Isnin, 9 Disember 2024
TITAH TAMBAHAN - ENGGAN PULAAAK
Titah adendum: Nizar terima dokumen daripada Istana Pahang
PUTRAJAYA - Anak sulung Najib, Mohamad Nizar didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum.
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Rayuan, Muhammad Shafee Abdullah berkata, dokumen tersebut diterima Nizar pada 2 Disember atas arahan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai butiran dokumen berkenaan selain menjelaskan kandungannya menyatakan Najib perlu menjalani baki hukuman penjara di rumah.
PASAI APA
ENGGAN ULAS
KAH KAH KAH
KENAPA NAK
DRAMA LAGI
KAH KAH KAH
KHALAS
TERUSKAN PERANG
Gencatan senjata Hizbullah-Israel sukar bertahan
BEIRUT: Gencatan senjata antara Hizbullah dengan Israel, yang dipelopori oleh Amerika Syarikat (AS) dan Perancis, memberikan kelegaan sementara kepada konflik yang berlarutan selama lebih setahun, namun kurang diyakini akan berjaya.
Ini kerana ketegangan terbaru akibat pelanggaran perjanjian oleh kedua-dua pihak menimbulkan persoalan sama ada gencatan senjata itu dapat bertahan dalam keadaan yang semakin tidak menentu.
Berdasarkan perjanjian itu, Hizbullah bersetuju untuk berundur ke utara Sungai Litani, manakala Israel perlu menarik balik tenteranya ke selatan Garisan Biru.
Kawasan selatan Lubnan akan diawasi oleh Tentera Lubnan (LAF) bersama Pasukan Pendamai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).
Langkah itu bertujuan memastikan tiada serangan daripada Hizbullah atau kumpulan bersenjata lain terhadap Israel, dan pada masa yang sama, Israel dilarang melancarkan operasi ketenteraan dalam wilayah Lubnan.
Namun, sejak perjanjian itu berkuat kuasa, kedua-dua pihak telah saling menuduh melanggar syarat-syarat gencatan senjata.
Kejadian terbaru pada 2 Disember menyaksikan Hizbullah melancarkan dua tembakan ke wilayah Shebaa Farms, sebuah kawasan yang dipertikaikan, mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap 'pelanggaran berulang' syarat gencatan senjata oleh Israel.
Tentera Israel pula melancarkan serangan udara ke seluruh Lubnan, mendakwa menyasarkan pelancar roket Hizbullah dan membunuh sekurang-kurangnya 10 orang. Serangan itu mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan perjanjian.
Perbuatan itu secara teknikal melanggar Perkara 2 perjanjian, yang melarang serangan ketenteraan dalam wilayah Lubnan," katanya.
Dalam ucapan pertamanya selepas gencatan senjata, Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem, menegaskan komitmen kumpulannya terhadap perjanjian itu.
"Koordinasi antara tentera Lubnan dengan pasukan kami akan berada pada tahap tertinggi," katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak menjangkakan sebarang konflik dengan tentera Lubnan.
Namun, serangan balas Hizbullah menunjukkan bahawa kumpulan itu bersedia untuk bertindak terhadap tindakan yang dianggap provokasi dan sejarah membuktikan bahawa Hizbullah tidak mudah berdiam diri terhadap serangan.
Israel pula, walaupun pemimpinnya, terutama Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menyatakan komitmen untuk mematuhi terma gencatan senjata, kenyataan seperti 'kami akan bertindak balas terhadap sebarang pelanggaran, sama ada kecil atau besar' mencerminkan pendekatan agresif.
Ketua Staf Tentera Israel, Herzi Halevi, turut menegaskan bahawa Israel telah bersedia dengan rancangan ketenteraan untuk menghadapi sebarang ancaman daripada Hizbullah. - AGENSI
ISRAEL SETUJU
GENCATAN SENJATA
KERANA RAMAI
ASKAR MATI
AMIN
TERUS PERANG
HINGGA ISRAEL
HANCUR
AMIN
ZIONIS YG BAIK
ADALAH ZIONIS
YANG DAH MATI
KHALAS
SAPA KEPALA RASUAH ?
2,337 belia ditahan terlibat rasuah
IKEMAS KINI] Seramai 2,337 individu terdiri daripada golongan belia ditahan terlibat dalam pelbagai kesalahan rasuah dalam tempoh lima tahun lalu.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, keseluruhan angka ini melibatkan individu berumur antara 16 hingga 40 tahun.
Beliau berkata, statistik direkodkan itu merupakan jumlah yang dicatatkan bermula 2020 sehingga tahun ini.
"Sebanyak 1,073 pertuduhan dan 575 orang yang telah disabitkan atas kesalahan rasuah tersebut.
"Antaranya melibatkan kesalahan menerima dan memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, menggunakan jawatan atau kedudukan, penggubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain," katanya.
Beliau berkata demikia ketika perasmian penutup Hari AntiRasuah Antarabangsa di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Kelana Jaya pada Isnin.
Menurutnya, data yang dicatatkan itu memberikan gambaran aktiviti rasuah dalam kalangan golongan belia ini adalah serius.
"Perbuatan rasuah ini secara langsung perlu dibendung supaya tidak dinormalisasikan dalam kehidupan.
Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM sentiasa memainkan peranan penting dalam mencegah rasuah dan mendidik masyarakat terutamanya belia agar meningkatkan integriti serta membenci rasuah.
"SPRM telah menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan secara bersemuka antaranya program-program berbentuk forum, konvesyen, diskusi meja bulat, seminar, bengkel, pameran, ceramah, program turun padang dan lawatan.
"Kesemua program ini dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 257 program melibatkan 38,807 peserta dicatatkan dalam program pendidikan masyarakat bersama belia sejak 2022 sehingga November tahun ini.
"Bagi Program Pendidikan Masyarakat Ibu Pejabat dan SPRM Negeri bersama NGO/Pertubuhan sepanjang tempoh berkenaan mencatatkan 152 program dan 15,083 peserta.
"Masa depan negara bergantung kepada sejauh mana kita berjaya membanteras rasuah, jika dibiarkan berterusan, rasuah akan menghakis keyakinan rakyat, ketidakadilan sosial akan berlaku dan rasuah mengehadkan peluang ekonomi kepada rakyat," ujarnya.
WOIT
KAH KAH KAH
AZAAM BAKI
UMUR BERAPA?
KAH KAH KAH
ZAHID UMUR
BERAPA?
KAH KAH KAH
ISA SAMAD
UMUR BERAPA
KAH KAH KAH
YANG MUDA
RASUAH APA?
BERI DUIT PADA
POLIS BILA
KAPCAI DI TAHAN
KAH KAH KAH
KHALAS
SAPA TOK GURU GENG INI ?
Mapim saran kerajaan Syria, HTS mulakan dialog politik
SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan agar kerajaan Syria dan puak pemberontak diketuai Hayat Tahrir al-Sham (HTS) memulakan 'dialog politik' boleh disertai kumpulan pembangkang lain yang sah bagi melakar masa depan negara itu.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, saranan itu adalah bagi memastikan proses demokrasi Syria berjalan dengan betul seterusnya mengelak daripada berlaku huru-hara dan keganasan.
Menurutnya, sangat penting untuk Syria bergerak ke arah kerajaan yang stabil dan menghormati pilihan rakyat.
"Ia bagi mengelakkan pertumpahan darah di Syria. Beribu-ribu orang awam yang terkorban dalam 13 tahun perang saudara tidak boleh dibiarkan berlaku.
"Negara-negara yang terlibat dalam penyelesaian krisis di Syria termasuk Qatar, Arab Saudi, Jordan, Mesir dan Iraq serta rakan sejawatan mereka dari Iran, Rusia, dan Turki mesti memastikan peralihan kuasa yang lancar serta teratur.
"Kami mengulangi pendirian bahawa Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2254 mesti dikuatkuasakan untuk menamatkan peningkatan ketenteraan yang membawa kepada penumpahan darah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sebelum ini, Pemberontak diketuai HTS kini menguasai ibu kota Syria dalam tempoh 11 hari setelah melancarkan serangan mengejut pada 27 November lalu.
Kejatuhan Assad turut diraikan penduduk yang berhimpun dan berarak di ibu kota.
Sejak 2018, ia merupakan kali pertama puak penentang Assad mara ke Damsyik setelah tentera kerajaan merampas semula kawasan pinggir ibu kota tersebut yang dikepung selama bertahun-tahun susulan perang saudara yang berlarutan di negara itu.
Tambah Mohd Azmi, implikasi serius terhadap keamanan serantau juga mesti dititikberatkan.
"Kami gesa agar sekatan daripada semua pihak yang berkaitan untuk membenarkan pelaksanaan proses politik diteruskan dan memberi perhatian khusus terhadap perlindungan orang awam.
"Kami juga mempunyai kebimbangan yang besar untuk membenarkan pelarian pulang terutamanya rakyat Syria di Turkiye.
"Krisis Syria harus diselesaikan secara baik melalui proses politik untuk keselamatan negara serantau dan antarabangsa,"ujarnya.
WOIT
KITA LIHAT
APAKAH GENG
INI AKAN LAWAN
ISRAEL?
JENG JENG JENG
INI TANDA
PALING SENANG
UNTUK FAHAMI
SAPA TOK GURU
GENG INI
KAH KAH KAH
KHALAS
SOHAI NI APA ?
SOHAI NI APA
SO HIGH KE ?
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"MINAH TEMBAM JADI MARAH !!!"
Dia cakap lu tino sohai lulus agama saja apa tau pasai sains dengan matematik...kakakaka..baik dia jaga sekolah tapizzzz aja..
BARISAN BERSATU BARU ?
APA NI ?
SEMUA HADIR
SEMUA TERSENYUM
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH
BARISAN BERSATU
UNITED FRONT
BARU KE?
KHALAS
MINAH TEMBAM JADI MARAH !!!
JAIPk ambil tindakan pegawai kritik Menteri Pendidikan
IPOH – Kenyataan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan perkataan tidak sopan berkenaan isu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mewakili jabatan.
JAIPk memaklumkan, pihaknya kesal dengan tindakan individu tersebut selain memaklumkan semua perkataan dan kenyataan yang dikeluarkan adalah atas pandangan peribadi pegawai tersebut.
“Pihak jabatan akan mengambil tindakan yang tegas selaras dengan Peraturan 19(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Ia supaya menjadi pengajaran kepada penjawat awam yang lain dan (untuk) lebih beretika dalam mengendalikan laman sosial.
“Pihak jabatan memohon maaf kepada semua pihak berhubung isu ini dan akan mengambil langkah tegas untuk memastikan perkara sama tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan pada laman Facebook rasmi.
Sebelum itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mendakwa seorang pengguna media sosial Facebook yang juga penjawat awam negeri itu menggunakan perkataan tidak sopan dengan mengkritik Fadhlina, Rabu lalu.
Melalui tangkap layar pada hantaran yang dimuat naik Hasnul Zulkarnain, pengguna media sosial itu didakwa membuat kritikan susulan isu peperiksaan SPM yang tidak ditangguhkan pada negeri-negeri yang berhadapan bencana banjir.
Dalam hantaran berasingan, Hasnul berkongsi video permohonan maaf yang dibuat pegawai berkenaan atas kekhilafan individu itu pada hantaran di media sosial miliknya tempoh hari.
Kementerian Pendidikan (KPM) mengaktifkan Op Payung bagi tujuan menyelamat dan memastikan calon dapat hadir walaupun terjejas akibat banjir.
Calon SPM di seluruh negara akan menghadapi Ujian Amali Sains bermula Isnin sehingga 12 Disember ini sebelum ujian bertulis pada Januari depan. –
WOIT
APA MAMAT NI
CAKAP
KAH KAH KAH
HINGGA MINAH
TEMBAM NI MARAH
KAH KAH KAH
KHALAS
SATU LAGI NEGARA TALIBAN ?
Rejim Assad kini hilang kawalan sepenuhnya ke atas Damsyik
ISTANBUL: Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu, lapor Anadolu Agency (AA) memetik kenyataan Kementerian Luar Russia hari ini.
Dalam kenyataan itu, kementerian itu menyatakan kebimbangan terhadap situasi di Syria dan memaklumkan keputusan Presiden Assad dibuat susulan rundingan antara rejimnya dan pihak-pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata. Assad juga dilaporkan telah mengarahkan pelan peralihan kuasa secara aman.
Kementerian itu menyeru semua pihak agar menghentikan keganasan dan menyelesaikan konflik melalui jalan politik.
Russia turut menegaskan pihaknya sedang berunding dengan semua kumpulan pembangkang di Syria, menyeru agar pandangan semua kumpulan etnik dan agama dihormati, serta menyokong usaha mewujudkan proses politik yang inklusif di bawah Resolusi 2254 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut kementerian, pangkalan tentera Russia di Syria kini berada dalam "tahap berjaga-jaga yang tinggi," namun tiada ancaman serius terhadap keselamatannya. Segala langkah yang perlu sedang diambil untuk memastikan keselamatan rakyat Russia di negara itu.
Selepas tempoh tenang yang relatif, pertempuran tercetus pada 27 November antara pasukan rejim Assad dan kumpulan bersenjata anti-rejim di kawasan luar bandar barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria.
Pada 30 November, kumpulan anti-rejim menguasai sebahagian besar pusat bandar Aleppo daripada pasukan rejim, dan pada hari yang sama, mereka berjaya menguasai keseluruhan Wilayah Idlib. Khamis lepas, kumpulan itu merampas pusat bandar Hama selepas pertempuran sengit.
Kumpulan anti-rejim juga berjaya menguasai beberapa kawasan penempatan Di Wilayah Homs, kawasan strategik yang menjadi laluan ke ibu negara Damsyik, dan mula mara ke arah ibu kota.
Jumaat lepas, kumpulan pembangkang bersenjata melancarkan operasi di Wilayah Daraa, berhampiran sempadan Syria-Jordan, dan berjaya merampas kembali pusat bandar daripada pasukan rejim selepas pertempuran.
Sabtu lepas, seluruh Wilayah Suwayda di selatan Syria turut jatuh ke tangan kumpulan pembangkang. Pada hari yang sama, kumpulan pembangkang tempatan di Quneitra turut menguasai pusat wilayah berkenaan.
Di Wilayah Homs, pasukan anti-rejim pada Sabtu berjaya menguasai pusat wilayah itu, manakala kumpulan yang mara ke arah pasukan rejim Assad memasuki kawasan pinggir bandar selatan Damsyik.
Pasukan rejim juga dilaporkan berundur daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, serta lapangan terbang antarabangsa di Damsyik.
Dengan kumpulan bersenjata anti-rejim mula menguasai ibu kota, rejim Assad kehilangan kawalan sepenuhnya ke atas Damsyik pada pagi Ahad. - BERNAMA-AA
APAKAH AKAN
MUNCUL SATU
LAGI NEGARA
TALIBAN ?
KHALAS
CIUM KELENTIT BERBALOI
CIUM KELENTIT
BERBALOI
ASALKAN BUKAN
ROSMAH
KHALAS
Unknown commented on
"PERGI UMRAH
HALALKAN RASUAH"
Ritual tengok cuim batu itam bleh tebus dosa sakau eh? I cium kelintit lagi berbaloi..kakakakka
RUSIA BELI DRONE DARI IRAN
JANGAN PANDANG
RENDAH INDUSTRI
SENJATA IRAN
RUSIA BELI DRONE
BUATAN IRAN
AMIN
PELURU BERPANDU
HAMAS HOUTHI
& HIZBULLAH
PRODUK IRAN
KHALAS
Unknown commented on
"SENJATA NUKLEAR
BUATAN IRAN ?"
Iran nak buat bom nuklear? Kakakakak...ini kentut regim iran saja..
PAGI INI
PAGI INI
SENIN 9 DISEMBER 2024
HEBOH HEBOH HEBOH
HAL TITAH TAMBAHAN
DARI SULTAN PAHANG UNTUK NAJIB
KAH KAH KAH
ADA KE TAK ADA
TITAH AGAR NAJIB
DI PENJARA DI RUMAH
KAH KAH KAH
WOIT
GEROMBOLAN DAH BERI
TEKANAN PADA ANWAR
KAH KAH KAH
ZAKAR SHI INGATKAN ANWAR
APA JADI PADA MUHYIDDIN
APA JADI PADA SABRI
KAH KAH KAH
MENTERI KDN
KATA TITAH INI
KHABAR ANGIN
KAH KAH KAH
ANAK NAJIB KATA
TITAH INI ADA
KAH KAH KAH
TENGKU ZAFRUL ADA
SMS SAJE
KAH KAH KAH
ZAHID TENGOK DARI
TENGKU ZAFRUL
KAH KAH KAH
WOIT
PERKARA INI
AMAT SENANG SELESAI
PERGI KE PEKAN
TANYA SULTAN PAHANG
ADA KE TIDAK ADA
MENGAPA NGOK SANGAT
DULU PAU ADA
BUAT RESOLUSI
NAK HANTAR DELEGASI
JUMPA SULTAN
KENAPA TAK PERGI JUMPA
BIKIN HEBOH TAK GUNA
KAH KAH KAH
AMIN
RUSIA
BASHAR DAN KELUARGA
KINI BERADA DI MOSCOW
DI BERI SUAKA POLITIK
OLEH RUSIA
UKRAINE
TRUMP DI PARIS
JUMPA VALENSKIY
MAHU GENCATAN SENJATA
SERTA MERTA
DI UKRAINE
KOREA SELATAN
BEKAS MENTERI KDN
DI TANGKAP
SESUDAH DARURAT
GAGAL DI JALANKAN
SUDAN
PERANG SUDARA
HITAM BUNUH HITAM
BERTERUSAN DI SUDAN
MANGSA IALAH
PAK ITAM MAK ITAM
DAN SEMUA YANG HITAM
HOKKIEN
PAGI INI RENYAI BASAH SEGAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS
JALAN LECAH
MALAM UJAN RINTIK RINTIK
YANG BERPANJANGAN
LANGIT KELAM
MATA HARI HILANG
ADA JUGA AWAN ITAM
PENIH AIR
TERKUKUR MASIH BERSUARA
CHIP CHIP CHIP
MASIH DI DENGAR
YANG LAIN MUNGKIN
NYOROK KERANA RINTIK RINTIK
GUA HARAP
JAP LAGI MATA HARI
AKAN MUNCUL
GUA NAK SIDAI KAIN
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN
BRO
JIKA LU DI TENTANG
ITU BAIK
LU AKAN JADI
LAGI BIJAK
BRO
JIKA MUSUH TIBAI LU
INI LAGI BAIK
MAKNANYA LU
BERJAYA MELAWAN MUSUH
BRO
BILA MUSUH
TAK BUAT APA APA
PADA LU
MUSUH TAK AMBIL POT
MAKNANYA LU PALAT
KAH KAH KAH
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)