Jumaat, 6 Februari 2026

KETAHUILAH SAPA PENYOKONG ANWAR BIN IBRAHIM


KETAHUILAH 

KENAPA MADAFAKA

ADA PENYOKONG

AMIN

MENENTANG KUIL HARAM


MENENTANG

 KUIL HARAM

AMIN

SEBELUM BERDEMO - DENGAR PENCERAHAN


SILA DENGAR

PENCERAHAN INI

AMIN

PEMIMPIN BERSATU HENTIKAN BERGADUH - RAKYAT DAH BENCI



PEMIMPIN 

BERSATU

DISARAN

HENTIKAN 

BEREBUT NAK

JADI PM

AMIN

SUSUN RAKYAT

DAN PENYOKONG

KUATKAN PARTI

AMIN


𝗥𝗲𝘀𝗲𝘁 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗗𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 – 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵
KUALA LUMPUR | 6 Feb 26 – Seruan Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainudin, supaya dilakukan “reset politik” ketika membahaskan Titah Diraja di Parlimen pada 20 Januari lalu dilihat tepat pada masanya, khususnya dalam konteks ketidakseimbangan politik semasa yang semakin menjauh daripada realiti masyarakat Malaysia.

Ahli Parlimen Indera Mahkota,  Saifuddin Abdullah, berkata rujukan Hamzah terhadap pendekatan Tun Abdul Razak Hussein pasca tragedi 13 Mei 1969 mencerminkan keperluan keberanian politik untuk membina semula negara, bukan sekadar memastikan kelangsungan kuasa.

Menurut beliau, pengalaman sejarah menunjukkan bahawa kestabilan negara hanya dapat dicapai apabila konfigurasi politik dibentuk selari dengan komposisi dan kehendak sebenar rakyat.

“Tun Razak telah memperkenalkan konfigurasi politik baharu melalui Barisan Nasional yang berasaskan perkongsian kuasa berbilang kaum. Kerangka ini berjaya menstabilkan negara selama beberapa dekad kerana ia mencerminkan profil rakyat melalui perwakilan di Dewan Rakyat,” katanya.

Saifuddin berkata perubahan besar landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah melahirkan konfigurasi baharu yang lebih terbuka dan berbilang kaum, namun pada masa sama menimbulkan cabaran dari sudut kestabilan jangka panjang.

Beliau menjelaskan bahawa ketidaksepadanan antara sokongan politik dan realiti demografi telah menjadi semakin ketara, apabila kerajaan hari ini disokong oleh minoriti yang lebih kecil daripada kaum majoriti, manakala pembangkang pula mendapat sokongan lebih besar daripada kumpulan tersebut.

“Ini adalah realiti demokrasi. Namun, realiti ini menuntut penambahbaikan agar sistem politik tidak terus terperangkap dalam ketidakseimbangan yang boleh menjejaskan kestabilan negara,” katanya.

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan keperluan membangunkan pendekatan Politik Baharu yang berteraskan kerangka centripetalism, iaitu kerjasama rentas kaum yang bersifat sederhana, sentris dan berorientasikan dasar, bukannya personaliti.

Pendekatan ini, katanya, memerlukan kesepakatan baharu antara majoriti besar kaum majoriti dan majoriti besar kaum minoriti, disokong oleh pembetulan sistem, pengukuhan institusi serta perubahan budaya politik.

Menurut beliau, usaha memulihkan negara tidak boleh bergantung kepada tokoh atau nama semata-mata, sebaliknya menuntut komitmen kolektif untuk melakukan transisi politik yang berani dan terancang.

“Pokok pangkalnya bukan soal siapa, tetapi soal intipati kesepakatan untuk kebaikan negara dan masa depan rakyat,” katanya. @politiko.my

JANGAN BUAT ANWAR BIN IBRAHIM STRES


WOIT

HANIF JAMALUDDIN

JANGAN BUAT

ANWAR

BIN IBRAHIM STRES

NANTI DI BALUN

BONTOT STUDENT

KAH KAH KAH

AMIN





TAK MASUK AKAL


LARANGAN 

TAK MASUK AKAL

AMIN

INI  BAHASA ARAB

YANG DITUTUR

OLEH ARAB ISLAM

ARAB  KRISTIAN

ARAB ATEIS

ARAB GAY

ARAB LESBIAN

AMIN

MUSTAHIL BOLEH

DILARANG

 KAH KAH KAH

 KHALAS




Penggunaan ‘Alhamdulillah’ Oleh Bukan Islam Sebenarnya Dilarang – Peguam Syarie

Penggunaan kalimah "Alhamdulillah" merupakan antara perkataan yang dilarang untuk merujuk kepada agama selain Islam di kebanyakan negeri di Malaysia.

Menurut penjelasan Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, di laman Threads miliknya, tegahan tersebut telah termaktub secara jelas di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dikuatkuasakan oleh sebahagian besar kerajaan negeri di seluruh negara.

Hal ini bertujuan untuk memelihara kesucian istilah-istilah khusus agama Islam daripada disalahgunakan dalam konteks kepercayaan lain mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Menurut penjelasan beliau, kalimah "Alhamdulillah" termasuk dalam senarai perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk kepada agama selain Islam di kebanyakan negeri, meskipun larangan tersebut tidak dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan.

Dari sudut perundangan, sekiranya individu bukan Islam menggunakan ungkapan tersebut dalam konteks rujukan agama mereka, perbuatan itu dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang berkuat kuasa di negeri-negeri berkenaan.

"Ia adalah suatu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam," katanya.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Rantau Panjang,  Siti Zailah Mohd Yusoff, telah membangkitkan persoalan di Dewan Rakyat pada Rabu mengenai tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang menggunakan kalimah khusus umat Islam ketika sesi persidangan.

Beliau menegaskan bahawa perbuatan sedemikian bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah dilihat seolah-olah mempermainkan kesucian agama Islam itu sendiri.


ALBERT TEI GEMPUR KUASA


ALBERT TEI

PEJUANG LAWAN

RASUAH TULIN

AMIN

BERANI & TEGAS

GEMPUR KUASA

KHALAS



Dakwa menteri keluar kenyataan berbaur hasutan, Albert Tei buat laporan polis

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Albert Tei, hari ini tampil membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang menteri yang disifatkannya berunsur hasutan, ugutan serta berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum.

Albert atau nama penuhnya Tan Jiann Cheing, mendakwa kenyataan disampaikan dalam bahasa Cina baru-baru ini itu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang menteri kerana memberi naratif yang tidak benar dan mengelirukan.

"Saya membuat laporan polis kerana berpendapat kenyataan ini boleh mencetuskan kebencian, permusuhan antara kaum serta kegentaran awam.

"Ia juga tidak wajar disampaikan oleh seorang pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan," katanya pada sidang media selepas membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

Difahamkan, menteri itu mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika satu sesi wawancara dalam program Podcast terbitan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan pada 26 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Albert mendakwa, berdasarkan terjemahan yang dibuatnya kenyataan berkenaan menggambarkan dakwaan bahawa masyarakat Cina perlu berwaspada terhadap ancaman tertentu sekiranya berlaku perubahan kuasa politik, sekali gus disifatkan sebagai cubaan menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

"Penggunaan bahasa sedemikian tidak beretika dan boleh menghakis kepercayaan antara kaum sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

"Saya berharap pihak polis dapat menyiasat perkara ini secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang sedia ada iaitu mengikut Seksyen 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tanpa mengira status seseorang individu itu termasuklah seorang yang bertaraf menteri dalam kerajaan.

Albert ditemani peguamnya, Zain Malek, sepanjang proses membuat laporan polis dan sesi sidang media berkenaan.

Untuk rekod, Albert sebelum ini pernah tampil membuat pendedahan berkaitan dakwaan rasuah dalam sektor perlombongan mineral di Sabah, yang kemudiannya mencetuskan perhatian umum.

DEMO UNTUK HASUT ORANG RAMAI


DEMO BERTUJUAN

HASUT RAKYAT

BENCI KERAJAAN

KHALAS


Unknown commented on 
"ESOK PETANG DEMO DI SOGO"

takde kerje lain ke? takde office utk dijaga ke? takde kebun? ladang utk dikerjakan?

demo day in day out for F? hasil negara bertambah ke? boleh amik cukai ke?

bestnye jadi tuan tanah, "master race". habis kan nasi orang lain aje. syok.

makan free.


Unknown commented on 
"ESOK PETANG DEMO DI SOGO"

mesej madani kot ,….?? jika tanah haram serahkan kat pejabat tanah kuil hindu serah kat rayer deo ram karpal kah kah kah keliru mengarut & macam!!!

KUIL HARAM DI SOGO


DEMO KUIL HARAM 

ESOK MALAM

 DI SOGO

AMIN

TURUN DEMO ESOK DI SOGO


ESOK DEMO

DI SOGO

KHALAS

Unknown commented on
 "PENGKHIANATAN TERHADAP SABAH"

Apalah pembangkang ni kecoh-kecoh...tanah tu adalah kepunyaan anwar lah....moyang dia yang punya!!!!!

Unknown commented on
 "SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA ?"

mintak sangat kepada penceroboh dan perembat tanah orang.. pulangkan balik tanah kepada tuan tanah tanf sah.. jangan jadi freeoader.. hidup menyusahkan orang.. makan nak brsuap.. hampeh

kah kah kah

Unknown commented on
 "POLITIKUS MAJORITI TAK BERILMU"

macam reyer dahi macam lebai.. tapi sokong ceroboh tanah.. tunggang demi undi..

TAK TURUN JALAN RAYA - TAK MENANG PILIHAN RAYA !!!


TURUN JALAN RAYA

SEBELUM

PILIHAN RAYA

AMIN

TAK TURUN

JALAN RAYA

TAK MENANG

PILIHAN RAYA

KHALAS



BERAPA PERATUS PEMIMPIN POLITK KITA PEDO DAN LGBT ?

 

BERAPA PERATUS

PEMIMPIN POLITK 

KITA PEDO ?

AMIN

BERAPA PERATUS

YB DAN MENTERI

KITA 

GAY BI & LESBO

KHALAS

NURUL TETAP DIATAS

 



Walau selalu lantang, Hassan saran Rafizi jadi Presiden PKR lepas Anwar

Di sebalik kelantangan melontarkan kritikan, beberapa ahli parlimen PKR berpendapat tidak wajar Rafizi Ramli diambil tindakan oleh parti.

Malah seperti pandangan dikongsi Hassan Abdul Karim bekas Timbalan Presiden PKR itu wajar terus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan kritikal terhadap kerajaan.

Tidak sekadar itu, pada pendapat Ahli Parlimen Pasir Gudang berkenaan, Rafizi boleh diberikan peranan lebih besar tidak lama lagi – apabila PKR mengadakan pemlihan parti.

Kata Hassan, seandainya PKR – dan PH – memenangi PRU akan datang, mereka wajar memberikan ruang lebih signifikan kepada bekas menteri ekonomi berkenaan.

Tambahan pula, katanya, Anwar tidak akan menjadi Presiden PKR selama-lamanya.

“Saya cadangkan kalau kita (PH) menang lagi, kita lantik dia (Anwar) jadi perdana menteri sepenggal lagi, tetapi dalam PKR, saya cadangkan Rafizi jadi sebagai presiden manakala Nurul Izzah (Anwar) kekal sebagai timbalan presiden.

“Dalam pemilihan parti akan datang biar Nurul Izzah pertahankan jawatan timbalan presiden dan Rafizi jadi presiden.

“(Biar) Semua sokong dia (supaya) kita dapat gabungkan orang muda, manakala Anwar boleh jadi penasihat parti dan peganglah jawatan perdana menteri untuk sepenggal lagi,” katanya kepada Malaysiakini.

Anggap sangat bagus

Rafizi merupakan orang nombor dua PKR pada 2022 dan bertanding untuk mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan pada tahun lalu. Bagaimanapun dia gagal apabila kalah kepada Nurul Izzah.

Pemilihan yang berlangsung pada Mei 2025 itu bukan saja menyaksikan Rafizi kalah dengan perbezaan lebih 5,900 undi berbanding Nurul Izzah, malah dia mengotakan janjinya dengan meletak jawatan sebagai menteri ekonomi.

Dia kemudian muncul dalam slot audio siar dari semasa ke semasa dengan menjadi pengkritik kerajaan serta parti sehingga menyebabkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Hassan – yang pernah bersuara mengkritik Rafizi semasa dia dalam kabinet – berpendapat pandangan diberikan Ahli Parlimen Pandan berkenaan bukanlah fitnah.

Sebaliknya, kata Hassan, ia berdasarkan kepakaran dan pengalaman Rafizi khususnya dalam soal dasar dan tadbir urus.

“Dia memberi pandangan tentang sesuatu perkara, sama ada berkaitan parti ataupun negara. Contohnya semasa membahasakan usul titah diraja baru-baru ini, dia bangkitkan isu fiskal defisit dan cukai.

“Pada saya ia sangat bagus. Dia meneliti dan menggunakan pengetahuan dia sebagai akauntan.

Sepatutnya peranan itu dimainkan oleh pembangkang tetapi pembangkang tak ada kemahiran itu, jadi dia (Rafizi) tetap bersuara,” katanya.

Yakin Anwar pun tak setuju

Untuk rekod pada 2 Feb lalu dalam ciapan di X, Rafizi menganggap Anwar ghairah mahu menjadi perdana menteri manakala dirinya sendiri berharap dapat hidup seperti orang lain dan bersara dengan tenang.

Walaupun membuat kenyataan keras terhadap Anwar sebegitu, Hassan berkata, dia tetap tidak bersetuju jika ada pihak mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Rafizi.

Antara lain, Hassan berpendapat, tindakan sebegitu akan memberi kesan besar kepada PKR dan PH.

“Kalau ada sesiapa yang tak setuju dengan dia, jawablah secara rasional. Janganlah ambil tindakan pada dia.

“Rafizi banyak jasa kepada parti dan saya ingat lagi dia (Rafizi) pernah cakap, kalau kita menang banyak kerusi dalam pilihan raya, kita akan bebaskan Anwar. Itu memang betul-betul berlaku.

“Kalau dia tegur sedikit parti kena pujuk dia, bukannya ambil tindakan,” katanya.

Pada masa sama, Hassan yakin Anwar juga tidak akan bersetuju jika Rafizi diambil tindakan oleh parti kerana ahli politik terbabit bukanlah seorang pendendam, sebaliknya sentiasa terbuka.

Hassan juga mencadangkan agar PKR berbincang secara baik dengan Rafizi dan bukannya meminggirkan ahli politik terbabit kerana bersikap kritikal kepada parti.

Ditanya mengenai kemungkinan Rafizi akan menubuhkan parti baru, Hassan berkata, dia tidak melihat ada keperluan untuk berbuat begitu.

“Banyak jasa disumbangkannya untuk PKR dan dia sendiri membangunkan parti ini,” katanya.

Daya penarik buat PKR

Sementara itu Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, berpendapat teguran dibuat Rafizi tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada parti atau kerajaan.

Kata Nik Nazmi, dia sendiri sering mengkritik kerajaan – walaupun dengan gaya yang berbeza – namun ia selari dengan semangat demokrasi yang diraikan PKR.

Dia yang sebelum ini menjadi sebahagian anggota kabinet sebelum meletakkan jawatan selepas Rafizi berkata kritikan yang dilemparkan bukan bermatlamat untuk menjatuhkan kerajaan.

“Kita tidak menggagalkan belanjawan, tidak mahu tukar perdana menteri. Sebagai backbencher (penyokong kerajaan), kita bersuara berdasarkan apa yang kita rasa betul,” katanya.

Nik Nazmi yang kalah semasa mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan lalu menegaskan Rafizi berperanan suara hati (conscience) kepada parti dan kerajaan.

Bahkan, katanya, itulah antara kekuatan serta daya penarik PKR untuk menjadi parti yang terbuka.

Tambah Nik Nazmi sebarang tindakan ke atas Rafizi hanya akan mengundang kemelut lebih besar dan tidak menguntungkan PKR atau PH.

Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Prof Madya Mazlan Ali, pula berpandangan kritikan Rafizi perlu dilihat dalam konteks realiti politik Malaysia, khususnya dalam kerangka kerajaan yang melibatkan pelbagai parti dengan latar ideologi berbeza.

Kata Mazlan, Rafizi adalah tokoh yang berfikir seperti penggerak masyarakat sivil yang cenderung bersifat idealistik dan menuntut reformasi secara menyeluruh serta segera.

“Masalahnya, kita kena faham latar politik Malaysia ini. Agama dan kaum masih faktor utama.

“Tambahan pula, ini bukan kerajaan PH semata-mata tetapi kerajaan perpaduan,” katanya.

Untuk melaksanakan semua janji yang terkandung dalam manifesto PH sebelum ini, kata Mazlan, ia perlu mengambil kira pendirian dan manifesto parti lain yang bersama-sama dalam kerajaan.

Hormati hak mengkritik

Sebagai contoh, kata ahli akademik itu, isu pelantikan orang politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang masih diterima dalam amalan Umno, justeru ia tidak dapat diubah secara paksa.

“Bagi Umno pelantikan orang politik itu biasa pada mereka yang lebih lama memerintah. Maka tak boleh dipaksa untuk tidak buat lantikan sebegitu.

“Kecualilah kerajaan hari ini melibatkan PH saja, ketika itu ia mesti dilaksanakan.

“Pada wakti ini kena hormatlah hak Umno sebab bagi mereka pelantikan ahli politik tidak ada masalah selagi ada integriti,” katanya.

Menurut Mazlan lagi, melantik golongan profesional semata-mata ke jawatan utama dalam GLC juga tidak menjamin ketelusan terlaksana secara mutlak.

Hal itu, katanya, dapat dibuktikan apabila dari semasa ke semasa tetap ada golongan terbabit terlibat dalam salah laku dan didakwa di mahkamah.

“Dalam soal integriti ini, tidak semestinya semua orang politik tidak ada integriti. Pelanggaran boleh dilakukan sesiapa sahaja,” katanya.

Berhubung kritikan yang dibuat Rafizi, Mazlan mengakui pada dasarnya ia adalah hak masing-masing namun dia juga mengingatkan, reputuasi kerajaan boleh terjejas jika dibuat secara keterlaluan

Kata Mazlan, semua orang boleh mengkritik tetapi tidak ramai yang mampu memberikan jalan keluar atau alternatif.

“Sebenarnya kita menghormati hak sesiapa saja yang mahu mengkritik selagi ia tidak melanggar undang-undang.

“Sebagai ahli politik pula, jika Rafizi nak mengemukakan reform dia, idea dia, lebih baik dia ketuai satu parti politik dan cuba bertanding pilihan raya.

“Sekurang-kurangnya kalau tak tubuh (parti baru) pun, cuba Rafizi pertahankan kerusi Parlimen Pandan sebagai calon bebas. Cuba tengok, ada pengaruh atau tidak,” katanya.

WOIT

APA AKAN JADI

DENGAN 

NURUL IZAH?

AMIN

NURUL DAH

BERLAWAN

DENGAN 3 JANTAN

TIDAK TERMASUK

RAFIZI

HASILNYA

NURUL MENANG

AMIN

NURUL 

TETAP DI ATAS

KAH KAH KAH

KHALAS