyebabkan harga minyak mentah fizikal di Asia Barat, Eropah dan Afrika meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan minggu lalu.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, berkata kumpulan itu menyerang kemudahan milik syarikat minyak negara Arab Saudi, Aramco, di bandar Jizan dan Yanbu pada Sabtu.

Sementara itu, menurut data Kpler, kurang daripada 10 kapal komoditi melalui Selat Hormuz setiap hari sepanjang hujung minggu walaupun AS dan Iran menghentikan sementara serangan di Asia Barat.

Tujuh kapal melalui selat itu pada Ahad, termasuk tiga kapal tangki produk minyak yang mempunyai kaitan dengan Iran dan meninggalkan kawasan berkenaan.

Pada Sabtu, hanya tiga kapal dilaporkan melalui Selat Hormuz dengan sistem pengesan automatik mereka dimatikan.

Antaranya sebuah VLCC yang menuju ke Qatar untuk memuatkan minyak, sebuah kapal tangki gas petroleum cecair (LPG) ke pelabuhan Ruwais di UAE bagi mengambil muatan, serta sebuah kapal tangki membawa nafta dari Qatar menuju ke Jepun.

Pada Jumaat, tujuh kapal melalui selat itu, kebanyakannya meninggalkan kawasan Teluk, termasuk dua VLCC yang membawa minyak mentah dari Iraq dan UAE serta sebuah kapal tangki membawa minyak bahan api. — REUTERS

SILA TANYA SAIPOL


DALAM HAL INI

SILA TANYA

SAIPOL

KHALAS

Unknown commented on 
"HUTANG NEGARA
 TERUS BERTAMBAH"

yang selalu cium bau jubo nuar je...akan kata pmx terbaik jaga ekonomi.. i love jubo pmx..

kah kah kah

TEGUHKAN NILAI


TEGUHKAN NILAI

BERSUARA

 SEKARANG

AMIN


Unknown commented on
 "BUANG ADALAH PENGKHIANAT"

Masalah utama negara mewarisi pemimpin dari parti lantikan penjajah British, wakil rakyat sebegini meneruskan agenda menjajah negara dan rakyat ala cara penjajah, menyusahkan cukai, menyusahkan orang dengan pelbagai peraturan undang-undang tetapi penguatkuasa diwakili oleh puak-puak opportunist yang mencari makan percuma, 

golongan cerdik bijak diketepikan selalunya, ini cara operasi mereka menetap kuasa, mana-mana individu yang lantang bersuara akan dibuang, dipetisejuk dalam bentuk mudah, dipendekkan jawatan dilencongkan dipindahkan ke sempadan negara, kah kah kah pelik tetapi benar,apa saja dikeluarkan oleh pemimpin politik sebenarnya mencerminkan nilai integriti mereka sendiri, 

manakala pemimpin yang baik tidak berpanjangan, terpaling Mahafiraun kekal lama kah kah kah kah baca sejarah negara boleh faham kah kah kah kah bukan sejarah diputarbelitkan oleh mereka yang kurang akal kurang cerdik tetapi tulisan sejarah oleh orang-orang terpelajar membuat kajian kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

SELASA 28  JULAI  2026

SERANG MENYERANG BERHENTI

HARI KE TIGA


TACO TERAM
TERAM ALWAYS CHICKEN OUT – Mat Teram cakap besar – temberang kosong – akhirnya tak ada apa apa.

Teram ancam : OPEN GATE OF HELL  tak jadi takut kerana apa?

Peluru dah habis
Minyak  kapal terbang pengebom dan pesawat tempur  dah kurang -  hanya tahan 2 minggu – kah kah kah

IRAN KATA ANCUK MAK KAU – ikut perjanjian 14 fasa – Hentikan serangan Zionis di Lebanon – lakukan ini dulu – kah kah kah – baru berunding.

SETANYAHU KE AMERIKA HARI INI
Apakah akan jumpa Teram ?
Setanyahu datang kerana nak tanam saekor Zionis yang mati minggu lalu.  Ini kepala Zionis dalam KONGRESS .

PRN N9 
Jika Madafaka kalah teruk makan PRU 16 akan muncul – tak perlu tunggu PRN Melaka.

Di lapor – gua GERGASI akan tumbang – X-MB   akan kalah – juga Tony Loke akan kalah – wow – dari pungutan suara PH akan dapat 11 kerusi – kah kah kah –

HARI INI ASKAR DAN POLIS MENGUNDI AWAL – ada berita MEREKA dah dapat 300 dari geng Madafaka – yang buka lubang POLIS SENDIRI – kah kah kah jelas nampak POLIS benci Madafaka.

HOKKIEN
Pagi ini cerah kering segar. Matahari dah keluar. Langit biru indah. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Bunga Kemboja berkembang indah.

Berjalan masuk – semua dah berkumpul – semua dapat nasi dan debu tulang bersama carrot  – ramai datang makan – gua gumbira.

Gua bersenam di Wakaf Tiga – hanya Tak Tak yang menunggu – yang lain tunggu di Wakaf Pertama – Tiong datang solo – entah Laki entah Bini. Semua dapat Friskies.

Berjalan pulang ramai mengekor – ha ha di Bukit di gaung sana sini Terkukur berlagu – indah pagi ini.

Hari ini akan panas – harap petang tak hujan – malam sejuk santai.

Petang kemarin gua terlihat TUPAI tepi pokok pisang- sah dan sahih pisang jadi makanan tupai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA SEPERTI BIASA

BRO
Lu berjalan yang indah jadi ingatan – yang hodoh jadi pelajaran.

BRO
Bila lu susah – jangan risau – ini sekolah untuk ajar lu jadi bijak.

BRO
Jika paling susah lu selesaikan – paling besar lu gumbira – Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA