Khamis, 29 Mei 2025

KES YUSOF RAWTHER DI SERANG


YUSUF RAWTHER

DISERANG KERANA

AIR DUIT

KHALAS

UMNO DAN RASUAH DI SABAH



‘Anak jantan’: Umno Sabah puji Rafizi, hentam Adun didakwa rasuah
Pengarah Komunikasi Strategik Umno Sabah  Rosman Datu Ahir Zaman membuat perbandingan ketara antara perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai menteri dengan sikap pemimpin negerinya yang dikaitkan dengan skandal rasuah.  

"Ini baru betul anak jantan," tulisnya dalam catatan Facebook, disertakan gambar Rafizi.  

Namun,  Rosman kesal dengan situasi di Sabah, yang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dikaitkan dengan skandal lesen mineral enggan meletakkan jawatan.  

“Satu Malaysia sudah tahu lapan Adun kerajaan SMJ (Sabah Maju Jaya) terlibat dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. 

“Mereka akan dipanggil semula dalam masa terdekat oleh pihak SPRM. Sehingga hari ini mereka tidak berani untuk meletak jawatan,” tambahnya.


Rosman juga mengingatkan kenyataan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, sebelum ini berkaitan gaji wakil rakyat yang “tidak cukup”.

“Beginilah realiti sebenar "anak jantan" buatan GRS SMJ,” katanya.

Hajiji membuat kenyataan itu ketika mempertahankan Adun Sabah dengan mencadangkan bahawa perbualan dalam video yang dibocorkan mungkin merujuk kepada derma politik.

Pada 22 Mei, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan laporan forensik mengenai video tersebut telah diterima.  

Namun, dia berkata masih tidak boleh mendedahkan sama ada video itu asli atau tidak pada ketika ini kerana ia boleh menjejaskan siasatan.  

Sebaliknya, Azam mengarahkan pegawai penyiasat memanggil semula semua individu berkaitan untuk sesi soal siasat tambahan.  

Video-video itu didakwa dirakam oleh seorang ahli perniagaan yang mendakwa telah memberi rasuah kepada Adun untuk mendapatkan lesen penerokaan perlombongan.  

WOIT

JAWABNYA MUDAH

RATUS RATUS RIBU

TURUN RAMAI

RAMAI

KE JALAN RAYA

KHALAS

SERANGAN SEKSUAL ANWAR IBRAHIM


Komuniti Undang-undang dan Politik Pertikai Permohonan Imuniti Anwar


    KUALA LUMPUR, 29 Mei 25 — Permohonan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim untuk mendapatkan imuniti daripada tindakan saman sivil berkaitan dakwaan serangan seksual oleh bekas pembantu beliau, Yusoff Rawther bercanggah prinsip keadilan.

    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Sri Sanjeevan Ramakrishnan menyuarakan kebimbangan permohonan tersebut turut mencabar prinsip kedaulatan undang-undang.

    “Adakah perdana menteri kini kebal daripada undang-undang yang dikenakan ke atas rakyat biasa?” soal Sanjeevan.

    Malah katanya, ia menimbulkan persoalan besar tentang keistimewaan undang-undang yang mungkin dinikmati oleh pemimpin tertinggi negara di masa akan datang.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada Bersatu, Na’im Brundage berkata permohonan dibuat Anwar itu tidak berasas.

    Sekiranya permohonan ini dibenarkan, ia akan mewujudkan pendahulu undang-undang yang berbahaya yang berpotensi membolehkan mana-mana perdana menteri pada masa hadapan menuntut imuniti daripada tindakan undang-undang, walaupun dalam kes yang melibatkan tuduhan peribadi seperti serangan seksual atau salah laku sivil,” katanya.

    Peguam Haniff Khatri berkata, tiada mana-mana sultan mahupun raja  mempunyai kuasa imuniti mutlak, apatah lagi seorang perdana menteri seperti Anwar.

    Katanya, adalah menjadi beban kepada Anwar untuk menunjukkan peruntukan dalam Perlembagaan membolehkan beliau menuntut hak mendapatkan imuniti.

    “Menjadi beban kepada Anwar di mana  dalam Perlembagaan ataupun dibawah undang-undang bertulis yang memberikan hak untuk menuntut imuniti daripada mana mana tindakan sivil, semasa masih menjadi perdana menteri.

    “Dia kena tunjukkan, dia kena yakinkan kepada mahkamah.

    “Di bawah Perlembagaan, sedangkan raja dan sultan pun boleh di bawa ke mahkamah khas bukan sahaja kes jenayah tapi juga kes sivil, ada peruntukan dia, Perkara 182 fasal 3 di bawa masuk 1992. Raja pun boleh di bawa oleh orang biasa, boleh disaman tertakluk prosedurnya, tanpa imuniti mutlak, masakan mana-mana pihak lain mempunyai imuniti mutlak,” kata Haniff.

    Pengerusi Biro Perundangan  Perlembagaan Bersatu Khaliq Mehtab Mohd Ishaq pula berkata, mahkamah merupakan platform terbaik untuk Anwar membuktikan tuduhan berkenaan tidak benar.

    “Anwar kena buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliaulah pejuang rakyat yang sentiasa mengutamakan ketelusan, pentadbiran yang cekap dan amanah dan dilihat sebagai penyelamat negara dari segala kejahatan, salah guna kuasa dan kejahilan pemimpin yang lepas.

    “Berani kerana benar wahai perdana menteri Malaysia,” katanya.

    Sementara itu, aktivis Mohamad Ezam Mohd Nor menggesa Anwar menarik balik permohonan imuniti tersebut.

    Katanya, sekiranya hujah Anwar adalah  perbicaraan akan mengganggu tugasnya sebagai perdana menteri dan kestabilan negara, maka beliau perlu berhenti sementara daripada tugas tersebut.

    “Maka jalan yang betul adalah berhenti sementara dari jawatan dan tugas perdana menteri dan hadir di mahkamah sebagai seorang Anwar.

    “Cukuplah mengheret masalah peribadi untuk rakyat biasa menanggungnya. Sejak 1998 kami rakyat biasa diheret untuk menanggung masalah peribadi kamu,” katanya. @politiko.my

WOIT

KAH KAH KAH

SERANGAN

SEKSUAL UNTUK

APA ?

KAH KAH KAH

UNTUK  MINUM

AIR DUIT KE?

KAH KAH KAH

KHALAS

NAK KEBAL !!!


NAK KEBAL 

AMAT MUDAH

AMIN 

MINUM MUNTAH

HANTU

 BUKAN MINUKM

AIR DUIT

KHALAS

Unknown commented on 
"ANWAR MAHU KEBAL ?"

SPRM cari duit, cari lubang segala emak bapa kekayaan yang dicuri yang dirompak selama ini, ada disorok atas nama kroni ada disorok dalam bentuk aset, ramai pemimpin terdahulu kini ketara takut, entah bila SPRM mahu ketuk pintu, itulah sebab Azam disambung semula, akan disambung lagi kerana hasil sitaan begitu banyak, rupanya orang kita terpaling kaya, selama ini menunding jari kepada cukong kah kah kah, 

terpaling hebat orang kita woit kah kah kah jangan mudah lupa jangan mudah bodoh dan jangan mudah terpedaya dengan cerita dibawa penglipurlara purba yang mainkan isu agama kaum budaya Palestin sehingga sekarang, semuanya hanyalah mengekalkan kualiti kecurian kah kah kah

TANGKAP PENDATANG HARAM AMAT MUDAH



Pusat hiburan pasang dua lapis pintu besi elak pihak berkuasa


PUCHONG: Sebuah pusat hiburan di Bandar Tasik Puteri, di sini, dikesan memasang dua lapisan pintu besi dan banyak pintu rahsia di bahagian atas premis dalam usaha melarikan diri ketika serbuan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, helah itu tidak berjaya apabila Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Selangor berjaya 'mengepung' premis berkenaan ketika melakukan serbuan kira-kira jam 10 malam tadi.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin, berkata operasi itu membabitkan 13 pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen Selangor yang diketuai Mohamed Firdaus Mohamed Abbu Bakar.

"Kami mendapati terdapat pintu besi dua lapisan dan banyak pintu rahsia di bahagian atas premis berkenaan yang menyukarkan pasukan operasi untuk masuk di tingkat atas.

"Kami mendapatkan bantuan daripada pihak Balai Bomba Bandar Puteri bagi memecahkan pintu dua lapis berkenaan yang dipercayai dikunci dari dalam.

"Sebaik pihak bomba berjaya memecahkan pintu berkenaan, pasukan serbuan berjaya membuat kepungan dan menahan semua individu di dalam premis berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam operasi itu, katanya, seramai 75 individu diperiksa dengan 25 orang daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki warga Vietnam, 11 lelaki warga Laos, empat wanita Thailand serta dua lelaki warga Bangladesh.

"Kesemua warga asing yang ditahan dalam operasi itu berusia antara 17 hingga 50 tahun," katanya.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti dilakukan pendatang tanpa izin (PATI) berkenaan adalah tidak memiliki pas atau permit sah serta melanggar syarat-syarat pas.

"Selain tangkapan, tiga saman saksi turut dikeluarkan dalam operasi terbabit.

"Tiada tangkapan membabitkan majikan dalam operasi ini. Satu laporan berkaitan operasi itu dibuat di Balai Polis Puchong.


"Kesemua PATI yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Menurutnya, serbuan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak Imigresen bagi membanteras kemasukan Pati.

"Operasi seumpama itu juga bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang Imigresen dijalankan secara menyeluruh dan berkesan.

"Jabatan Imigresen turut menegaskan bahawa operasi sebegini akan diteruskan secara berkala di seluruh negeri ini sebagai langkah membendung aktiviti pelanggaran undang-undang oleh warga asing," katanya.

WOIT

NAK TANGKAP

PENDATANG 

HARAM AMAT

MUDAH

AMIN

TUTUP PREMIS

POTONG LETERIK

POTONG AIR

DAN TUNGGU

DI LUAR

AMIN

TAK PERLU

BUAT GEMPAK

AMIN

SATU SATU AKAN

KELUAR

MACAM AYAM

CARI AIR

AMIN

KHALAS

DICULIK UFO



‘Ghaib’ 50 hari, keluarga Pamela Ling masih tunggu petunjuk


KUALA LUMPUR – Keluarga Pamela Ling Yueh masih menunggu perkembangan siasatan kehilangan wanita itu meskipun selepas 50 hari`ghaib’ tanpa berita dan 47 saksi selesai memberi keterangan.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili keluarga itu berkata, pihak berkuasa masih membisu dan tidak memberikan sebarang petunjuk atau memaklumkan status siasatan sama ada terdapat suspek dalam kes itu dikenalpasti.


“Bagaimana seseorang itu boleh hilang di bawah pengawasan undang-undang dan adakah pihak berkuasa mengamalkan penguatkuasaan terpilih dan menutup mata kepada segelintir pihak?” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sangeet, keluarga Pamela kecewa dan marah serta mempersoal tindakan polis yang `mengunci mulut’ berhubung kehilangan wanita itu.

Peguam tersebut berkata, keluarga wanita itu turut mempertikai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa bersikap `acuh tak acuh’ walhal Pamela hilang ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat agensi itu.

Ujar Sangeet, lebih memburukkan keadaan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki akhirnya membuka mulut dan mengaku Pamela tidak pernah ditangkap.

Menurut peguam, kenyataan itu tidak munasabah dalam keadaan Pamela sudah memfailkan dokumen mahkamah dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan SPRM.

Ujarnya, penafian SPRM terhadap fakta yang telah didokumenkan di mahkamah merupakan satu tindakan yang mencerminkan ketidakwajaran tindakan agensi itu.

Pada 22 Mei lalu, Azam menegaskan Pamela bukan suspek dalam siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram yang dijalankan oleh agensi itu.

Ujar Azam, wanita itu hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan bukan untuk tujuan penahanan manakala kejadian kehilangan berlaku di luar premis SPRM dan siasatan telah dilaksanakan oleh polis.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Pamela untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar waran tangkap dan sekatan perjalanan terhadapnya oleh SPRM.

Pamela memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 7 April lalu iaitu dua hari sebelum beliau dilaporkan hilang dengan menamakan SPRM dan Ketua Pengarah Imigresen sebagai responden.

Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM pada 9 April lalu manakala polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari sama.

Sementara itu, adik mangsa, Simon Ling Wan Siong memaklumkan, Pamela telah menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada peguamnya pada pukul 1.57 tengah hari dengan mengatakan dirinya dalam perjalanan ke SPRM di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-hailing.

Keluarga dan peguamnya cuba menghubungi mangsa selepas pukul 2 petang namun panggilan telefon dan pesanan WhatsApp tidak berbalas. – 

WOIT

BRITA MAKIN

PELIK

JENG JENG JENG

SPRM KATA

TAKDA KES APA

JENG JENG JENG

TAPI ADA WARAN

TANGKAP

DAN SEKATAN

PERJALANAN

JENG JENG JENG

DAH BERAPA RAMAI

WARGA HILANG

SELAMA INI?

JENG JENG JENG

APAKAH ADA UFO

YANG MENANGKAP

MEREKA

KHALAS

RAFIZI DAPAT KARMA


RAFIZI DAPAT

KARMA

AMIN 

DULU BUNUH AZMIN SEKARANG 

KENA DIRI SENDIRI 

KAH KAH KAH

KHALAS




TEKANAN KE ATAS SAIFUDDIN




Pengunduran Rafizi, Nik Nazmi tindakan ‘gentleman’

KUANTAN – Pengunduran  Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai anggota Kabinet disifatkan sebagai suatu manifestasi politik matang dan beretika.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tindakan tersebut seharusnya menjadi contoh kepada semua pemimpin, bukan sahaja dalam parti PKR tetapi juga dalam semua parti politik di Malaysia.


“Keputusan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bukan sahaja mengejutkan banyak pihak, malah telah membuka lembaran baru dalam budaya politik tanah air iaitu satu budaya berasaskan akauntabiliti, prinsip, dan integriti.

“Dalam suasana politik yang sering dicemari dengan perebutan kuasa, keengganan melepaskan jawatan, serta budaya “melekat pada kerusi”, tindakan dua tokoh muda ini benar-benar melangkaui kebiasaan,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tindakan kedua-dua mereka disifatkan Sharkar sebagai ‘gentlemen‘ kerana memilih untuk menghormati suara akar umbi dengan mengundurkan diri.

Katany, kedua-duanya mereka menghantar mesej jelas bahawa kepimpinan perlu datang daripada mandat dan bukan sekadar keinginan peribadi.

“Dalam hal ini, Rafizi dan Nik Nazmi telah menunjukkan bahawa kalah tidak bererti lemah, dan berundur tidak bererti menyerah.

“Sebaliknya, ia memperkukuh prinsip dan membuka ruang untuk refleksi serta kembali dengan lebih kukuh jika diizinkan masa dan takdir,” katanya lagi.

Hari ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri kabinet dan telah menghantar surat perletakan jawatan serat permohonan cuti kepada Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

Menurut Rafizi, pengundurannya daripada Kabinet berkuat kuasa 17 Jun ini, manakala Nik Nazmi memaklumkan perletakan jawatannya berkuatkuasa 4 Julai depan.

Pejabat Perdana Menteri turut mengesahkan bahawa Anwar sudah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran mereka sebagai anggota Kabinet.

WOIT

SEMUA INI

BERI TEKANAN

PADA SAIFUDDIN

AMIN

DULU SAIFUDDIN

KALAH PRU &

 KALAH 

DALAM PARTI

AMIN

TAKDA PANGKAT

DALAM PARTI

KETUA CABANG

PUN TIDAK

KAH KAH KAH

KHALAS

NAK KEBAL JANGAN MINUM AIR DUIT


NAK KEKAL

NAK KEBAL

JANGAN MINUM

AIR DUIT

KAH KAH KAH

KHALAS



Unknown commented on
 "ANWAR MAHU KEBAL ?"

Sudah rasa nikmat, sudah rasa selesa, sudah rasa dicium tangan, kiri kanan atas bawah orang ikut, setiap masa dapat tumpuan, mungkin itulah sedapnya kah kah kah apapun Badang tak kekal selamanya, Atok tak kekal selamanya semua akan hanyut, tetapi tahi busuk ditinggalkan kepada kita semua kah kah kah

KES NAK MINUM AIR DUIT YUSOF



KES NAK

MINUM 

AIR DUIT YUSOF

KHALAS

Unknown commented on 
"KEBAL MINUM AIR DUIT ?"

Kalau Yusof tahu mungkin dah bagi air sedikit, sedap apa semua dapat pembantu khas pembantu rasmi cuma kena simpan planta dalam poket setiap masa kah kah kah siapa sanggup? Mungkin ramai tukang cium tangan sanggup saja demi RM atau mungkin USD kah kah kah

PERANG UKRAINE TAMAT ?



Pertemuan Putin-Zelensky mungkin berlaku jika rundingan Moscow-Kyiv berjaya - Kremlin


MOSCOW: Pertemuan secara peribadi antara Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky masih berkemungkinan diadakan, namun ia hanya boleh berlaku selepas terdapat kemajuan dalam rundingan antara Moscow dan Kyiv, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov.

"Tiada perubahan dalam pendirian berhubung kemungkinan asas untuk pertemuan sedemikian," kata Peskov kepada pemberita sebagai menjawab soalan agensi berita TASS, semalam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pertemuan itu seharusnya menjadi hasil daripada persetujuan konkrit antara kedua-dua delegasi, dan bukan diadakan secara berasingan.

Sementara itu, Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov berkata, Moscow sudah mengulangi tuntutannya dalam rundingan terkini di Istanbul supaya undang-undang diskriminasi Ukraine dimansuhkan.

"Ketika rundingan disambung semula di Istanbul pada 16 Mei lalu, kami menuntut semua undang-undang diskriminasi itu dimansuhkan, dan kami akan terus menegaskannya dalam pusingan rundingan langsung yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.

Beliau menyampaikan kenyataan itu semasa menghadiri mesyuarat antarabangsa pegawai kanan berkaitan isu keselamatan. – BERNAMA-TASS

JALAN DAMAI

MASIH JAUH

AMIN

SELAGI AMERIKA

BERI SENJATA

PERANG AKAN

BERTERUSAN

KHALAS

ZAHID BERANI DAN TEGAS



Keputusan Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan perlu dihormati - Zahid
Keputusan Menteri Ekonomi  Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan daripada Kabinet adalah satu tindakan berprinsip dan perlu dihormati.

Timbalan Perdana Menteri  Ahmad Zahid Hamidi berkata Rafizi dan Nik Nazmi telah memberi sumbangan yang berkesan serta mendukung semua keputusan kerajaan.

“Mereka berprinsip. Itulah janji mereka (untuk letak jawatan sekiranya tewas dalam pemilihan PKR) dan kita menghormati pendirian itu.

“Biarpun kita tidak campur dalam urusan dalaman parti namun bagi pihak rakan-rakan dalam Kabinet, saya merasakan bahawa selama ini mereka telah menyumbang dengan cukup berkesan dan mereka secara kolektif mendukung semua keputusan yang telah ditetapkan oleh Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan rakaman Konsert Desaku Mendunia dan Majlis Prapelancaran Mega Karnival 3 Dimensi di Angkasapuri malam ini.

Ahmad Zahid juga berkata Perdana Menteri  Anwar Ibrahim mempunyai kuasa mutlak untuk melantik pengganti daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Pemimpin datang dan pergi, begitu juga menteri. Perdana Menteri akan memilih orang yang terbaik daripada parti berkenaan untuk berada dalam Jemaah Menteri,” katanya.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan selepas mereka tewas pada PKR 2025 minggu lepas.

Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi kalah pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataan malam ini memaklumkan Anwar telah menerima permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Rafizi dan Nik Nazmi.

Menurut PMO, Perdana Menteri bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-duanya dan sebarang keputusan lanjut akan dimaklumkan kemudian.- Bernama

WOIT

ZAHID LEBIH

CEKAP JUJUR

DAN BERANI

AMIN

TAK PUTAR

TAK KELENTONG

TAK KETIMBANG

KHALAS