Khamis, 14 November 2024

JANGAN PEDULIKAN APA ANWAR CAKAP


JANGAN PEDULIKAN

APA ANWAR CAKAP

AMIN

TERUS SERANG

ZIONIS ISRAEL

KHALAS

HIZBULLAH BUNUH 6 ZIONIS


HIZBULLAH

BUNUH 6 ZIONIS

AMIN

AL-FATIHAH UNTUK ISMAIL HANIYEH


AL-FATIHAH

UNTUK 

ISMAIL HANIYEH

KHALAS

ANWAR PRO ISREAL


ANWAR

PRO ISRAEL

AMIN

SEKALI BUDAK AMERIKA SENTIASA JADI BUDAK AMERIKA




Anwar dikecam kerana akur Israel berhak wujud, 'mempertahankan diri'


Pemimpin pembangkang dan aktivis pro-Palestin melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menerima hak Israel untuk wujud dan untuk "mempertahankan diri" - dua tuntutan yang sering dibuat terhadap pemimpin Islam oleh kerajaan Barat yang menyokong rejim Zionis itu.

Ketika perbahasan Dewan Rakyat hari ini, ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menegur Anwar atas pendiriannya yang dinyatakan dalam wawancara bersama CNN baru-baru ini, apabila beliau ditanya mengenai konflik Palestin.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menggesa Anwar memperbetulkan kenyataan itu.

"Dalam keadaan sekarang ini Israel tidak ada hak untuk wujud dalam dunia ini pada hari ini," kata Fadhli yang juga ahli Parlimen Pasir Mas.

"Dalam suasana seperti hari ini - kezaliman dengan segala macam jenayah yang dilakukan oleh negara ini - maka kita minta supaya PM dapat mengulangi semula kenyataan yang lebih tegas bahawa apa yang diucapkan dalam wawancara itu tidak tepat dengan pendirian yang sepatutnya kita ungkapkan."

Anwar, dalam wawancara bersama wartawan CNN Richard Quest, pada awalnya mengkritik sikap media Barat kerana menyebarkan naratif berat sebelah yang mengabaikan penjajahan rakyat Palestin.

Beliau kemudian ditanya sama ada menerima hak Israel untuk wujud dan mempertahankan diri.

CNN: Tetapi anda akan setuju bahawa, a) Israel berhak wujud.
Anwar: Ya, ya.
CNN: Dan b) Israel berhak mempertahankan dirinya.
Anwar: Ya.

Jawapan Anwar itu bercanggah dengan dasar kerajaan Malaysia yang selama ini tidak mengiktiraf negara Zionis itu.

Fadhli berkata beliau memahami Malaysia dibataskan daripada mengambil pendirian yang "terlalu keras kerana kita bergantung kepada banyak perkara".

"Tetapi dengan kita mengemukakan usul untuk mengeluarkan Israel daripada PBB, apalah sangat untuk kita menyatakan bahawa Israel sudah tidak ada hak untuk wujud dalam dunia yang ada pada hari ini, kerana negara ini diasaskan oleh genosid, kezaliman, darah rakyat Palestin yang tumpah tidak ada dosa dan alasan yang munasabah," katanya merujuk ucapan Anwar pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh baru-baru ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman mempersoalkan pendirian Anwar, manakala Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin menyifatkan kenyataan itu mengelirukan dan dikesali.

"Saya risau jika ucapan ini dimanipulasi (sebagai) kita membenarkan tindakan Israel untuk terus membantai rakyat di Gaza," kata Tarmizi.

Pakar Palestin ajar PM jawab CNN

Jawapan Anwar kepada soalan CNN itu ditentang aktivis pro-Palestin yang selama ini membantah keputusannya membawa masuk sebuah syarikat milik gergasi pelaburan AS BlackRock, untuk menjadi pemegang saham dalam konsortium menguruskan lapangan terbang di Malaysia.

Azzam Tamimi, seorang ahli akademik Palestin terkemuka yang berpangkalan di London, melahirkan rasa terkejut dengan pendirian Anwar, sambil berkata perdana sepatutnya memberi jawapan berbeza kepada soalan daripada CNN.

"Jawapan betul untuk soalan pertama adalah seperti berikut: 'Apakah kamu meminta saya mengiktiraf kesahihan sebuah entiti penjajah yang dibina di atas tanah yang dicuri daripada rakyat Palestin? Apakah kamu meminta saya mengiktiraf sebuah negara yang lahir daripada pembunuhan beramai-ramai?'" Tamimi, yang pernah mengarang buku mengenai sejarah Hamas, memberitahu MalaysiaNow.

"Jawapan yang betul kepada soalan kedua ialah: 'Siapa yang berhak mempertahankan diri, penjajah atau mangsa penjajahan?'" tambahnya.

Sayap tempatan pergerakan global memulau Israel - Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) - mengingatkan bahawa Israel dibina atas tanah rakyat Palestin yang diusir menerusi jenayah perang dilakukan negara Zionis itu.

"Yang berhak untuk mempertahankan diri dan dilindungi daripada kezaliman adalah warga Palestin dan bukan Israel. Malaysia mesti terus berusaha untuk menyekat kezaliman Israel serta memastikan Israel digantung keahlian di PBB atau ditendang keluar," kata Presiden BDS Malaysia, Nazari Ismail .

Manakala sebuah kumpulan yang lantang dan kerap menganjurkan protes pro-Palestin di Kuala Lumpur berkata tidak ada asas untuk mengatakan Israel mempunyai hak "mempertahankan dirinya".

"Kewujudan Israel sebagai negara apartheid dan tindakan dendam oleh tentera Zionis bukan pertahanan, tapi penghapusan bangsa Palestin secara genosid," kata bekas ahli Parlimen Tian Chua, yang juga jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin.

"Israel juga menyerang negara-negara jirannya atas nama pertahanan tetapi sebenarnya adalah alasan untuk mengembangkan tanah jajahannya," tambahnya.



WOIT

BAGI CHANLAAA

ANWAR BUDAK

AMERIKA

KAH KAH KAH

PUTAR SANA

PUTAR SINI

NAK TUTUP 

KOPIAH AMERIKA

KAH KAH KAH

SEKALI 

BUDAK AMERIKA

SENTIASA JADI

BUDAK AMERIKA

AMIN

KESIAN ARWAH

ISMAIL HANIYEH

BERPUSING DALAM

KUBUR

AMIN

KHALAS

MENIAGA VIDEO - PASAL APA SALAH ?



Jual video lucah sendiri, pelajar IPTA raih RM3,000 sebulan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disiasat kerana disyaki menjual kandungan video lucah adegan sendiri di aplikasi X.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pelajar lelaki berkenaan meraih pendapatan sehingga RM3,000 sebulan dengan anggaran harga sehingga RM150 bagi setiap video.

“Siasatan awal MCMC mendapati, kegiatan suspek bermula dari 2021 dengan memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain ke platform X.

“Modus operandi suspek kemudiannya berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita yang dikenali, sehingga memperoleh lebih 100,000 pengikut di platform tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut badan kawal selia itu lagi, kegiatan pelajar berkenaan terbongkar selepas MCMC membuat risikan berdasarkan aduan awam sebelum menyerbu sebuah premis di Shah Alam.

Hasil daripada operasi tersebut, MCMC telah menyita satu unit telefon bimbit serta kad sim dipercayai milik suspek yang telah digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut.

Tambahnya, pelajar terbabit bersama seorang wanita yang merupakan penuntut institusi pengajian tinggi swasta juga telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998). Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali. -

WOIT

TETEK DIA

PUNYA

AMIN

PEHA DIA 

PUNYA

AMIN

BADAN DIA

PUNYA

AMIN

BURIT KERAJAAN

PUNYA KE?

KAH KAH KAH

PASAI APA

SALAH 

AMIN

DIA NAK KAYA

INI MODAL BAIK

AMIN

KHALAS

DUIT DI BELAKANG KUASA POLITIK


DUIT DI BELAKANG

KUASA POLITIK

KHALAS

ARWAH ISMAIL HANIYEH KENA TIPU


Adakah Israel berhak wujud dan mempertahankan diri? Ya, kata Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau mengiktiraf hak Israel untuk wujud sebagai sebuah negara serta haknya untuk "mempertahankan diri", pendirian yang dilihat bakal mencetuskan persoalan sama ada beliau sehaluan dengan dasar kerajaan Malaysia untuk tidak mengiktiraf negara Yahudi itu.

Dalam wawancara bersama CNN baru-baru ini, di mana Anwar turut mengkritik media Barat yang cuba mengenepikan isu penjajahan selama beberapa dekad di wilayah Palestin dan menyebarkan naratif yang berat sebelah sejak serangan 7 Oktober oleh Hamas tahun lepas, perdana menteri ditanya sama ada beliau menerima hak Israel untuk wujud dan haknya untuk mempertahankan diri.

Beliau menjawab "ya" kepada kedua-dua soalan.

Terdahulu, Anwar ditanya wartawan CNN Richard Quest sama ada beliau cuba menghalalkan serangan Hamas itu apabila berhujah ia merupakan kesan daripada keganasan Israel.

"Sebagai contoh, jika masyarakat antarabangsa mengambil pendirian moral yang tinggi serta konsisten, maka saya akan akur, 'ya kita mesti hentikan tindakan keterlaluan ini'," kata Anwar.

CNN: Tetapi anda akan setuju bahawa, A: Israel berhak wujud.
Anwar: Ya, ya.

CNN: Dan B: Israel berhak mempertahankan dirinya.
Anwar: Ya.

Isu mengiktiraf negara Israel menjadi asas kepada dasar Malaysia untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan negara Zionis itu, pendirian yang turut diambil kira-kira 30 kerajaan di seluruh dunia.

Sebelum serangan 7 Oktober yang disusuli dengan serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza, Washington secara agresif mempromosikan apa yang dipanggil Perjanjian Abraham dalam usaha menormalisasikan hubungan negara Arab dan Islam dengan Israel - inisiatif yang pertama kali dilancarkan ketika pentadbiran penggal pertama Donald Trump.

Sebaliknya, Malaysia dan banyak kerajaan Islam melihat penyelesaian dua negara sebagai jalan tengah yang membolehkan mereka mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat, sekutu utama Israel, pada masa sama menyokong negara Palestin yang merdeka.

Kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 50,000 orang, dilihat menguburkan penyelesaian dua negara, apabila ramai pemimpin Israel secara terbuka menentang sebarang negara Palestin, malah menggesa pengusiran dan pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin.

Jawapan Anwar kepada soalan CNN bakal mendapat tentangan aktivis pro-Palestin di Malaysia yang selama ini membantah keputusannya untuk membawa masuk sebuah syarikat milik gergasi pelaburan AS BlackRock, menyertai pemegang saham dalam konsortium menguruskan lapangan terbang di Malaysia.

BlackRock mempunyai reputasi memperkasakan ekonomi Israel di samping pelaburannya yang meluas dalam industri senjata AS yang membekalkan kelengkapan tentera kepada Israel.

Anwar telah menolak bantahan terhadap penglibatan BlackRock, seperti mana beliau mempertahankan penyertaan syarikat senjata AS yang berurusan dengan tentera Israel dalam sebuah pameran pertahanan dianjurkan kerajaan Malaysia pada Mei lalu.

Bulan lalu, Anwar dikritik kerana mengadakan pertemuan mesra dengan Anthony Blinken, setiausaha negara AS yang terkenal sebagai penyokong tegar Zionis.

"Wahai Anwar... Anda sepatutnya tidak bertemu Blinken ketika dia menyembelih umat Islam Palestin dan Lubnan," kata Sami Hamdi, seorang wartawan dan pakar Timur Tengah berpangkalan di United Kingdom, dalam kiriman media sosial yang mengundang serangan  oleh tentera siber (cybertrooper) Pakatan Harapan.

Lebih sedekad lalu, Anwar dikecam susulan wawancara bersama akhbar The Wall Street Journal, di mana beliau dipetik sebagai berkata akan "menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel".

Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 2022, akhbar berpengaruh Israel Haaretz menyifatkan pelantikan Anwar sebagai membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Israel dan Malaysia.

"Israel akan menyukai hubungan yang lebih erat dengan Kuala Lumpur. Mungkin ini adalah peluang?" tulis ketua pengarang Haaretz, Esther Solomon.

Akhbar itu turut menganggap Anwar lebih terbuka dalam menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, sambil membuat perbandingan dengan Dr Mahathir Mohamad yang kerap dilabelkan ahli politik Israel sebagai "anti-Yahudi".

"Walaupun rekod (kenyataannya) bercampur-baur, (Anwar) Ibrahim sememangnya lebih terbuka kepada Israel berbanding Mahathir yang mengambil pendirian keras, di mana ia berpotensi memberi peluang kepada Israel untuk memperbaiki hubungan (dengan Malaysia) ke tahap tertentu," lapor akhbar itu.

AL-FATIHAH

KEPADA 

ISMAIL HANIYEH

AMIN

DIA KENA TIPU

KAH KAH KAH

ANWAR 

NAK JUMPA

BIDEN MESTIKAN

BODEK ISRAEL

KAH KAH KAH

KHALAS

UMNO NAK BUNUH HAJIJI


UMNO 

NAK BUNUH HAJIJI

KAH KAH KAH

AMIN

UMNO PARTI MELAYU SEMANGAT 47


UMNO

PARTI MELAYU

SEMANGAT 47

KHALAS

Unknown commented on 
"SATU SABAH TAHU - KERJA UMNO"

umno sekarang cuba.nak bangkit semula jika tidak harapan menjadi gelap kelam !!la pun ada cikit boleh bernafas sebab dalam k'jaan madani jadi cuba bangkit semula dgn president parti melayu semangat 47 kahkahkah teruskan mencuba utk keramat semula!!

BUKAK MULUT MOHONG - KENAPA ZAHID TIDAK DI DAKWA ?



BUKAK MULUT

MOHONG

AMIN

KENAPA ZAHID

TIDAK DI DAKWA

KHALAS

Unknown commented on
 "KES YUSOFF RAWTHER"

pasai pa yang ada kes sampai 47 tak mau bantah sungguh sungguh biar pihak mahkamah yg putuskan bebas DNAA???pasai apa???kan PM cakap benteras rasuah tak kira sapa dia besar dato' sri maha kaya kayangan atau rakyat biasa?? kenapa tak ikut cakap nuar madani terhormat???

KARYA INI CUKUP HEBAT - TABIK !!!


HEBAT 

KARYA INI

AMIN

ANGKAT TABIK 

TANDA HORMAT

AMIN

TRUMP DAN DAULAH TERPENDAM


DONALD TRUMP 

DAN

DAULAH TERPENDAM


Pada Selasa 5 November 2024 Donald Trump menang pemilihan Presiden Amerika. Trump akan angkat sumpah pada 20 Januari 2025 sebagai  Presiden Amerika ke 47. Lebih dari 70 juta warga Amerika memilih Trump sebagai Presiden. Trump mengalahkan Kamala Harris.

Tetapi dari apa yang saya amati  daulah terpendam atau deep state tidak  bersetuju dengan pilihan 70 juta undian ini. 

Siapa daulah terpendam ini ? Kenapa tidak bersetuju dengan pilihan orang ramai ?

Justeru adalah   wajib  untuk saya terangkan lebih awal apa  dan siapa itu daulah terpendam. Pemahaman konsep dualah terpendam ini penting. 

Daulah terpendam ini  ialah kerajaan dalam kerajaan. Kumpulan dan sosok-sosok berkumpul secara tidak resmi dan mereka terikat  dalam rangkaian kuasa. Mereka bergerak secara rahsia dan tidak resmi.  Beroperasi secara bebas daripada kepimpinan politik  resmi sesebuah negara. Mereka ada memiliki agenda dan matlamat mereka sendiri yang mungkin tidak selari dengan kepentingan negara. 

Contohnya : Mereka mungkin pegawai tinggi polis atau tentera yang masih bertugas atau telah pencen. Mereka mungkin juga pegawai tinggi di jabatan kerajaan yang sedang bertugas atau telah bersara. Mereka mungkin dari kalangan kaum feudal.  Bersama mereka adalah para cukong, ahli perniagaan, pemilik industri dan towkay judi dan lendir yang berkepentingan dalam perniagaan.

Cara mereka bekerja ialah melobi kerajaan yang sedia ada untuk  menerima cadangan mereka. Mereka mengajukan cadangan untuk meluluskan projek mereka. Mereka memesongkan  dasar negara ke arah  dasar dan garis   yang memberi keuntungan kepada mereka.

Semua pergerakan mereka dalam gelap dan tidak rasmi. Bila mana projek atau cadangan mereka telah di terima maka kerajaan seperti kerajaan Madani hari ini akan mengumum seolah-olah ini projek berasal dari kerajaan. 

Contoh terbaik di Malaysia ialah kes Fashion Valet dan 5G.  Tup tup di umum. Bila di tanya wartawan  jurucakap kerajaan sendiri tidak tahu menahu dan minta masa untuk mencari jawapan.

Apa yang mengikat mereka ialah kepentingan bersama. Pandangan dunia yang sama. Paling mustahak kepentingan ekonomi  untuk yang meraih keuntungan bersama.

Di Amerika contoh terbaik untuk memahami daulah terpendam ialah kes pembunuhan John F Kennedy pada 22 November 1963. Presiden Amerika ke 35 ini telah di tembak mati di Dallas Texas ketika mengadakan lawatan resmi.

Hingga ke hari ini masih banyak data dan maklumat dari fail siasatan FBI dan CIA tidak di umumkan. 

Pada 17 Ogos 2023 akhbar The Christian Science Monitor melaporkan  50 tahun sesudah JFK ditembak mati masih ada beberapa ratus muka surat dokumen penyiasatan yang berkaitan dengan pembunuhan Presiden John F. Kennedy masih diklasifikasikan.

Di klasifikasikan bermakna di tutup dari pengetahuan orang ramai.

Kenapa JFK di bunuh ?

Jawabnya mudah. Ada beberapa sebab yang meyakinkan. Pertama  JFK mahu menamatkan Perang Vietnam. Kedua JFK mahu menjalankan  reformasi dalam lembaga risikan negara – CIA (Central Intelligence Agency )

Langkah JFK  anti  perang ini tidak menguntungkan industri senjata. Mereformasi CIA adalah langkah yang mungkin mengurangkan bajet gelap CIA.

Maka JFK wajib dijimatkan.

Bagaimana pula dengan Donald Trump?
Apakah Trump akan dijimatkan seperti JFK?

Kes Trump lagi memeranjatkan. Belum menang lagi, ketika  Trump masih berkempen telah dua kali – saya ulang - telah dua kali ada percubaan membunuh ke atas dirinya.

Semua jari menunjukkan ke arah satu konspirasi yang mahu Trump mati dan tidak bertanding. Amin.

Pada 8 November 2024 tiga  hari sesudah Trump menang stesen Al-Jazeera  melaporkan : Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah membuka tuduhan jenayah terhadap seorang lelaki yang didakwa ditugaskan oleh Iran untuk "mengawasi dan merancang untuk membunuh" Donald Trump sebelum pilihan raya presiden.

Aduan jenayah yang difailkan di mahkamah persekutuan di Manhattan  New York berkata seorang ejen dengan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah mengarahkan seorang warga Afghanistan, Farhad Shakeri, untuk menyediakan rancangan itu pada bulan  Oktober.

Jelas - Iran kini dituduh sebagai merancang untuk membunuh Donald Trump. Apakah ini masuk akal? 

Untuk saya ini adalah perancangan dari  daulah terpendam yang bekerja sama dengan kumpulan Zionis di Amerika.

Tujuan jelas untuk memastikan Trump tidak akan mengubah dasar Amerika yang menjadikan Iran sebagai musuh.  Daulah terpendam mahu meyakinkan  Trump sendiri bahawa Iran itu musuh ketat Amerika dan musuh peribadi Trump. Sekatan ekonomi wajib diteruskan.

Jangan lupa pada malam 13 April 1993, sehari sebelum George H. W. Bush dijadualkan melawat Kuwait City untuk memperingati kemenangan gabungan antarabangsa menentang Iraq dalam Perang Teluk Parsi, pihak berkuasa Kuwait menahan 14 orang yang disyaki dalam komplot untuk membunuh Bush menggunakan bahan letupan yang disembunyikan di sebuah Toyota Landcruiser.

George Bush nak kena bunuh. Trump pun nak kena bunuh oleh pengganas. Lihat persamaan.

Berita projek Iran nak bunuh Trump ini menjadi lawak kerana Sang Pembunuh belum pun memiliki pasport. Kah kah kah.   Farhad Shakeri ini belum lagi membeli tiket kapal terbang menuju Amerika. Kah kah kah.

Daulah terpendam mengarahkan  media  untuk memilih Kamal Harris sebagai calon Presiden. Jika  Kamala menjadi Presiden maka suasana politik Amerika  akan tenteram sedikit. Kekuatan Kamala ialah dia akan setia dan mengikut skrip yang di tulis oleh daulah terpendam.

Justeru kita melihat semua – saya ulang – semua media arus perdana Amerika memberi laporan bahawa perlawanan Trump Kamala ini ‘ neck to neck – leher ke leher ‘ ertinya kedua-dua  memiliki sama peluang untuk menang.

Ini hampeh. Ini bohong. Ini propaganda.

Semua ini dilakukan untuk memastikan undi tidak pergi ke Trump. Perkara yang sama telah di lakukan oleh media Amerika pada tahun 2016 ketika Trump melawan Hillary Clinton.

Para pembaca akan bertanya siapa kepala ‘ deep state’ di Amerika ini?

Jawabnya bukan susah.  Di Amerika ada sistem lobi yang resmi.  Lembaga-lembaga lobi mendaftar dan menunjukkan siapa yang mereka wakili dan membiayai mereka. 

Dana bertukar tangan dengan terbuka dan tidak dalam gelap. Dana ini untuk kegunaan kempen politik.  Kempen politik di Amerika bukan kecik anak. 

Pelobi paling berpengaruh di Amerika  ialah AIPAC  (American Isreal Public Affairs Committee ).  Badan pelobi seperti AIPAC   boleh bersuara dan mengeluarkan pandangan  di media dan  dikaca TV.  Seyogia diingati di belakang pelobi  ini ada jaringan sosok-sosok yang berpengaruh.

Contoh kejayaan daulah terpendam paling  jelas di Amerika ialah bagaimana Amerika telah membuka tiga medan perang - Perang Iraq, Perang Syria dan Perang Libya.

Daulah terpendam memasukan jarum agar negara-negara Arab ini di serang. Ketiga-tiga negara Arab ini berpotensi untuk melawan Israel. 

Israel melalui daulah terpendam telah  menggunakan Amerika untuk memerangi Arab. Anak anak muda Amerika  menjadi mayat kerana Israel. Sedih tetapi benar Amerika tidak ada apa-apa keuntungan dalam ketiga-tiga perang ini.

Yang memungut laba dan untung ialah Israel. Ini contoh cara daulah terpendam bergerak di Amerika.

Tetapi Trump bukan menyokong Palestin. Trump juga bersahabat baik dengan Benjamin Netanyahu. Betul.

Pada ketika ini apa yang merisaukan daulah terpendam bukan sokongan Trump terhadap Israel. Yang amat menakutkan daulah terpendam hari ini ialah sikap dan tindak tanduk Donald Trump ini tidak dapat di baca.

Pada 10 November 2024 agensi berita Bloomberg telah menulis tajuk berita : “ Rancangan Dasar Luar Donald Trump Tidak Dapat Diramalkan.
 
Sekutu  dan penyokong Donald Trump berhujah bahawa ketidakpastiannya adalah ciri dan aset utama Trump  dalam berurusan dengan seluruh dunia. Itu menjadikan perjalanan dasar luar pentadbirannya mencabar”.

Daulah terpendam merasa risau dan sangsi terhadap tindak tanduk Trump dalam  dasar luar negara. Maka dualah terpendam mula bergerak.

Mengikut laporan  akhbar Washington Post pada 10 November lalu Trump telah menalipon Putin. Akhbar ini melaporkan, bahawa Trump telah menggesa pemimpin Rusia itu untuk tidak meningkatkan perang di Ukraine. The Post, memetik beberapa orang yang biasa dengan panggilan itu yang bercakap atas dasar tidak mahu namanya disiarkan. Trump telah mengingatkan Putin tentang kehadiran tentera AS yang cukup besar di Eropah.” 

Sehari kemudian akhbar Le Monde dari Paris melaporkan – “ Kremlin, pada hari Isnin, 11 November, menafikan laporan media Amerika bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden  Donald Trump berkongsi panggilan mengenai konflik Ukraine.” Jeng jeng jeng.

Lihat bagaimana daulah terpendam membuat kerja menyebar berita palsu. Malah berita ini  ada menyebut kehadiran tentera Amerika di Eropah. Ini jelas sebagai ancaman. Yang pelik lagi benar  Mamat yang tahu tentang perbualan talipon ini tidak mahu nama disebutkan. Jeng jeng jeng.

Ketika tulisan ini di garap Trump sedang memilih ahli-ahli dan anggota kabinet. Trump juga akan melantik para pegawai yang akan bersama dalam pentadbiran Presiden Amerika ke 47.

Pada kali pertama Trump menjadi Presiden pada tahun 2016 dilihat pentadbiran Trump kacau bilau. Perletakkan jawatan berlaku disana sini.

Mungkin kali ini Trump telah mengumpul pengalaman dan memperbaiki cara urus pejabat.

Dua dasar yang  dunia sedang menunggu ialah apakah Donald Trump akan menamatkan Perang Ukraine dan Perang Gaza.

Tapi yakinlah  daulah terpendam akan terus  memerhati apakah dasar Trump ini akan menguntungkan mereka. Amin .(TT)


TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/725892