Selasa, 25 Ogos 2026

MAKIN MODEN MAKIN BANYAK KANG KONG


MAKIN MODEN

MAKIN RAMAI

KANG KONG

BIJAK

AMIN



Unknown commented on
 "KANKONG BELI KERTAS"

Sekarang ini daftar secara online, belajar atau tidak tidak penting, copy paste ada, chat gpt ada, semuanya dalam www boleh saja cari bahan copy paste tukar sini tukar sana, upah pensyarah, tukar tayar kereta, tukar rim kereta pensyarah beres A++++ kah kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SELASA 25 OGOS 2026

HARI JADI NABI MUHAMAD


MAT TERAM  BUAT LAWAK
Teram umum mana-mana negara yang niaga dengan Iran akan juga kena sekatan ekonomi. Ini projek Teram nak cekik mati Iran.

KAH KAH KAH
Sapa niaga dengan Iran ?
China – India – Rusia -Pakistan – ini kawan Iran.

Jepun dan Korea Selatan beli minyak dari Iran – APA AKAN JADI ?

Mat Teram tak ada jalan lain – NAK PERANG PELURU DAH HABIS – nak serang  kapal terbang semua dah berundur – pangkalan dah lingkup.

KAPAL PERANG BESAR USS ABRAHAM LINCOLN dah berundur kerana anak kapal MOGOK  tak mahu berperang untuk Israel. Amin

MAT BURUT dan MELAKA
Heboh  apakah BN akan bersama PH ?
Jeng  Jeng Jeng
Kah Kah Kah

Kalau BN bersama PH kenapa Zahid nak hantar wakil UMNO ke MUKTAMAR PAS DI KOTA BARU?

Ketua Pemuda UMNO akan ke Kota Baru. Dia dah umum dia akan bersama berbincang hal MANIFESTO PRU16 dengan PAS dalam Muktamar.


MAT BURUT PULANG KE  PERMATANG PAUH
Intel Tukar Tiub dah beri tahu bahawa kerja MEMBINA RUMAH MAT BURUT  sedang berjalan  24 jam  di Permatang Pauh.

Ini persediaan untuk Mat Burut pulang dan di lihat jadi warga Permatang  Pauh – kah kah kah

DI TAMBUN akan bungkus.
DI PD akan bungkus
Maka cuba sekali lagi Permatang Pauh
Biar kena pulun di kampung sendiri- Amin.

HOKKIEN
Pagi ini BERJEREBU – Matahari dah kelihatan cahaya di halang oleh awan dan jerebu. KL & KL Sentral berjerebu.

Di Pintu Masuk Siti muncul – terus bergurau dengan TAK TAK.

Gagak melaung di atas bukit – Terkukur bersuara dalam sawah rumput – Warga Hokkien tunggu gua – Semua dapat makan nasi – ramai datang pagi ini. IBU TETEK MELAYUT datang sama.

Berjalan pulang - di Wakaf Pertama – ada yang menunggu – gua tabur Friskies  -Tiong Laki Bini dan kawan datang berlabuh – Saekor Tekukur berlabuh sama. Siti muncul juga  - dapat hati rebus..

Berjalan pulang semua  mengekor lagi – mereka tahu gua ada friskies lagi. Kali ini makin ramai mencari friskies di atas jalan. Gua gumbira ramai makan

Dekat Pintu Masuk Siti muncul – dia maki bijak – mahu di layan istimewa -  nak makan bersendirian – lalu gua beri hati dan keropok – yang lain tertiba muncul sama bila lihat Siti makan.

KETIKA GUA MENULIS INI – HUJAN RENYAI  TURUN  – INI PASTI HUJAN BUATAN NAK BUNUH JEREBU. Amin.

Gua harap HUJAN ini akan berjaya !!!

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
HARI LAHIR NABI MUHAMAD

BRO
Lu cari pelangi pasti lu akan jumpa hujan.

BRO
Bila jerebu cilaka datang melanggar – kita  berharap hujan sampai.

BRO
Hendak tahu nikmat hujan bila lu dalam jerebu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI IN
SELAMAT BERCUTI

UCAPAN SALAM MAULIDUR RASUL


TIM TUKAR TIUB

UCAP SELAMAT

MENYAMBUT

ULANG TAHUN

HARI KELAHIRAN 

NABI MUHAMAD

AMIN