Sabtu, 7 Februari 2026

APA JADI MALAM INI DI SOGO ?


APA JADI

MALAM INI 

DI SOGO?

AMIN

RAKYAT PERLU PENCERAHAN


ANWAR 

BIN IBRAHIM

TAK PERLU

MARAH MARAH 

MAKIN HAMUN

AMIN

RAKYAT HANYA

MAHU PENCERAHAN

KHALAS

NGA KOR MENG INI TERBAIK


NGA KOR MENG

TERBAIK

AMIN

DIA KUKUHKAN

KESEDARAN MELAYU

AMIN

PAKAT PAKAT HUMBANKAN MADAFAKA

 

JIKA MADAFAKA

TERSU BERKUASA

NAGARA HANCUR

AMIN

PAKAT PAKAT

HUMBANKAN

MADAFAKA

KHALAS

Peguam Anwar naik pangkat ke jawatan kehakiman, cetus persoalan keadilan di sebalik saman Yusoff Rawther


Kebimbangan dibangkitkan mengenai kebebasan mahkamah berikutan pelantikan seorang peguam sebagai pesuruhjaya kehakiman, hanya beberapa bulan selepas beliau mewakili Anwar Ibrahim dalam permohonan kontroversi mendapatkan kekebalan daripada tindakan saman seorang pemuda berusia 33 tahun yang menuduh perdana menteri menyerangnya secara seksual.

K Raja Segaran dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi, dalam apa yang digambarkan oleh kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) sebagai "sangat tidak wajar dan bertentangan dengan persepsi badan kehakiman yang bebas" disebabkan kuasa Anwar untuk melantik hakim.

"Mengapa perdana menteri memilih untuk melantik peguam peribadinya, sedangkan beliau tahu sepenuhnya bahawa ia menjejaskan persepsi dan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman?" soal pengarah LFL Zaid Malek, merujuk peruntukan perlembagaan yang memberi kuasa luas kepada perdana menteri untuk mencadangkan nama hakim yang "perlu diterima" oleh Agong.

Pesuruhjaya kehakiman ialah pegawai kehakiman tidak tetap yang menjalankan tugas dengan kuasa yang sama seperti seorang hakim untuk menghakimi perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Zaid mencabar kerajaan bersikap telus mengenai pelantikan itu dengan mendedahkan siapa yang mencadangkan nama Raja Segaran dalam senarai calon yang diserahkan kepada istana.

"Orang ramai berhak untuk diberikan maklumat ini. Mendedahkan maklumat ini adalah demi kepentingan awam kerana ia akan meredakan kebimbangan orang ramai. Dalam kes ini, ketelusan mengenai apa yang berlaku ketika proses pelantikan adalah penting dalam memelihara keyakinan rakyat."

Anwar berdepan saman Yusoff Rawther, bekas pembantu penyelidiknya yang mendakwa pemimpin PKR itu melakukan serangan seksual terhadapnya pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum memenangi pilihan raya kecil Port Dickson susulan pengampunan diraja atas sabitan liwatnya pada 2014.

Saman itu dijadualkan untuk perbicaraan pada Jun tahun lepas, tetapi masih tertangguh sementara menunggu keputusan permohonan Anwar mendapatkan kekebalan.

Anwar memohon sebuah pengisytiharan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa, sebagai perdana menteri, beliau harus diberikan imuniti daripada saman sivil yang berkait perbuatan peribadi yang berlaku sebelum dilantik sebagai perdana menteri.

Pengumuman pelantikan Raja Segaran itu dibuat ketika beberapa perkembangan lain yang mencetuskan kebimbangan sama ada Yusoff akan mendapat perbicaraan adil.

Lelaki itu ketika ini masih menunggu polis menyoal siasat perdana menteri dan bekas pembantunya, Farhash Wafa Salvador, atas dakwaan mereka memangsakannya dengan pertuduhan dadah dan senjata api, yang mana beliau dibebaskan mahkamah tahun lepas.

Turut mencetuskan persoalan ialah tindakan Anwar untuk sekali lagi menukar peguam pembelaan dalam saman serangan seksual itu ketika tarikh perbicaraan semakin hampir, di samping laporan hakim Roz Mawar Rozain dipindahkan.

Roz Mawar merupakan hakim Mahkamah Tinggi yang sebelum ini menolak permohonan imuniti perdana menteri itu.

Zaid berkata pelantikan Raja Segaran menggambarkan sikap pilih kasih dalam pelantikan hakim, dan menggesa peranan perdana menteri dalam urusan pelantikan kehakiman dihapuskan sepenuhnya.

Seruan serupa pernah dibuat oleh raja-raja Melayu beberapa hari selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 2022.

"Selagi pelantikan hakim melibatkan PM, integriti badan kehakiman akan sentiasa dipersoalkan. Episod terbaru yang melibatkan pelantikan peguam peribadi PM ini mesti dianggap sebagai peringatan kepada kerajaan Madani untuk membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi menghapuskan kuasa PM melantik hakim," tambahnya.

Pada November 2022, Majlis Raja-Raja mencadangkan agar kuasa perdana menteri untuk melantik lima wakil ke Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Empat daripada sembilan ahli JAC terdiri daripada hakim kanan, manakala lima yang lain adalah lantikan perdana menteri.

Pada Julai tahun lepas, ratusan peguam berarak di Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri untuk menyatakan bantahan terhadap campur tangan eksekutif dalam urusan  pelantikan hakim.

BUDAYA MERAJUK DALAM PKR


WOIT

KAH KAH KAH

DULU SUKA

MERAJUK AZMIN

KAH KAH KAH

AZMIN MERAJUK

ANWAR PUJUK

JENG JENG JENG

SAIFUDIN MERAJUK

MASUK PAS

AMIN

GOBALA MERAJUK

TAKDA SAPA

AMBIL POT

KAH KAH KAH

KHALAS


Anwar: Ahli suka merajuk, enggan kerja tiada tempat dalam PKR

Tiada tempat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mana-mana anggota yang enggan bekerja dan hanya gemar “merajuk” serta “merengek” sehingga mengabaikan amanah memperkukuh parti dan melaksanakan agenda perjuangan, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu menegaskan bahawa mandat yang diberikan rakyat kepada kepimpinan parti, sama ada pada peringkat Persekutuan mahupun negeri, bukan untuk bermegah dengan jawatan dan kedudukan, tetapi amanah untuk bekerja keras demi rakyat dan negara.

“Kalau tidak sanggup bekerja, sila berundur. Parti ini masih banyak kerja. Kita tidak boleh membuang masa melayan keluhan yang tidak membina,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Selangor 2026 di Gombak, hari ini.

Perdana Menteri itu turut mengingatkan ahli PKR supaya tidak terjebak dengan sikap bekerja separuh jalan, sambil menegaskan bahawa budaya merengek dan terlalu banyak merajuk tanpa tindakan hanya akan melemahkan parti.

“Kerja sekerat jalan, merengek sana sini tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sikit-sikit merengek, sikit-sikit merajuk, asyik berleter, itu bukan pandangan membina - ini bukan tempatnya.

“Kalau benar mahu berjuang, mesti ke depan selaras dengan semangat PKR - membujur lalu, melintang patah. Itu semangat kita. Itu sahaja landasan untuk membawa perubahan,” katanya.

Anwar berkata PKR memerlukan anggota yang sanggup tampil ke hadapan dengan semangat perjuangan yang jelas, selaras dengan prinsip parti untuk membawa perubahan sebenar kepada negara.

Beliau berkata dalam perjuangan politik, ujian dan cabaran tidak pernah terhenti, namun ahli PKR perlu kekal berdisiplin dan fokus kepada matlamat memperkukuh perpaduan serta menolak politik perpecahan kaum dan agama.

Sentimen perkauman sempit

Beliau menegaskan PKR memilih untuk menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai landasan perjuangan dan percaya negara hanya akan selamat jika semua kekuatan rakyat dirangkul tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Dalam pasukan kita ada Melayu, Cina dan India. Ini kekuatan kita.

“PKR tidak dibina atas sentimen perkauman sempit, sebaliknya atas prinsip keadilan dan perpaduan,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh jentera parti, termasuk pada peringkat ranting dan cabang, supaya bangkit sebagai satu angkatan padu bagi mempertahankan hak dan kebenaran serta memastikan PKR terus kekal sebagai parti berbilang kaum yang memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia. Bernama


ISLAM BUNUH ISLAM ?



Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad


NEW DELHI: Pemimpin dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri di sebuah masjid di Islamabad semalam, ketika Pakistan berikrar untuk membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Azerbaijan, Britain, Iran, Russia, Arab Saudi dan Turkiye antara negara yang menyampaikan ucapan takziah serta menyatakan sokongan kepada Pakistan dalam usaha membanteras keganasan.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang dilakukan di sebuah masjid ketika solat Jumaat hari ini (6 Februari 2026) di ibu negara Pakistan, Islamabad. Kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta rakyat Pakistan," menurut Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan.

Turkiye akan terus berdiri teguh dalam solidariti bersama Pakistan dalam usaha memerangi keganasan, tambah kenyataan itu.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman pengganas serta bersolidariti bersama Pakistan menentang semua bentuk ekstremisme, kekerasan dan keganasan.

"Kementerian menegaskan pendirian teguh Kerajaan Arab Saudi yang menolak perbuatan menyasarkan rumah ibadat, intimidasi terhadap orang awam yang tidak bersalah serta pertumpahan darah," menurut kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 31 orang maut dan hampir 170 cedera apabila seorang penyerang meletupkan dirinya di Masjid Imambargah Qasr-e-Khadijatul Kubra di pinggir bandar Tarlai, Islamabad.

Pengawal keselamatan di masjid Syiah itu cuba menghalang penyerang, namun dia berjaya meletupkan bahan letupan berkenaan.

Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif dan beberapa pegawai lain menyalahkan pihak asing serta proksi pengganas mereka atas kekejaman itu, yang berlaku hanya beberapa hari selepas serangan terancang di wilayah Balochistan.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya perbuatan kejam dan keganasan ini yang menyasarkan jemaah di tempat suci. Kami mendoakan kesembuhan segera kepada mangsa yang cedera," menurut Kementerian Luar Azerbaijan, sambil menegaskan Azerbaijan berdiri dalam solidariti bersama Pakistan dalam memerangi semua bentuk keganasan.

Presiden Russia, Vladimir Putin mengutuskan surat takziah kepada Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Shehbaz Sharif.

"Sila terima ucapan takziah saya yang amat mendalam atas akibat tragis serangan pengganas di Islamabad. Pembunuhan orang awam ketika upacara keagamaan sekali lagi membuktikan sifat keganasan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan," kata Putin.

"Saya ingin menegaskan kesediaan Russia untuk terus memperkukuh kerjasama dengan rakan kongsi Pakistan dalam memerangi keganasan," katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam satu kenyataan berkata serangan terhadap orang awam dan rumah ibadat adalah tidak boleh diterima, dan pihak bertanggungjawab mesti dikenal pasti serta dibawa ke muka pengadilan.

"Rakyat Kanada turut mendoakan rakyat Pakistan, mangsa, mereka yang cedera dan insan tersayang mereka pada hari ini," kata Perdana Menteri Mark Carney dalam satu hantaran di X. Setiausaha Luar Britain Yvette Cooper menyifatkan serangan itu sebagai "mengerikan" dan "amat mengejutkan" dalam hantaran di media sosial.

"Ingatan saya bersama mangsa, keluarga dan semua yang terkesan. United Kingdom berdiri bersama Pakistan dalam memerangi keganasan serta menyokong semua komuniti yang terjejas akibat keganasan ini," katanya.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baqaei berkata Iran mengecam sekeras-kerasnya serangan itu dan menyeru kerjasama serantau serta usaha berterusan bagi menentang "pelaku, penganjur, penyokong dan pembiaya" keganasan.

Perdana Menteri Pakistan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin asing atas mesej simpati dan sokongan mereka serta berikrar untuk memburu pihak di sebalik serangan itu.

"Pelaku jenayah kejam ini akan dibawa ke muka pengadilan dengan tindakan tegas dan rancangan jahat mereka tidak akan dibiarkan berjaya," kata Shehbaz, sambil menambah bahawa Pakistan kekal bersatu dalam tekadnya mengalahkan keganasan.

Pasukan keselamatan Pakistan telah meningkatkan operasi terhadap rangkaian pengganas.

Mereka membunuh 216 pemberontak di Balochistan baru-baru ini, sekali gus menggagalkan serangan di pelbagai lokasi.

Sekurang-kurangnya 22 anggota keselamatan dan 30 orang awam terkorban dalam serangan serta operasi antikeganasan itu.

Seramai 24 anggota rangkaian pengganas yang disokong pihak asing maut pada Rabu dan Khamis di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan, menurut kenyataan bahagian media Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR) tentera Pakistan pada Jumaat

INI KERJA GERILA 

BALUCHISTAN ?

ATAU SUNNI

BOM SHIAH ?

JENG JENG JENG

INI MACAM 

ISLAM BUNUH

ISLAM

AMIN

KERANA

ADA ISLAM KLIM

ISLAM DIA SAJA

YANG BETUL

AMIN

YANG LAIN

DI TUDUH

AJARAN SESAT

KHALAS

NAMA DI LAPOR KERANA TOK SARJAN


KERANA DIA

HANYA SARJAN

MAKA

NAMA ADA 

DILAPOR MEDIA

AMIN

NAMA PEMBERI

MALAH NAMA ADIK

PEMBERI JUGA

DI LAPOR SAMA

AMIN

JIKA DATUK ATAU

DATUK SERI

NAMA TAK MUNCUL

KHALAS


Sarjan polis didakwa terima rasuah selesaikan kes narkotik

BUTTERWORTH – Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM2,500 bagi menyelesaikan kes ujian saringan air kencing tiga tahun lalu.

Tertuduh, S. Yuvarajan, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia yang ketika itu sebagai seorang ejen kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Sarjan Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik (2) di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut telah secara rasuah memperoleh wang tunai RM2,500 daripada Ahmad Fuaad Mokhtar sebagai upah bagi melakukan perbuatan berhubungan hal ehwal prinsipal tertuduh iaitu menyelesaikan kes ujian saringan air kencing adiknya, Muhamad Fazli Mokhtar.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah pusat perniagaan di Sungai Dua, George Town, jam 7.45 malam, pada 12 Julai 2023.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh diwakili peguam, C. Hari Prassaad Rao.

Ketika prosiding, pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melaporkan diri di Pejabat SPRM berhampiran sekali setiap bulan.

Bagaimanapun, Hari Prassaad Rao dalam mitigasi rayuan mohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan.

“Tertuduh pernah ditahan kerja pada tahun 2023 bagi membantu siasatan berhubung kes ini namun dipanggil menyambung semula tugas pada awal  tahun lalu.

KUIL HARAM - KUIL SETINGGKAN


KUIL HARAM

KUIL SETINGGAN

KERANA TANAH

BUKAN MILIK KUIL

KHALAS

MELAYU AKAN SOKONG PAS


JIKA INI DILAKUKAN

OLEH PAS - PASTI

BERJUTA MELAYU

AKAN SOKONG

KAH KAH KAH

KHALAS




BIAWAK BERSUARA


BILA BIAWAK

ITU BERSUARA

ERTINYA GUA

DIJALAN 

YANG BETUL

AMIN


Unknown commented on 
"KETAHUILAH SAPA PENYOKONG ANWAR BIN IBRAHIM"

Madafaka, Lu ari2 24/7 dok nok humban PMX lah!

Tengok apa jadi?

Anjing Lu mampuih, Boss Lu Atok terhumban patah tulang pinggul dan semua bergocoh sama sendiri PN, PAS, BERSATU, Atok gocoh dgn Abah.

Tunggu sekoq lagi anjing Lu pung akan kiok dan Lu pung mental kiok akan masuk Tanjung Rambutan le.

Memang cilaka!


Unknown commented on
 "KETAHUILAH SAPA PENYOKONG ANWAR BIN IBRAHIM"

kau tu pandai sangat ke? bila lihat garisan putih di langit, kau dah terkencit! kah kah kah!

RAFIZI CALON TETAP PRESIDEN PKR


RAFIZI CALON

 TETAP

PRESIDEN PKR

KHALAS

AMERIKA AKAN SERANG IRAN ?


AMERIKA AKAN

SERANG IRAN?


Ketika tulisan ini digarap Presiden Trump terus mengancam  akan menyerang Iran. Dalam masa yang sama  Trump berkata rundingan diplomatik dengan Iran berhubung program nuklearnya sedang berjalan.  Trump  memberi amaran bahawa "perkara buruk" akan berlaku jika rundingan pertemuan awal gagal.

Kapal perang Amerika  "terbesar dan terbaik"  sedang menuju ke Iran. Di akhir Januari dan awal Februari 2026, "armada"  USS Abraham Lincoln telah sampai ke Teluk Parsi.

Di atas Kapal Induk Abraham Lincoln  ini berlabuh jet-jet pejuang  dan jet  pengebom. Kapal Induk ini diiringi pula dengan tiga buah kapal pemusnah: USS Delbert D. Black, USS McFaul, dan USS Mitcher.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku. 
Untuk memahami semua ini kita wajib kembali melihat bagaimana Presiden Maduro dan Isteri telah di culik oleh soldadu Amerika di Caracas. Sebelum Maduro diculik lautan Venezuela telah di datangi dengan kapal perang. 

Taktik yang sama sedang dilakukan oleh Trump terhadap Iran.  Venezuela  digunakan sebagai contoh dan amaran untuk Iran.  

Apakah taktik ini akan berjaya?

Jawabnya langkah Venezuela  tidak semudah itu untuk dilakukan ke atas Iran. Penduduk Venezuela  ada 34 juta. Manakala Iran ada 90 juta penduduk. 

Soldadu dan tentera Iran telah di uji selama   8 tahun dalam Perang Iraq.  Perang 12 Hari  Jun 2025 dengan Israel dan Amerika masih  segar.  

Teknologi dan industri senjata Iran  bertaraf dunia. Drone yang di gunakan oleh Rusia dalam Perang Ukraine datang dari Iran.

Iran memiliki senjata ketenteraan yang besar dan dibangunkan  sendiri. Iran memiliki  lebih 3,000 peluru berpandu balistik. Iran membina kapal laut dan kapal selam sendiri. Sistem pertahanan laut, darat dan udara telah di duga.

Hakikatnya tidak semudah  Manchester United mengalahkan Harimau Malaya.

Wajib di fahami rancangan Amerika untuk menyerang Iran ini adalah  rancangan lama Zionis Isreal.  Ini kerana jika dikaji jelas kelihatan Iran tidak – saya ulangi – tidak mengancam keselamatan Amerika. 

Jika Iran tidak mengancam keselamatan Amerika  kenapa Iran perlu di serang?

Jawabnya amat mudah.  Kerajaan Islamik Republik Iran wajib di runtuhkan. Iran wajib di mandulkan.  Ini untuk memastikan tidak ada satu  negara di wilayah Timur Tengah  yang memiliki keupayaan tentera dan ekonomi yang dapat menandingi Isreal.

Justeru negara Arab  Mesir yang terbesar bala tentera telah dimandulkan dengan Perjanjian Camp David 1973.  Pada tahun 1994 Gerakan Pembebasan Palestin (PLO) di bawah pimpinan Yasser Arafat telah berjaya dimandulkan dengan Perjanjian Oslo.

Kerajaan  Iraq  di bawah pimpinan nasionalis  Saddam Hussein musnah pada tahun 2003. Pada tahun 2011 tentera NATO bersama Amerika menyerang  Libya. Kerajaan Muamar Gadaffi runtuh. Hingga hari ini Libya masih  huru hara.  Pada Disember 2024 kerajaan nasionalis Syria di bawah pimpinan Bashar al-Assad runtuh.

Kejatuhan dan pemandulan negara-negara nasionalis Arab ini semunya di rancang dan disusun oleh Zionis Israel.

Negara Arab seperti Jordan, Saudi dan Arab Telok adalah  budak suruhan Amerika. Negara-negara  ini menjadi barua kepada Zionis Israel.  Tanpa sokongan Amerika kerajaan Saudi dan Jordan ini sudah lama lupus.

Palestin adalah punca  perang dan perbalahan di wilayah ini. Bila sahaja Negara Pendatang  Isreal di wujudkan pada tahun 1948 maka wilayah Timur Tengah ini menjadi tidak aman.

Wajib disedari 30 tahun dulu Netanyahu telah merancang satu strategi yang diberi nama "A Clean Break: A New Strategy for Securing the Realm". Ini  ialah dokumen dasar 1996 yang disediakan untuk Benjamin Netanyahu oleh kumpulan kajian pemikir kaum Zionis di Amerika. 

Kajian ini diketuai oleh Richard Perle. Ia menganjurkan peralihan daripada "keamanan menyeluruh" kepada strategi keseimbangan kuasa tradisional, termasuk menyingkirkan Saddam Hussein dan menjatuhkan kerajaan Syria dan mewujudkan negara-negara Arab yang Pro Amerika dan berkawan dengan Israel.

Siapa Richard Perle? 

Richard Perle ialah penasihat politik neokonservatif  yang terkenal. Dia pakar dalam keselamatan negara. Richard Perle adalah arkitek utama Perang Iraq 2003. Dia   bersama Paul Wolfowitz kawan baik Anwar bin Ibrahim merancang kejatuhan Saddam.

Dia pernah menjadi Penolong Setiausaha Pertahanan di bawah Ronald Reagan (1981–1987) dan mempengerusikan Jawatankuasa Penasihat Lembaga Dasar Pertahanan (2001–2003) untuk pentadbiran George W. Bush

Hakikatnya Strategi Clean Break mahu Israel menjadi hegemon – kuasa mutlak – terkuat di Timur Tengah. Negara lain wajib tunduk kepada Israel. 

Isreal juga memasang niat untuk mendirikan apa yang dipanggil Greater Israel – Isreal Raya.  

"Israel Raya" (Eretz Yisrael HaShlema) ialah konsep kaum Zionis yang merujuk kepada visi wilayah Israel yang diperluas. Isreal Raya adalah sebahagian dari   ajaran agama Yahudi dan Kitab Taurat. 

Wilayah Isreal Raya termasuk Tebing Barat, Gaza, dan bahagian negara jiran seperti Jordan, Lebanon, Syria dan Mesir.

Hari ini pemerhati politik dan penganalisa politik – yang anti-Amerika mahu pun  yang  pro-Amerika semua bersetuju bahawa  dasar luar Amerika hari ini  di kemudikan oleh Israel.

Lalu persoalan timbul : Bagaimana negara Israel ini berjaya menjadikan Amerika sebagai kuda  tunggangan.    Mengapa pentadbiran kerajaan Amerika  - Demokrat atau Republikan – terus mengikut telunjuk Israel.

Mengapa soldadu Amerika  dan soldadu dari NATO sanggup mati   untuk  mempertahankan Israel.

Jawabnya amat mudah.   Sistem  demokrasi elektoral pemilihan perwakilan ke punca kuasa di Amerika telah  membolehkan kaum Zionis menguasai  badan politik Amerika.

Untuk menjadi Presiden, untuk menjadi Ahli Dewan Kongres, Dewan Perwakilan atau  Gabenor  atau  Datuk Bandar perlu dicalonkan untuk bertanding. Pertandingan memerlukan dana. Disinilah masuk jarum Zionis.

“Lobi Israel" ialah gabungan individu dan organisasi  yang menyokong Republikan atau Demokrat.  Lembaga seperti  AIPAC ( American Isreal Public Affairs Comittee ) ,  Christians United for Israel, dan pelbagai badan pemikir—berusaha untuk mempengaruhi dasar luar Amerika untuk menyokong Israel. Ia beroperasi dengan mempengaruhi Kongres, membentuk wacana awam, dan menentang pengkritik dasar Israel.

Sosok Yahudi Zionis bilionair dan  jutawan yang  kaya raya di Amerika akan menghulur jutaan dolar dana untuk  berkempen. Dana diguna untuk membeli pengaruh  melalui pembelian iklan di media.

Media Amerika dan media negara Barat tidak berani mengkritik Israel.  Anti-Semitik dan sejarah  Hitler akan mengikat media untuk terus bersimpati dengan Isreal. Lihat saja laporan media berat sebelah  tentang Perang Gaza yang sedang berlaku.

Media arus perdana Amerika seperti New York Times, Washington Post dan CNN—secara sejarah telah memberikan garis simpati yang lebih besar kepada pandangan Israel dari pandangan Palestin. 

Malah banyak media di dunia ini di modali oleh kaum Zionis. Lihat bagaimana media pro Isreal melaporkan pertandingan  Datuk Bandar New York baru-baru ini.  Zohran Mamdani bukan saja di panggil sosialis komunis malah di cap  sebagai Mamdani Jihadis.

Pengaruh Zionis Israel ini kuat sekali. Warga dunia terperanjat  ketika  dalam berkempen Mamdani telah memberi tahu dunia bahawa anggota polis New York (NYPD) mendapat latihan di Isreal.  Baginilah kuatnya pengaruh Zionis dalam badan politik Amerika.

Calon yang diberi dana oleh kaum Zionis  jika menang akan terus  mengajukan dasar  Isreal First -Dulu kan  Isreal.

Ketika tulisan ini digarap telah di beritakan rundingan antara Iran dengan Amerika sedang berjalan. Awalnya Turki memainkan peranan. Kini dilaporkan  rundingan  berjalan di Oman. Amerika diwakili oleh menantu Trump Jared Kushner dan Steve Witkoff. Iran di wakili oleh Menteri Luar Abbas Araqchi.

Dalam masa yang sama Iran siap siaga  untuk menghadapi apa sahaja langkah Amerika. Sistem pertahan Iran hanya menunggu arahan dari Ayatollah Khamenei. 

Wajib di ingati pada Jun 2025 Iran diserang oleh Amerika dan Israel ketika perundingan berjalan di Qatar.  Ini menjadikan Iran terus berhati-hati bila menjalankan perundingan dengan Amerika.

Jika serangan berlaku Amerika tidak akan  membawa masuk soldadu ke Iran. Amerika  akan mengebom Iran dari laut dan udara untuk memusnahkan apa yang dipanggil makmal nuklear Iran. 

Ajen Mossad , CIA dan MI6 akan diarah untuk membunuh ramai  pemimpin politik  Iran. Apakah Ayatollah Khamenei akan di culik seperti Maduro ?

Jawapan Iran lebih mudah dan menjanjikan. 

Semua pangkalan yang ada soldadu Amerika di Timur tengah  akan diserang. Armada Amerika di Telok Parsi akan menjadi sasaran. Panglima  Angkatan Tentera  Iran Majer Jeneral Amir Hatami   telah berkata : Kali ini kami akan melawan habis-habisan.

Ini bermakna Isreal akan menjadi sasaran utama. Peluru berpandu dan rudal  Iran  akan menyerang Tel Aviv.  Pengalaman Perang 12 Hari telah memberi  banyak  ilmu  pengetahuan dan strategi baru  untuk Iran.

Paling akhir Iran akan menutup Selat Hormuz dimana 20 ke 21 juta tong  minyak mentah melintas selat ini setiap hari. Ini  20% ke 25% aliran minyak mentah yang di perlukan oleh dunia setiap hari. 

Jika Selat Hormuz ditutup. Harga minyak akan melonjak naik ke 500 dolar satu tong. Dunia  akan  akan jadi huru hara. 

Persoalan timbul bila keadaan  ini berlaku apakah Zionis Israel akan meledakkan Bom Nuklear? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)


   TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/767452