GLIC , GLC
WAJIB PROAKTIF
1. Dulu, zaman awal tabung dan syarikat berkaitan kerajaan (GLIC dan GLC) pada tahun 1970-an, ada kementerian khusus untuknya.
2. Masa itu tidak dipanggil GLIC dan GLC. Tabung-tabung pelaburan dan syarikat-syarikat tajaan kerajaan ini dikenalil sebagai agensi amanah Bumiputera.
3. Kementerian khas itu
dipanggil Kementerian Perusahaan Awam (Ministry of Public Enterprises) diasaskan pada tahun 1974 apabila jawatan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam diwujudakan dengan Almarhum Hussein Onn sebagai penyandang.
4. Perbadanan Awam adalah kaedah Pentadbiran Almarhum Abdul Razak Hussein membabitkan kerajaan dalam ekonomi dan perniagaan bagi mengisi matlamat kedua Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu menyusun semula masyarakat.
5. Adalah amat wajar generasi muda Bumiputera mengenali dan mengingati peneroka-peneroka ekonomi Bumiputera seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Almarhum Ismail Ali, Almarhum Raja Mohar Raja Badiozaman, Junus Sudin, Desa Pachi dan Hanafiah Hussain. Jasa dan kewibawaan mereka wajib dicontohi.
6. Saya sangat-sangat bernasib baik mengenali dan berkoloborasi dengan mereka sebagai pemberita ekonomi mulai tahun 1972.
7. Malangnya, banyak orang Melayu, sama ada tidak tahu atau tidak peduli, sumbangan serta pengorbanan wira-wira ekonomi ini.
8. Jenama agensi amanah Bumiputera ini semakin hari semakin pudar dan terus hapus apabila Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, pada tahun 2004, mengubahnya menjadi Tabung Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
9. Hari ini, nampak seolah-olah GLIC dan GLC semakin hilang arah tujuan. Ya, keuntungan penting. Tetapi matlamat pengukuhan ekonomi Bumiputera masih boleh dicapai tanpa menjejas keuntungan.
10. Saya akui yang GLIC dan GLC telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan latihan dalam sektor korporat kepada Bumiputera.
11. Tetapi sumbangan ini boleh diperbesarkan jika GLIC dan GLC mengambil peranan proaktif dalam syarikat swasta yang mereka mempunyai pegangan saham.
12. Contohnya IJM Corporation di mana GLIC memiliki 46.63 peratus saham, boleh kata, semua pengurus kanannya adalah Cina. Kalau ada Melayu pun hanya dalam Lembaga Pengarah.
13. Seperti yang saya tulis dalam akhbar Sinar Harian Ahad (18 Januari), IJM ini sedang cuba dibeli oleh sebuah syarikat milik Cina yang lain iaitu Sunway Berhad.
14. Pengulas ekonomi sudah pun mengatakan GLIC memainkan peranan penentu dalam cadangan bernilai RM11 bilion itu.
15. Kita wajib bagi perhatian rapi kepada urusan M&A itu. Dengan pegangan saham yang begitu besar, GLIC yang terlibat - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan, Urusharta Jemaah dan Tabung Haji - wajib memainkan peranan cergas. Mereka wajib berusaha mendapatkan tawaran terbaik.
16. Mohon baca rencana akhbar Sinar Harian yang dikepilkan untuk kefahaman yang lebih mendalam.
Terima kasih.
KADIR JASIN

3 ulasan:
Memang ter pro aktif...dalam menyakau...rezeki tuuuu...
kadir jasin still alive kah?
Kah kah kah DEB dirancang untuk menaikkan tahap sosioekonomi kategori bumiputera, orang-orang asal, tetapi adakah semua kategori bumiputera naik selepas 56 tahun? Sayang yang kita nampak mertabat pemimpin UMNO pemimpin politik memang naik tahap Billionaires, itu pasti sampai Ketua Pemuda pun kaya raya, Naim Alphard tetapi orang-orang asal iaitu orang asli, orang Sabah orang Sarawak orang-orang jauh di pendalaman masih tiada air bersih untuk minuman won't, tak payahlah nak sembang menipu, kerja pengarang ini dahulu menipu untuk Mahathir Mohamad, sekarang entah sambung menipu untuk siapa? Bukan semua jahat dan bukan semua baik alim ulama, agama dipergunakan untuk sakau tipu rakyat kah kah kah ini kerana majoriti masih tahap gaban senang provokasi guna agama guna bangsa manakala Rohingya Bangla Indon berjuta menjadi bumiputera serta merta wait kah kah kah kan bodoh kah kah kah kah
Catat Ulasan