Jumaat, 6 Disember 2024
BILA NAK DAKWA AZAN BAKI ?
ORANG RAMAI
TANYA
BILA NAK DAKWA
AZAN BAKI?
BILA NAK BUKA
KEMBALI KES ZAHID
AMIN
CAKAP SENANG
BILA BILA BILA ?
KHALAS
INI BUKTI MADANI ZALIM
'Ini kemuncak nafi hak bersuara': Wartawan veteran selar kerajaan pinda akta komunikasi
Dua bekas pengarang kanan tertinggi mengecam pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas rekod buruk kebebasan akhbarnya dalam masa singkat dua tahun sejak berkuasa, apabila kritikan semakin kedengaran terhadap apa yang dilihat sebagai usaha memperkasakan kuasa kerajaan menghalang perbezaan pendapat melalui pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia.
A Kadir Jasin dan Zaini Hassan menyifatkan pindaan itu sebagai contoh terbaru usaha kerajaan mengekang kritikan, susulan siri tindakan terhadap pengguna media sosial yang turut menyaksikan kemerosotan indeks kebebasan media di negara ini.
"Inilah yang orang kata 'the ultimate' yang anda boleh lakukan apabila anda berkuasa," Zaini, bekas pengarang kanan Utusan Malaysia ketika zaman kegemilangan akhbar harian itu, memberitahu MalaysiaNow.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil baru-baru ini membentangkan siri pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia, mencetuskan kritikan kumpulan wartawan dan hak asasi manusia.
Lawyers for Liberty (LFL) mempersoalkan kerajaan yang masih enggan memansuhkan salah satu seksyen dalam akta itu yang kerap digunakan terhadap pemimpin pembangkang dan pengkritik dalam talian.
LFL yang telah beberapa kali mengkritik Pakatan Harapan (PH) kerana tidak memenuhi janji reformasinya sejak dua dekad lalu, berkata pindaan itu akan menghidupkan semula Akta Antiberita Tidak Benar yang dimansuhkan gabungan itu pada 2018 sejurus selepas mengambil alih kuasa di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
LFL memberikan contoh beberapa istilah yang dimasukkan dalam pindaan itu seperti "mengelirukan" atau "tidak lengkap" dalam definisi penyalahgunaan fasiliti rangkaian seperti termaktub di bawah Seksyen 233 akta tersebut.
Menurutnya, langkah itu bakal meluaskan skop kesalahan yang akan menyaksikan sesiapa sahaja boleh didakwa atas salah guna kemudahan rangkaian semata-mata kerana tidak memberikan butiran penuh mengenai sesuatu kritikan mereka terhadap kerajaan.
"Ia akan menakutkan orang awam dan menghalang mereka daripada menyertai perbincangan berkaitan hal-hal kepentingan awam. Ia mempunyai kesan buruk terhadap kebebasan bersuara," kata jurucakap LFL Zaid Malek, yang berkata pindaan kepada Seksyen 233 itu memenuhi objektif Akta Antiberita Tidak Benar.
Zaini bagaimanapun tidak terkejut dengan langkah itu.
"Ketika jadi pembangkang, dia kata dizalimi," katanya, sambil menyifatkan ahli politik PH kini melakukan perkara yang berlawanan daripada apa yang diperjuangkan.
"Semuanya jadi tunggang terbalik," tambahnya.
'Ketua penapis'
Pindaan lain yang dicadangkan oleh kerajaan termasuk memberikan lebih banyak kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi di bawah kementerian komunikasi yang bertanggungjawab untuk menyekat laman berita yang mengkritik kerajaan.
Pindaan tersebut juga akan memberikan imuniti kepada SKMM dan pegawainya daripada pendakwaan atau tindakan undang-undang lain.
Sementara itu, Kadir memberi amaran pindaan itu akan menjadikan SKMM "ketua penapis" yang berfungsi menyekat pandangan dan kandungan yang tidak disenangi kerajaan.
"Sekarang pun, kita sudah lihat bagaimana SKMM bertindak sebagai Penapis bagi pihak kerajaan," kata Kadir, yang pernah mengetuai kumpulan media New Straits Times Press.
"Melainkanlah kerajaan Malaysia Madani tidak peduli kepada pandangan dan penarafan antarabangsa, ia tentu tahu bahawa kebebasan media negara kita semakin dicurigai," tulis Kadir baru-baru ini.
Malaysia jatuh ke tempat 107 dalam Indeks Kebebasan Media yang disediakan pemantau media global Reporters Without Borders (RSF), iaitu susut 34 anak tangga daripada 73 sebelumnya.
Indeks itu yang menilai kebebasan media dan kewartawanan di 180 buah negara berdasarkan tindak tanduk kerajaan dan peristiwa sepanjang 2023, menjadikannya penilaian pertama mengenai kebebasan akhbar di bawah kerajaan campuran Anwar.
Kerajaan sering menggunakan alasan 3R - agama, raja dan kaum - untuk mengekang kritikan terhadapnya dan melakukan pendakwaan di bawah kesalahan hasutan.
Anwar sebelum ini berkata beliau tidak kisah sekiranya kebebasan akhbar Malaysia merosot kerana ia disebabkan usaha kerajaan membanteras "perkauman dan fanatik agama".
"Saya tidak kisah, tidak mengapa, jika kita diturunkan taraf semata-mata kerana tegas menentang perkauman dan fanatik agama," katanya pada Mei.
Kerajaan Anwar mula menyekat kebebasan bersuara sejurus selepas berkuasa pada November 2022, di sebalik penolakan pengundi Melayu terhadap PH dalam pilihan raya umum.
Sejak itu, kerajaan melalui SKMM kerap mengancam platform seperti TikTok untuk memadam kandungan yang mengkritik dasar Putrajaya.
Pada Jun tahun lalu, MalaysiaNow disekat selama 48 jam tanpa sebarang notis, mengundang kecaman pelbagai pihak.
Turut disekat ialah laman TV Pertiwi dan Utusan TV, begitu juga blog yang dikendalikan bekas ahli Parlimen, Wee Choo Keong.
KERAJAAN
ZALIM KERANA
DAH GOYAH
AMIN
MAKIN GOYAH
MAKIN ZALIM
AMIN
AKHIRNYA TANGKAP
SANA SINI
AMIN
JADI ZALIM
UNTUK PERTAHAN
KUASA
KHALAS
NAJIB CAKAP BETUL
Najib persoal kenapa beberapa individu bersekongkol dengan Jho Low ‘terlepas’ begitu sahaja
KUALA LUMPUR – Najib dalam nada emosi dan tegas melahirkan rasa gusar terhadap pasukan pendakwaan yang seolah-olah mengetepikan beberapa individu yang terlibat terang-terangan dalam penyelewengan dana 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Beliau mendakwa, beberapa individu yang dipercayai bersekongkol dengan Low Taek Jho atau Jho Low untuk menyalahgunakan wang daripada entiti milik kerajaan itu ‘terlepas’ begitu sahaja kerana menjadi saksi dalam perbicaraan ini.
Antara nama-nama yang dipetik Najib dalam prosiding termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo serta ahli lembaga lain.
Najib yang sedang membela diri dalam prosiding berkenaan di hadapan Hakim, Collin Lawrence Sequerah berhujah, beliau bimbang dan resah dengan penglibatan serta peranan utama individu-individu itu dalam kes ini.
“Rakyat perlu tahu kebenaran ini. Kebenaran ini penting. Penglibatan mereka, peranan individu-individu dengan Jho Low. Namun kesemua mereka menjadi saksi dan mengaitkan saya.
“Ini sangat meresahkan, membimbangkan saya. Ini bukan seperti mahu mencari kebenaran penyelewengan sebaliknya cubaan untuk memutarbelitkan perkara sebenar dengan memberikan keterangan palsu.
“Pendakwaan terhadap saya bermotifkan politik untuk memastikan saya disabitkan. Ini bukan usaha sebenar mencari kebenaran, keadilan yang tulen,” katanya dari kandang saksi hari ini.
Saksi iaitu Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Sambung beliau, ini juga adalah antara usaha untuk menutup mulutnya sebagai lawan politik dan memastikan penguasaan yang mahu terus kekal berkuasa.
Najib juga menyoal tentang laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuatnya tentang bekas pengurus kanan Goldman Sachs Tim Leissner berhubung isu 1MDB, selain menggesa pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyoal dan mengekstradisi Leissner.
Beliau membuat laporan sekitar tahun 2021 namun laporan itu seolah-olah dipandang sepi oleh SPRM sehingga kini.
Menurut Najib, laporan itu bertujuan mendapatkan senarai pegawai yang disogok Leisner berhubung skandal 1MDB, yang dipercayai boleh membersihkan namanya.
Leissner, yang merupakan bekas pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara dan pengarah urusan institusi kewangan itu, telah mengaku bersalah pada 1 Nov 2018 atas pertuduhan jenayah dan diperintahkan untuk membayar wang sebanyak ASD43.7 juta.
Dia mengaku bersalah kerana ‘bersubahat’ untuk mengubah wang dan berkomplot untuk melanggar FCPA dengan membayar rasuah kepada pelbagai pegawai Malaysia dan Abu Dhabi serta memintas kawalan perakaunan dalaman Institusi Kewangan.
“Kita hendak tahu siapa yang disogok itu. Rakyat hendak tahu kebenaran sebenar,” tegasnya.
Najib sedang membela dirinya dalam perbicaraan terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram. –
NAJIB CAKAP
BETUL
AMIN
MANA REZA AZIZ
KAWAN BAIK
JO LOW
AMIN
MANA ROSMAH
JUGA KAWAN BAIK
JO LOW
AMIN
MANA
DATUK SUBUH
MANA HILANG ?
AMIN
KENG & SHAHRUL
DAN JASMIN LOO
DAH BELOT
JADI SAKSI
SELAMATKAN
DIRI SENDIRI
KAH KAH KAH
KHALAS
BERBANGGA DENGAN ASAL KETURUNAN
BERBANGGA
DENGAN ASAL
KETURUNAN
KHALAS
Unknown commented on
"MADEY ANAK KUTTY ATAU
ZAHID ANAK WAK KUTTI"
apalah dosa menjadi anak kutty?
sampai kena naik turun mahkamah? dengan sebab menjaja nasab orang ke sana ke mari?
atau mulia sangat kah menjadi anak pak haji hamidi?
tiada yang lebih mulia saorang di atas saorang yang lain. melainkan budi baik lagi dikenang.
isham rais anak keturunan orang asli biduanda.
megah dengan keturunan walau di mana kaki dipijak langit dijunjung.
amen
KENAPA ADA SOLDADU AMERIKA DI SYRIA ?
KENAPA ADA
SOLDADU AMERIKA
DI SYRIA?
AMIN
SAPA
JEMPUT MASUK
AMIN
RUSIA DI JEMPUT
OLEH KERAJAAN
KHALAS
DASAR UGANDA
WAJIB TUKAR
KERAJAAN DULU
BARU LAKSANA
DASAR UGANDA
AMIN
Unknown commented on
"PELANCUNG CHINA MERAH
ADALAH PENCURI"
halau semua china keluar. tutup pintu seperti uganda. Kah kah kah!
HALALKAN DUIT RASUAH
HALALKAN
DUIT RASUAH
SIMPAN DALAM
TABUNG HAJI
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"BERJUTA WANG TUNAI
DITEMUI DALAM KERETA !!!"
Sham Bukan Saja saja dia sorak duit dalam bagunan Wisma Majlis Ugama Islam Sabah Duit tu Duit Haram jadi dia suruh Duit tu Masuk Isalam Dulu Baru La Halal lo
Unknown commented on
"BERJUTA WANG TUNAI
DITEMUI DALAM KERETA !!!"
Ini contoh isle yang baik harus di ajar kepada semua murid tapizzz...menabung duit dipusat isle..
Unknown commented on
"BERJUTA WANG TUNAI
DITEMUI DALAM KERETA !!!"
Kah kah patut lah duit Malaysia jatuh sangat, semuanya dikaut oleh puak-puak berkuasa berpangkat berjamaah berjawatan kah kah kah pun sokong lagi demi agama bangsa negara woit kah kah kah
Unknown commented on
"BERJUTA WANG TUNAI
DITEMUI DALAM KERETA !!!"
ini autonomi.. ini bukan sakau.. kah kah kah
Unknown commented on
"BERJUTA-JUTA RINGGIT
WANG TUNAI DI TEMUI !!!"
kesian malaya jadi punching beg borneo.... penyakau di borneo lagi ramai
SENJATA BARU DARI RUSIA
SENJATA BARU
DARI RUSIA
Perang Ukraine Donbas telah bermula pada April 2014. Perang bermula apabila soldadu dan kerajaan Ukraine membantai warga Ukraine berbangsa Rusia di wilayah Donbas dan Luhansk.
Perang ini berhenti sekejap apabila Perjanjian Minsk di tanda tangani pada 5 September 2014. France dan German menjadi orang tengah dan saksi.
Tetapi Ukraine terus membantai rakyat berbangsa Rusia di Donbas dan Luhansk. Etnik Rusia ini meminta bantuan dari Putin.
Ahirnya Rusia datang memberi bantuan melalui Operasi Khas Putin yang bermula pada 24 Februari 2022. Operasi dimana soldadu Rusia telah masuk ke Ukraine. Operasi Khas ini telah melintasi hari ke 1000.
Ertinya operasi perang ini telah hampir masuk tahun ke tiga. Inilah perang paling sengit di Eropah sesudah Perang Dunia Ke Dua. Jalan penyelesaian masih tidak kelihatan.
Presiden Amerika telah berganti. UK ada Perdana Menteri baru dari Parti Buruh. Setiausaha NATO juga telah bertukar. Beberapa negara di Eropah telah mengadakan pilihan raya. Ada kerajaan telah berubah.
Donald Trump menang pemilihan Presiden dan akan masuk kembali ke Rumah Putih. Presiden Biden akan bersara. Apakah perang Ukraine akan di tamatkan.
Persoalan ini sedang di tanya oleh warga dunia. Persoalan ini timbul kerana Amerika akan mendapat Presiden baru.
Donald Trump secara resmi akan mengangkat sumpah menjawat kerusi Presiden pada Senin 20 Januari 2025. Ini bermakna – ketika tulisan ini di garap – Joe Biden masih ada sebulan lebih lagi sebagai Presiden. Bermakna Joe Biden masih ada kuasa sebagai Presiden.
Pada tahun 1964 ketika UK berhadapan dengan krisis mata wang sterling Perdana Menteri Harold Wilson (1916-1995) berkata : a week is a long time in politic – satu minggu adalah lama dalam politik.
Di Amerika satu bulan Trump menunggu untuk menjadi Presiden pelbagai perkara boleh berlaku. Malah pelbagai perkara telah pun berlaku.
Dengan licik dan terancang Biden telah membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu jarak jauh buatan Amerika untuk menyerang ke dalam Rusia hingga ke Moscow.
Sebenarnya PM Zelensky telah berkali-kali merayu dan meminta agar Amerika, UK , France dan German membenarkan senjata peluru berpandu jarak jauh buatan mereka menyerang Rusia.
Pada awal perang permintaan ini telah ditolak. Kali ini Biden telah membenarkan. Ini dasar baru. Dasar persenjataan yang baru Presiden Biden.
Biden mengubah dasar dengan alasan tentera Korea Utara datang membantu Putin. Putin ada bantuan Korea Utara maka Ukraine dapat bantuan peluru berpandu jarak jauh.
Pada 17 November 2024 Biden membenar ATACMS – Army Tactical Missile Syatem di hantar ke Ukraine. Peluru ini boleh masuk 190 batu ke wilayah Rusia.
Hari berikutnya PM Britain Keir Starmer terus membuntuti Biden dengan menghantar peluru berpandu jarak jauh Storm Shadow yang bergerak 600 batu satu jam. Peluru ini boleh masuk 155 batu ke wilayah Rusia.
Sebelum perang ini bermula Rusia ada mengeluarkan beberapa garis merah. Putin telah beberapa kali memberi ingatan dan amaran kepada Amerika dan NATO agar jangan lintasi garis merah ini.
Salah satu garis merah ini ialah Ukraine jangan menjadi anggota NATO. Juga tidak ada senjata nuklear akan di pasang di Ukraine. Amerika dan NATO tidak peduli.
Pada 24 September 2024 lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan kemas kini doktrin nuklear Rusia. Ini sebagai tindak balas kepada apa yang Moscow anggap sebagai peningkatan campur tangan Barat di Ukraine. Beberapa bulan kemudian, pada hari Selasa 19 November, Putin memformalkan perubahan sebagai dasar rasmi Persekutuan Rusia.
Doktrin yang disemak, bertajuk "Asas Dasar Negara Persekutuan Rusia dalam Bidang Pencegahan Nuklear". Doktrin ini memperluaskan syarat Rusia untuk penggunaan senjata nuklear. Moscow kini bersedia untuk menggunakan senjata nuklear sebagai tindakan balas terhadap serangan nuklear, serta serangan konvensional yang mengancam kedaulatan atau integriti wilayah Rusia atau Belarus.
Jika wujudiah Rusia terancam maka senjata nuklear akan digunakan.
Kenyataan dan amaran Putin ini jelas seperti siang bermatahari. Tetapi Amerika, UK dan NATO tidak ambil pot. Malah mereka menganggap ini gertak dan auta dari Putin.
Amerika, UK dan NATO tidak ambil pot terbukti apabila sehari sesudah Biden mengubah dasar Rusia telah di serang. Pada 19 November 2024 Ukraine menyerang Rusia dengan ATACMS - peluru berpandu jarak jauh. Kemudian Rusia juga diserang oleh Storm Shadow buatan UK.
German dan France enggan campur tangan.
Bila Rusia di serang Ukraine dengan peluru berpandu jarak jauh dunia menjadi gempar. Presiden Zelensky tersenyum puas kerana pucuk di cita ulam mendatang. Senjata di minta telah meledak. Moscow telah di serang.
Awas! Dua hari kemudian jawapan dari Putin sampai. Pada 21 November 2024 - Ukraine terperanjat besar apabila Putin membalas ledakan dengan ledakan.
Satu Eropah tergamam. Presiden Ukraine dengan cepat menuduh Rusia menggunakan ICBM – Peluru Berpandu Melintas Benua. Media dunia jadi heboh apakah betul ICBM telah digunakan. Peluru ICBM ini boleh membawa bom nuklear. Senjata jenis ini wujud tapi belum pernah di lancar untuk menyerang. Berita serangan ICBM Rusia menjadi heboh.
Dunia untuk pertama kali melihat Rusia melancarkan apa yang dikenali sebagai Oreshnik. Ini peluru berpandu jenis baru buatan Rusia yang membawa enam kepala peledak. Oreshnik telah meledak di wilayah Dnipro. Ini adalah wilayah ketenteraan Ukraine dimana peluru dan jet pejuang di simpan.
Oreshnik bukan Peluru Berpandu Melintasi Benua (ICBM). Oreshnik ialah peluru berpandu balistik jarak perantaraan Rusia (IRBM) yang dicirikan oleh kelajuan yang dilaporkan melebihi 7,610 batu satu jam. Peluru berpandu itu dilengkapi dengan enam kepala peledak, setiap satu dilaporkan mengandungi senapang, dan digambarkan sebagai sangat sukar untuk dipintasi.
Oreshnik juga boleh dipasang untuk membawa kepala peledak nuklear.
Dalam satu ucapan sesudah Oreshnik meledak Putin hanya berkata ‘ unstopable’ - tidak ada kuasa yang dapat menangkis Oreshnik.
Penggunaan peluru berpandu jarak jauh ini dengan serta merta mengubah watak Perang Ukraine. Apa sebenarnya niat Joe Biden memberikan Zelensky senjata baru ini.
Sosok pertama di Amerika bersuara ialah bekas Lt. Jeneral Michael Flynn, sekutu lama Trump yang berkhidmat tidak lama sebagai penasihat keselamatan negara pada 2017.
Bekas Jeneral ini mahu Biden di pecat. Ini kerana Biden telah membawa Amerika ke medan Perang Dunia Ke Tiga.
Flynn menulis dalam blognya ‘ ... Biden sekarang membahayakan negara dengan mengambil langkah-langkah yang membentuk tindakan perang tanpa Pengisytiharan Perang - kuasa yang Perlembagaan berikan hanya kepada Kongres," tulisnya.
Hari ini mengikut pandangan Jeneral Flynn dunia mungkin lebih hampir kepada perang nuklear. Lebih dekat lagi dari Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962 antara Presiden Kennedy dengan Khrushev.
Di hari-hari akhir Pentadbiran Biden telah membawa Amerika ke dalam potensi perang nuklear dengan Rusia.
Apa yang jelas disini ialah Biden mahu mensabotaj Trump. Ledakan peluru berpandu jarak jauh adalah umpan untuk melihat apa tindakan balas dari Putin. Jika Putin gelabah dan hilang perhitungan maka jalan damai akan lebih jauh.
Presiden Biden yang memiliki kuasa untuk beberapa hari ini mahu perang di Ukraine ini di teruskan. Justeru Biden sedang melakukan tindakan dan langkah-langkah yang jelas untuk memastikan Trump tidak ada pilihan.
Biden mahu Trump hanya memiliki pilihan untuk meneruskan parang.
Dunia tahu apabila Trump menjadi Presiden dasar Amerika terhadap Ukraine akan berubah. Dari apa yang kita baca ketika berkempen Trump mahu perang ini di tamatkan.
Pada 14 November di Florida CNN melaporkan : "Kami akan bekerja keras untuk Rusia dan Ukraine. Perang mesti berhenti. Rusia dan Ukraine mesti berhenti berperang," kata Trump.
JD Vance yang kini menjadi Timbalan Presiden ketika berkempen pernah mengkritik pakej bantuan Amerika kepada Ukraine. Vance mendesak Amerika mengadakan rundingan dengan Rusia, walaupun Ukraine berkata ia tidak mahu mengadakan rundingan.
Amat jelas disini Presiden Trump dan Timbalannya mahu Perang Ukraine di tamatkan. Perkara ini disedari oleh Presiden Zelensky sendiri.
Pada Khamis 28 November Putin dalam sidang akhbar di Kazakhstan telah berkata - “Kami tidak menolak penggunaan Oreshnik terhadap tentera, kemudahan industri ketenteraan atau pusat membuat keputusan, termasuk di Kyiv,”.
Putin juga berkata senjata itu "setanding kekuatannya dengan serangan nuklear" jika digunakan beberapa kali di satu lokasi, walaupun ia tidak dipasang dengan kepala peledak nuklear
Tertiba Presiden Zelensky membuat kejutan. Dalam temu bual di stesen TV Sky News pada 29 November 2024 Zelensky mencadangkan perjanjian gencatan senjata boleh dilakukan jika wilayah Ukraine yang dikuasainya boleh diambil "di bawah payung NATO". Kawasan yang lain boleh dirunding kemudian "dengan cara diplomatik".
Ini bermakna perang boleh ditamatkan. Ukraine masuk di bawah kawalan NATO. Wilayah seperti Donbas , Crimea dan Luhansk boleh dirunding kemudian.
Kenyataan Presiden Ukraine ini keluar minggu lalu. Hingga ke hari ini belum ada jawapan dari Putin atau dari Rusia.
Perang masih berterusan. Malah media dunia kini melaporkan keadaan Ukraine makin nazak. Musim sejuk sudah sampai. Kuasa jana elektrik hampir pupus. Warga Ukraine makin terseksa. Soldadu Ukraine ramai yang gugur dan ramai lari enggan berperang.
Dalam keadaan sedemikian apakah Putin akan menerima cadangan Zelensky. Atau menunggu Ukraine angkat bendera putih.
Dunia juga sedang menunggu Trump masuk sekali lagi ke Rumah Putih. Tetapi kenapa sebenarnya Amerika dan NATO memusuhi Rusia? Tunggu minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/728117
Langgan:
Catatan (Atom)