Ahad, 12 Januari 2025
KERAJAAN MADANI SEDANG BERKIRA
Haniff Khatri pertikai mengapa kerajaan diam terlalu lama
KUALA LUMPUR – Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mempersoal tindakan kerajaan yang berdiam diri untuk tempoh yang lama sebelum akhirnya mendedahkan kewujudan titah adendum, semalam.
Beliau turut mempertikai mengapa Jabatan Peguam Negara (AGC) ketika itu tidak membuka mulut memaklumkan titah itu wujud sewaktu pendengaran kebenaran semakan kehakiman i Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi, tahun lalu.
Ujar Haniff Khatri, sebelum bekas Perdana Menteri memfailkan semakan kehakiman, para peguamnya terlebih dahulu mengemukakan surat-surat bertanyakan kesahihan titah berkenaan.
“Mengapa pejabat Peguam Negara, agensi-agensi lain dan kerajaan tidak menjawab bahawa titah itu wujud?
“Ketika pendengaran di mahkamah, mengapa kerajaan tidak mengakui kewujudan titah itu sehinggakan mahkamah menolaknya (kebenaran) semata-mata kerana ketiadaan keterangan terus,” ujar beliau.
Haniff Khatri menyatakan demikian dalam hantaran yang dimuat naik oleh pempengaruh media sosial, Lim Sian See dalam laman Facebooknya, hari ini.
Anwar dalam laporan media semalam mengakui surat titah daripada Agong ke-16 yang kini Sultan Pahang telah diterima oleh Peguam Negara ketika itu, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
Haniff Khatri turut tidak berpuas hati dengan tindakan Ahmad Terrirudin yang menyerahkan surat berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang baharu, walhal ia perlu dilaksanakan segera.
“Kegagalan melaksanakan titah berkenaan yang diterima pada 29 Januari 2024, pada pendapat jujur saya adalah salah. Berdasarkan konsep pengampunan, titah YDPA ke-16 itu telah selesai dan ia perlu dilaksanakan serta merta,” ujarnya.
Katanya dalam hubungan ini, tiada keperluan dari segi perundangan bagi Peguam Negara untuk menunggu Seri Paduka ke-17 mengangkat sumpah.
Sehubungan itu, Haniff Khatri mencadangkan Majlis Raja-Raja bermesyurat bagi membincangkan keingkaran kerajaan dan pihak-pihak terlibat mendedahkan kewujudan titah adendum.
Menurut Hanif Khatri, menurut Perkara 42 Fasal 4(a) Perlembagaan Persekutuan, pengampunan oleh Agong bagi banduan di Wilayah Persekutuan tidak tertakluk kepada nasihat Lembaga Pengampunan atau mesyuarat lembaga mahupun nasihat Peguam Negara.
Beliau menjelaskan, ia berbeza dengan pengampunan bagi banduan negeri di bawah Perkara 42 Fasal 4(b) yang diterajui Raja dan Sultan yang mana keputusan dibuat atas nasihat lembaga.
Menurut Haniff Khatri jika timbul pertikaian syarat-syarat penempatan warden-warden penjara di rumah yang diperintahkan itu, perkara itu merupakan isu pentadbiran. –
WOIT
PEGUAM HANIFF
TAK SEDAR
KAH KAH KAH
ANWAR
BLACKROCK
LAMBAT KERANA
LAMA BERKIRA
KAH KAH KAH
KIRA KIRA
APAKAH DAP
APAKAH AMANAH
AKAN CABUT
BILA NAJIB
DI BEBASKAN
KHALAS
MANA ZAHID HILANG ?
Azalina minta ahli Umno henti spekulasi isu titah adendum
Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said menggesa ahli parti itu menghentikan sebarang spekulasi mengenai titah adendum berhubung hukuman penjara Najib Razak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) berkata perkara itu akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak lama lagi dan oleh itu mereka harus menyerahkannya kepada badan kehakiman.
“Kalau Mahkamah Rayuan sudah buat keputusan bahawa perlulah Mahkamah Tinggi dipulangkan balik tentang isu titah itu, saya nak minta semua dari parti untuk serahkan balik kepada Mahkamah Tinggi.
“Pada 13 Januari, Mahkamah Tinggi akan tetapkan tarikh perbicaraan dan saya minta kita semua tak payah buat spekulasi kerana sekarang ini mahkamah memainkan peranan untuk membuat penentuan.
“Kita pun tak nak isu subjudis maknanya bila dah jadi kes mahkamah banyak komen-komen saya rasa pun tak adil bagi semua pihak,” katanya seperti dipetik Umno Online.
Azalina menambah bahawa Mahkamah Rayuan dalam keputusannya minggu lepas telah mengesahkan kewujudan titah adendum itu yang memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.
Proses seterusnya adalah untuk Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada titah adendum itu sah di sisi undang-undang, tegas Azalina.
“Ini tak ada isu dengan kesahan ini hanya isu tentang kewujudan. Kesahan ialah isu lain iaitu isu undang-undang tapi ini adalah isu kewujudan dan semua pihak yang terlibat dalam proses ni saya percaya akan dipanggil oleh mahkamah.
“Jadi saya nak minta ahli parti kita biarlah mahkamah membuat keputusan setelah semua fakta diterima oleh mahkamah daripada semua pihak,” kata Ahli Parlimen Pengerang itu.
Isnin lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan 2-1 membenarkan Najib memulakan semakan kehakiman untuk memaksa menteri dalam negeri dan kerajaan menguatkuasakan titah yang didakwa oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.
Panel yang diketuai hakim Azizah Nawawi memerintahkan perkara itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman.
WOIT
AHLI UMNO
JUGA SEDANG
BERSEPEKUALI
TENTANG
KENAPA PRESIDEN
ZAHID HAMIDI
MENIKUS
KAH KAH KAH
KHALAS
TAMAK DAN LOKMAN ADAM
Tak logik dapat untung
RM5,000 dalam 6 jam
Kuala Terengganu — Gara-gara tertarik dengan keuntungan lumayan dalam masa singkat, seorang lelaki berputih mata apabila kerugian RM48,905.41 selepas ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud.
Mangsa berusia 51 tahun, dari Gong Badak, Kuala Nerus, di sini, menyertai skim pelaburan AI Auto Trade melalui aplikasi WhatsApp, selepas tertarik dengan keuntungan sebanyak RM5,890 dalam tempoh enam hingga 24 jam dengan nilai pelaburan serendah RM400.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang bekerja di pelantar minyak membuat pelaburan awal berjumlah RM400 dan namanya dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp pelaburan yang turut disertai lima peserta lain termasuk pentadbir bernama ‘Nora’.
Katanya, mangsa dimaklumkan suspek sudah mendapat keuntungan hasil pelaburan dan perlu membuat bayaran untuk urusan pengeluaran keuntungan.
“Mangsa yang terpedaya dengan tipu muslihat skim pelaburan itu membuat sembilan transaksi berjumlah RM48,905.41 ke tujuh akaun bank berbeza menggunakan wang simpanannya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, mangsa berasa tertipu selepas gagal memperoleh keuntungan dijanjikan dan membuat laporan polis semalam.
“Kita akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420, Kanun Keseksaan.
“Kita menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan taktik penipuan, terutama melalui media sosial,” katanya.-HMetro
INI CONTOH
TAMAK DAN
BODOH
AMIN
BUANG MASA
POLIS SAJA
AMIN
KHALAS
KEMANA DIA MENGHILANG ?
WOIT
HEBOH HAL
TITAH INI
MACAM NAK
KIAMAT
TAPI DIMANA
ZAHID
PRESIDEN
GEROMBOLAN
AMIN
ZAHID PERGI
UMRAH KE?
SENYAP TAKDA
SUARA
KAH KAH KAH
KHALAS
PELIK TAPI BENAR
Kertas siasatan kes ugutan babit anak menteri dirujuk TPR – KPN
KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet seperti tular di media sosial sudah dilengkapkan oleh polis.
Siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin lalu, untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, kata Ketua Polis Negara, Razarudin Husain.
Tindakan itu sekaligus menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan, katanya.
Razarudin berkata, polis juga sudah merakam percakapan terhadap semua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
“Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, pada 6 Januari lalu selepas laporan polis yang dibuat oleh pengadu pada 1 Januari lalu.
“Pada masa ini, pihak pendakwa raya mengarahkan pegawai penyiasat untuk mendapatkan laporan pemeriksaan kandungan wanita yang dikatakan diugut anak menteri terbabit,” katanya kepada BH hari ini.
Razarudin berkata, siasatan awal yang dijalankan juga mendapati anak menteri terbabit dilaporkan sudah menikahi wanita yang dilaporkan mengandung seperti yang tular pada September tahun lalu.
“Kita juga sedang menunggu pengesahan sijil perkahwinan mereka bagi memperkukuhkan siasatan yang dibuat.
“Ingin saya tegaskan di sini bahawa PDRM tidak akan melindungi sesiapa pun yang didapati terbabit dalam apa juga kesalahan meskipun ia membabitkan menteri atau ahli keluarga mereka.
“Siasatan adalah telus dan pihak polis akan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.
Terdahulu tular dalam laman sosial aplikasi Telegram kes membabitkan anak seorang menteri, yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak tujuh minggu lalu.
Kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita itu dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, pada 24 Disember tahun lalu.
Pada masa ini siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.-
CONTOH KERAJAAN YANG BOLEH DIIKUTI
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat bermula Februari
JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin, berkata saringan itu bertujuan mencegah penyakit strok dan jantung yang menyebabkan jumlah kematian terbanyak di negara republik itu.
Beliau berkata, tiga jenis pemeriksaan akan dinilai iaitu tekanan darah, gula dalam darah dan paras kolesterol.
"Penyebaran maklumat mengenai usaha ini dirancang bermula bulan ini.
"Saringan kesihatan akan dijalankan di 10,000 pusat kesihatan masyarakat (PUSKESMAS) dan berpotensi di sekitar 15,000 hingga 20,000 klinik swasta merangkumi sekitar 280 juta orang," katanya.
Budi berkata, saringan kesihatan berkenaan akan dijalankan pada hari lahir kanak-kanak di bawah lima tahun, dewasa dan warga emas.
"Bagi kanak-kanak dan individu berusia sehingga 18 tahun, saringan akan dijalankan di sekolah dan bukannya pada hari lahir mereka," katanya.
Beliau berkata, jenis saringan yang disediakan akan berbeza mengikut kumpulan usia.
"Sebagai contoh, saringan kanser akan memberi tumpuan kepada orang dewasa yang lebih tua, manakala saringan untuk gangguan kongenital akan menumpukan kepada kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.
"Program saringan ini akan menggunakan sistem digital. Selepas melaluinya (saringan), keputusan akan dihantar melalui WhatsApp sama seperti kaedah keputusan ujian polymerase chain reaction (PCR) dikongsi semasa wabak COVID-19.
"Sehubungan itu, pihak kementerian akan mempromosikan aplikasi SATUSEHAT mulai minggu ini," katanya.
INI CARA
JAGA RAKYAT
AMIN
BUKAN JUAL
INSURAN PADA
RAKYAT
AMIN
DARI JANGKA
PANJANG INI
LEBIH JIMAT DUIT
DARI KOS UBAT
AMIN
KHALAS
AMERIA ADA M.I.C - MALAYSIA ADA CUKONG
AMERIKA
ADA MILITARY
INDUSTRIAL
COMPLEX
AMIN
MALAYSIA
ADA CUKONG
KHALAS
Unknown commented on
"TANAH MELAYU
JADI MILIK CUKONG"
Apa punya tur ? Kesedaran tak penting yang terpaling hebat RM, bukan Rosmah Mansor tetapi Ringgit Malaysia kalau USD bertambah lebur iman akidah perwatakan orang kita, dari atas kepala besar sampai kepala bawahan sama saja kah kah kah atas pau besar bawahan pau sedikit kot asalnya semua pau tak kira halal atau haram janji senang lenang boleh cuci nanti kah kah kah
Unknown commented on
"KENALI APA ITU CUKONG"
Kah kah baru sedar dari tidur kah apa ini? Baru sedar orang kita lebur tengok Kepala Agung? Selama ini tidak sedar? Memanglah cukong pegang semua pegawai atasan sampai bawah guna Kepala Agung? Sekarang sedar terus jadi suci murni?
Bukan setakat pegawai peringkat PM peringkat menteri peringkat ketua jabatan semuanya akui terpaksa cium tangan orang yang banyak pegang Kepala Agung kah kah kah kadangkala terbatuk terkentut mengenang tahap pemikiran kita semua, macam berlakon pun ada tetapi semuanya akan ditentukan oleh jumlah keseluruhan diterima kah kah kah
JANGAN SOMBONG
JANGAN
SOMBONG
AMIN
Unknown commented on
"TRUMP BAWA HURU HARA"
Sekelip mata semuanya hilang dimakan api, sekelip mata semuanya disapu banjir besar, sekelip mata semuanya hanyut dibawa angin, jadi jangan ego sangat dengan megah sebagai ketuanan sangat, biar semua adil saksama sedikit tak payah banyak tetapi amalkan sedikit selamat kah kah kah
nanti sekelip mata semua hilang kah kah kah, tak kira betapa megah betapa ego betapa baik buruk kamu sekelian ya saja ingatkan diri sendiri dahulu sentiasa cermin diri dulu kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 12 JANUARI 2025
WOW
HEBOH PASAI TITAH
HOT HOT HOT
TUP TUP
ANWARA BLACKROCK
MENGAKU TITAH
TELAH
DI TERIMA OLEH PEGUAM NEGARA
KAH KAH KAH
PASAI APA SEKARANG
BARU CAKAP
PASAI APA AWAI DULU
TAK MAU ROYAK
KAH KAH KAH
DAH TERBARAI
DAH MASUK MAHKAMAH
DAH KENA TUDUH SOROK
KAH KAH KAH
BARU SEKARANG NGAKU
KAH KAH KAH
RAKYAT NAK TAU
LEPAS PEGUAM NEGARA
TERIMA TITAH
BILA DIA BERI TAHU
ANAWAR BLACKROCK
KAH KAH KAH
ESOKNYA KE
3 MINGGU KEMUDIAN
ATAU
BARU KEMARIN?
KAH KAH KAH
KES ENTOT ENTOT LARI
JENG JENG JENG
MULA ROGOL
KEMUDIAN
ENTOT LARI
SEKARANG DAH KAWIN PULAK
KAH KAH KAH
TAPI PELIK
KENAPA KES INI
KETUA POLIS NEGARA
YANG BUAT KENYATAAN
PASAI APA BUKAN BALAI
BUKAN OCPD DAERAH
JENG JENG JENG
LAWAN TOWKAY
ATAU
BODEK TOWKAY
JENG JENG JENG
AMERIKA
PARTI DEMOKRAT BERSIDANG
NAK CARI KETUA BARU
BIDEN DAN KAMALA
TAK TAK BOLEH PAKAI
INDONESIA
BERI PEMEREKSAAN
RAWATAN PERCUMA
UNTUK SEMUA RAKYAT
MULA BULAN DEPAN
AMERIKA
API TERUS MEMBAKAR
LOS ANGELES
10 TELAH TERKORBAN
DI WILYAH LAIN
RIBUT SALJI SEDANG
MENGMUK
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR SEJUK
ANGIN SEJUK BERTIUP
TERASA DI TELINGA
KL & KL SENTRAL BERKABUS
ARAH SUNGAI BESI AWAN GELAP
ARAH SHAH ALAM LANGIT BIRU
BERCAMPUR AWAN PUTIH
SUARA TERKUKUR
JAUH DI BUKIT
SUARA HOW WOW
DARI KWANTUNG
SUARA TIONG AGAK KUAT
YANG LAIN JADI SUARA LATAR
HARI INI GUA RASA
AKAN PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI AHAD
BRO
MAKAN JAGONG ULAM PETAI
IKAN KELI DI ATAS PARA
TITAH AGONG SUDAH SAMPAI
NAJIB WAJIB TERUS DIPENJARA
MELINTAS SUNGAI NAIK TITI
AMBIL IKAN DIATAS PARA
RAKYAT SEMUA SEDANG MENANTI
BILA ROSMAH NAK MASUK PENJARA
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)