Jumaat, 17 Januari 2025

KITA MELAYU BUKAN ARAB


KITA MELAYU

BUKAN ARAB

AMIN

GENCATAN SENJATA DI RAYAKAN

 

GENCATAN SENJATA

DI RAYA

AMIN

INDUSTRI DADAH AKAN MENAJA POLITIKUS


INDUSTRI DADAH

SATU MASA NANTI

AKAN MENAJA

POLITIKUS DALAM

KERAJAAN

AMIN

TUAN HAKIM BOLEH JUGA DI RASUAH KE ?


TUAN HAKIM

BOLEH JUGA

DIRASUAH KE?

 AMIN

TURUN LAWAN RASUAH


TURUN LAWAN

RASUAH

AMIN

ANWAR BLACKROCK LEBIH ZALIM DARI MADEY


Hak asasi, kebebasan semakin terhakis di bawah Anwar, kata laporan global


Perdana Menteri Anwar Ibrahim digesa mengubah haluan kerajaannya yang menyekat gak asasi manusia, kata kumpulan hak global Human Rights Watch (HRW) dalam mengeluarkan laporan tahunan terbarunya.

Laporan setebal 546 muka surat itu, yang menilai situasi hak asasi manusia di lebih 100 negara sepanjang tahun 2024, berkata Malaysia di bawah Anwar telah gagal menunaikan janji meminda atau mengubah pelbagai undang-undang zalim, sebaliknya bertindak meluaskan kuasanya dengan menjadikan kebebasan bersuara sebagai jenayah.

“Anwar menjanjikan rakyat Malaysia untuk melakukan reformasi menyeluruh, tetapi sebaliknya kerajaannya berusaha menyekat kebebasan bersuara, berhimpun dan mengamalkan agama,” kata Bryony Lau, timbalan pengarah HRW bagi rantau Asia.

"Ketika kerajaan Anwar bersedia menerajui Asean pada 2025, ia seharusnya memperjuangkan hak di Malaysia dan di seluruh rantau ini."

Merujuk langkah baru-baru ini untuk memperkasakan kuasa kerajaan di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia, HRW berkata ia merupakan sebahagian daripada tindakan memerangi kebebasan bersuara.

"Akta Keselamatan Siber yang baharu, yang berkuat kuasa pada Ogos, memperluaskan kuasa kerajaan untuk mengawal kebebasan suara dalam talian," kata HRW.

Ia turut mendakwa pihak berkuasa dan imigresen melakukan pelanggaran hak dengan mengusir secara paksa orang tanpa kerakyatan dan komuniti Orang Asal.

“Kerajaan Malaysia menahan lebih 16,000 pelarian dan pendatang di pusat tahanan imigresen, yang berdepan penderaan fizikal, kekurangan zat makanan dan pengabaian perubatan.

"Pihak berkuasa Malaysia menafikan hak Orang Asal, terutamanya di timur Malaysia, di mana operasi perniagaan dijalankan di hutan yang didiami Orang Asal. Di Sabah, pihak berkuasa menghalau ratusan Bajau Laut secara paksa, sebuah kumpulan nomad dan etnolinguistik tanpa kerakyatan," katanya.

Sementara itu, laporan itu melahirkan kekecewaan terhadap pindaan perlembagaan mengenai kewarganegaraan, yang turut memberikan golongan ibu Malaysia hak sama seperti ayah untuk mendaftarkan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara sebagai rakyat Malaysia.

"Rang undang-undang itu bagaimanapun masih mengandungi peruntukan yang bermasalah, termasuk membatalkan kerakyatan automatik bagi kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia kepada pemastautin tetap."

SAH DAN SAHIH

ANWAR

BALACKROCK

LEBIH ZALIM

DARI MADEY

AMIN

INI BUKAN

FITNAH

AMIN

INI HASIL KAJIAN

LEMBAGA

DUNIA YG DULU 

JADI RUJUKAN

 UNTUK 

LAWAN MADEY

KHALAS

LANGKAH TEPAT KERAJAAN - TAHNIAH !


GISBH: Lebih 440 kanak-kanak sudah kembali ke pangkuan keluarga


Seramai 448 kanak-kanak dari rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) diserahkan semula kepada keluarga masing-masing setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri.

Katanya lima kanak-kanak ditempatkan di bawah penjagaan orang yang layak dan sesuai, manakala 107 lagi ditempatkan di lapan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat berikutan perintah tetap serta interim daripada mahkamah.

“Ada ibu bapa yang mahu menuntut anak mereka tetapi mungkin ada pihak menasihatkan mereka supaya tidak berbuat demikian kerana bimbang tindakan kerajaan. Saya rasa itu tidak adil.

"Sebelum ini, kami tidak menyerahkan kanak-kanak itu kerana masih menunggu laporan polis dan proses perundangan namun setelah proses itu selesai, kanak-kanak berkenaan perlu dikembalikan kepada ibu bapa mereka,” katanya.

Nancy berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Integrasi Kasih Madani sempena penyerahan projek Kampung Angkat Madani di Kampung Pasir Pekan Tengah, Tumpat hari ini.

Nancy berkata ibu bapa yang berhasrat mendapatkan semula anak mereka tidak perlu bimbang untuk tampil berbincang kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi, sebaliknya benar-benar mahu membantu memastikan kebajikan serta keselamatan kanak-kanak terbabit.

“Kami menjalankan tugas berdasarkan undang-undang. Saya menyeru ibu bapa yang menukar fikiran supaya datang kepada kami.

"Keputusan terbaik perlu dibuat demi kebaikan anak-anak. Walaupun kami menjaga mereka dengan baik, kasih sayang ibu bapa tidak dapat digantikan," katanya.

Nancy memaklumkan kesemua 560 kanak-kanak berkenaan terdiri 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM memperoleh perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.- Bernama

TAHNIAH!

ANAK PULANG

KE EMAK BAPAK

AMIN

MALAH KITA

SEMUA WAJIB 

BELAJAR DARI

GISB MACAM

MANA MENIAGA

SAMPAI TE TAHAP

DUNIA

AMIN

TANPA PAKAI

TONGKAT

BUMIPUTERA

KHALAS

DARI HAMAS


DARI HAMAS 

GENCATAN 

SENJATA

Kenyataan Rasmi Sempena Pengumuman Perjanjian Gencatan Senjata di Gaza


⭕️ Perjanjian ini adalah hasil daripada ketahanan luar biasa rakyat Palestin dan penentangan berani pejuang-pejuang kami selama lebih 15 bulan.

⭕️ Perjanjian untuk menghentikan pencerobohan ke atas Gaza ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk rakyat kami, perjuangan kami, umat Islam, dan dunia secara keseluruhan. 

⭕️ Perjanjian ini adalah tanggungjawab kami terhadap rakyat kami yang tabah di Gaza untuk menghentikan pencerobohan rejim Zionis, menghentikan pertumpahan darah, dan pembunuhan beramai-ramai.

⭕️ Kami merakamkan penghargaan kepada semua rakyat Arab, Islam dan antarabangsa yang bersolidariti dengan Gaza dan berdiri bersama rakyat kami membantah pencerobohan dan pembunuhan yang berlaku.

⭕️ Kami mengucapkan terima kasih kepada mediator yang telah melakukan usaha yang besar untuk mencapai persetujuan ini, terutamanya Qatar dan Mesir.

Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyah (Hamas), 15 Jan 2025

UPM PEGELUAR PHD TERBANYAK



UPM PENGELUAR

IJAZAH PHD

TERBANYAK 

AMIN

Unknown commented on
 "PAK TANI TURUN BERDEMO
 RABU DEPAN DI PUTRAJAYA"

Pakcik. Datang sekali lagi ke kampung. Seperti mana pakcik datang ke baling, datanglah kali ini ke kampung padi. Tanyakan harganya. Bodohnya, ada lagi sistem potong macam getah dulu potong air. Kelapa sawit industri moden pakai sistem gred. Jika pakcik tak berapa gemar kawasan besar, datang lah ke kawasan kecil seperti batu kurau perak. Pakcik juga akan berasa satu kelainan kerana orang disini melayu pattani.

Unknown commented on
 "ENTOT AYAM SIAM HALAL !!!"

Setiap hari beribu masuk Siam konon nak shopping cari beras pulut nak cari beras wangi tetapi sebenar mencari burit wangi serai kah kah kah itu semuanya diketahui tetapi baik diam diam mencari lubang bang nikmat asalkan tidak kacau, penerima senang pemberi happy kah kah kah


Unknown commented on 
"ADA IJAZAH PHD"

Ijazah PhD pun sembang tahap tadika jadi persoalan sekarang betulkah PhD dia? Atau copy paste mana-mana kemudian dapat PhD, selalunya orang bertaraf PhD cakap ilmiah tak sembang sepupu dua sepupu tiga sebagai kah kah kah 

apapun akur dengan kelayakan kertas, itu saja penting ayah anak beranak semua ada PhD kah kah kah terpaksa akur dua kali lima sama dengan lima kali dua tidak akan berubah

PERJUANGAN SEORANG SENIMAN


PERJUANGAN

 SEORAG

SENIMAN

AMIN

NIAGA JUAL MOHONG


NIAGA JUAL

MOHONG

AMIN

Unknown commented on 
"AJENSI JUAL AGAMA"
o
Orang kita apa lagi tak tipu? Semua tipu kiri kanan atas bawah semuanya tipu belaka kemudian salahkan DAP salahkan Yahudi kerja siang malam woit kah atau tidak langsung menjadi duta harapan kah kah kah

Unknown commented on
 "INDUSTRI JUAL AGAMA"

Saja tanya orang politik jual agama salah atau tidak? Berlakon alim ulama tetapi kuat mohong siang malam? Tolong beri pencerahan sedikit atau kena tanya ustaz Azhar Idrus? Kah kah kah

RAKYAT BANGUN LAWAN RASUAH

 

RAKYAT BANGUN

LAWAN RASUAH

AMIN



TANGKAP TUAN PUNYA KILANG

 


TUAN PUNYA

 KILANG

JUGA WAJIB 

DITANGKAP 

AMIN

SALAH SEKSA

TINDAS PEKERJA

AMIN

TURUN JALAN RAYA MENANG PILIHANRAYA

 


TURUN JALAN RAYA MENANG 

PILIHAN RAYA


Wajib diberitahu disini bahawa tunjuk perasaan atau demo sahaja tidak akan menjatuhkan kerajaan. Saya ulang - demo sahaja tidak akan menjatuhkan kerajaan. Wajib wujud syarat dan hukum-hukum yang lain yang sama seiring berjalan  dengan tunjuk perasaan.

Saya telah bersurah memberi pencerahan bagaimana kerajaan Iran di bawah  Shah Reza Pahlavi runtuh pada 11 Februari 1979. Saya telah menggunakan Revolusi Iran sebagai rujukan untuk kita memahami teori dan praktis politik jalan raya.

Ketika revolusi Iran sedang berjalan - dari pandangan  mata kasar -  kita terbaca dan terlihat  ribuan rakyat Iran turun ke  jalan raya. Bukan sehari bukan dua hari  tapi berminggu-minggu jalan raya di Tehran, di Mashhad atau di Bandar Abbas di penuhi oleh para penunjuk perasan.

Mak Cik, Minah, Kakak , Pak Lebai, Pak Haji, Mullah, Imam , Tok Kadi , Ayatollah, Pelajar, Mahasiswa, Anak Muda, Abang , Ayah dan Adik semua turun berdemo. Semua melaungkan : Marga Shah – Mampus Shah anjing Amerika.  Semua sehati sejiwa dengan satu tuntutan : Jatuhkan kerajaan Ahmad Reza Pahlavi. Khalas.
 
Ombak di Tehran ini meluas dan  dibaca di seluruh dunia. Warga Iran di luar negara bersama warga  asing telah  keluar sama  bersolidariti.  Tunjuk perasaan  telah merebak ke Karachi,  ke London,  Washington  DC dan Berlin. 

Ribuan rakyat diatas jalan raya ini telah memberi tekanan kepada pemerintah. Ribuan rakyat di jalan raya ini menjadikan elit politik yang berkuasa di Tehran gelabah.

Mereka mula beramuk sesama sendiri. Mereka mula tuduh menuduh.  Bila ini berlaku  adalah  pertanda bahawa tunjuk perasaan dan demo adalah gerakan politik yang efektif. Ini bukti jalan raya menjadi wadah politik yang ampuh dan menjanjikan kejayaan.

Bertengkar sesama sendiri ?  Mula tuduh menuduh?  Betul kah ini ?

Kita tidak perlu pergi jauh merujuk Google untuk melihat politik  Iran 1979. Lihat diri kita sendiri. Baca laporan media kita di Malaysia awal tahun ini.

Apakah kita semua lupa apa yang terjadi sebelum Senin 6 Januari 2025. Pada tarikh ini satu demo telah disusun. Para  penyokong Najib mahu keluar berdemo di Putrajaya untuk menunjuk sokongan pada Najib dalam kes Titah Tambahan.

Apa terjadi ? 

Belum pun demo berjalan telah berlaku perbalahan antara elit politik dalam  kerajaan yang memerintah.  Lim Guan dari parti DAP menyelar langkah UMNO untuk keluar berdemo.  Pemuda AMK juga menyelar Dr Akmal Ketua  Pemuda UMNO yang merancang demo. 

Sebagai jawapan kepada  Guan Eng Presiden UMNO Zahid Hamidi memperlekeh Guan Eng dengan gelaran pemimpin yang sudah ‘expired ‘.  Tibai menibai berterusan. Suasana menjadi lebih hangat apabila Parti PAS mencelah masuk menyokong untuk sama  turun berdemo. 

Langkah PAS ini telah menjemput Anwar Ibrahim mengutuk dan mempersoalkan kejujuran PAS. Tuduh menuduh berpanjangan.

Suara sokongan muncul di sana sini. Suara membantah dan mengutuk  juga muncul sama. Wal hal DAP, PKR dan UMNO adalah parti pemerintah. Mereka dalam satu pasukan yang mendirikan  kerajaan. Amin.

Jangan lupa bagaimana Ketua Polis Negara masuk setakuk melarang orang ramai dari turun berdemo. Tuan OCPD Putrajaya juga mencelah sama untuk menakut-nakut orang ramai agar jangan berdemo.  Tindakan akan diambil jika turun berdemo. 

Jangan lupa Istana Negara juga mengeluarkan kenyataan.

Zahid sebagai  Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Perdana Menteri mungkin mendapat tekanan dari Cik Gu Anwar Blackrock lalu membuat   kenyataan bahawa ahli UMNO yang turun berdemo  bukan dari arahan parti. 

Apa-apa berlaku ditanggung sendiri. Parti UMNO tidak mengambil tanggung jawab kepada ahli yang di tangkap polis kerana berdemo menyokong Najib. UMNO dilihat retak terbelah bagi.

Kenyataan Zahid Pengerusi BN ini telah memaksa  Parti MIC  beralih tempat berdemo  dari Putrajaya ke Batu Caves kerana takut di tangkap polis.

Bayangkan jika tidak ada demo isu Titah Tambahan dan kes rayuan Najib akan berlalu begitu saja. Tidak ada sesiapa  ambil pot. Orang ramai tidak peduli apa yang berlaku pada pagi Senin itu.

Perbalahan dan pertengkaran ini  berlaku kerana  adanya demo. Sama ada demo ini betul, afdal, jujur  atau suci sokongan terhadap Najib tidak penting. Apa yang penting disini demo itu telah menimbulkan  perbalahan antara parti-parti pemerintah.

Saya amat yakin Najib di jatuhkan pada 9 Mei 2018 dalam PRU14 kerana  tunjuk perasaan, kerana demo dan kerana politik jalan raya.

Tetapi awal telah saya kata kan demo TIDAK menjatuhkan kerajaan. Justeru bagaimana disini  di klim Najib di jatuhkan  keran demo dan politik jalan raya?

Sabar dulu biar saya berikan teori dan praktisnya. Ini kerana saya bukan sahaja terlibat bersama   dan menyusun demo-demo ini malah dari pengalaman ini saya mengumpul ilmu pengetahuan. Dari ilmu dan pengalaman ini saya mengajukan teori bahawa salah satu cara untuk menjatuhkan kerajaan di negara  Dunia Ke Tiga seperti di Malaysia ialah melalui  politik jalan raya.

Dari fakta sejarah  budaya politik jalan raya  ini bukan satu yang baru. Orang Melayu dengan politik jalan raya telah berjaya membatalkan  Malayan Union pada tahun 1946. 

Jalan lupa  titik sejarah DEMO Baling pada 3 Disember 1974  yang membawa kepada penangkapan berbelas-belas  pelajar dan  pensyarah. Syed Husin Ali, Ibrahim Ali, Anwar Ibrahim dan Kamarazaman Yacob adalah diantara sosok yang ditahan  di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana Demo Baling.

Dari fakta sejarah sebelum kerajaan Najib di jatuhkan wujud Gerakan Reformasi melawan Mahathir a.k.a Mahafiraun. Penyokong Anwar Ibrahim telah keluar setiap Sabtu di Jalan Tunku  Abdul Rahman pada tahun 1998.

Sekali lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri telah diguna untuk menangkap dan memenjarakan 10  aktivis Reformasi yang melawan Mahafiraun.

Dari fakta sejarah Bersih1 telah mengadakan demo pertama  pada 10 November 2007.  Ini permulaan menghidupkan kembali budaya politik jalan raya sesudah zaman Reformasi. Bersih meneruskan lagi budaya jalan raya dengan Bersih2, Bersih3 Bersih4 dan Bersih5.

Demo Bersih1 telah disambut oleh Demo Hindraf pada 25 November 2007. Ribuan warga India yang terpinggir telah berhimpun di hadapan Bangunan Berkembar Petronas. Akta keselamatan Dalam Negeri telah digunakan untuk menahan beberap orang pemimpin Hindraf.

Jangan kita lupakan bahawa Akta Keselamatan dalam Negeri atau ISA ini juga telah di lawan dengan demo besar pada 1 Ogos 2009.  Pada 11 September 2011 akta ini telah di mansuhkan. Satu kejayaan pertama politik jalan raya.

Orang Asal juga telah menyambut budaya politik jalan raya. Pada 17 Mac 2010 mereka berhimpun di Putrajaya membantah pencerobohan ke atas tanah adat mereka.

Langkah Orang Asal ini telah di sambut oleh Majlis Peguam Negara. Para peguam dan pengamal undang-undang telah keluar berdemo di Putrajaya pada 16 Oktober 2014 untuk membatalkan Akta Hasutan 1948.

Anak muda penyokong demokrasi telah memperluaskan lagi wadah jalan aya. Mereka menyambut dan menyokong langkah Orang Asal dan  Majlis Peguam. Justeru Kita Lawan disusun. Anak muda bermalam berhari hari di sebelah Dataran Merdeka pada bulan Mac 2015.

Kita juga jangan melupakan peranan Himpunan Hijau.  Tahun  2012 gerakan Himpunan Hijau telah aktif berdemo  menentang wujudnya kilang sisa radio aktif di Lynas Kuantan. Di penghujung tahun 2012 aktivis alam sekitar telah berdemo dan berarak dari Kuantan ke Dataran Merdeka menuju  ke Parlimen.

Budaya politik jalan raya telah merebak. Lagi di tentang lagi di lawan. Gerakan menentang GST telah berdemo menyambung budaya jalan raya. 

Wajib saya hitam putihkan dalam tulisan ini tentang  Mahathir Muhamad yang menjadi PM selama 22 tahun. Mahathir adalah sosok yang paling anti demo.  Bila saja ada demo Dr Mahathir terus beratip dengan mantra  bahawa : Demo bukan budaya kita.

Hakikatnya Mahathir tahu dan sedar tentang peranan demo yang akhirnya akan membawa perubahan. Justeru pada 19 November 2016 Mahathir sendiri telah sama turun berdemo di Dataran Merdeka.

Mahathir di jalan raya di Bersih5  untuk saya  adalah  satu kejayaan. Sosok pemegang kuasa yang kental menolak demo kini  sebaris dengan ribuan rakyat berpolitik di jalan raya.

Apa rumusan yang wajib kita fahami  disini ialah demo ini ialah tunjuk perasaan. Kita berdemo untuk  menunjuk perasaan kita. Ini perasaan marah  yang kita tunjukkan kepada mereka yang berkuasa.  Lagi ramai kita berdemo lagi  besar impak terhadap politik negara. Ribuan orang di jalan raya ini akan mempengaruhi sosok-sosok di atas pagar untuk satu ketika nanti akan bersama kita.

Ribuan penunjuk perasaan di jalan raya juga menunjukkan kekuatan kita. Kekuatan  kita ini  seperti yang telah dirakam akan menakutkan Sang Penguasa.

Maka diri sinilah kita terjemahkan kemarahan kita dari jalan raya ke peti undi. Jalan raya itu hanya  cara untuk mengolah persetujuan -  untuk menghasut orang ramai agar membawa undi mereka  ke peti undi.

Inilah yang telah berlaku pada 9 Mei 2018. Kemarahan dan hasutan yang telah kita susun bertahun-tahun telah berjaya  kita arahkan ke peti undi. Hasilnya Najib kalah. Pada 10 Mei 2018 kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih untuk pertama kalinya.

Saya pendakwah wadah dan politik jalan raya akan terus mendakwah. Saya akan menyebarkan teori dan praktik budaya politik jalan raya ini untuk generasi sekarang dan yang akan datang. Saya akhiri dengan : Tidak turun ke jalan raya tidak akan menang pilihanraya. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
BEBAS NEWS. MY
https://bebasnews.my/2025/01/17/turun-jalan-raya-menang-pilihan-raya-bahagian-akhir/



KEMBANGKAN BUDAYA DEMO


DEMO RKYAT BENCI RASUAH

DARI SOGO KE DATARAN MERDEKA

 SABTU 25 JANUARI 2025

Sekretariat Rakyat Benci Rasuah akan menganjurkan satu perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah di ibu negara pada 25 Jan ini.

Sekretariat itu yang mewakili 50 organisasi dan 38 individu menuntut tindakan segera terhadap kes rasuah melibatkan ahli politik, siasatan yang telus, dan komitmen daripada semua pemimpin politik termasuk pembangkang untuk menamatkan gejala rasuah di negara ini.

"Adakah kerajaan buta atau tuli terhadap suara rakyat? Atau adakah pembangkang lebih bebal dengan menjadikan rasuah sebagai modal politik semata-mata?

"Kami turun ke jalanan kerana itu sahaja cara suara rakyat didengari. Baru-baru ini, Perdana Menteri sendiri menasihati supaya belia usah sibuk pertahankan pemimpin rasuah. Maka, kami sambut seruan tersebut," kata mereka dalam satu kenyataan.

Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang, dengan peserta dijadualkan berkumpul di hadapan Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Dalam kenyataannya, Sekretariat itu mempersoalkan mengapa isu-isu rasuah besar seperti skandal rasuah di Sabah yang didedahkan Malaysiakini, pelantikan pemimpin yang diragui integritinya, dan kegagalan menyelesaikan isu korupsi melibatkan ahli politik "terus disapu ke bawah karpet".

"Kerajaan Madani yang kononnya membawa slogan keadilan, kini turut bergelumang dengan isu-isu integriti. Malangnya, pembangkang juga gagal menawarkan alternatif yang lebih baik. Dalam kedua-dua belah pihak, integriti seolah-olah telah mati," katanya.

Sekretariat itu berkata rakyat kecewa dengan pelbagai skandal seperti penyelewengan dana awam berbilion ringgit dan pemimpin tertinggi yang terlepas daripada hukuman melalui "keputusan mahkamah yang meragukan".


Walaupun tidak menjelaskan secara terpeinci, ia dipercayai merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi pada 2023.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut melepas dan membebaskan isteri Najib Razak, Rosmah Mansor daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kenyataan bersama itu antaranya ditandatangani Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Borneo Komrad, Muda dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), selain beberapa persatuan pelajar.

 BAGUS HEBAT

ANAK MUDA

BANGUN MELAWAN

AMIN

KEMBANGKAN

BUDAYA DEMO

AMIN

JADIKAN DEMO

SENJATA POLITIK

KHALAS