Rabu, 25 September 2024

AL-FATIHAH - KEMALANGAN BERLAKU


AL- FATIHAH

KEMALANGAN 

BERLAKU

AMIN

TAK SANGKA KERAJAAN NUSI HEBAT !!!


TAK SANGKA

KERAJAAN NUSI

HEBAT !!!

AMIN

KERAJAAN AKAN RUNTUH ?



Walaupun majoriti dua pertiga, Anwar boleh jatuh bila-bila masa, kata Mahathir


Dr Mahathir Mohamad tampil menyokong keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk menolak draf perjanjian dirangka pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk kekal berkuasa, dengan mengatakan ia bertujuan untuk melayani permintaan rakan kongsi terbesarnya - DAP - dengan menghalang isu berkait Islam dan Melayu daripada menjadi naratif politik.

Bekas perdana menteri itu berkata walaupun dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, kerajaan campuran sentiasa berdepan dengan kejatuhan seterusnya menamatkan pentadbiran Anwar.

Beliau berkata kedudukan Anwar semakin terdedah kerana pemimpin Umno dan ahli Parlimen masih tidak sehaluan dengan DAP.

"Jika Umno tidak sokong gabungan, Sarawak juga tidak akan sokong," kata Mahathir merujuk kepada GPS, rakan kongsi yang dilihat tiada pilihan tetapi menyertai kerajaan Anwar selepas pilihan raya umum 2022.

"Jika Umno dan Sarawak tidak sokong, kerajaan akan jatuh. Oleh itu mulut orang Melayu perlu ditutup. Dengan itu diperkenal 3R dan kemudian MoU," katanya merujuk kepada singkatan bagi perkara menyentuh Melayu, Islam dan raja.

PN muncul sebagai blok pembangkang Melayu terbesar sejak merdeka, setelah menang di kubu kuat Umno pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan pilihan raya negeri yang diadakan sembilan bulan selepas itu.

Manakala PH sering menuduh gabungan itu mengeksploitasi sentimen "3R" untuk kekal relevan dalam kalangan orang Melayu, yang turut menyaksikan pemimpin dan penyokong pembangkang sering menjadi sasaran siasatan polis di bawah Akta Hasutan.

Mahathir berkata langkah untuk mengharamkan "3R" adalah untuk melayani kehendak DAP, yang merupakan rakan kongsi terbesar dalam gabungan persekutuan.

"Parti yang terkuat dalam gabungan ini ialah DAP dengan 40 kerusi. Bagi PMX (Anwar) tuntutan DAP perlu dilayan jika ia ingin kekal sebagai PM. 

"Sebaliknya Umno dengan wakil rakyat Melayunya agak tidak senang bekerjasama dengan DAP," tambahnya.

Draf MoU disediakan kerajaan campuran Anwar merupakan respons kepada gesaan supaya ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan sama rata.

Antara lain, kerajaan meletakkan syarat ahli Parlimen pembangkang tidak boleh mencabar kedudukan Anwar sehingga akhir penggal.

Ia turut meletakkan syarat melarang pembangkang daripada membangkitkan isu yang ditakrifkan sebagai "3R".

PN menganggap syarat itu bukan sahaja tidak demokratik tetapi juga menghalang mereka daripada memainkan peranan sebagai pembangkang.

Idea MoU itu dicetuskan Anwar walaupun beliau berulang kali mendakwa mempunyai sokongan majoriti dua pertiga.

Selepas pilihan raya umum lalu, PH yang dipimpin Anwar bergabung dengan Barisan Nasional diketuai presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. 

Gabungan itu kemudiannya disertai GPS, yang menjelaskan keputusan itu sebagai mematuhi titah diraja.

MoU itu menyerupai perjanjian ditandatangani bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan PH pada 2021, yang bertujuan menghalang pilihan raya mengejut di tengah-tengah pandemik Covid-19 disebabkan kejatuhan kerajaan.

Inti utama perjanjian antara Ismail dan PH adalah agar kerajaan meluluskan undang-undang menghalang ahli Parlimen melompat parti, langkah yang dilihat ketika itu memberikan kelebihan kepada PH.

WOIT

KAH KAH KAH

KERAJAAN AKAN

RUNTUH?

KAH KAH KAH

BIAR BETUL

PASAL MELAYU

DALAM UMNO

TAK SUKA DAP?

JENG JENG JENG

PASAL MELAYU

DALAM UMNO 

TAK SUKA ZAHID

JENG JENG JENG

INILAH MASA

SABAH SARAWAK

BOLEH MINTA 

APA SAJA

KAH KAH KAH

PASTI DAPAT

KALAU TIDAK

KERAJAAN RUNTUIH

AMIAN

KHALAS

GURINDAN LARI DARI AMERIKA




Gurindam

 politik geopolitik

Oleh A.Kadir Jasin



PERHIMPUNAN Agung Bangsa-bangsa Bersatu datang dan pergi.

Tidak siapa pun peduli. Pasal yang wakili hanya Menteri Luar Negeri.

Dalam negeri pun dia tidak berapa berseri. Nampak macam kurang berani.

Sekali ini Perdana Menteri tidak hadiri. Kalau sesiapa tahu sebabnya, tolonglah kongsi.

Dulu-dulu, kalau Perdana Menteri tidak pergi, Timbalanlah yang ganti.

Sekarang ini pula, Timbalan bukan satu tapi dua.

Sepatutnya Perdana Menterilah yang pergi. Isu Palestin dia juarai.

Timbalan nombor satu dia tersasul bertempek “Hidup Israel”. Kalau dia pergi, takut tersasul lagi atau kena perli.

Silap-silap ada pula yang bangkitkan kes DNAA dia. Malulah Malaysia.

Tahun 2016 dia pernah wakili Perdana Menteri ke PBB, masa Najib mula dilanda skandal 1MDB.

Akhir kata, sebagai wartawan tua, saya ingat lagi zaman Anwar Ibrahim menjadi idola kepada eksekutif muda Wall Street dan media massa Amerika.

Masa itu dia adalah “the renaissance man of Asia”. Orang Pembaharuan Asia.

Saya ikut serta sebagai pemberita apabila, pada tahun 1997, beliau mewakili Malaysia di PBB, IMF dan Bank Dunia. Idolasi Barat kepadanya luar biasa.

Demikianlah gurindam geopolitik menjangkau masa. Cerita baru yang orang tidak tahu. Cerita lama yang orang sudah lupa.

Terima kasih.

— BebasNews

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

TAKUT JUMPA

KAWAN LAMA

PAUL WOLFOWITZ

KAH KAH KAH

NANTI PAUL TANYA

KUNCI BILIK

DULU HANG BAGI

SAPA?

KAH KAH KAH

PUTIN BAGI HANG

BILIK BARU KA?

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

KES PELIR KERAS ?




Penamatan jawatan Khairuddin sebagai KP JKOM ikut prosedur teratur – Fahmi

PUTRAJAYA – Penamatan jawatan Dr Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dibuat mengikut prosedur yang teratur, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi bagaimanapun beliau enggan mengulas faktor penamatan berkenaan.

“Saya sahkan beliau ditamatkan perkhidmatan semalam. Dalam isu kontrak mana-mana pelantikan dan penamatan ada prosesnya. Pelantikan dan penamatan perkara biasa ia berpandukan proses… Ia adalah teratur.

“Tidak (Tidak boleh terangkan sebab penamatan),” katanya.

Sementara itu, Fahmi juga tidak menamakan pemangku jawatan tersebut sebelum pelantikan baharu dibuat.

Semalam, Mohd Khairuddin mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah JKOM sudah ditamatkan.

Beliau yang dilantik ke jawatan itu sejak 1 Mac lalu memaklumkan menerima surat penamatan jawatan berkenaan kelmarin. – 

WOIT

TERATUR

KAH KAH KAH

AMIN

SATU MALAYSIA 

NAK TAHU

WAT IS DE BEKOS

PASAI APA

DIBERHENTIKAN

KAH KAH KAH

ADA KES MAIN

BONTOT KE?

KAH KAH KAH

WAT IS 

DE BEKOS

YANG NI NAK

TAHU

AMIN

KHALAS

HOK GOTU SILA TANYA NURUL IZZAH



HOK GOTU

SILA TANYA

NURUL IZZAH

AMIN


Unknown commented on
 "ANWAR KEMBALI 
KE PERMATANG PAUH"

Anwar sudah jadi pm. Dalam cerita ni. Anwar dah berjaya. 3 tahun lagi apa2 boleh be gllll

RIBUT PETIR PATANG INI


RIBUT PETIR

SELURUH NEGARA

AMIN

LEBIH ALIM DARI TOK IMAM


LEBAI ALIM

DARI TOK IMAM

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"KERJA ALIM BANDUAN
 TERHORMAT"

Dalam dunia ini ada dua kategori manusia, satu watak baik satu watak jahat, tak ada tengah, tak ada apa-apa lagi, tahu manusia keturunan Syed dari salah silah Nabi Muhammad? Mereka ini golongan alim ulama terdahulu, tetapi golongan ini sangat baik terlalu merendah diri kerana ilmu mereka penuh, melihat sesuatu secara kebaikan, manakala puak-puak baharu masuk belajar, tak habis belajar, belajar separuh masak macam telur separuh masak fuyoo bukan main terpaling Islam bukan main terpaling bijak terpaling melayu pun, jadi kita boleh bezakan kategori manusia ini, yang penuh ilmu selamba saja, 

manakala tin kosong cukup berbunyi menarik segala perhatian dunia, tetapi dunia moden ini kan ilmu pembelajaran melalui media sosial TikTok Instagram kah kah kah Riduan Tee ini seorang terpaling Melayu Islam di negaraku, tetapi darahnya dahulu makan babi sudah dicuci belum? Nak tanya sudah samak belum kah kah kah darah mengalir dalam tubuh badan sudah ditukar kah kah kah

SILA TANYA LOKMAN ADAM


HAL EKONOMI

NEGARA SILA TANYA

LOKMAN ADAM

AMIN


Unknown commented on 
"PERANG"

CHINA
EKONOMI CHINA NAZAK
MAKA BANK NEGARA CHINA
MENURUNKAN
FAEDAH PINJAMAN

Malaysia
Ekonomi makro dan ekonomi mikro sampai ke ekonomi seisi rumah nazak
tapi bank pusat naikkan faedah pinjaman!
macam celaka!

SATU NASEHAT


DENGAR NASEHAT

INI BAIK BAIK

AMIN

ISU NEGARA MENAKUTKAN PENGUNDI


Jangan bawa isu nasional dalam kempen PRK Mahkota – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU – Isu nasional yang tidak relevan terutama membabitkan pemimpin luar Johor seharusnya diselesaikan peringkat nasional bukan dibawa dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, ini kerana isu tersebut tidak sesuai dan dibimbangi akan menggugat keharmonian masyarakat di negeri ini.

“Kita ambil masa yang lama dan berdekat untuk bersatu dan (perpaduan yang terbina) ini boleh diruntuhkan dalam masa overnight (satu malam).

“Kalau tidak jaga keharmonian boleh runtuh sekelip mata dan merugikan semua pihak. Negara jadi tak stabil dan gaduh sahaja,” katanya dalam temubual di kediaman Menteri Besar Johor di Saujana di sini semalam.

Beliau berkata, perbezaan pendapat melibatkan pemimpin adalah normal dalam masyarakat majmuk berbilang kaum di negara ini.

“Sebagai Bangsa Johor, kita sentiasa pentingkan perpaduan, perkara dibawa pemimpin peringkat nasional biarlah jadi isu nasional.

“Kita di sini mempunyai visi dan hala tuju yang jelas untuk bangunkan negeri dan DUN Mahkota serta daerah Kluang,” katanya yang juga Pengarah PRK DUN Mahkota.

Sebelum ini Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok bertelagah berkenaan isu pensijilan halal.

Isu pensijilan halal menjadi polemik selepas media sebelum ini melaporkan Teresa berkata, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela untuk membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Kenyataan itu mendapat bantahan Dr Akmal dan menerusi satu hantaran video dalam TikTok sebelum ini, beliau melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal. – 

WOIT

KAH KAH KAH

JANGAN BAWA ISU

HARGA BARANG

MAHAL

KAH KAH KAH

JANGAN TIMBULKAN

ISU NAJIB DIPENJARA

KAH KAH KAH

JANGAN TANYA

ISU SIJIL HALAL

AMIN

KEMPEN ISU

BANGUN PAGI

GOSOK GIGI 

 BERAK DULU

SEBELUM MANDI

KAH KAH KAH

KHALAS

PERANG TIMUR TENGAH BAWA PERANG DUNIA



Hezbollah tidak berganjak, ancam tingkatkan serangan ke atas Israel

LUBNAN – Israel dan Hezbullah saling mengancam untuk meningkatkan serangan rentas sempadan pada hari Ahad, walaupun rayuan antarabangsa menggesa mereka berundur.

Tentera Israel berkata, kira-kira 150 roket, peluru berpandu dan peluru lain ditembak ke wilayahnya semalaman pada hari Sabtu dan awal Ahad – kebanyakannya dari Lubnan.

Dakwanya, ada bedilan yang mencapai lebih jauh daripada serangan sebelumnya, menyebaban beribu-ribu warga Israel terpaksa berlindung di tempat perlindungan dan kediaman di bandar Haifa mengalami kerosakan.

Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di selatan Lubnan, yang dikatakan memusnahkan beribu-ribu pelancar roket Hezbollah.

Pada hari Ahad, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Israel akan mengambil “apa sahaja tindakan yang perlu untuk memulihkan keselamatan” dan mengembalikan orang ramai dengan selamat ke rumah mereka di sepanjang sempadan Israel-Lubnan.

Dia berkata, Israel telah melakukan “rangkaian bedilan ke atas Hezbollah yang tidak dapat dibayangkan”.

Tetapi Timbalan Ketua Hezbollah, Naim Qassem mengisytiharkan: “Ancaman tersebut tidak akan menghalang kami… Kami bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan ketenteraan”.

Bercakap pada majlis pengebumian Ibrahim Aqil, seorang komander berpangkat tinggi Hezbollah yang terbunuh dalam serangan Israel, Jumaat lalu ke atas ibu kota Lubnan, Beirut, beliau berkata: “Kami telah memasuki fasa baharu, iaitu perhitungan terbuka” dengan Israel.

Setiausaha Hezbollah, Sheikh Nadeem Qassem pula berkata, Israel telah gagal dalam semua matlamatnya dan berikrar akan memastikan lebih ramai penduduk di utara Israel akan ditolak keluar dari rumah mereka.

Hezbollah turut memberi amaran bahawa Israel telah gagal mematahkan penentangan dan hubungan kumpulan itu dengan Gaza. – Agensi

PERANG GAZA

PERANG LEBANON

AKAN MEMBAWA

PERANG DUNIA

KE TIGA

AMIN

KHALAS

ISRAEL DALAM DARURAT


ISRAEL ISTIHAR

NEGARA DALAM

DARURAT

KHALAS

ANWAR KEMBALI KE PERMATANG PAUH


PRU16 ANWAR

KEMBALI KE

PERMATANG PAUH

AMIN

Unknown commented on 
"PENGARUH PARTI PAS KUAT"

PRU 16 pastikan tawan Parliament Tambun

Yesss PRU 16 Parliament Tambun menangis

CHINA DOLL PROJEK PAU


CHINA DOLL

BUKAN GUNA AI

INI PROJEK PAU

DATUK ESKAY

AMIN

Ricesaffron@gmail.com commented on
 "KERJA ALIM BANDUAN 
TERHORMAT"

TT gua dengar Malaysia satu satunya negara terawal yg menguna kan system artificial intelligence (AI) betul ke? Lu tolong kasi jelaskan, film Malaysia yg pertama menguna kan system AI cerita "china doll" kira kira zaman tu Malaysia sudah kira advance dalam industry film, lu bayang kan tak perlu ada special atau alat alat canggih Malaysia dapat melahir kan film hebat ala Hollywood,, lu koment lah sikit

PERANG


PERANG


RABU 25 SEPTEMBER  2024
BERITA PERANG DISANA SINI
ISRAEL SEDANG MENGEBOM LEBANON
 PERANG SAUDARA
DI SUDAN TAK SUDAH SUDAH
PERANG NON STOP PERANG

NEW YORK
PBB BERSIDANG
ZELENSKIY BERUCAP
MAHU DUNIA BERI TEKANAN
PADA RUSIA

AMERIKA
PENEMBAK TRUMP
DI BAWA KE MAHAKMAH
TIDAK ADA PENGAKUAN

CHINA
EKONOMI CHINA NAZAK
MAKA BANK NEGARA CHINA
MENURUNKAN
FAEDAH PINJAMAN

AMERIKA
KEMUNGKINAN 
MOGOK PERLABUHAN 
AKAN BERLAKU
INI AKAN GANGGU
JUGA EKONOMI CANADA

IRAN
PRESIDEN IRAN
KALI PERTAMA
DATANG KE NEW YORK
BERUCAP DI PBB
MINTA DUNIA SOKONG PALESTIN

HOKKIEN
PAGI INI KERING
LANGIT PUCAT KELAM
MENDUNG BERAWAN HITAM
MATA HARI TAK KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS

SAEKOR KENG KENG
BERSUARA KUAT
BUKIT KIRI
GAUNG KANAN
SUARA TERKUKUR
MENGINDAHKAN PAGI

SEBUAH PESAWAT
MENDERAM MENUJU
SELATAN

GUA RASA  HARI INI
AKAN PANAS
MUNGKIN TIDAK TERIK
MALAM NYAMAN UNTUK
BERSADAI DI WARUNG

BRO
SENYUM
KITA SESAMA SENYUM
SAMBUT PAGI RABU
YANG INDAH

BRO
HIDUP INI MENCIPTA ERTI
MEMBUAT MAKNA
UNTUK DIRI SENDIRI
DAN ORANG SEKELILING

BRO
SESUATU YANG BERHARGA
TIDAK AKAN DATANG
DENGAN MUDAH

BRO
JIKA LU TAKUT GAGAL
LU TAK AKAN PERNAH
MERASA
MANISNYA KEJAYAAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERTUGAS