Khamis, 28 November 2024

GERILA HIZBULLAH BERBUDI BAHASA



GERILA HIZBULLAH

BERBUDI BAHASA

INI WATAK PERANG

RAKYAT

AMIN

HAMAS HIZBULLAH TERUS SOKONG MENYOKONG


HAMAS HIZBULLAH

TERUS SOKONG

MENYOKONG

AMIN

SEMUA DIATUR SEMUA DISUSUN - INI KERJA MADANI

 

SEMUA DIATUR

SEMUA DISUSUN

INI KERJA MADANI

AMIN

ISHAM RAIS SOKONG DONALD TRUMP


ISHAM RAIS

SOKONG 

DONALD TRUMP

AMIN

BANGLA INI KRONI SAPA ?



'Durian runtuh' berbilion ringgit untuk syarikat diasaskan lelaki diburu Bangladesh cetus persoalan


Kontrak daripada kerajaan bernilai berbilion ringgit kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang lelaki yang dikehendaki pihak berkuasa Bangladesh telah menimbulkan pelbagai persoalan, selain bagaimana kontrak itu dilanjutkan untuk enam tahun lagi dengan kadar pantas.

Bestinet Sdn Bhd baru-baru ini dilanjutkan kontraknya pada 3 September lalu - hanya dua minggu selepas mendapat kelulusan Kabinet - untuk menguruskan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

FWCMS dibangunkan untuk mengendalikan pengambilan pekerja asing, di mana sistem dalam talian itu dilihat dapat menghapuskan proses manual yang memakan masa selain tidak memerlukan interaksi fizikal yang kemungkinan boleh memberi peluang kepada kesalahan rasuah, sekaligus menjadi penyelesaian kepada penganiayaan pekerja asing dan pemerdagangan manusia.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ialah pengasas Bestinet, Aminul Islam, seorang ahli perniagaan Bangladesh bergelar "Datuk Seri" yang telah mendapatkan kerakyatan Malaysia, dikehendaki pihak berkuasa negara itu atas tuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram, pemerasan dan pemerdagangan pekerja asing. 

Awal bulan ini, Bloomberg melaporkan bahawa polis Bangladesh telah meminta Malaysia mengekstradisi Aminul dan Ruhul Amin.

Kedua-duanya dikehendaki negara itu dalam siasatan berhubung pengubahan wang haram, pemerasan dan pemerdagangan manusia, sebahagian daripada usaha kerajaan sementara Bangladesh untuk menghapuskan amalan rasuah dan yuran yang menganiaya rakyatnya yang mencari pekerjaan di luar negara.

Menurut surat daripada Interpol Bangladesh kepada cawangannya di Malaysia, kedua-dua lelaki itu memainkan peranan penting dalam "memeras ugut wang daripada mangsa" di samping mendedahkan mereka kepada "penyiksaan fizikal dan mental".

Ruhul merupakan pemilik Catharsis International, sebuah syarikat pengambilan pekerja berpengkalan di Dhaka.

Kedua-dua lelaki itu menafikan tuduhan ke atas mereka.

Pihak berkuasa Bangladesh juga meminta kerajaan Malaysia menggantung penggunaan FWCMS yang dibangunkan Bestinet. 

Aminul merupakan antara pemegang saham Bestinet, yang menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Parlimen baru-baru ini, bakal meraih RM3.2 bilion di bawah perjanjian baru lanjutan kontrak antara syarikat itu dengan kerajaan Malaysia.

Ia selepas perjanjian baru itu menyaksikan kenaikan yuran bagi permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau e-PASS, daripada RM100 kepada RM215 setiap pekerja.

Dengan mengambil kira jumlah pekerja asing seramai 2.5 juta orang, PAC meramalkan Bestinet bakal meraih RM3.2 bilion sehingga tahun 2031 apabila tamat kontrak.

Kenaikan dua kali ganda itu diluluskan untuk membolehkan kerajaan membayar tunggakan kepada Bestinet selama enam tahun dari 2018 hingga 2024.

Lanjutan kontrak dan kenaikan yuran itu diputuskan oleh sebuah jawatankuasa melibatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Pejabat Peguam Negara dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet, Ismail Mohd Noor, bagaimanapun dilaporkan menafikan perkiraan PAC mengenai jumlah wang yang bakal diterima syarikat itu.

Menurutnya, tidak semestinya yuran itu dikenakan kepada 2.5 juta orang, kerana negara mungkin mengurangkan jumlah pekerja asing.

"Sebagai contoh, sekarang negara Malaysia cuma ada 2.1 juta sahaja pekerja asing," katanya dipetik Malaysiakini.

Ismail merupakan antara yang disoal oleh anggota PAC yang mewakili kedua-dua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

"Adalah wajar dari segi moral untuk kerajaan memberikan sesuatu kepada kita. Untuk memberi kita sesuatu yang boleh kita bawa ke hadapan," kata Ismail dalam salah satu sesi keterangan kepada PAC.

Menurut PAC, yuran yang dikenakan itu lebih tinggi daripada kadar yang diluluskan Unit Kerjasama Awam-Swasta, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, iaitu RM86.

Bestinet sendiri sebelum ini hanya meminta RM120.

Pada 2018, Bestinet menjadi sasaran dakwaan sebuah akhbar Nepal bahawa lebih RM185 juta telah diperah daripada warga Nepal yang mencari kerja di Malaysia.

Syarikat itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, yang diterbitkan oleh Nepali Times dalam artikel bertajuk "Kleptokrat Kathmandu dan Kuala Lumpur".

Sementara itu, bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin dalam siaran terbaru podcastnya Keluar Sekejap, mempersoalkan sikap pembangkang yang dilihat lesu walaupun selepas pendedahan dan kritikan PAC mengenai kontrak kepada Bestinet.

"Kontrak (jumlah) berbilion bilion ringgit, tak pasti sama ada tender atau tidak. Ataupun hanya dia (kerajaan) melanjutkan kontrak yang sedia ada atau apa terma dia," kata Khairy.

Menurutnya, reaksi berbeza dapat dilihat sekiranya isu didedahkan PAC itu berlaku ketika zaman Pakatan Harapan menjadi pembangkang.

"Saya rasa dah meletup dah kes ni, dah berguling-guling atas jalan raya dan sebagainya.

"Saya rasa kalau dapat pada pembangkang yang lama, iaitu kerajaan hari ini, isu macam ni... wow, jadi isu nasional," kata Khairy lagi. 

Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan, belum memberi respon kepada pertanyaan MalaysiaNow.

HANYA SATU

SOALAN

AMIN

BANGKA INI

KRONI SAPA?

JENG JENG JENG

CUI BONO

IKUT DUIT 

JUMPA TUAN

AMIN

KHALAS

HUJAN TURUN TAHAP BAHAYA



Amaran hujan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu dan Pahang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya yang diramalkan berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu serta daerah Kuantan dan Jerantut di Pahang hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan turut memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) dan beberapa kawasan di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin, hingga esok.

"Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka melanda Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin).

"Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan bagi Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor serta Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat, Sabah, hingga esok," kata MetMalaysia dalam kenyataan.

Bilangan penduduk terjejas akibat banjir di enam negeri dilaporkan meningkat apabila 35,426 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi tadi.

Berdasarkan maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 305 PPS telah dibuka di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Johor dan Perak.

Kelantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 29,113 orang yang ditempatkan di 305 PPS di sembilan daerah iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Jeli, Machang, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Bachok dan Tumpat.

Ia menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding 12,526 mangsa banjir di Kelantan, berbanding petang semalam.

Jumlah mangsa banjir juga meningkat di Terengganu, daripada 1,851 semalam kepada 5,906 pada 8 pagi tadi. Mereka ditempatkan di 144 pusat perlindungan di enam daerah.

Keadaan juga bertambah buruk di Kedah dan Perlis, yang masing-masing mencatatkan seramai 180 dan 179 orang mangsa.

Di Perak dan Johor, jumlah mangsa banjir masing-masing kekal 20 dan 28 orang.

BERHATI HATI

SEMUA BERULANG

TIAP TAHUN

HUJAN TURUN

TAPI

LEBIH GANAS

LEBIH LEBAT

LEBIH BAHAYA

LEBIH LAMA

AMIN

BANJIR LUMPUR

MAKIN MELEMPAH

KHALAS

KETIMBANG YANG KE PUNDEK


KETIMBANG

YANG

KEPUNDEK

AMIN

Unknown commented on
 "SUARA LANCHOW ZIONIS 
DARI PALESTIN"

Sama la dgn madanon...kunun genoside kehulu kehilir asyik pelesitin pelesitin tapi icerd tak mau sign? Apa punya ketimbang kepundekkan ini? Tolong suruh si pelawak berdiri bernama anwar to step down la..total failure..dnaa lagi apa punya tatakelola? Tatakelola tu isap kote ke?

MALAPETAKA IKLIM BAWA MAUT



27 maut akibat tanah runtuh di Sumatera

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 27 mangsa maut akibat tanah runtuh di Sumatera, Indonesia hari ini manakala ramai lagi masih hilang, menurut seorang pegawai.

Pasukan penyelamat Indonesia kini giat mencari penumpang terperangkap dalam sebuah van mini yang terbenam dalam lumpur selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda beberapa lokasi di wilayah Sumatera Utara.

Hujan lebat yang melanda wilayah terbabit sejak minggu lalu menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di empat daerah, menurut agensi bencana Indonesia.

Tanah runtuh di sebuah kampung di Deli Serdang pada Rabu meragut tujuh nyawa dan mencederakan 20 orang, kata jurucakap polis Sumatera Utara, Hadi Wahyudi, kepada Reuters.

Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa yang hilang, termasuk penumpang van mini dan kenderaan lain yang terperangkap dalam tanah runtuh di jalan berbukit antara wilayah, katanya, sambil menambah beliau tidak dapat memberikan anggaran jumlah mangsa yang terlibat.

Di lokasi lain, pasukan penyelamat menemui 20 mayat sejak operasi pencarian bermula hujung minggu lalu, dengan dua mangsa masih belum ditemukan.

"Hari ini, kami menumpukan usaha pencarian mangsa hilang dan membersihkan jalan yang terjejas akibat tanah runtuh," kata Hadi, sambil menambah jentera pengorek tanah telah dikerahkan ke lokasi.

Tanah runtuh dan banjir kilat itu turut merosakkan rumah, masjid, dan sawah padi.

Hujan lebat turut menyebabkan banjir di ibu kota wilayah, Medan, sehingga mengganggu proses pengundian pilihan raya tempatan di beberapa pusat mengundi.

Cuaca melampau dijangka berlaku di Indonesia menjelang penghujung 2024, berikutan fenomena La Niña yang meningkatkan taburan hujan di kepulauan tropika itu, menurut amaran agensi cuaca negara. - REUTERS

AL-FATIHAH

AMIN

INI TANDA JELAS

MALAPETAKA 

IKLIM

MEMBAWA MAUT

KHALAS

BANJIR DI PANTAI TIMUR


KEADAAN BANJIR

DI KELANTAN

DI TERENGGNU

AMIN

PAMANASAN DUNIA KERJA MANUSIA


HUJN DAN

BANJIR HUKUM

ALAM

AMIN

PEMANASAN DUNIA

KERJA MANUSIA

BOLEH DI LAWAN

KHALAS

Unknown commented on 
"BANJIR UDAH SAMPAI"

Tak payah report la TT ini semua takdirrr...tuckbeer...macam musim buah time dia datang dia akan berbuah. Jangan harap apa apa perubahan..mangkuk munteri munteri lulus srp pon tak tentu..tapi semua ada latuk seli. Lanchow punya olang.

KONTREK ASKAR BUKIT GANTANG PUNYA


KONTREK ASKAR

BUKIT GANTANG

PUNYA

KHALAS

BANJIR MAKIN TEROK



Kedai tenggelam, dataran niaga Kampung Bantal dua kali dilanda bah dalam 48 jam


JERANTUT: Dataran niaga di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, dekat sini dilanda banjir kali kedua dalam tempoh kira-kira 48 jam apabila air Sungai Tembeling melimpah semula tengah malam tadi.

Banjir kali pertama surut pada jam 12.30 tengah malam kelmarin sebelum air Sungai Tembeling kembali melimpah kira-kira 12.30 tengah malam tadi berikutan hujan berterusan di kawasan hulu Sungai Sepia yang melalui Kampung Gusai dan Sungai Tembeling.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bantal, Hamdan Ali, berkata arus kedua-dua sungai berkenaan bertembung dan mengakibatkan banjir melanda semula.

"Kejadian hujung tahun seperti ini sudah lumrah bagi penduduk di sini serta petempatan lain di sepanjang Sungai Sepia dan Sungai Tembeling. Kami sudah bersiap sedia lebih awal serta berwaspada berdepan kemungkinan banjir lebih besar, di samping mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui.

Katanya, penduduk sudah melakukan persiapan sejak awal November, termasuk pemilik perniagaan di dataran niaga kampung itu yang mengemas peralatan berniaga dan menutup operasi premis.

Sementara itu, penduduk, Jamizan Rashid, 45, berkata banjir berulang semula di kawasan itu berikutan keadaan cuaca tidak menentu dan air Sungai Tembeling belum surut sepenuhnya.

"Tahun lalu, sebanyak dua kali air sungai melimpah masuk ke dataran ini, surut dalam tempoh antara lapan hingga 12 jam kemudian.

"Penduduk di sini sudah kerap berdepan bencana ini, jadi kami dan penduduk sepanjang Sungai Tembeling sentiasa berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa ketika paras air Sungai Tembeling naik mendadak," katanya.

Katanya, memandangkan cuaca tidak menentu dan hujan masih berterusan di kawasan hulu Sungai Sepia yang melalui Kampung Gusai dan bertembung dengan arus Sungai Tembeling, kemungkinan banjir berulang melanda dataran niaga itu adalah tinggi.

SABAN TAHUN

HUJAN AKAN

LEBIH LEBAT

BANJIR AKAN

LEBIH DALAM

LEBIH KERAP

LEBIH MELUAS

AMIN

INI AKIBAT DARI

DUNIA YANG

MAKIN PANAS

AMIN

KHALAS

PETANG INI


PETANG INI

JAM 3 PETANG
AWAN HITAM SEDANG BERKUMPUL
GURUH KEDENGARAN DARI WILAYAH
YANG AGAK JAUH
ANGIN SEJUK BERTIUB
TANDA HUJAN AKAN TURUN
PETANG IN


CAKAP BENAR TAK PERLU TAUBAT


BERCAKAP BENAR

TAK PERLU TAUBAT

AMIN


Unknown commented on
 "PAGI INI"

Hari2 kerja buat fitnah untuk dapat rezki Sara hidup kau yang tak Ada masa depansampai mampos Dan mayat kau di kubur kan di jerat cina sebelah kondo kau. Taubat lah TT.

MINAH MARA PADA ANWAR IBRAHIM


PASAI APA

MINAH INI MARAH

PADA 

ANWAR IBRAHIM?

AMIN

WARAN TANGKAP BENJAMIN NETANYAHAU


WARAN TANGKAP 

BENJAMIN 

NETANYAHU


Pada Khamis 21 November 2024  tiga waran tangkap telah di keluarkan oleh MJA -  Mahkamah Jenayah Antarabangsa - Internasional   Criminal Court.  Tiga waran  di keluarkan  untuk menangkap Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel, Yoav Gallant  bekas Menteri Pertahanan Israel dan  Mohammed Deif  ketua Briged  Izz al-Din al-Qassam dari Hamas.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (MJA) ini telah di tanda tangani  oleh 124 negara dalam dunia ini. Negara-negara ini juga telah  meratifikasi dan menandatangani Perjanjian Rom – Rome Statute. MJA mula secara resmi bergerak pada 1 Julai 2002.

Jangan tersilap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ini berbeza dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Walaupun ke dua-duanya berpusat di Den Haque Belanda dan kait rapat dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)

Mahkamah Jenayah Antarabangsa  ialah sebuah organisasi antara kerajaan dan tribunal antarabangsa. Ia merupakan mahkamah antarabangsa pertama dan satu-satunya yang mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa individu bagi jenayah antarabangsa genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan. 

Mahkamah yang bersidang telah mendapati Netanyahu dan Gallant   dengan sengaja dan secara sedar telah menafikan hak penduduk awam  di Gaza  untuk hidup. Mereka telah dinafikan makanan, air, dan ubat-ubatan dan bekalan perubatan, serta bahan api dan elektrik.  Ini jenayah terhadap kemanusiaan.

Manakala  Mohammed Deif  pula dituduh  telah  melakukan jenayah  terhadap kemanusiaan dengan melakukan pembunuhan, pemusnahan, penyeksaan dan rogol dan bentuk keganasan seksual yang lain. Serta jenayah perang pembunuhan dan pengambilan tebusan. 

Mahkamah juga mahu mengeluarkan  waran tangkap terhadap Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar. Tetapi dua mereka ini telah wafat. 

Dari segi sejarah Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini telah  mengeluarkan waran tangkap pertamanya pada 8 Julai 2005. Perbicaraan pra-perbicaraan pertama diadakan pada 2006. 

Orang yang ditahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa  ditahan di pusat tahanan MJA yang terletak di dalam penjara Belanda di Scheveningen.

Sehingga Jun 2018, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap awam terhadap 42 individu, enam daripadanya kini dalam tahanan mahkamah.

Sosok pertama kena tangkap  dan dijatuhkan hukum ialah  ketua pemberontak Congo, Thomas Lubanga Dyilo.  Sosok ini didapati  bersalah atas jenayah perang yang berkaitan dengan menggunakan askar kanak-kanak. Lubanga dijatuhi hukuman penjara 14 tahun.

Pada 17 Mac 2023, waran tangkap  di keluarkan untuk Presiden Rusia Valdimair Putin dan Maria Lvova-Belova .Maria adalah  pesuruhjaya  Rusia untuk kanak-kanak. Mereka terlibat dalam jenayah perang di Ukraine.

Waran terhadap Putin adalah yang pertama terhadap ketua anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketika waran di keluarkan terhadap Putin media dunia heboh tetapi tidak seheboh keluarnya waran terhadap Netanyahu.  Malah media dunia seolah-olah semua  bersetuju bahawa  jenayah telah berlaku dan Putin perlu dibicarakan.

Dunia masih teringat bagaimana Putin gagal hadir di Persidangan Ekonomi BRIC pada bulan Ogos 2023 di Johannesburg di Afrika Selatan. Ini kerana negara Afrika Selatan menghormati keputusan  MJA.

Apa makna waran tangkap terbaru  ini ? Apa implikasinya terhadap Israel? 

Pertama Netanyahu dan Gallant tidak lagi bebas mundar mandir mengikut suka hati. Dua sosok ini pasti berhati-hati kerana ada 124 negara  yang telah meratifikasi perjanjian mahkamah ini.

Manakala Mohammed Deif  dikatakan telah gugur. Tetapi tidak ada kepastian.

Belanda negara  salah satu negara Eropah yang  pertama secara terbuka menyatakan pendirian. Ini kerana mahkamah itu sendiri terletak di Belanda

Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp, berkata: "Belanda jelas menghormati kemerdekaan ICC....Kami bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan ICC dan kami juga akan melakukannya. Kami mematuhi 100% Statut Rom."

"Kami mematuhi 100% Statut Rom...Ini bermakna kami mematuhi waran tangkap jika seseorang berada di wilayah Belanda. Dan ini bermakna kami tidak menjalin hubungan yang tidak penting."

Kita  sering membaca dan mendengar  ahli politik Ireland bersuara dalam Parlimen Eropah menyatakan sokong terhadap perjuangan Palestin. Justeru dunia tidak terkejut dengan pendirian kerajaan Ireland.

Perdana Menteri  Ireland Simon Harris mengalu-alukan waran tangkap itu. Dia menyebutnya sebagai "langkah yang sangat penting".

"Kami telah menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa mesti terpakai dalam semua keadaan, pada setiap masa, dan di semua tempat dan mereka yang bertanggungjawab untuk pelanggaran, mereka yang melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya," tulis Harris dalam satu kenyataan.

"Ireland menghormati peranan Mahkamah Jenayah Antarabangsa."

Norway, yang baru-baru ini mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, berkata: "ICC memainkan peranan penting... Adalah penting ICC menjalankan mandatnya dengan cara yang bijak. Norway yakin mahkamah akan meneruskan kes berdasarkan piawaian percubaan adil tertinggi."

Dalam masa yang sama  kerajaan Afrika Selatan mengalu-alukan keputusan mahkamah, menyifatkannya sebagai "langkah penting ke arah keadilan bagi jenayah kemanusiaan dan jenayah perang di Palestin".

"Afrika Selatan mengesahkan komitmennya terhadap undang-undang antarabangsa dan menggesa semua pihak negara untuk bertindak mengikut kewajipan mereka dalam Statut Rom," .

“Kami menyeru masyarakat global untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan akauntabiliti terhadap pencabulan hak asasi manusia.

Jangan  kita lupa negara bernama Afrika Selatan ini telah  juga telah membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.  Afrika Selatan awal lagi telah menuduh Zionis Israel itu melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. 

Kerajaan British menunjukkan bahawa Netanyahu menghadapi penahanan jika dia mendarat di UK.  

Manakala Itali dan Perancis masih belum menyatakan secara terbuka pendirian mereka. Walhal negara ini semua mengiktiraf MJA.

Negara-negara Arab dan negara yang klim sebagai negara Islam seperti Moroko, Mesir, Saudi Arabia atau  Libya hingga tulisan ini di garap belum ada kedengaran pendirian mereka.

Hanya Iran membuat pendirian yang  jelas dan keras.

Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei  yang menyokong pejuang Hamas dan Hizbullah di Gaza dan Lebanon, berkata hukuman mati wajar dikenakan terhadap pemimpin Israel, bukannya waran tangkap.

"Mereka mengeluarkan waran tangkap, itu tidak cukup... Hukuman mati harus dijatuhkan untuk pemimpin-pemimpin jenayah ini," kata Khamenei, merujuk kepada pemimpin Israel.

Apa pendirian  kerajaan Amerika di bawah Biden ?

Dulu ketika waran di keluarkan untuk menangkap Putin kerana jenayah perang di Ukraine media Amerika heboh bagai nak rak. Semua pemimpin Parti Republikan dan Demokrat mengalu-alukan waran tangkap untuk Putin.

Media Amerika mengesahkan Putin  sebagai penjenayah.

Pada 18 Mac 2023 portal berita BBC telah melaporkan bahawa Presiden  Joe Biden mengalu-alukan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang mengeluarkan waran tangkap terhadap rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin.

Presiden Biden berkata, walaupun mahkamah juga tidak mempunyai pengaruh di AS, pengeluaran waran "membuat titik yang sangat kuat".

"Putin jelas melakukan jenayah perang," katanya kepada pemberita.

Kali ini bila waran untuk Netanyahu di keluar semuanya jadi terbalik.   Politikus Amerika tidak meloncat mengambur seperti ketika waran tangkap untuk Putin keluar

Pada 22 November 2024 dari portal BBC yang sama Presiden AS Joe Biden menggelar waran tangkap jenayah perang Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk Netanyahu perdana menteri Israel sebagai "keterlaluan".

Eropah dan AS berpecah dalam respons mereka terhadap waran itu, dengan beberapa negara Eropah berkata mereka menghormati keputusan ICC. 

Amerika yang menanda tangani Rom Statut pada 31 Disember 2000 kelihatan berdulak dalik dan terus mempertahankan negara Zionis Israel.

Biden berkata – keterlaluan. Dunia bertanya keterlaluan apa? Bukankah pembunuhan yang dilakukan oleh Israel itu amat-amat keterlaluan.

Hakikatnya geo-politik dunia hari dan kuasa  imperialis Amerika akan memastikan dua  sosok Zionis ini tidak akan masuk ke penjara di Belanda.

Amerika telah bersedia dengan alat perisai yang di panggil The Hague Invasion Act.

Ini adalah Akta Perlindungan Anggota Perkhidmatan Amerika, yang ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden George W. Bush pada 3 Ogos 2002. Undang-undang itu direka untuk melindungi kakitangan tentera dan pegawai kerajaan A.S. daripada didakwa oleh MJA.

Akta ini  memberi Amerika  kuasa untuk menggunakan "semua cara yang diperlukan," termasuk pasukan tentera, untuk mendapatkan pembebasan mana-mana warga AS atau bersekutu yang ditahan oleh MJA.

Akta ini direka  menjelang pencerobohan Inggeris-Amerika ke atas Iraq di mana tentera AS dan UK didakwa melakukan banyak jenayah perang.

Maknanya tentera Amerika akan menyerang Belanda jika Belanda menangkap Netanyahu dan Gallant.

Lalu timbul persoalan kepada diri kita sendiri. Apa  pendirian kerajaan Madani terhadap waran tangkap ini. Bila persoalan  ditanya maka kita akan membuka kembali babak dimana Malaysia gagal untuk menanda tangani Rom Statut. Malaysia secara resmi pada 5 April 2019 menolak Rom Statut.  

Justeru jika Netanyahu lari atau singgah ke Kuala Lumpur apakah dia akan di tangkap?  Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/727274