Ahad, 31 Mei 2020

IKUT CARA RETARD







KEDAH ADA

MASALAH AIR

CARA RETARAD

SELESAI MASALAH

IALAH TEBANG 

SEMUA BALAK

AMIN


Masalah air di Kedah antara keutamaan kerajaan, kata menteri

USAHA menyelesaikan masalah bekalan air di Kedah menjadi antara keutamaan kerajaan di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terjamin dalam mendapatkan kemudahan itu.

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata untuk itu Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama baik Kerajaan Negeri akan menaik taraf infrastruktur air sedia ada di Langkawi yang kini berhadapan gangguan bekalan air apabila saluran paip dari tanah besar ke pulau itu bocor sepanjang tiga kilometer.

Beliau berkata peruntukan RM600 juta disediakan untuk membaik pulih paip berkenaan selain kerja membesarkan takungan air di pulau tersebut yang projek itu dijangka bermula pada suku pertama tahun hadapan.

“Dengan kerjasama baik daripada Kerajaan Negeri, mengikut apa kita rancangkan ini, (dalam tempoh) sehingga 2040 nanti, Langkawi tidak akan ada masalah air,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan pembekalan air dan alam sekitar negeri ini di Wisma Darul Aman hari ini.

Turut serta Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. Ia sempena lawatan kerja sehari Tuan Ibrahim ke negeri ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata kerjasama baik sedia ada antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri akan dipertingkatkan lagi terutamanya dalam hal berkaitan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air dan pembangunan infrastruktur air baharu serta pengurangan air tidak berhasil.

“Usaha menaik taraf infrastruktur air sedia ada serta kesiapsiagaan menghadapi musim kering dan jerebu juga dibincangkan bersama dalam pertemuan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata kerja menaik taraf empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Bukit Selambau, Sungai Limau, Jenun Baru dan Lubuk Buntar Lama di Kedah yang telah pun diberikan tender dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

“Namun, LRA Bukit Selambau mungkin akan siap lebih awal sebab kerja-kerja menaik taraf loji rawatan air ini telah pun bermula awal, manakala satu lagi (kerja naik taraf) LRA Pelubang masih belum diberikan tender,” katanya. – Bernama, 31 Mei 2020.
 

IKUT CARA

RETARD MAKAN

BUAH SALAK

IKUR AJARAN 

USTAD

TEBANG SEMUA

BALAK

AMIN


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekarang nie Ustad dok check plan balak, mana satu nak tebang,.mana satu takung air kah kah