Selasa, 14 Januari 2025

JANGAN CAKAP BANYAK - TURUN BERDEMO

 

ADAM ADLI 

TERRBUKTI

BERBOHONG

AMIN

KAMU PATUT SUSUN

ANAK MUDA PELAJAR

TURUN LAWAN

KERAJAAN

AMIN

SUSUN ATUR

DEMO ANTI MADANI

CAKAP BANYAK

TAK ADA GUNA

KHALAS

BABI HALAL HANYA ADA DIJUAL DI KK MART

 

BABI HALAL

HANYA ADA DIJUAL

DI KK MART

AMIN

ANWAR BLACKROCK TIPU PENCARUM KWSP ?

 

ANWAR 

BLACKROCK

TIPU PENCARUM

KWSP ?

AMIN

DILARANG BERSUARA DALAM HAL TIT DAM


DILARANG 

 BERSUARA

DAL HAL TIT DAM

AMIN 

DIMANA MADEY SOROK DUIT ?


DIMANA MADEY

SOROK DUIT ?

KAH KAH KAH

AMIN

KES TIT TIT DUM DUM - JADI KE TAK JADI


Azalina tak setuju perintah tutup mulut kes titah adendum Najib
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said tidak bersetuju dengan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) baru-baru ini untuk mendapatkan perintah larangan ulasan (gag order) berhubung kes semakan kehakiman titah tambahan yang melibatkan Najib Razak.

"Sejujurnya, pandangan peribadi saya, tidak sepatutnya ada perintah larangan ulas," katanya kepada pemberita ketika hadir Persidangan Pembiayaan Politik Antarabangsa, di Kuala Lumpur, hari ini.

“Pertama, kes itu akan menjadi domain awam.

“Kedua, parlimen akan bersidang bulan depan. Jadi semua ini akan timbul semula.”

Namun, menteri itu percaya, AGC mempunyai alasan tersendiri untuk memohon larangan tersebut, dan menekankan badan kehakiman mesti dibenarkan bertindak bebas dalam hal berkenaan.

“Untuk berlaku adil, saya fikir AGC mempunyai alasan undang-undang sendiri, dan mereka memfailkan permohonan rasmi (larangan bersuara).

"Apabila (permohonan itu) dihantar kepada mahkamah, kita serah kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan kita hormati keputusan itu.

“Jadi, biarlah mahkamah buat keputusan,” katanya lagi.

Semalam, AGC yang mewakili Lembaga Pengampunan dan kerajaan memaklumkan akan memohon perintah perlindungan dan perintah larangan terhadap kes semakan kehakiman berhubung titah tambahan yang melibatkan bekas perdana menteri itu.

Najib memohon semakan kehakiman bagi menguatkuasakan dakwaan titah tambahan yang membolehkan dia menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan rumah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan semakan kehakiman atas alasan afidavit sokongan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail tidak boleh diterima sebagai bukti.

Namun minggu lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut dan memberi kebenaran bagi mendengar permohonan Najib untuk didengar. Mahkamah juga membenarkan Najib menggunakan afidavit anaknya, Nizar, yang mendakwa Istana Pahang mengesahkan kewujudan titah tambahan.

Pada 29 Januari tahun lalu, Lembaga Pengampunan memaklumkan bahawa hukuman penjara ke atas Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib kemudian mendakwa terdapat titah tambahan yang membolehkan dia menjalani hukuman di rumah, dan bukan di Penjara Kajang.

Hukuman ini berkaitan kes salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram melibatkan penyelewengan RM42 juta daripada SRC International.

WOIT

BAGI CHANLAAAA

MAMAT NI NAK

BOODEEEK BOOS

KAH KAH KAH

LARANGAN ERTINYA

BOODEEEK BOSS

KAH KAH KAH

MAMAT PURTAN

INI POTONG STIM

KAH KAH KAH

KHALAS

PEREKSA AIR LIUR YB DI PINTU PARLIMEN



Tak praktikal lakukan saringan air kencing di konsert -AADK

KAJANG – Cadangan supaya saringan air kencing dijadikan antara prosedur operasi standard (SOP) kepada pengunjung konsert adalah tidak praktikal, kata Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarahnya, Ruslin Jusoh berkata, program pencegahan adalah perkara yang lebih ampuh dalam menangani gejala dadah daripada terus merebak di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kerajaan sama ada Persekutuan atau negeri untuk bekerjasama dengan agensi tersebut dalam melaksanakan pelbagai program pencegahan dadah. 

“Konsert ini bukannya satu dewan, tapi satu stadium. Apa yang perlu fokus sekarang ini adalah program pencegahan, saya lihat program pencegahan lebih ampuh.

“Sekarang kita perlu laksanakan program pencegahan walau bagaimanapun untuk secara rambang dan itu kita laksanakan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Amanat Ketua Pengarah AADK dan Perhimpunan Bulanan di ibu pejabat agensi itu, hari ini.

Ruslin berkata demikian mengulas cadangan kerajaan Selangor supaya ujian air kencing dilaksanakan sebagai salah satu SOP kepada pengunjung konsert bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor,  Ng Suee Lim berkata, syor tersebut adalah satu daripada beberapa perkara yang bakal dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, proses bagi pengambilan sampel air kencing juga bukan boleh dilakukan sembarangan dan memerlukan proses bagi menentukan sama ada ujian itu positif mahupun negatif dadah.

“Kita fokus kepada kempen pencegahan dulu, itu yang paling penting dulu kita buat masa ini,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) berpendapat syor Kerajaan Selangor untuk mengadakan ujian air kencing sebagai antara SOP kepada pengunjung konsert tidak praktikal.

Presidennya, Freddie Fernandez turut menyifatkan proses ujian air kencing memerlukan tenaga kerja yang besar dan mengambil masa lama untuk dilaksanakan sebelum konsert berlangsung.

Empat individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita maut selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya, pada ambang tahun baharu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi.

Selain empat mangsa terbabit, terdapat tiga lagi mangsa lain yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). – 


 WOIT

PEREKSA AIR

KENCING UNTUK

MASUK KONSERT

JENG JENG JENG

PEREKSA JUGA

AIR LIUR

YG YANG MASUK

PARLIMEN

AMIN

TANGKAP YB

YANG GIAN

 MOHONG

DAN KETAGIH

KUASA

AMIN

KHALAS

KK MART DAH KEBAL !!!

 



Hukuman maksimum kepada KK Mart dan pembekal sandwic “Ham” sebagai pengajaran dan pencegahan

Oleh Armin Baniaz Pahamin

(Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia)

PIHAK berkuasa perlu mengenakan hukuman maksimum terhadap KK Mart dan pembekal sandwic yang terlibat dalam penyalahgunaan logo halal palsu.

Tindakan ini penting sebagai pencegahan kepada syarikat-syarikat lain agar mematuhi undang-undang dan menjaga sensitiviti agama di negara ini.

Kedua-dua pihak mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas salah guna logo halal yang bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga mencabuli kepercayaan pengguna Islam.

Untuk mengelakkan penyalahgunaan logo halal palsu daripada terus berleluasa di Malaysia, tindakan tegas perlu diambil sebagai pengajaran kepada penjual dan pembekal.

Sebagai sebuah negara Islam dan dengan aspirasi Malaysia sebagai hab pengeluaran produk halal global, kredibiliti logo halal yang dipamerkan pada produk makanan tidak boleh dipermainkan.

Kepercayaan pengguna terhadap logo halal adalah tulang belakang kepada ekonomi halal negara.

Masyarakat perlu yakin bahawa mana-mana produk yang mempamerkan logo halal adalah sah dan mematuhi standard tertinggi tanpa was-was.

Penjualan sandwic dengan logo halal palsu di KK Mart mencerminkan kecuaian berterusan pihak pengurusan.

Insiden ini bukan yang pertama melibatkan KK Mart:

1. Penjualan Stokin dengan Kalimah “Allah” (Mac 2024): KK Mart mencetuskan kemarahan masyarakat Islam apabila stokin yang memaparkan kalimah “Allah” dijual di salah sebuah cawangannya di Sunway City, Petaling Jaya. KK Mart dan pembekal stokin tersebut telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan dikenakan denda sebanyak RM60,000 setiap satu kepada KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) dan pembekalnya.

2. Insiden Kasut dengan Kalimah “Allah” pada Tapak (April 2024): Walaupun insiden ini tidak melibatkan KK Mart secara langsung, ia menunjukkan perlunya pemantauan menyeluruh terhadap produk yang berpotensi mencetuskan sensitiviti agama.

Hukuman berat perlu dikenakan untuk mencegah kejadian serupa.

Tindakan ini adalah selari dengan amaran keras yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sebelum ini.

Pada 10 September 2024, KPDN menegaskan bahawa hanya pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dibenarkan menggunakan logo halal.

Sebarang penyalahgunaan dianggap sebagai kesalahan serius di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Pada November 2024, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekali lagi memberi amaran tegas bahawa penyalahgunaan logo halal akan mencetuskan tindakan undang-undang segera.

Syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM5 juta, satu peringatan yang jelas kepada semua pihak supaya mematuhi peraturan.

KK Mart telah berulang kali gagal menunjukkan penghormatan kepada sensitiviti agama Islam dan mesti dikenakan hukuman maksimum sebagai pengajaran.

Hukuman maksimum di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, termasuk denda sehingga RM5 juta bagi syarikat dan RM10 juta untuk kesalahan berulang.

Hukuman maksimum ini juga perlu dikenakan terhadap pembekal.

Malah, pihak berkuasa boleh mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan lesen perniagaan bagi pihak yang terlibat.

Hukuman yang ringan tidak akan dapat memberi kesan pencegahan (deterrent) kepada industri dan hanya mempermainkan peruntukan undang-undang.

Pelanggaran berulang ini mencerminkan kecuaian dan ketidakseriusan KK Mart dalam memastikan kepatuhan kepada undang-undang serta menjaga sensitiviti agama.

Penyalahgunaan logo halal serta insiden melibatkan produk sensitif seperti stokin dan kasut jelas menunjukkan bahawa tindakan keras adalah satu-satunya langkah efektif untuk mencegah kejadian serupa pada masa depan.

Kami menyeru pihak berkuasa untuk bertindak segera, telus, dan tegas demi melindungi hak pengguna, memelihara integriti pensijilan halal, serta memastikan keharmonian agama di Malaysia terus terpelihara.— BebasNews

 WOIT

KK MART

DAH KEBAL

KAH KAH KAH

HANG TAK TAHU

SAPA PEMILIK

SAHAM KK MART

SEKARANG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

PETANG INI


PETANG INI

DARI PAGI 
MATAHARI BERSINAR INDAH
JAM 5.30 SEMUA BERUBAH
LANGIT GELAP
RINTIK RINTIK KASAR TURUN
GURUH MULA DIDENGAR
APAKAH HUJAN LEBAT
AKAN SAMPAI ?




CUKUP HEBAT !!!

 

HEBAT

CUKUP HEBAT !!!

KHALAS

API DI LOS ANGELES



API MEMBAKAR

DI LOS ANGLES

BUKAN TANDA

TUHAN MURKA

TAPI TANDA

 MAMUSIA

MEROSAK ALAM

KHALAS

Unknown commented on 
"SENI BANGUN MELAWAN"

Tengok saja berita kebakaran di Los Angeles? Sudah pergi bulan sudah pergi Marikh, sudah macam-macam kemajuan sains teknologi tetapi api susah padam, kemusnahan sudah datang kepada mereka yang terlalu tinggi keyakinan terlalu taksub terlalu kuat tentera meriam segala ilmu dunia diketahui tetapi akhirnya akur kepada api, 

jadi jangan main api selalu kerana api makan balik woit, sama juga orang kita sekarang terlalu suka provokasi terlalu terpaling taksub bangsa agama keturunan sampai terpaling hebat curi rasuah terpaling wayang tinggi produksi setiap masa melepak di kedai sampai lupa buat kerja baik kah kah kah

ALLAH MARAH !!!



WOIT

JIKA API


DI LOS ANGLES


KERANA 


ALLAH


MARAH 


ZIONIS BAKAR


GAZA


AMIN


APAKAH


TSUNAMI


DI ACHEH 2004


KERANA


ALLAH 


MARAH


TAK RAMAI


MAIN BONTOT


KAH KAH KAH

KHALAS

SOSOK PEMIMPIN NEGARA MASA DEPAN

 

SOSOK

PEMIMPIN NEGARA

MASA DEPAN

AMIN

SAIPOL AZIZAN SUKMA BERSALAH ?

 


Anwar ditegur cuba heret PM terdahulu dalam kemelut titah adendum Najib


Tindakan Anwar Ibrahim mengaitkan pemimpin terdahulu dalam isu titah adendum Najib Razak disifatkan tidak adil oleh pakar komunikasi, selepas pengakuan perdana menteri akhirnya mengakui kewujudan dokumen tambahan itu selepas kontroversi berbulan-bulan.

Anwar pada Sabtu mengakui kewujudan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Beliau kemudiannya membandingkan dirinya dengan beberapa pemimpin terdahulu.

"Yang suruh tangkap (Najib), Mahathir. Yang dakwa, Muhyiddin. Yang hukum, masa Ismail Sabri. Yang saya apa dia? Yang saya buat hanyalah bagi dia peluang buat rayuan. Saya bagi pertimbangan duduk penjara supaya ada layanan yang baik, itu saja" kata Anwar.

Pakar komunikasi Universiti Teknologi Mara, Abdul Aziz Azizam berkata timbul persoalan mengapa maklumat tentang perkara tersebut tidak diberikan secara jelas lebih awal.

"Mengaitkan perdana menteri terdahulu tentang hal ini pada satu sudut semata-mata tidak adil.

"Ini kerana hal pokoknya adalah salah laku yang telah terbukti dilakukan oleh Najib, bukan mana-mana PM yang perlu dikaitkan," katanya kepada MalaysiaNow.

Mahkamah Rayuan pada 6 Januari membenarkan semakan kehakiman oleh Najib berhubung kewujudan titah adendum tambahan dalam pengampunannya supaya beliau menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Susulan itu, pelbagai pihak menafikan menerima titah tersebut. 

Ia termasuk Jabatan Penjara di bawah Kementerian Dalam Negeri, dan juga Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa yang juga anggota Lembaga Pengampunan turut menafikan terlibat dalam menyembunyikan titah adendum tersebut.

Menurut Aziz, kekalutan yang berlaku sedikit-sebanyak telah merobek persepsi awam terhadap sistem perundangan dan sistem raja berperlembagaan.

"Apabila rakyat dibiarkan tidak mempunyai maklumat yang cukup akan mencetuskan reaksi negatif terhadap institusi raja berperlembagaan yang kita junjung sejak kemerdekaan," tambahnya.

Aziz berkata Anwar perlu menjadi lebih cermat dalam menguruskan isu titah adendum tersbeut yang menyaksikan kekeliruan demi kekeliruan timbul daripada jentera kerajaan.

Najib sedang menjalani hukuman penjara setelah didapati bersalah dalam kes menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. 

Bagaimanapun, tempoh hukumannya dikurangkan hukuman penjara kepada enam tahun berbanding 12 tahun, dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta, dalam pengampunan yang diberikan oleh Sultan Abdullah pada awal tahun lalu.

Shafizan Mohamed, pensyarah komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa, berkata dalam kes-kes berprofil tinggi seperti ini, tindakan berdolak-dalih bukan satu pilihan.

"Ia menghakiskan keyakinan awam ketika mana rakyat memerlukan ketegasan. Kerajaan mesti tunjukkan bahawa mereka mengambil tindakan.

"Ia tidak boleh mengatakan tidak tahu, yang hanya menjadikan reputasi kerajaan semakin buruk," katanya.

Katanya, strategi komunikasi kerajaan perlu lebih proaktif ketika hampir semua menteri mengatakan mereka tidak tahu kewujudan titah tambahan tersebut.

"Ia memberi bayangan bahawa kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat atau lebih bahaya lagi, orang ramai akan fikir kerajaan teragak-agak dalam membuat keputusan," katanya.

Tambah Shafizan, kerajaan mempunyai cara menunjukkan ia tidak mencampuri urusan mahkamah dengan mengambil tindakan mengikut kuasa masing-masing.

Dalam pada itu, Aziz berkata usaha kerajaan memberi penerangan berkenaan titah tersebut dilihat masih samar-samar dan tidak jelas.

"Sekejap itu dan sekejap ini. Yang patut bercakap pula hilangkan diri," katanya.

WOIT

KAH KAH KAH

BILA DAH KANTOI

SALAHKAN

ORANG LAIN

KAH KAH KAH

ADAKAH AZIZAN

ADAKAH SAIPOL

ADAKAH SUKMA

BERSALAH ?

KAH KAH KAH

BUKAK MULUT

MOHONG

KAH KAH KAH

KHALAS

BUAYA TERLEPAS !!!



Kandang pembiakan buaya bolos, dikhuatiri banyak terlepas ke perairan Batam

BATAM: Sebuah kandang buaya yang menjadi pusat pembiakan di Pulau Bulan, Batam, Kepulauan Riau, Indonesia didapati bolos semalam, sekali gus mencetuskan kegusaran kerana sejumlah reptilia itu kini terlepas ke perairan berdekatan.

Portal berita Kompas melaporkan, kejadian berlaku akibat kesan hujan lebat dan kenaikan paras air dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Berita berhubung kejadian itu mula gempar apabila susulan visual mengenainya disebarkan melalui pelbagai platform media sosial.

Kompas melaporkan sejumlah lima buaya dewasa yang terlepas, namun sebuah portal media Batam News menyatakan terdapat kemungkinan jumlahnya jauh lebih banyak.

Laporan Kompas mengenai 'lima buaya dewasa terlepas' itu disahkan Ketua Polis Sektor Bulang, Adyanto Syofyan.

Menurut Adyanto, terdapat kemungkinan buaya-buaya itu terlepas pada hari sebelumnya (Ahad).

"Pihak polis dibantu anggota Tentera Indonesia kini sedang menjalankan pencarian di sekitar perairan Pulau Bulan.

"Ada antara buaya-buaya itu berukuran sepanjang kira-kira 3 meter," ujarnya, menurut laporan Kompas.

Tambah Adyanto, warga sekitar kawasan itu khususnya komuniti nelayan diminta berwaspada dengan insiden itu kerana ia boleh mencetuskan risiko bahaya, selain meminta mana-mana pihak untuk segera memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak kelibat reptilia berkenaan.

Pusat pembiakan buaya bagi tujuan eksport itu dikendalikan syarikat Perkasa Jagat Kurnia. Ia dimiliki pengusaha warga Singapura Lim Sie Liong yang juga pemilik Salin Group.

Jarak antara Pulau Bulan di Batam dan Tanjung Pelepas di Johor adalah kira-kira 80 kilometer. - AGENSI



WOIT

UNTUK DAGING

ATAU UNTUK

KULIT

KAH KAH KAH

KALAU MASUK

KE LAUT AKAN

JADI BUAYA LAUT