Isnin, 24 Jun 2024

HELI ZIONIS DI TEMBAK JATUH


HELI ZIONIS

DITEMBAK JATUH

AMIN

PEMIMPIN UMNO TIBAI JO BEDUL


PEMIMPIN UMNO

TIBAI JO BEDUL

KAH KAH KAH

AMIN

NUSI TUDUH FAHMI PONDAN !!!


NUSI TUDUH

FAHMI PONDAN

AMIN

TERJERAT DENGAN KUIH PAU



Ini kes mudah difahami, katakan 'tidak' kepada BlackRock, Anwar diberitahu


Sebanyak 22 pertubuhan masyarakat sivil hari ini menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil "keputusan betul dan beretika" dengan menolak sebuah syarikat dimiliki dana pelaburan kontroversi AS BlackRock daripada menyertai konsortium menguruskan lapangan terbang tempatan.

Dalam kenyataan bersama diketuai cawangan tempatan gerakan global boikot Israel, BDS Malaysia, mereka berkata gesaan agar kerajaan membatalkan rancangan itu adalah wajar.

"Situasinya yang sedang berlaku di Palestin adalah sebenarnya agak mudah untuk difahami dan diketahui umum iaitu satu entiti Zionis sedang berkuasa di bumi Palestin. Untuk menghentikan kekejaman ini, semua pihak yang bencikan kezaliman yang sedang berlaku ini mesti bertindak secara kolektif untuk menyekat entiti Zionis ini dari terus melakukan jenayah kemanusiaan terhadap warga Palestin," kata kenyataan yang ditandatangani itu pelbagai kumpulan Islam dan pro-Palestin.

"Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan tidak mengadakan sebarang kerjasama atau melabur dalam entiti yang terlibat dalam jenayah Israel." 

Ia muncul ketika Putrajaya melancarkan kempen media secara agresif memburuk-burukkan pengkritik rancangan itu, yang akan menyaksikan Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock mengambil 30% kepentingan dalam konsortium untuk mengurus Malaysia Airports Holdings (MAHB), bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Ketika tekanan memuncak, Anwar minggu lepas mempertahankan rancangan menjual saham kepada GIP, sambil memberi alasan kerajaan tidak berupaya memutuskan hubungan dengan syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel kerana ia akan "menjejaskan ekonomi".

Anwar turut menuduh pengkritik perjanjian itu cuba menjadi jaguh konflik Palestin dan meraih markah politik.

Kenyataan bersama hari ini bagaimanapun menyeru Anwar bertindak konsisten dengan pendiriannya terhadap Palestin selama ini dengan menyekat "entiti yang terlibat dalam kekejaman di Palestin bertapak di negara kita".

"Umum mengetahui bahawa BlackRock telah dikenal pasti terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan di Gaza," kata mereka, merujuk kenyataan dikeluarkan lebih 30 pakar PBB minggu lalu.

"Tersirat dalam kenyataan PBB ialah kewajipan bagi negara anggota untuk memberikan tekanan, dengan apa-apa cara yang ada, kepada pihak yang terlibat dalam atau membolehkan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, agar menghentikan tindakan mereka serta-merta. 

"Malaysia sebagai negara anggota PBB harus mengambil kira seruan itu. Malaysia wajib dengan segera memberitahu BlackRock bahawa ia bukan rakan kongsi yang dialu-alukan dalam pemilikan dan pengendalian lapangan terbang kita," tambah kenyataan itu.

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel".

Anwar bagaimanapun dilihat berusaha mengubah persepsi tersebut dengan pelbagai ucapan dan kenyataan yang mengkritik sokongan  Washington terhadap Israel, di samping menghadiri pelbagai forum pemimpin dunia Islam sejurus selepas Israel melancarkan serangan besar-besaran di Gaza tahun lalu, yang sehingga kini membunuh sekurang-kurangnya 35,000 rakyat Palestin.

NEGARA DALAM

BAHAYA BILA

PEMIMPIN MAKAN

KUIH PAU

KHALAS

ENAM JAHANAM


Speaker belum buat keputusan, jadi kami masih pembangkang


KUALA LUMPUR – Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) menegaskan kedudukanya di Dewan Rakyat masih di blok pembangkang.

Ia kerana,  Yang di-Pertua Dewan Rakyat,  Johari Abdul masih belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan keenam-enam Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang bertindak menyokong Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

ENAM JAHANAM

MASIH BELUM

JAHANAM

KAH KAH KAH

KHALAS

ANWAR KENA TIBAI LAGI OLEH PEMIMPIN UMNO


Sebelum isu GIP, ramai pahlawan palsu pada PRU14 – Puad

KUALA LUMPUR – Pahlawan palsu bukan hanya muncul membabitkan isu penglibatan Global Infrastructure Partners (GIP) dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Sebaliknya menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, . Mohd. Puad Zarkashi, ramai yang berpura-pura menjadi pahlawan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pahlawan palsu terbabit katanya, telah memperjuangkan pelbagai isu berkepentingan rakyat bagaimanapun selepas berkuasa golangan berpura-pura menjadi wira rakyat tidak lagi berani meneruskan perjuangan.

“Sebenarnya sebelum PRU ke-14 (2018), ramai berlagak pahlawan. Akan turunkan harga minyak, harga kereta, harga tol, hapus PTPTN, hapus rasuah dan tender tertutup.

“Mereka berlagak pahlawan sebelum dapat keris (kuasa). Tapi bila dapat keris, terus masuk sarung. U-turn pun tidak berani.

“Maka siapa yang berpura pura jadi pahlawan? Rupanya yang berguling-guling di jalan raya dan tidur di Dataran Merdeka adalah pahlawan palsu,” kata Puad.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu menyifatkan gelaran pahlwan palsu merupakan ungkapan politik terbaik selepas pilihan raya umum 2018.

“Mereka yang membantah penjualan saham MAHB pada GIP dianggap berpura pura jadi pahlawan. Ini ungkapan politik terbaik pasca PRU ke-14,” kata Puad dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa supaya jangan jadikan penglibatan GIP dalam penstrukturan semula kepentingan MAHB sebagai wayang politik untuk menghentam kerajaan membabitkan isu PalestiN.

Anwar berkata, pada setiap masa beliau bersikap keras dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, namun pada masa yang sama tidak mahu melemahkan ekonomi Malaysia.

Menurut Anwar, beliau bersedia menerima sebagai teguran dan kritikan, tetapi isu berkenaan penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB tidak patut menjadi tunggangan politik.

“Saya percaya sebahagian yang menentang ada hujahnya dan ikhlas. Sebahagiannya nak tunggang politik. Boleh tegur saya, boleh kritik saya tiada masalah, tetapi kalau nak guna isu ini untuk tunjuk dia lebih pahlawan, padahal siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi di sini dulu.

“Kapal mana yang dibenarkan masuk oleh mantan Perdana Menteri tahun 2002 dan diteruskan oleh semua kerajaan (terdahulu), semua pemimpin termasuk mantan-mantan menteri yang bising sekarang ini.

“Beritahu saya apa lagi yang saya harus boleh buat untuk Gaza. Dua hari lalu saya bercakap dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan soal Gaza. Sebelum itu dengan Perdana Menteri Pakistan dan dengan Perdana Menteri China saya masih tekankan soal Gaza.

“Janganlah guna (isu) ini kerana orang yang beri kebenaran kapal Israel berlabuh sekarang mahu jadi jaguh. Saya tidak mahu ungkit, tetapi saya harap kita bersatu dalam soal Palestin. Dalam (Pilihan Raya Kecil) Sungai Bakap okay kita berlawan, tetapi dalam soal Gaza, umat Islam Malaysia perlu bersatu. Kalau nak “score political point” ia bukan tempatnya,” kata Anwar.-


WOIT

INI TIBAI DARI

PEMIMPIN UMNO

AMIN

UMNO SAMA

DALAM KERAJAAN

AMIN

BILA SUDAH

KENA PAU

TUDUH ORANG

LAIN TAK FAHAM

EKONOMI

KAH KAH KAH

INI BAHAYA

KUIH PAU

AMIN

AMBALAT TERGADAI

39 AIRPORT

JADI HARTA ZIONIS

AMIN

NEGARA DALAM 

BAHAYA

KERANA KUIH  PAU

AMIN

KHALAS

MALAPETAK IKLIM



1,301 jemaah haji

 meninggal dunia
RIYADH – Sebanyak 1,301 orang jemaah haji meninggal dunia pada musim haji tahun ini yang baru sahaja berakhir.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Fahd Al-Jalajel berkata, 83% daripada kematian adalah jemaah haji tanpa kebenaran yang menunaikan haji dan berjalan jauh di bawah cahaya matahari tanpa tempat tinggal yang selesa.

Antara yang maut ialah beberapa orang warga emas dan pesakit kronik.

Menteri itu menekankan usaha penting yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya tekanan haba dan kepentingan langkah pencegahan.

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga waris.

“Semoga Allah mengampuni dan merahmati arwah. Takziah kami sampaikan kepada keluarga mereka. Semoga Allah menerima amal mereka dan membalas penderitaan mereka,” katanya samnil menyatakam semua laporan telah disusun dan keluarga si mati dimaklumkan walaupun pada awalnya kekurangan maklumat peribadi atau dokumen pengenalan namun proses yang betul telah diikuti untuk pengebumian dan penghormatan si mati, dengan sijil kematian disediakan.

Beliau menegaskan, sistem kesihatannya menangani banyak kes tekanan haba tahun ini, dengan beberapa individu masih dalam penjagaan.

Al-Jalajel menambah, bahawa musim haji berakhir dengan jayanya tanpa mencatatkan wabak atau penyakit yang berleluasa.

Sistem kesihatan menyediakan lebih 465,000 perkhidmatan rawatan khusus, termasuk 141,000 perkhidmatan kepada mereka yang tidak mendapat kebenaran rasmi untuk menunaikan haji.

Dalam temu bual media, beliau menyatakan jaminan tentang keadaan kesihatan keseluruhan jemaah haji, walaupun suhu tinggi yang dialami di Tapak Suci.

Beliau menekankan kesan positif tindak balas pantas pihak berkuasa kesihatan dan sokongan berkesan pasukan keselamatan haji dalam mengurus dan mengurangkan kesan tekanan haba.

Al-Jalajel juga memperincikan, penyediaan perkhidmatan kesihatan percuma kerajaan kepada jemaah haji bermula sebelum ketibaan mereka, dengan program kesedaran di lintasan sempadan udara, laut dan darat.

Kira-kira 1.3 juta perkhidmatan pencegahan telah disampaikan, termasuk pengesanan awal, vaksinasi dan rawatan perubatan semasa ketibaan.

Perkhidmatan penjagaan kesihatan yang ditawarkan termasuk pembedahan jantung terbuka, kateterisasi jantung, dialisis dan penjagaan kecemasan, lebih 30,000 perkhidmatan ambulans, dengan 95 operasi ambulans udara memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan lanjutan di bandar-bandar perubatan di seluruh

Selain itu, sistem penjagaan kesihatan menyediakan hampir 6,500 katil dan bilik serta langkah-langkah untuk memerangi tekanan haba termasuk pembangunan peranti yang membolehkan penyelamatan pantas dan berkesan bagi individu yang terjejas. – Agensi


AL- FATIHAH

CABARAN

NAIK HAJI

MUSIM PANAS

AMIN

DITAMBAH PULA

MALAPETAKA

IKLIM

AMIN

IJAZAH PENJAIAN MELAYU KENAL LEBAI MALANG


IJAZAH

PENGAJIAN

 MELAYU KENAL

LEBAI MALANG

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "BEZA PENGAJIAN MELAYU DENGAN PENGAJIAN EKONOMI"

Biza Ijazah Pengajian Molayu dengan Ijazah Ekonomi .. Pengajian Molayu kono hapal buku Hikayat Pak Pandir, Pak Kadok, Si Lunchai .. Ijazah Ekonomi kena kaji Prihal Pemasaran, Jual Beli, Formula Pembangunan, Pendapatan & Perbelanjaan. Nak tanyo, nak dapek Pengajian Molayu Kelas-3 kono bukak buku tak?.

BLACKROCK DAH SAMPAI KE SUNGAI BAKAP


BLACKROCK 

DAH SAMPAI

KE SUNGAI BAKAP

AMIN

UMNO TOLAK BLACKROCK


UMNO TOLAK

BLACKROCK

18 hours ago — UMNO desak Khazanah tidak teruskan jualan saham MAHB kepada BlackRock · Kenapa Perdana Menteri nak ulang kesalahan sama? – Mukhriz · BlackRock ...
21 hours ago — UMNO mahu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak meneruskan jualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada ...
20 hours ago — UMNO berharap perjanjian pelaburan oleh BlackRock dalam Malaysia AIrport Holdings Berhad (MAHB) tidak diteruskan Khazanah Nasional Berhad.

APA DASAR

PARTI AMANAH

APA DASAR

PARTI DAP

AMIN

BELI BAJU HITAM SEKARANG


SABTU INI

SEMUA PAKAI

BAJU HITAM

AMIN


KHIANAT SATU JENAYAH


MENSWASTAKAN 

HARTA RAKYAT

ADALAH JENAYAH

AMIN

JUAL HARTA RAKYAT

PADA ZIONIS YAHUDI

ADALAH KHIANAT

AMIN

KENAPA JUAL HARTA STRATEJIK NEGARA PADA BLACKROCK ?


'Ini lapangan terbang, bukan pasar raya', kata tokoh pemikir di sebalik kempen Putrajaya lawan kritikan BlackRock


Tokoh pemikir Dr Chandra Muzaffar turut serta mengulas kontroversi keputusan kerajaan membawa masuk sebuah syarikat milik BlackRock ke dalam konsortium menguruskan lapangan terbang, ketika Putrajaya melancarkan kempen media memburuk-burukan pengkritik yang semakin lantang menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim membatalkan rancangan itu.

Chandra, antara pengasas utama PKR yang satu masa dulu menjadi jurucakap utama gerakan reformasi Anwar, berkata tidak ada justifikasi untuk menjual saham Malaysia Airports Holdings (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah syarikat milik penuh BlackRock, firma pelabur gergasi AS yang berdepan tuduhan bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai dilakukan Israel.

"Mengapa kita perlu bekerjasama dengan syarikat yang dimiliki sebuah entiti yang mempunyai hubungan rapat dengan ketenteraan Israel dan AS?" soal Chandra, yang mengetuai Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (Just).

- Iklan -

"Ini sesuatu yang membimbangkan kerana ia melibatkan lapangan terbang - bukan restoran atau pasar raya - yang akan diuruskan GIP yang dimiliki BlackRock."

Pandangan beliau dibuat ketika Putrajaya melancarkan kempen media dalam cubaan melawan balik pengkritik rancangan itu, yang akan menyaksikan GIP membeli 30% kepentingan dalam sebuah konsortium menguruskan MAHB, bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Kempen itu membawa naratif kewujudan BlackRock yang sekian lama di dalam pasaran modal Malaysia melalui kepentingannya dalam pelbagai syarikat, iaitu hujah sama dikemukakan Anwar ketika mempertahankan rancangan penjualan saham itu.

Ia menimbulkan reaksi bekas ketua penerangan Umno Isham Jalil, yang menukilkan penjelasan kepada Anwar, yang juga menteri kewangan, mengenai perbezaan saham ditawarkan kepada GIP dan saham yang dibeli di pasaran terbuka.

"Pegangan-pegangan saham dan bon-bon oleh kepentingan Blackrock di syarikat-syarikat ini adalah kecil, iaitu dalam 1%-3% sahaja. Mereka tidak perlu minta izin atau runding dengan kita untuk beli saham-saham dan bon-bon di pasaran terbuka seperti ini dan tidak ada sesiapa boleh halang mereka," kata Isham, yang pernah menganggotai Unit Perancangan Ekonomi di bawah pentadbiran Najib Razak.

Chandra berkata kebimbangan terhadap rancangan itu adalah wajar kerana BlackRock mempunyai pelaburan besar dalam firma yang rapat dengan industri senjata Israel.

"Ia memiliki 7.4% kepentingan dalam Lockheed Martin, kontraktor pertahanan yang memainkan peranan penting dalam memperlengkapkan tentera Israel. Inilah sebabnya mengapa Lockheed dituduh bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai yang amat kejam di Gaza yang kini memasuki bulan kelapan," katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan berhujah bahawa GIP tidak memegang majoriti saham konsortium itu, ia sudah pasti bakal memainkan peranan penting disebabkan pengkhususannya dalam pengurusan lapangan terbang.

"Adakah kerana kepakaran ini GIP dibawa sebagai rakan kongsi? Terdapat firma lain dengan kepakaran yang setanding yang boleh dipertimbangkan."

Chandra mengingatkan kerajaan bahawa pengurusan lapangan terbang memerlukan penggunaan data sensitif.

"Ini adalah transaksi yang mempunyai kesan keselamatan yang mendalam."

Beliau berkata hakikat bahawa MAHB merupakan sebuah syarikat yang menunjukkan keuntungan menjadikan rancangan melibatkan GIP "bertambah pelik".

"Tidak ada alasan kewangan bagi penjualan saham MAHB dan ini diperkukuhkan lagi dengan prestasi pengurusan cemerlang MAHB," katanya merujuk kepada keuntungan bersih MAHB sebanyak RM543.2 juta tahun lepas, melebihi keuntungan 2019 sebelum pandemik Covid-19 melumpuhkan sektor penerbangan.

Chandra turut menolak tanggapan bahawa rancangan membawa masuk entiti AS itu kemungkinan langkah Putrajaya mengimbangi hubungan rapatnya dengan China.

"Mengimbangi hubungan dengan kedua-dua kuasa besar itu tidak bermakna bersedia mengorbankan prinsip. Jika Malaysia yang sering berpegang kepada soal etika dalam politik serantau dan antarabangsa, kini menyimpang daripadanya dan cuba mengambil hati mana-mana kuasa besar, ia akan memburukkan reputasi negara di samping memadamkan kredibiliti."

Chandra memberi amaran kepada kerajaan Malaysia agar tidak dilihat bersekongkol dengan pihak yang kini "bersubahat dalam salah satu pembunuhan beramai-ramai paling tidak berperikemanusiaan dan paling kejam dalam sejarah".

"Apabila dimensi moral sesuatu konflik amat jelas, kita wajib memastikan bahawa kita tidak dianggap sekumpulan yang cakap lain buat lain.

"Komitmen kita terhadap prinsip dan nilai etika dalam malapetaka seperti Gaza harus ditunjukkan melalui tindakan - tindakan yang kekal membuktikan kita tidak bertolak ansur dengan kejahatan."

ORANG RAMAI

BERTANYA

KENAPA JUAL

HARTA STRATEJIK

 NEGARA

KEPADA SYARIKAT

ZIONIS YAHUDI

AMIN

MUSTAHIL TAK

TAHU PERANAN

BLACKROCK

AMIN

JAWABNYA

ADA KUIH PAU

AZIZAN SUKMA

DAN SAIPOL

UNTUK BLACKROCK

AMIN

KHALAS