Rabu, 4 Februari 2026

RANCANGAN ZIONIS DARI FAIL EPSTEIN


DARI FAIL EPSTEIN

DENGAR 

APA RANCANGAN

ZIONIS  

UNTUK KITA SEMUA

 AMIN

MAHAFAKA LEBIH ZALIM DARI MAHAFIRAUN


DULU KITA

ADA MAHAFIRAUN

YANG ZALIM

AMIN

SEKARANG 

KITA ADA

MAHAFAKA YANG

LEBIH ZALIM

KHALAS

SELAMAT MEMULAKAN HIDUP BARU



Sultan Selangor bertemu bekas banduan yang diampuni, buat PhD dalam penjara


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Dr Malik Yatam, bekas banduan pertama yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ketika dalam penjara dan diberi pengampunan penuh sempena Hari Keputeraan baginda pada tahun 2024.

Menurut Selangor Royal Office, pada pertemuan itu, baginda berkenan bertanyakan khabar dan perancangan masa hadapan Malik selepas keluar penjara.

"Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Malik dan baginda merasakan beliau layak diberi peluang kedua.

"Baginda sudah mempertimbangkan pengampunan sebaik melihat semua faktor yang disembah maklum semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.

"Baginda turut menasihatkan Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup," demikian kenyataan Selangor Royal Office hari ini.

Menurut Selangor Royal Office, pertemuan itu berlangsung hampir sejam dalam suasana yang hening, sedih dan pilu.

"Ini adalah pertemuan pertama seumpamanya antara Tuanku Sultan Sharafuddin dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan daripada baginda," kata kenyataan itu.

Tahanan tiada tarikh bebas

Selepas 24 tahun menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS), hukuman yang tidak ada tarikh bebas, tidak dijatuhkan hukuman mati kerana ketika kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun, Malik akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024.

Beliau menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun, Malik kini berusia 39 tahun berjaya memperoleh PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan, hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Ketika berusia 14 tahun, Malik mengambil keputusan nekad berhijrah ke Semenanjung dari Sabah demi membantu keluarga selepas berhenti sekolah kerana kesempitan hidup.

Bagaimanapun, perjalanan hidup Malik yang turut dikenali dengan nama Dr Murad berubah sepenuhnya apabila dia akhirnya menjadi mangsa eksploitasi dan penderaan majikan sehingga membawa kepada tragedi yang menghantarnya ke penjara seawal usia 14 tahun.

Malik menjalani kehidupan selama 24 tahun di sebalik jeriji besi sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS), malah dia sempat merasakan masa depannya gelap dan hancur namun mula menyedari pendidikan boleh mengubah hidupnya biarpun dia tiada tarikh pembebasan.

Tanpa guru dan kelas, dia memulakan pembelajaran dengan hanya meminjam buku rakan, menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2006 ketika berusia 21 tahun sebagai calon persendirian, diikuti Sijil Peperiksaan Tinggi Malaysia (STPM) setahun kemudian.

Dia kemudiannya menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sehingga akhirnya dianugerahkan PhD dalam Pentadbiran Perniagaan sekali gus mencipta sejarah sebagai prospek pertama menggenggam PhD ketika menjalani hukuman.

YA AMPOON

TAHNIAH PADA

MALIK

AMIN

SATU CONTOH

PADA YANG BEBAS

 WAJIB IKUTI

AMIN

PENJARA TAPI

MASIH BELAJAR

AMIN

BEBAS TAPI

TAK MEMBACA

KAH KAH KAH

PALAT

MADAFAKA KENA MAKI HAMUN


Dewan Rakyat kecoh, PM tegaskan tak tahu tanya jangan maki hamun


KUALA LUMPUR — Dewan Rakyat kecoh seketika apabila  Anwar Ibrahim, membidas Ahli Parlimen pembangkang yang didakwanya membuat kenyataan biadab dan menghina membabitkan isu jajaran sempadan Malaysia dan Indonesia.

Perdana Menteri melalui Sesi Penerangan Khas Parlimen dalam isu Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia, dengan tegas menafikan tuduhan pembangkang bahawa beliau mengkhianati negara dalam isu itu dan ia perlu diperbetulkan.

Anwar kelihatan marah dengan dakwaan pembangkang sebelum ini yang didakwanya membuat kenyataan menghina, biadab termasuk mengaitkannya dengan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

Kalau tak tahu tanya, kalau tak tahu jangan maki hamun, tak tahu tanya,” tegas Perdana Menteri dengan lantang yang menarik bantahan anggota Parlimen pembangkang.

Susulan itu,  Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) membangkitkan Peraturan Dewan 36 (12) kerana mendakwa tuduhan Perdana Menteri itu tidak berparlimen.

“Isunya tuduhan Perdana Menteri mengatakan bahawa kita memaki hamun dan bertindak biadab termasuk Pendang, saya rasa tidak berparlimen,” katanya.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain termasuk Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainudin (PN-Larut); Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) dan Awang turut bangkit kerana tidak bersetuju dengan tuduhan terbabit.

Awang membangkitkan berhubung peraturan Dewan 36 (6) kerana Perdana Menteri menyebut namanya sedangkan beliau hanya mengambil kenyataan daripada polis Indonesia bahawa 5,207 hektar daripada Malaysia dibawa masuk kepada Indonesia.

“Bila dibangkitkan, kami tanyalah, kami tak pernah makipun. Saya sebut dalam Dewan hari itu, kami tidak pernah maki Yang Amat Berhormat Tambun. Ada yang kata kami menggunakan Islam, jahat… ini apa sebagai seorang Perdana Menteri?” katanya.

Chong Zhemin (PH-Kampar) kemudiannya mempertahankan Perdana Menteri dengan menyatakan bahawa laporan itu adalah palsu dan sudah meminta Awang menarik semula kenyataannya sebelum ini.

 Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) juga membangkitkan peraturan Dewan yang sama dengan meminta Speaker,  Johari Abdul membuat ketetapan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa Ahli Parlimen pembangkang biadab.

Perdana Menteri mempertahankan tindakannya dengan menyebut “saya kata ada kenyataan biadab dan ada kenyataan menuduh saya khianat pada negara ini yang kita kena betulkan,” katanya.

Sesi persidangan kembali kecoh selepas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang terus bertikam lidah dengan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) meminta mereka duduk dan memberi laluan kepada Perdana Menteri menghabiskan sesi penerangan.


Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) menjerit perkataan ‘penjilat, duduklah’ sebelum Johari menasihatkan mereka semua duduk walaupun wakil Kampar bangun meminta perkataan itu ditarik balik.

Perdana Menteri kemudiannya menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah bagi Ahli Parlimen pembangkang bertanyakan soalan, namun jangan sampai menuduhnya pengkhianat.

“Hal menyentuh kepentingan negara termasuk sempadan harus dibincangkan secara berhemah, saya tiada masalah mana-mana Ahli Parlimen pembangkang untuk bertanya, tetapi saya bantah keras tuduhan dan fitnah yang menyatakan kita khianat pada negara.

“Saya sudah bentangkan dengan fakta dan peta, sebaiknya teliti semula ada bahagian belum dimuktamadkan dan ada yang sudah, ” katanya.

Anwar sebelum ini menolak keras dakwaan pembangkang yang menuduh kerajaan menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia, sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan menipu.

Menurutnya, pembangkang telah menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan menyebarkan maklumat palsu serta menggunakan Islam untuk mengelirukan rakyat.

“Inilah masalah pembangkang. Mereka guna kebebasan untuk bercakap merapu dan bohong. Guna nama Islam, tipu, salah fakta,” katanya selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, Gombak.

Di pihak pembangkang pula, Hamzah dalam kenyataan sebelum ini mengulangi desakan supaya kerajaan memberi penjelasan di Parlimen berhubung dakwaan penyerahan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.

Hamzah berkata, penjelasan tersebut penting berikutan perkara itu telah dilaporkan sendiri oleh Setiausaha Badan Pengelola Perbatasan dalam mesyuarat Komisi II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia pada 21 Januari lalu.

“Pembangkang sudah minta bentang dalam Parlimen. Jawab dan jelaskan sahaja di Parlimen. Apa yang susah sangat. Perdana Menteri jangan marah tak tentu hala dan stres, nanti kalau terlebih stres kerja lain pula jadinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

APAKAH KES

TANAH INI ADA

SANGKUT PAUT

DENGAN VIDEO

SUKMA

JENG JENG JENG

SAJA  TANYA

KERANA AMBALAT

DAH DI GADAI

SEKARANG KES 

BARU PULAK

KAH KAH KAH

TU PASAL JADI

MARAH MERACAU

KAH KAH KAH

KHALAS

AL- FATIHAH - ANAK GADDAFI MATI DIBUNUH




Anak Muammar Gaddafi maut ditembak kumpulan bersenjata

TRIPOLI: Seif al-Islam Kadhafi, anak bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, terbunuh semalam selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu rumahnya di Zintan, barat Libya.

Perkara itu disahkan peguamnya, Marcel Ceccaldi kepada AFP.

"Beliau dibunuh hari ini pada jam 2.00 petang (1200 GMT) di rumahnya di Zintan oleh empat lelaki komando," katanya semalam.

Penasihatnya, Abdullah Othman Abdurrahim, berkata kepada televisyen Al-Ahrar Libya bahawa empat lelaki tidak dikenali itu menyerbu rumah Saif, mematikan kamera keselamatan, sebelum menembaknya mati.

Setakat ini, mereka yang membunuhnya masih belum dikenal pasti.

Ceccaldi berkata, seorang rakan rapat Seif pernah memaklumkannya beberapa hari sebelum kejadian bahawa keselamatan Seif berada dalam keadaan berisiko.

"Ketua kabilah Kadhafi malah menawarkan untuk menghantar pengawal bagi melindunginya, namun Seif menolak tawaran itu," katanya.

Seif, 53, sebelum ini dilihat sebagai bakal pengganti bapanya dan pernah mengumumkan hasrat bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2021, namun pilihan raya itu ditangguhkan tanpa tarikh baharu.

Beliau juga pernah menjadi sasaran waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dan pernah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Libya sebelum diberikan pengampunan.

Pakar Libya, Emadeddin Badi, berkata kematian Seif boleh menjadikannya simbol atau syahid kepada sebahagian rakyat, selain mengubah keadaan politik negara.

"Pencalonannya dan potensi kemenangannya merupakan titik pertikaian utama," tulisnya di platform X.

Sementara itu, jurucakap terakhir Muammar Gaddafi, Moussa Ibrahim, mendakwa Seif dibunuh secara khianat dan berkata beliau mahukan Libya yang bersatu, berdaulat serta selamat untuk semua rakyat.

"Saya bercakap dengannya dua hari lalu. Dia hanya berbicara mengenai Libya yang aman dan keselamatan rakyatnya," katanya

AL-FATIHAH

INI KERJA

PEMBELOT

AJEN MOSSAD

AMIN


KAPAL INDUK AMERIKA MENGUNDUR


KAPAL INDUK

 AMERIKA

MENGUNDUR

PASAI APA?

KAH KAH KAH

AMIN

HUMBANKAN MADAFAKA


SEBLUM JADI

MAORI

SEBELUM JADI

RED INDIAN

TURUN KE JALAN

HUMBANKAN

MADAFAKA

KHALAS


Unknown commented on 
"SUARA DATUK HARUN IDRIS"

Satu persatu akan hilang, satu persatu akan lenyap, satu persatu akan lupus, sekadar sembang dalam media sosial boleh sahaja, tetapi perangai kapitalis sudah jauh berkembang dalam masyarakat kita, tak ada hairan, tak ada pelik, semuanya berlaku depan mata, pemimpin politik sendiri bukan orang luar, bukan Yahudi bukan Zionis, bukan Singapura, bukan Lee Kuan Yew, bukan DAP 'menjual' sedikit demi sedikit menjadi bukit kepada orang asing, 

atas nama kemajuan atas nama teknologi atas nama bangsa agama ketuanan semuanya dijual setiap hari kerana akhirnya keuntungan diutamakan amin amin amin, turun jalanraya perlu elaun, turun kerja kena gaji turun demonstrasi kena bas kereta lori kah kah kah kali terakhir terpaling sambutan dimana? Saja bertanya? Kah kah kah

DULU ADA HANYA 3 BEROK




DULU HANYA ADA

TIGA BEROK

SEKARANG 

DAH ADA LIMA

AMIN

KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA


SUSUN ATUR

TURUN KE JALAN

RAYA SEBELUM

PILIHAN RAYA

AMIN

Unknown commented on 
"JARINGAN ZIONIS TEMPATAN"

Tutup lubang sendiri dahulu, lubang rasuah terpaling besar dalam negara ini, lubang salah guna kuasa satu lagi, semuanya dilakukan oleh orang-orang kita juga, masih dibelai disayangi, tutup lubang najis tutup lubang mulut kerana berbau najis kerana setiap yang diperkatakan kena kepala sendiri semula kah kah kah hipokrit terpaling hebat zaman Madafaka kah kah kah

PENDATANG DISIMPAN DALAM KEM TAHANAN


BERAPA BAJET

SEHARI SEORANG

 PENDATANG

YANG DI SIMPAN

DALAM 

KEM TAHANAN?

AMIN

PKR RUGI BESAR !!!




Rafizi selar 'ceplos' PKR, sekolahkan Fahmi, JKOM isu kawal persepsi rakyat


Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kembali mencetuskan polemik panas apabila secara terbuka membidas jentera penerangan kerajaan dan parti yang didakwanya gagal menguruskan persepsi rakyat dengan matang.

Dalam kenyataan terbarunya, Rafizi yang sebelum ini sering dilabel sebagai "Raja Formula", kini mendakwa dirinya menjadi sasaran gelaran baharu iaitu "Raja Bitter" oleh pihak yang tidak senang dengan pandangan kritikalnya terhadap pentadbiran Madani.


Bagaimanapun dia menyifatkan serangan peribadi tersebut sebagai taktik lapuk yang diwarisi daripada zaman Umno/BN dan penyokong PAS, yang kini menurutnya mula diamalkan oleh "ceplos-ceplos" di dalam partinya sendiri, PKR.

“Saya dah masak kena kecam macam-macam. Raja Formula pun pernah, sekarang Raja Bitter pulak.

“Bila apa yang saya utarakan itu fakta atau hujah yang mereka tidak boleh sangkal, mereka serang peribadi. Kononnya saya berdendam, sakit hati dan kecewa. Bitter la kononnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ceplos merujuk kepada penyokong tegar yang mengikut arahan pemimpin secara membuta tuli atau mengiyakan sahaja kata-kata pemimpin tanpa usul periksa.

Tak laku buat Gen Z

Mengulas lanjut, Rafizi memberi amaran bahawa pendekatan menyerang peribadi atau menggunakan label menghina tidak akan berkesan untuk jangka masa panjang, terutamanya dalam memikat hati pengundi atas pagar dan generasi muda atau Gen Z.

Katanya, kumpulan pengundi ini tidak mempunyai kesetiaan membuta tuli kepada mana-mana parti dan mempunyai kecenderungan untuk beralih arah (swing) pada bila-bila masa.

“Pengundi Gen Z lagi kuat swing mereka. Hari ini mereka boleh suka, esok mereka tak suka.

“Paling baik dengan pengundi atas pagar dan Gen Z ialah memberikan pencerahan yang disertakan dengan hujah bersandarkan fakta. Mereka akan buat keputusan sendiri,” katanya.

Budaya 'jumloh ceplos' dalam PKR

Ahli Parlimen Pandan itu turut melancarkan kritikan tajam terhadap dinamika dalaman PKR.

Dia mendakwa wujud kecenderungan dalam pimpinan parti untuk menggunakan "ceplos-ceplos" bagi menyingkirkan sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan berbeza melalui perubahan sistem dan peraturan parti.

“Dalam PKR, kalau pimpinan kurang selesa dengan pandangan berbeza, pimpinan akan ambil tindakan, keluar pekeliling, ambil tindakan disiplin.

“Kalau rasa susah nak kuasai sokongan, tukar sistem... semua boleh ditukar untuk menendang sesiapa yang tidak serasi dengan pandangan mereka, sebab cukup jumloh ceplos dalam parti yang sanggup menjulang apa-apa yang disebut pimpinan,” katanya dengan nada sinis.

Sekolahkan Fahmi dan JKOM

Tidak terhenti di situ, Rafizi turut "menyekolahkan" Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) mengenai cara yang betul untuk mengemudi persepsi rakyat.

Bekas menteri ekonomi itu menasihatkan agar jentera kerajaan berhenti bergantung kepada troll farm atau akaun palsu, sebaliknya mula menggunakan data kualitatif dan kuantitatif untuk menguji naratif di medan media sosial.

“Saya nak bagi tip kepada Fahmi Fadzil dan JKOM. Gunakan data untuk kenal pasti naratif yang ada tindak balas rakyat.

“Kalau saya kata persepsi tentang rasuah semakin buruk di bawah Madani, perkara itu telah diuji secara kuantitatif, kualitatif dan terbukti di medan media sosial. Tugas jentera komunikasi kerajaan ialah memperbaiki persepsi rakyat itu, bukannya beri label Raja Bitter,” sindirnya.

Dia mengakhiri kenyataannya dengan pesanan pedas kepada strategi komunikasi PKR yang didakwa masih bergantung kepada sokongan membuta tuli.

“Satu-satunya kaedah yang berjaya ialah dengan memberi hujah dan fakta yang boleh mematahkan hujah lawan.

“Tapi kalau strategi komunikasi PKR terus bergantung harap kepada ceplos-ceplos yang ada, selamat maju jaya lah korang!” katanya lagi.

PKR RUGI

BESAR BILA

RAFIZI DITOLAK

AMIN

RAFIZI POPULAR

DI KALANGAN

ORANG RAMAI

AMIN

BERSAMA RAFIZI 

BAWA 

PERUBAHANA

KHALAS

APA MAKNA TITAH SULTAN PAHANG INI ?


YA AMPOON

APA MAKNA TITAH

SULTAN PAHANG INI 

?

AMIN

TEKNOLOJI ALAT ORANG KAYA



Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial


OVIEDO: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pada Selasa mengumumkan rancangan untuk melarang golongan bawah umur 16 tahun daripada mengakses platform media sosial sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas untuk memperketatkan kawalan selia, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami akan melindungi mereka daripada dunia digital yang tidak terkawal," katanya pada Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai. "Rangkaian sosial telah menjadi sebuah negara gagal, apabila undang-undang diabaikan dan jenayah dibiarkan."

Beliau berkata, platform akan diwajibkan untuk memperkenalkan langkah pengesahan umur bagi tujuan akses.

Sanchez berkata kerajaan akan meluluskan rang undang-undang minggu depan yang akan meletakkan liabiliti jenayah ke atas eksekutif platform digital bagi penyebaran kandungan haram. Beliau turut menggesa pendakwa raya untuk menyiasat kandungan haram di platform berkenaan.

Beliau menambah bahawa Sepanyol akan menjadikan manipulasi algoritma sebagai satu kesalahan jenayah.

"Maklumat palsu tidak muncul begitu sahaja," katanya.

Sanchez memetik contoh aktiviti yang didakwa sebagai jenayah, termasuk dakwaan bahawa pornografi kanak-kanak dicipta menggunakan alat kecerdasan buatan Grok atau disebarkan di platform media sosial lain.

Beliau turut merujuk kepada maklumat palsu yang menurutnya disebarkan oleh Elon Musk, CEO X, mengenai rancangan Sepanyol untuk melunaskan status kira-kira 500,000 pendatang.

"Ini hanyalah sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar," amaran Sanchez. "Kami akan mempertahankan kedaulatan digital kami daripada sebarang campur tangan asing."

Beliau mengakui bahawa perjuangan untuk menjadikan platform berkenaan lebih selamat bukanlah sesuatu yang mudah.

"Syarikat media sosial lebih kaya daripada kebanyakan negara, termasuk negara saya, tetapi kuasa dan pengaruh mereka tidak seharusnya menakutkan kita," katanya.

Walaupun beliau menyatakan bahawa EU sudah mula bergerak ke arah menyekat platform ini, Sanchez berkata sekumpulan enam negara Eropah mahu mengawal media sosial dengan lebih lanjut dan akan bertemu tidak lama lagi untuk membincangkan inisiatif berkenaan.

"Ada yang akan mengatakan bahawa jika kita tidak menyukai mereka, kita boleh sahaja tidak menggunakannya. Mereka betul. Bagi kebanyakan daripada kita, itu masih menjadi pilihan, tetapi bagi anak-anak kita dan ramai warganegara, ia bukan lagi satu pilihan. Media sosial telah menjadi bahagian penting dalam hidup mereka," katanya.

"Kita perlu mendapatkan semula kawalan. Kita perlu memastikan platform ini mengikut peraturan seperti orang lain."

TEKNOLOJI

BARU TAK SALAH

AMIN

YANG SALAH

DIGUNKAN UNTUK

APA 

OLEH SIAPA

AMIN

PALING WAJIB 

DILAWAN

IALAH TEKNOLOJI

BARU INI MILIK

BILLIONAIRE 

YANG AKAN 

KAWAL DUNIA

AMIN

TUHAN MEREKA

IALAH DUIT

KHALAS