Ahad, 8 Februari 2026

ROCK N REVOLUSI !


ROCK N REVOLUSI !

AMIN

SENI BANGUN MELAWAN


SENI BANGUN

MELAWAN

AMIN

EROPAH - SEMUA TURUN KE JALAN RAYA


BURUH PELAJAR

ANAK MUDA EROPAH

TURUN KE JALAN RAYA

AMIN

SAMAN BAGI ANWAR BIN IBRAHIM GELABAH


SAMAN BAGI

ANWAR 

BIN IBRAHIM 

GELABAH

AMIN

KEMBALI KE ERA BN - TANGKAPAN


KEMBALI KE ERA

KERJAAN BN

AMIN

INI PETANDA

AMAT BAIK

AMIN

POLIS IKLANKAN

 DEMO

MENTRI KDN 

IKLANKAN DEMO

ANWAR

BIN IBRAHIM 

IKLANKAN  DEMO

AMIN

TANGKAPAN DIBUAT

SEBELUM DEMO

AMIN

SEMUA INI TANDA

AMAT BAIK

AMIN

TANDA MADAFAKA

AKAN KENA

HUMBAN

KHALAS



Polis tak sepatutnya bertindak seperti era BN - Hanipa

Bekas Timbalan Menteri Undang-Undang, Hanipa Maidin mengkritik tindakan polis menahan peserta perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram malam tadi.

Dalam satu kenyataan, Hanipa mengingatkan pihak polis supaya tidak mengulangi era pentadbiran BN apabila menahan individu yang berhimpun secara aman.

Dia juga menyatakan rasa kesal kerana insiden itu berlaku di ketika pentadbiran Kerajaan Perpaduan dan mempersoalkan komitmen Perdana Menteri, Anwar Ibrahim terhadap agenda reformasi.

“Kita mungkin tidak bersetuju dengan penganjur, tetapi pihak polis tidak sepatutnya berkelakuan seolah-olah mereka berada di bawah rejim lama – BN.

“Selagi perhimpunan itu berlangsung secara aman, hak asasi dan perlembagaan untuk menganjurkan serta menyertai perhimpunan aman wajar dihormati,” katanya.

Malam tadi, penyelaras Garah, Zamri Vinoth dan penganjur bersama perhimpunan itu, Tamim Dahri Abdul Razak ditahan bersama 18 individu lain sebelum perhimpunan itu berlangsung.

Peguam Haniff Khatri Abdulla, yang turut ditahan, mengesahkan Zamri dan Tamim ditahan untuk proses reman, manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan polis.

Pihak polis mula menahan peserta perhimpunan di kawasan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur seawal jam 8 malam semalam.

Pasukan polis termasuk anggota antirusuhan dilihat berkawal di sekitar Sogo dan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menghalang orang ramai berhimpun.

Dalam perkembangan berkaitan, polis turut menahan dua pemimpin parti Urimai yang pada awalnya merancang untuk menganjurkan satu lagi perhimpunan berhampiran India Gate, Brickfields.

Pemuda PAS turut mengecam penahanan tersebut dengan menyifatkan tindakan polis sebagai intimidasi terhadap peserta perhimpunan dan pencabulan jelas terhadap prinsip demokrasi serta kebebasan bersuara.

“Lebih mendukacitakan apabila kami juga dimaklumkan bahawa pasukan peguam tidak dibenarkan untuk masuk mewakili anak guam masing-masing yang sedang ditahan dan disoal siasat oleh pihak berkuasa,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Hanif Jamaluddin dalam satu hantaran Facebook hari ini.

“Situasi yang sedang berlaku menggambarkan usaha Kerajaan untuk menutup mulut rakyat daripada bersuara mempertahankan keluhuran undang-undang.

“Jangan jadi kerajaan yang bacul mempertahankan prinsip,” tegasnya.

Sementara itu Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) merangkap Pengerusi Hindraf, P Waythaa Moorthy menyifatkan penahanan itu menceminkan “dwistandard” kerajaan.

“Apa yang menjadikan episod ini lebih tercela ialah dwistandaard yang begitu ketara. Penganjur utama acara tersebut adalah seorang individu yang sejak lama terkenal kerana menghasut kebencian kaum dan agama.

“Beratus-ratus laporan polis telah dibuat terhadapnya selama bertahuntahun. Pihak polis tidak bertindak. Perdana Menteri juga tidak bertindak. Malah ahli-ahli Parlimen daripada parti PM sendiri berulang kali menuntut tindakan - namun Perdana Menteri terus berdiam diri secara strategik,” katanya dalam satu kenyataan.

Waytha berkata Anwar sebelum ini tidak mengendahkan desakan beberapa ahli parlimen supaya tindakan diambil terhadap Zamri atas dakwaan menghasut menyebarkan kebencian kaum.

“Melalui sikap tidak bertindak selama bertahun-tahun terhadap ucapan kebencian dan perpecahan agama yang disemarakkan oleh individuindividu tertentu, Perdana Menteri telah membolehkan dan melindungi mereka yang secara terbuka meracuni hubungan kaum dan agama, termasuk individu yang mengulangi penggunaan bahasa menghina terhadap kuil Hindu sebagai “haram” sebagaimana pernah digunakan oleh PM sendiri.

“Setelah membiarkan provokasi perkauman yang sebenar berlarutan selama bertahun-tahun, kini Perdana Menteri secara tiba-tiba menemui keperluan untuk mengambil “tindakan maksimum,” katanya.

Semalam, Anwar mengeluarkan amaran keras bahawa “tindakan maksimum”, akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan dan keselamatan negara, khususnya ketika negara menerima kunjungan tetamu asing.

Perdana Menteri menegaskan bahawa walaupun kerajaan menjunjung hak untuk mengkritik dan kebebasan bersuara, sebarang tindakan yang melanggar undang-undang negara atau mencetuskan ketegangan kaum tidak akan dibenarkan.

PELIK HAIRAN TAKDA TANGKAPAN !!!


PELIK ...PELIK

KENAPA TAKDA

TANGKAPAN?

AMIN

DAH DAPAT

HULUR KE ?

JENG JENG JENG

KHALAS


Aktiviti bitcoin haram di 5 premis di Bukit Beruntung terbongkar


SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) membongkar aktiviti perlombongan bitcoin haram di kawasan perniagaan sekitar Bukit Beruntung, Hulu Selangor menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu semalam.

MPHS dalam kenyataan berkata, operasi dijalankan susulan aduan awam berhubung gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan terdekat dipercayai berpunca daripada penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan dan tidak terkawal di premis tertentu.

Menurut kenyataan itu, MPHS diketuai Yang Dipertuanya, Julaihah Jamaludin bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membanteras aktiviti berkenaan.

"Hasil operasi mendapati lima premis di kawasan perniagaan menjalankan aktiviti perlombongan tanpa kebenaran atau lesen yang sah.

"Untuk makluman, aktiviti ini tidak dibenarkan sekiranya dijalankan tanpa kelulusan pihak berkuasa dan membabitkan penggunaan bekalan elektrik secara tidak terkawal.

"Ia bukan sahaja menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada penduduk sekitar malah turut mendatangkan risiko kerosakan infrastruktur elektrik, peningkatan bahaya litar pintas serta kebakaran, dan menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan komuniti setempat," katanya.

MPHS berkata, tindakan sitaan peralatan kemudian dibuat ke atas premis yang terlibat sebagai langkah penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang dan tatacara yang berkuat kuasa.

"Kami ingin menegaskan sebarang aktiviti penggunaan elektrik dalam skala besar perlu mematuhi semua peraturan lesen, pendaftaran perniagaan serta syarat teknikal bekalan elektrik yang ditetapkan.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang," katanya.