Selasa, 17 Disember 2024

MAHA KAYA MAHA RASUAH


Pelantikan Thaksin untuk kepentingan Anwar atau kepentingan Asean?


Dalam satu langkah yang boleh dianggap sebagai luar biasa dan mungkin tidak pernah berlaku dalam sejarah diplomasi Asean, Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, sebagai penasihat peribadi bagi Kepengerusian Asean 2025. 

Tindakan ini menimbulkan banyak persoalan, bukan sahaja dari segi rasional politik, tetapi juga dari segi logik dan moral.

Pertama sekali, sejak bila seorang pemimpin negara memerlukan bekas pemimpin negara lain sebagai penasihat peribadi? 

Biasanya, pemimpin negara akan melantik pakar diplomatik, bekas menteri luar, atau tokoh akademik dalam bidang hubungan antarabangsa sebagai penasihat. Tetapi kali ini, Anwar memilih seorang bekas perdana menteri yang telah dijatuhi hukuman penjara di negaranya sendiri atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Apa hebatnya Thaksin?

Thaksin Shinawatra bukan sekadar bekas pemimpin Thailand. Dia adalah tokoh kontroversi yang terpalit dengan pelbagai skandal. Beliau telah didapati bersalah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan dijatuhi hukuman penjara. 

Walaupun baru-baru ini diberikan pengampunan diraja di Thailand, rekod masa lalunya tetap tidak boleh dipadam. Adakah ini jenis penasihat yang diperlukan oleh Malaysia dan Asean? 

Jika penasihat itu perlu "berpengalaman", maka kita mungkin keliru mengenai jenis pengalaman yang dimaksudkan.

Apakah kekuatan yang dimiliki Thaksin yang tiada pada pemikir, akademik, atau pakar Asean lain? 

Adakah Anwar percaya Thaksin memiliki kebijaksanaan politik dan diplomasi yang melampaui semua pemimpin lain? 

Atau mungkin ini hanyalah satu lagi contoh "mujamalah", satu istilah dari bahasa Arab yang bermaksud "membodek" atau "mengampu orang di hadapan kita". 

Anwar memang terkenal dengan sifat ini. Lihat sahaja bagaimana dia memanggil Narendra Modi sebagai "brother" dan mengiktiraf "hak Israel untuk wujud" dalam temubual dengan CNN. Adakah pelantikan Thaksin juga sebahagian daripada "mujamalah" ini?

Persamaan Anwar dan Thaksin

Mungkin, dari satu sudut, ada persamaan antara Anwar dan Thaksin. Kedua-duanya pernah menjadi pemimpin utama di negara masing-masing, kedua-duanya pernah menghadapi hukuman mahkamah, dan kedua-duanya pernah dikaitkan dengan "naratif penganiayaan politik". 

Thaksin mendakwa dia dianiaya oleh musuh politiknya di Thailand, manakala Anwar juga selama bertahun-tahun mendakwa bahawa dia dianiaya dengan konspirasi politik yang kononnya direkayasa oleh lawannya.

Jadi, mungkin pelantikan ini adalah cerminan solidariti sesama "mangsa politik". Mungkin Anwar melihat refleksi dirinya dalam Thaksin – seorang tokoh yang kononnya "dizalimi" tetapi akhirnya berjaya kembali ke arena politik. Tetapi adakah itu justifikasi yang munasabah untuk melantiknya sebagai penasihat Asean?

Faedah untuk Asean

Pelantikan Thaksin sebagai penasihat Asean ini mengundang satu soalan penting: Siapa sebenarnya yang akan mendapat faedah daripada keputusan ini? 

Adakah ia memberi kelebihan kepada Malaysia, Asean, atau sekadar Anwar secara peribadi? 

Jika faedahnya adalah untuk Anwar sendiri, maka wajar rakyat bertanya, adakah Asean kini menjadi medan percubaan Anwar untuk menonjolkan dirinya di peringkat antarabangsa?

Sehingga kini, tiada justifikasi jelas daripada Anwar atau pihak kerajaan mengenai apa peranan spesifik Thaksin sebagai penasihat peribadi. Apakah yang Thaksin boleh lakukan yang tidak boleh dilakukan oleh para diplomat Malaysia? 

Jika tujuannya adalah memperkuatkan Kepengerusian Asean 2025, kenapa tidak lantik pakar dari dalam negara atau dari kalangan penggerak Asean sendiri? Bukankah itu lebih logik dan munasabah?

Gimik politik

Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa ini adalah gimik politik untuk mempromosikan imej "pembawa perubahan" yang ingin ditonjolkan oleh Anwar. Mungkin beliau mahu dikenali sebagai "pemimpin global" yang mengumpulkan tokoh-tokoh hebat di sekelilingnya, walaupun tokoh-tokoh itu sendiri terpalit dengan skandal di negara masing-masing.

Jika dilihat dari sudut ini, pelantikan Thaksin tidak lebih daripada percubaan Anwar untuk mendapatkan pengaruh politik di peringkat serantau. Mungkin ini adalah usaha Anwar untuk membina "kumpulan penasihat antarabangsa" yang boleh menaikkan statusnya sebagai pemimpin global seperti mana yang cuba digambarkannya dalam wawancara bersama CNN.

Anwar hakikatnya sekali lagi mencipta sejarah, tetapi kali ini dengan cara yang pelik dan sukar difahami. Menjadikan seorang bekas pemimpin kontroversi dari Thailand sebagai penasihat peribadi Asean adalah langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sebagai rakyat, kita berhak bertanya:
1. Apakah kriteria pelantikan ini?
2. Apa justifikasi Anwar?
3. Adakah faedahnya untuk Asean, Malaysia, atau hanya untuk Anwar sendiri?

Rakyat juga akan bertanya – adakah ini cerminan agenda kepentingan rakyat atau agenda peribadi Anwar? Jika jawapannya sukar dijawab, maka kita mungkin perlu bersedia untuk lebih banyak keputusan pelik seperti ini pada masa hadapan. 

Ahmad Fadhli Shaari 
Ketua Penerangan PAS.


MAHA KAYA

DAN

MAHA RASUAH

KETIMBANG

BERSAMA

KAH KAH KAH 

AMIN

Tiada ulasan: