Selasa, 21 Januari 2025
CONTOH TERBAIK GUNA MEDIA SOSIAL TEGAK KEADILAN
CONTOHI POKTEH
GUNA
MEDIA SOSIAL
UNTUK TEGAK
KEADILAN
KHALAS
SABTU KITA BERHIMPUN DI SOGO
PSM: Adakah Anwar, PH minta kebenaran ketika himpunan reformasi?
Susulan reaksi Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengenai arahan supaya penganjur mendapatkan kebenaran pemilik premis lokasi perhimpunan aman - PSM tampil membangkitkan penganjuran himpunan melibatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan PH sebelum ini.
Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan turut menyifatkan syarat keperluan undang-undang meminta kebenaran daripada pemilik premis seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak masuk akal dan perlu dipinda atas sebab-sebab yang nyata.
"Sebagai contoh anda ingin mengadakan perhimpunan awam di luar (premis) KWSP, jadi anda perlu meminta kebenaran KWSP dan mereka sudah pastinya akan menafikannya. Maka selepas ini bagaimana?
"Justeru penganjur sudah pun dapat menduga sama ada sesuatu kebenaran itu akan diberi atau tidak. Keadaan ini tidak berbeza sangat dengan akta polis sebelum ini yang memerlukan pemganjur minta kebenaran polis.
"Begitu juga undang-undang menghendaki polis bertanya kepada pemilik sekitar dan hampir majoriti akan mengatakan mereka tidak menyokong perhimpunan itu kerana ia mengganggu perniagaan mereka.
"Pada pandangan saya syarat meminta kebenaran ini bertentangan dengan hak perlembagaan di bawah artikel 10 iaitu hak untuk berhimpun secara aman," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hari ini, Saifuddin menolak kebimbangan yang diluahkan oleh penganjur perhimpunan antirasuah yang akan datang mengenai syarat-syarat keperluan yang dikenakan oleh polis.
Polis sebelum ini mengarahkan penganjur supaya mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis tempat mereka akan berkumpul.
Bercakap kepada media, Saifuddin mempersoalkan sama ada terdapat mana-mana tempat awam yang boleh dianggap sebagai tiada pemilik.
“Adakah Dataran Merdeka mempunyai pemilik? Ya, memang ada. Jadi, minta kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dahulu.
“Jika di luar Sogo, dapatkan kelulusan daripada pemilik Sogo. Itu yang disyaratkan oleh undang-undang. Jadi polis kena guna kuasa budi bicara sendiri dan bukan kepada syarat tuan punya premis," katanya.
Semalam, penganjur perhimpunan antirasuah 25 Jan ini melahirkan rasa terkejut dengan arahan polis meminta mereka mendapatkan persetujuan daripada pemilik premis.
Perhimpunan itu akan dimulakan di luar pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka.
Saifuddin menjelaskan bahawa penganjur perhimpunan perlu memahami sepenuhnya keperluan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila merancang mengadakan demonstrasi.
Sehubungan itu, Arutchelvan mempersoalkan jika Anwar dan PH ada meminta kebenaran daripada polis atau DBKL di bawah akta polis ketika perhimpunan besar-besaran reformasi sebelum ini.
“Sudah tentu tidak, kerana memperjuangkan hak dan kebebasan berhimpun adalah hak asasi manusia," tegasnya.
Soalnya lagi, jika pihaknya ingin mengadakan perhimpunan di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS), adakah seseorang pelu meminta kebenaran daripada Kedutaan Amerika?
"Memandangkan kita sudah pun memaklumkan kepada pihak polis, jadi pihak polis perlu membuat persiapan yang diperlukan untuk memudahkan perhimpunan itu dan bukan untuk menghalangnya.
"Itulah semangat undang-undang perhimpunan aman yang diperkenalkan oleh Najib Razak (bekas perdana menteri) pada 2012 selepas penentangan besar-besaran terhadap tindakan polis sebelum itu.
"Nasihat saya kepada penganjur perhimpunan awam adalah untuk memaklumkan kepada polis tetapi ingat hak untuk berhimpun anda dilindungi oleh perlembagaan," kata Arutchelvan.
WOIT
JANGAN KIRA
APA APA
AMIN
YANG PENTING
TURUN BERDEMO
AMIN
KELUAR
500 RIBU BERDEMO
DI KUALA LUMPUR
AMIN
KELUAR BERDEMO
RIBU RIBU
DI SEREMBAN
DI MELAKA
DI ALOR SATAR
DI KOTA BARU
DI JOHOR BARU
DI IPOH
HAJAR MADANON
TENTANG HAK
BERDEMO
AMIN
TURUN TURUN
TURUN
INI PERMULAAN
AMIN
SABTU
25 JANUARI 2025
JAM 2 PETANG
DI SOGO
KHALAS
NAJIB BERBOHONG - WAJIB TAMBAH HUKUM
Draf pertuduhan terhadap saya pada 2015 hanya khabar angin – Najib
PUTRAJAYA – Najib Razak menafikan penamatan jawatan Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara mempunyai kaitan dengan cadangan pendakwaan terhadap beliau.
Bekas Perdana Menteri memberitahu Mahkamah Tinggi, laporan media bahawa wujud draf pertuduhan terhadapnya pada 2015, sebagai khabar angin.
Ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar, Najib tidak bersetuju Abdul Gani dipecat sebaliknya jawatan sebagai Peguam Negara ditamatkan atas beberapa faktor termasuk masalah kesihatan.
Sehubungan itu, beliau tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa penamatan jawatan Abdul Gani yang juga pendakwa raya, ada kaitan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kamal Baharin: Datuk Seri ingat pada 2015, terdedah dalam media sosial bahawa terdapat draf pertuduhan terhadap Datuk Seri? Kecoh ketika itu, Datuk Seri ingat?
Najib: Tidak ingat, ada khabar angin.
Kamal Baharin: Abdul Gani dipecat dari jawatan Peguam Negara, itu fakta yang tidak dipertikaikan, Datuk Seri setuju?
Najib: Dia bukan dipecat tapi ada masalah lain termasuk kesihatan.
Kamal Baharin: Dalam pernyataan saksi, Datuk Seri ada sebut cadangan melantik Abdul Gani sebagai hakim Mahkamah Persekutuan. Adakah beliau setuju?
Najib: Ketika itu saya tidak bincang dengan dia tapi proses telah bermula dan beliau tidak melepasi proses itu.
Kamal Baharin: Oleh kerana Abdul Gani tidak dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, kenapa beliau dipecat?
Najib: Beliau ada masalah termasuk kesihatan.
Najib, 71, menyatakan demikian ketika membela diri terhadap empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.
Kamal Baharin kemudian merujuk kepada keterangan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ali Hamsa (ketika itu) yang menyerahkan sendiri surat penamatan jawatan Abdul Gani.
Mahkamah diberitahu, Abdul Gani ditamatkan perkhidmatan kerana Najib hilang kepercayaan terhadap beliau.
“Kalau saya tiada kepercayaan terhadap Abdul Gani, saya tidak `angkat’ nama beliau sebagai hakim,” ujar Najib.
Pada prosiding itu, Najib turut menafikan beliau mengeluarkan arahan untuk menukar pucuk pimpinan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan siasatan kes 1MDB.
Ujar beliau, penukaran jawatan Ketua Pesuruhjaya, SPRM, Abu Kassim Mohamed yang digantikan dengan Dzulkifli Ahmad, tiada mengena dengan siasatan terhadapnya.
Gani Patail dilucutkan jawatan pada Julai 2015 atas alasan masalah kesihatan dan digantikan dengan Mohamed Apandi Ali. Abu Kassim pula digantikan oleh Dzulkifli pada 2016 sebelum bersara wajib pada 5 Disember 2020.
Menjawab mengenai pembubaran Pasukan Petugas-Petugas Khas yang menyiasat 1MDB, Najib berkata ia disebabkan penubuhannya tidak sah dan tidak mematuhi peraturan kerana penubuhannya bukan di bawah kuasa Peguam Negara.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Sequerah bersambung hari ini. –
NAJIB NAZAK
BERBOHONG
AMIN
GHANI PATAIL
ABU KASSIM
HAMID BADOR
SEMUA DIBERHENTI
KERANA SIASAT
KES 1MDB NAJIB
AMIN
KEVIN MORAIS
MATI DIBUNUH
KERANA DRAF
KERTAS TANGKAPAN
AMIN
NEJAD AMBANK
MATI DIBUNUH
KERANA
PERSOAL DUIT
MASUK KE BANK
AMIN
MUHYIDIN
DIPECAT DARI
UMNO KERANA
PERSOAL 1MDB
AMIN
NAJIB PENCURI
DAN PENIPU
WAJIB TAMBAH
HUKUM BUKAN
DI KURANG
AMIN
PANDAI BERLAKUN PANDAI MOHONG
PANDAI BERLAKUN
PANDAI MOHONG
KHALAS
Unknown commented on
"SAEKOR MALAON DI LANTIK"
Satu saja nak cakap, kalau sebab ada mulut semua pandai bercakap tetapi masa pegang jawatan tidak berbuat apa-apa, budaya polis pencen cukup menarik di kalangan orang-orang kita kah kah kah
Unknown commented on
"LOKMAN ADAM
TETAP LOKMAN ADAM"
Zaman sekarang kena awas kena pandai berlakon kena lihat siapa pegang tongkat sakti kah kah kah, yang selalu berbunyi selepas rumah siapa sekadar mencari peluang projek kah kah kah sampai tahap begitulah kah kah kah kalau kaya kahwin lagi satu tambah rezeki nikmat woit
DONALD TRUMP PILIHAN DUNIA
DONALD TRUMP
PILIHAN DUNIA
AMIN
Unknown commented on
"SELAMAT SAMPAI
DONALD TRUMP"
Sekurang-kurangnya Amerika selalu bertukar pemimpin, sini asyik orang tua nyanyuk masih berkeliaran kah kah kah geng sama rumpun sama perangai sama menyusahkan rakyat setiap masa, masalah tak selesai kalau tidak bagi peluang kepada generasi muda, cerita sama merdeka sehingga sekarang Atok masih ada masih baca sinopsis sama senario sama lawak mereka ini sudah ketinggalan zaman woit kah kah kah
NAJIB RAZAK PRESIDEN UMNO SEORANG PENCURI
NAJIB RAZAK
PRESIDEN UMNO
SEORANG PENCURI
KHALAS
Unknown commented on
"DEMO LAWAN RASUAH"
Kah kah kah sejak merdeka sampai sekarang sudah berlori-lori kekayaan negara dipunggah oleh mereka yang berkuasa, semuanya berjawatan berkuasa berpangkat atas nama agama bangsa dan pastinya negara, kini baru ada kesempatan kesedaran melihat balik siapa pencuri terbanyak?
Kah kah kah pelik sekali walaupun dikenalpasti sebagai terhebat masih dinobatkan sebagai Bossku? Adakah demo melawan semua yang korup atau hanya pilih dan teka sesiapa yang tidak disukai? Lawan biar jelas, siapa dilawan siapa kaut berapa banyak? Kalau tidak sekadar buat demo tanpa sebarang perubahan kah kah kah
JANGAN CAKAP HAL TITAH AGONG NANTI KENA TANGKAP POLIS
TAK LAMA LAGI
DI LARANG CAKAP
HAL TITAH AGONG
KAH KAH KAH
AMIN
MALAYSIA HILANG PERMATA
Tengku Maimun: Tiada asas Islam pisahkan Indira, anak
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan kepentingan pemimpin kehakiman mengekalkan keberanian dan keteguhan dalam memperjuangkan keadilan.
Beliau berkata sebagai pemimpin kehakiman, seseorang itu perlu sentiasa mengingati bahawa institusi kehakiman ialah laluan kepada kemajuan dan menjadi penanda aras bagi rakyat menilai negara dan komuniti itu.
"Jika anda pemimpin kehakiman, anda mesti berani lakukan apa yang anda fikirkan betul dan kekal teguh dalam mengejar perkara itu.
"Amat mudah untuk bercakap tentang kebebasan kehakiman, tetapi prinsip itu perlu diterjemahkan kepada tindakan dan juga penghakiman," katanya pada program Live to Lead: The Chief Justice’s Journey yang diadakan di Universiti Malaya di sini hari ini.
Mengulas mengenai tuduhan atau dakwaan yang beliau hadapi sebagai Ketua Hakim Negara wanita pertama di Malaysia, Tengku Maimun berkata cabaran bukanlah berkaitan gender, tetapi berpunca daripada kurangnya pemahaman terhadap kedudukan atau keputusan beliau.
Ketika diminta menamakan kes penting dalam karier beliau, Tengku Maimun berkata ia berkaitan kes seorang guru tadika M Indira Gandhi.
Beliau menegaskan bahawa kes itu tidak berkaitan dengan prinsip Islam kerana ia melibatkan undang-undang sivil disebabkan Indira dan bekas suaminya K Pathmanathan (juga dikenali sebagai Muhammad Riduan Abdullah setelah memeluk Islam), merupakan penganut Hindu dan perkahwinan mereka didaftarkan di bawah undang-undang sivil.
"Apabila anda melangsungkan perkahwinan sivil, sebarang isu yang timbul daripada perkahwinan itu perlu diselesaikan di mahkamah sivil. Hal itu prinsip yang jelas. Tidak ada pertikaian tentang perkara itu," katanya dan menambah beliau dikritik seolah-olah tidak melindungi Islam.
Tengku Maimun akan bersara pada Julai tahun ini apabila mencapai usia 66 tahun, umur persaraan wajib bagi hakim, kecuali tempoh perkhidmatannya dilanjutkan enam bulan lagi.- Bernama
MALAYSIA
AKAN HILANG
PERMATA BILA
SOSOK INI
BERSARA
AMIN
KHALAS
TRUMP DALAM BAHAYA - CIA DAN FBI AKAN JIMATKAN TRUMP
Trump janji nyahklasifikasi dokumen pembunuhan JFK, Martin Luther King Jr
ISTANBUL: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berjanji pada Ahad bahawa beliau akan menyahklasifikasikan dokumen berkaitan pembunuhan bekas Presiden John F Kennedy (JFK) dan aktivis hak sivil Dr Martin Luther King Jr, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Sebagai langkah pertama ke arah memulihkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, kami juga akan membalikkan proses klasifikasi dokumen kerajaan yang berlebihan," kata Trump kepada penyokongnya di Capital One Arena di Washington, DC.
"Dalam beberapa hari akan datang, kami akan mendedahkan baki rekod yang berkaitan dengan pembunuhan Presiden John F Kennedy, abangnya Robert Kennedy serta Dr Martin Luther King Jr," tambahnya.
Trump sebelum ini turut menyeru supaya maklumat berkaitan pembunuhan JFK pada 1963 didedahkan sepenuhnya.
Dalam ucapan pada Ahad, beliau mengulangi komitmen itu dengan menyatakan bahawa beliau akan menunaikan janji tersebut sebaik sahaja memegang jawatan.
Robert Kennedy dan Martin Luther King Jr pula masing-masing dibunuh pada 1968.
Trump akan secara rasmi mengangkat sumpah jawatan pada Isnin sebelum tengah hari (waktu AS) dan dijangka menandatangani beberapa perintah eksekutif yang telah disiapkan tidak lama selepas itu.
TRUMP AKAN
BONGKAR KERJA
JAHAT CIA & FBI
JENG JENG JENG
SEBELUM
TERBONGKAR
DAULAH
TERPENDAM
AKAN JIMATKAN
TRUMP
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)