Khamis, 22 Januari 2026

FRANCE AKAN BERSAMA BRICS ?


FRANCE 

AKAN BERSAMA

BRICS?

AMIN

NAJIB DI TIPU JO LO - ANWAR BIN IBRAHIM DI KELENTONG VINOD


NAJID RAZAK

DI TIPU OLEH JO LO

AMIN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

DI TIPU OLEH VINOD

KHALAS

TAK SUKA ORANG MELAYU SILA TINGGALKAN TANAH MELAYU


SEMUA SENANG

TAK SUKA

ORANG MELAYU

SILA TINGGALKAN

TANAH MELAYU

KHALAS

SEMUA MUDAH - DIMANA BUMI DI PIJAK DISITU LANGIT DI JUNJUNG



Kata dua Agong berhubung bahasa Melayu tamparan kepada 'pelan pemasaran' DAP, kata pendedah maklumat


Kata dua yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini merupakan tamparan hebat kepada "pelan pemasaran" DAP yang mengangkatnya ke tampuk kuasa selepas menjanjikan pengundi Cina pengiktirafan tanpa syarat untuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), menurut pendedah maklumat terkemuka Albert Tei, dalam siri terbaru serangannya terhadap parti yang mendominasi kerajaan campuran Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu.

Tei berkata titah ucapan Agong pada Isnin dengan jelas menolak sebarang pengiktirafan tanpa syarat terhadap UEC – peperiksaan prauniversiti untuk sekolah menengah Cina persendirian yang menggunakan perantara Mandarin.

"Keadaan semasa ini membuktikan bahawa DAP telah menipu masyarakat Cina dengan menggunakan sentimen iktiraf UEC tanpa syarat selama beberapa dekad. Apa alasan yang akan digunakan oleh DAP untuk menenangkan emosi masyarakat Cina yang sekian lama diperdayakan oleh mereka?" kata Tei, lelaki di sebalik pendedahan mengejutkan berhubung rasuah di Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini serta suapan melibatkan 15 ahli politik kerajaan Sabah, dalam klip terbaharu yang dimuat naik di saluran media sosial "Reformati".

"Saya pun ingin belajar dengan DAP bagaimana hendak mematikan bom ini dan seterusnya apa jenis silat yang akan digunakan dan ditunjukkan oleh pemimpin DAP kepada masyarakat untuk mengawal keadaan ini."

Ketika merasmikan sesi baru sidang Parlimen, Sultan Ibrahim mengingatkan pengiktirafan mana-mana sistem pendidikan lain mestilah dengan syarat Bahasa Melayu – yang bukan merupakan bahasa pengantar UEC – diterima sebagai bahasa utama selaras dengan dasar pendidikan negara.

"Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia," menurut Sultan Ibrahim.

UEC merupakan antara topik hangat yang mewarnai perdebatan mengenai isu perpaduan dalam sistem persekolahan Malaysia.

Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Anwar sebelum ini menjadikan pengiktirafan UEC untuk kemasukan ke universiti awam dan perkhidmatan awam Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya umumnya.

Pada 2022, gabungan itu berikrar meneruskan usaha mengiktiraf sijil tersebut dengan memasukkan syarat pemohon harus mempunyai sekurang-kurangnya kepujian dalam kertas Bahasa Melayu SPM.

"Untuk tujuan ini, sijil UEC akan dinilai agar setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke IPTA," menurut manifesto PH.

Asal usul UEC

UEC dimulakan lebih 50 tahun lalu oleh Dong Zong, badan mewakili sekolah menengah Cina persendirian di seluruh negara, sebagai peperiksaan alternatif kepada STPM dan A-level.

Ia merupakan respons terhadap penolakan sekolah persendirian Cina terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, selaras dengan keperluan dasar pendidikan baharu yang berkuat kuasa pada 1962.

Kebimbangan mengenai UEC sebahagian besarnya berkisar pada penekanan kepada pembangunan identiti Malaysia, termasuk penguasaan bahasa Melayu dan pemahaman tentang patriotisme serta naratif sejarah tempatan.

Pengkritik turut membangkitkan isu asimilasi yang dihadapi lepasan sekolah persendirian Cina yang memiliki sijil UEC.

Tei berkata DAP selama beberapa dekad mengeksploitasi sentimen mengenai pengiktirafan UEC, yang akhirnya membawa kepada penerimaan besar pengundi Cina dalam pilihan raya umum sehingga mengenepikan MCA dan Gerakan – dua parti yang pernah menjadi suara komuniti Cina dalam kerajaan.

"Senang kata, pemimpin DAP adalah munafik. Mereka hanya menanam tumbuhan di bibir. Lagi boleh tipu, mereka akan terus tipu untuk meminta nyawa," kata Tei.

Aduan kepada Agong mengenai rasuah

Sementara itu, Tei berkata titah diraja yang menyentuh perang menentang rasuah juga merupakan tamparan hebat kepada DAP, yang telah menjadikan isu rasuah sebagai umpan undi pada setiap pilihan raya umum.

Beliau merujuk kepada pelantikan sekurang-kurangnya dua ahli politik Sabah yang terpalit tuduhan rasuah baru-baru ini ke jawatan tinggi dalam syarikat milik kerajaan.

"Ampun Tuanku! Dua perasuah ini adalah pengkhianat negara namun masih diangkat ke jawatan tinggi. Manakala orang yang melantiknya, Ketua Menteri Hajiji Noor, ialah bapa pengkhianat negara kita," tambahnya.

Hajiji, sekutu Anwar, terpalit dalam skandal rasuah menggemparkan melibatkan beberapa Adun Gabungan Rakyat Sabah (GRS), seperti yang didedahkan Tei melalui beberapa klip video yang menunjukkan mereka membincangkan suapan jutaan ringgit untuk meluluskan lesen perlombongan mineral.

Mereka termasuk Yusof Yacob dan Shahelmey Yahya, masing-masing dilantik sebagai pengerusi Sabah Development Bhd dan Sabah Oil and Gas Development Corporation.

Tei pernah memohon bantuan Anwar untuk mendapatkan status "whistleblower" (pendedah maklumat) bagi mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun, permintaan itu ditolak oleh perdana menteri.

Pada November lalu, Tei mendedahkan klip baharu yang menunjukkan seorang wanita dikaitkan dengan setiausaha politik Anwar ketika itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengaku bahawa perdana menteri sendiri adalah dalang di sebalik klip-klip video Adun Sabah, dan perkara itu didakwa turut diketahui oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Tei berkata rakaman klip Adun Sabah itu pada asalnya adalah sebahagian daripada usahanya untuk mendapatkan semula wang yang telah diserahkan kepada ahli politik GRS. Menurutnya, beliau meminta bantuan perdana menteri untuk berunding dengan Hajiji, yang merupakan pengerusi gabungan itu.

Tei turut mendedahkan beliau membelanjakan lebih daripada RM600,000 untuk Shamsul dengan harapan orang kuat Anwar itu akan berunding dengan Hajiji.


SEMUA MUDAH

SEMUA SENANG

AMIN

TAK SUKA

BAHASA MELAYU

SILA TINGGALKAN

TANAH MELAYU

AMIN

TAK SUKA 

GULAI AYAM

MAKAN GULAI IKAN

AMIN

AMAT MUDAH

AMAT SENANG

AMIN

DI MANA BUMI

DI PIJAK DISITU

LANGIT DIJUNJUNG

KHALAS

HOT HOT HOTT - TERKINI - TER NOWW - TAN SRI DAH DI KENALI

 


TAN SRI

DAH DI KENALI

AMIN

BUKAN TAN SRI RAIS YATIM
BUKAN TAN SRI JOHAN JAAFAR
BUKAN TAN SRI MUHYIDIN YASIN
BUKAN BUKAN
BUKAN!!!
AMIN

Beliau ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie, firma perundingan kewangan Islam global yang terkemuka. 

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara Malaysia (Bank Negara Malaysia) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

Beliau juga merupakan ahli lembaga Syariah untuk beberapa institusi kewangan global lain, termasuk Bank Abu Dhabi Pertama. 

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).




TAN SRI MANGSA SIAPA ?



 Tan Sri disyaki tipu wang pelabur lebih RM300 juta direman 4 hari


KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah jumlah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika mengesahkan perkara itu berkata suspek lelaki berusia 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat swasta dan ahli kewangan Islam ditahan selepas tiba di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya, semalam.

Katanya, SPRM memperoleh kebenaran perintah reman selama empat hari hingga Ahad ini terhadap suspek itu di mahkamah Putrajaya, pagi tadi, bagi membantu siasatan lanjut.

Selain itu, beliau berkata, SPRM turut menahan seorang wanita yang juga ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit yang berpangkalan di Kuala Lumpur, kelmarin, untuk membantu siasatan kes sama.

"Kita mendapat maklumat bahawa Tan Sri berusia 60-an itu dan seorang wanita berumur 50-an yang memegang jawatan ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pelaburan, disyaki terbabit penipuan pelabur berskala besar.

"Ramai pelabur dari serata negara dilaporkan kehilangan ratusan juta ringgit. Malah, kita menganggarkan kerugian dialami pelabur itu mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

"Pelaburan dipercayai didalangi dua suspek berkenaan adalah pelbagai dengan dijanjikan pulangan yang lumayan," katanya kepada pemberita pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Azam menasihati orang ramai supaya tidak mudah terjebak dengan kegiatan pelaburan yang akhirnya terpaksa menanggung kerugian.



PUKEE MAK

MEDIA MALAYSIA 

SURUK 

NAMA TAN SRI

AMIN

TAN SRI 

RAIS YATIM KE?

TAN SRI 

JOHAN JAFFAR KE?

 TAN SRI 

MUHYIDIN KE?

AMIN 

TENGOK MUKA

DI TUTUP

AMIN

PASAL APA NAK

TUTUP & TAKDA

NAMA

AMIN

TAN SRI INI 

MANGSA REBUT

HARTA DENGAN

SAPA?

JENG JENG JENG

KHALAS

SISTEM EKONOMI KAPITALIS & SOSIALIS


SISTEM EKONOMI

DALAM DUNIA INI
ADA TIGA SISTEM EKONOMI
YANG JELAS
SISTEM EKONOMI KAPITALIS
SEPERTI DI AMERIKA
SISTEM EKONOMI SOSIALIS
SATU KETIKA DULU WUJUD
 DI RUSIA & CHINA
SISTEM EKONOMI CAMPURAN
KAPITALIS + SOSIALIS
WUJUD DI SWEDEN FINLAND NORWAY

BRO
GUA LAWAN 
SISTEM EKONOMI KAPITALIS
KERANA SISTEM INI
JAHAT TIDAK ADIL & MENINDAS
KAYA JADI KAYA
MISKIN JADI PAPA

BRO
GUA MAHU DIRIKAN
EKONOMI SOSIALIS
YANG AGIGAN EKONOMI ADIL  
MESRA UMAT
MESRA ALAM

BRO
GUA TAK LAWAN IPONE
INI PRODUK
DALAM NEGARA SOSIALIS
JUGA AKAN ADA IPONE
AKAN ADA KOMPUTER
AKAN ADA LEVIS  501
AKAN ADA  DR MARTEN
HANYA CARA PEMBUATAN 
DARI KILANG YANG MENGAMALKAN
SISTEM SOSIALIS YANG ADIL
TIDAK MENINDAS PEKERJA
AMIN

Unknown commented on
 "IPONE IALAH PRODUK
 BUKAN SISTEM EKONOMI"

kau sendiri cakap amerika adalah bapak kapitalis dunia. semua tu dihasilkan di sana. nak temberang apa lagi? lanciaolah isham!! kaki putar belit! kah kah kah!

Unknown commented on 
"IPONE IALAH PRODUK 
BUKAN SISTEM EKONOMI"

ia adalah hasil sistem kapitalis. kalau sistem kapitalis tiada, tentunya tak akan wujud barangan tersebut. kau jangan nak bohong! ptuih!

Unknown commented on
 "IPONE IALAH PRODUK 
BUKAN SISTEM EKONOMI"

i rest my case my lord.. kah kah kah

PERANG TAMAT DI MEDAN PERANG




Putin bertemu utusan AS hari ini bincang penyelesaian perang Russia-Ukraine


MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam memaklumkan akan bertemu utusan Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff dan Jared Kushner hari ini bagi mencari penyelesaian berhubung perang Russia dengan Ukraine yang berlarutan hampir empat tahun.

Putin, dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Russia memberitahu beliau akan membincangkan kemungkinan penggunaan aset negara itu yang dibekukan bagi tujuan kerja pemulihan di wilayah yang terjejas akibat perang.

"Kemungkinan ini juga sedang dibincangkan dengan wakil pentadbiran AS," katanya seperti dilaporkan agensi berita Russia.

Putin berkata, beliau akan turut membincangkan penggunaan aset berkenaan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dalam satu pertemuan hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Luar Russia sudah diarahkan untuk mengkaji jemputan Presiden AS, Donald Trump supaya Russia menyertai Lembaga Keamanan dan akan memberikan maklum balas pada masa yang sesuai.

Putin berkata, beliau melihat cadangan itu sebagai sebahagian daripada usaha bagi penyelesaian damai di Asia Barat.

Walaupun belum membuat sebarang keputusan bagi menyertai lembaga berkenaan, Putin berkata, Moscow bersedia memperuntukkan AS$1 bilion (RM4 bilion) seperti yang dikehendaki Trump bagi keanggotaan jangka panjang, menggunakan asetnya yang dibekukan.

Ini mengambil kira hubungan istimewa Russia dengan rakyat Palestin.

PERANG UKRAINE

AKAN TAMAT

TIDAK DI MEJA

RUNDINGAN

AMIN

PERANG AKAN

TAMAT

DI MEDAN PERANG

KHALAS

MINUM AIR KETUM REBUS


MINUM AIR

KETUM REBUS

BRO
GUA MINUM AIR KETUM
BUKAN UNTUK MABUK
GUA MINUM AIR KETUM
UNTUK KESEHATAN

GUA MINUM AIR KETUM
UNTUK TENAGA
TIAP MINGGU GUA KE CHOW KIT
GUA WAJIB TOLAK-TARIK  TROLI
20 KE 25 KILO

BRO
GUA MINIUM AIR ANGGUR
BUKAN UNTUK MABUK
GUA MINUM WINE UNTUK
MENGENAK SELERA MAKAN

JUSTERU
GUA SOKONG KETUM
TIDAK AJDI BAHAN JENAYAH
Unknown commented on
 "PAGI INI"

Pergi Hokkien cari Madafaka ini kasi dia mabuk ketum kau kau!

KENYATAAN JUJUR DARI IRAN


KENYATAAN

JUJUR DARI

MENTERI LUAR

IRAN

KHALAS



MISKIN LAWAN KAYA


INDIA MISKIN

CHINA MISKIN

MELAYU MISKIN

RAMAI 

AMIN

SEMUA  MISKIN

WAJIB

BERSATU

AMIN

LAWAN 

CHINA KAYA

LAWAN

MELAYU KAYA

AMIN

Unknown commented on 
"SISTEM EKONOMI KAPITALIS"

Bukan Melayu miskin tetapi pemimpin mereka kaya raya berjuta-juta sapu rasuah komisen projek semuanya dibolot oleh golongan elit pakai cukong, cukong tak boleh disalahkan sepenuhnya mana pergi otak pemimpin yang mengatakan berjuang demi agama bangsa negara ? Kah kah kah

KRISIS KAPITALISMA 2026

 


DUNIA KAPITALIS 

DILANDA

KRISIS 2026

AMIN

NAJIB ADA JO LO - ANWAR BIN IBRAHIAM ADA VINOD



Anwar disepina sebagai saksi dalam kes saman RM30 juta

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah disepina untuk memberi keterangan sebagai saksi plaintif dalam satu saman berjumlah RM30 juta yang difailkan oleh 12 individu terhadap ahli perniagaan Vinod Sekhar dan isterinya, Winny Yeap Liew Heoh, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini menunjukkan bahawa sepina tersebut dipohon oleh peguam plaintif, Messrs Goh Wong Pereira, pada 15 Jan lalu.

Ketika dihubungi, peguam Colin Pereira mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan perintah itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri hari ini.

“Plaintif telah mengeluarkan sepina terhadap beliau (Anwar) untuk memberi keterangan sebagai saksi mereka.

“Kami telah menyerahkan sepina itu melalui e-mel, kurier dan secara serahan tangan ke Pejabat Perdana Menteri, dan pihak berkenaan telah mengesahkan penerimaan dokumen tersebut,” katanya.

Pereira berkata Anwar perlu hadir memberi keterangan di mahkamah kecuali perdana menteri itu memohon untuk mengetepikan perintah tersebut selepas ia diserahkan kepadanya.

Pereira turut mengesahkan bahawa perbicaraan kes itu akan diteruskan di hadapan Hakim Adam @ Edward Abdullah pada 22 dan 23 Januari, di mana Pengerusi Petra Equities Sdn Bhd (PESB), Tunku Imran Ibni Tuanku Ja’afar, akan memberi keterangan.

Pereira berkata dia telah diarahkan oleh anak guamnya pada 2024 untuk memanggil setiap individu yang dinamakan dalam saman tersebut, termasuk Anwar, untuk memberi keterangan dalam kes itu.

Vinod dan isterinya telah disaman oleh 12 individu pada tahun 2023 atas dakwaan salah nyata, penipuan dan pelanggaran kontrak.

Sepuluh daripada 12 plaintif tersebut merupakan pelabur Vinod, iaitu Graham David Bell, Arthur J Mirante II, Ronald Barrie Clapham, Charles Robert Henry Stone, Paul Sallis Benney, Paul Nicholas Smith, Octavio Augusto Vallarino Arias, Simon Hafeitz Homsany, Talbortt Gerard Young dan Uri Fruchtmann.

Dua plaintif selebihnya, Andrew Murray-Watson dan April Srivikorn, merupakan bekas pekerja Vinod.

Kumpulan plaintif itu mendakwa bahawa Vinod telah memujuk mereka untuk melaburkan wang sama ada dengannya atau melalui pelbagai syarikat miliknya, tanpa mendedahkan status kebankrapan yang didakwa ketika itu.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif berkata mereka telah menyoal Vinod mengenai isu kebankrapan tersebut melalui e-mel pada 30 September 2020.

Vinod didakwa telah “mengambil ringan” perkara itu dan seolah-olah mencadangkan bahawa seorang individu bernama “Anwar” akan menguruskan perkara tersebut serta menyatakan bahawa dia selari dengan Anwar, yang dipercayai oleh mereka merujuk kepada Perdana Menteri.

Mahkamah telah memulakan perbicaraan kes itu pada Oktober tahun lalu, di mana salah seorang pelabur, Bell, telah memberi keterangan bagi pihak semua plaintif lain.

Bell memberitahu mahkamah bahawa Vinod telah menggambarkan dirinya sebagai seorang anggota masyarakat yang boleh dipercayai, berikutan hubungannya dengan individu berpengaruh, termasuk Anwar.


DENGAN BANGGA

DI UMUMKAN

 KEPADA RAKYAT 

MALAYSIA

KAH KAH KAH

NAJIB  RAZAK

ADA JO LO

ANWAR

BIN IBRAHIM

ADA VINOD

KHALAS